Wednesday, November 6, 2013

JUGRA @ MAKAM DI RAJA SELANGOR

MAKAM ''MARHUM JUGRA ''


Sebagaimana pusara bagi orang kebanyakan,
yang sentiasa di kunjungi oleh kaum kerabat,
maka bagi makam ini juga sentiasa dikunjungi
oleh rakyat jelata.
Oleh yang demikian ,Makam Sultan Abdul
Samad ini,yang terletak di atas Bukit Jugra
itu sentiasa dijaga dengan rapi dan terus
terpelihara.Pada masa ini,kira -kira 90 meter
dari makam itu,telah disediakan sebuah padang
letak kereta.Dari situ ,untuk sampai ke makam,
disediakan tangga batu untuk memudahkan para
pelawat naik ke atas .Bekalan api dan air telah
disediakan di sekitar makam untuk kemudahan
pelawat.
Di satu kawasan yang luasnya lebih lima ekar,
terdapat antara lain sebuah binaan batu yang
besar,dan di dalamannya terdapat Makam
Sultan Abdul Samad.Di luar bangunan itu pula
terdapat beberapa perkuburan ,terutama nya
pusara kerabat diraja seperti Yang Mulia Raja
Kahar,Tengku Maharum, dan Raja Muda Musa,
yang mangkat pada tahun 1884. Terdapat juga
pusara makam Tengku Berkat [ Raja Saman]

bin Raja Hussein ,Tengku panglima Raja Selangor
yang mangkat pada 1887.








Penulis sedekah '' al-fatihah'' buat aruah 












Nisan aruah raja Berkat
























Makam Raja Berkat @Raja Mohd.Saman
Bin Raja Hussein
Tengku Panglima Raja Selangor
Mangkat 1887
















































































































No comments:

Post a Comment