Thursday, January 2, 2014

Sejarah Kerajaan Beruas,Perak

Khazah Tidak Ternilai

Peta kedudukan BERUAS
Mengikut buku Sejarah Perak karangan TUN SERI 
LANANG,Beruas yang terletak kira -kira 48 km 
dari Lumut ,Perak  dibuka oleh  Raja Acheh,iaitu
MALIK AL MANSUR pada kurun  ke-15
selepas diusir  dari istana kerana melakukan perbuatan
sumbang.

Selepas penat penat belayar akhirnya rombongan Malik
Al Mansur sampai dan berehat di bawah pokok yang 
dikenali ''pokok beruas ''.Bermula dari sinilah Beruas
mendapat namanya.

Mengikut catatan sejarah ,di sini terletaknya pusat pentadbiran
dua kerajaan lama berusia ratusan tahun lalu,iaitu KERAJAAN 
MELAYU  BERUAS dan GANGGA NEGARA.

Pokok Beruas
Malahan menurut pengkaji sejarah ,kedu -dua kerajaan agung
yang bertapak kira -kira 600 tahun lalu itu dipercayai telah wujud
lebih awal lagi daripada KERAJAAN MELAYU MELAKA.
Kesan -kesan Peningalan yang di jumpai di BERUAS



8 hrs · Edited · 
Makam Raja-raja Beruas
Lebih kurang 300 tahun sebelum kedatangan Sultan Muzaffar Syah I ke Perak,di sana ada raja-raja yang memerintah sekitar jajahan Beruas dan Manjung.
Ini kerajaan besar,siap dengan konsep 'city-state' dan sistem raja-raja.
Apabila sultan tiba di Perak,di Kampung Kota,Beruas telah bersemadi batu-batu nisan pemerintah-pemerintah Beruas dengan gaya ukiran yang tidak biasa.
Ia memiliki ukiran khas yang dilabel sebagai 'Batu Nisan Aceh'.Saya tidak selesa dengan term 'Aceh' sebab rekabentuk batu nisan ini sebenarnya adalah milik Pasai.
Sebenarnya,di sana ada hubungan antara Pasai dan Beruas.Raja-raja Beruas berkerabat dengan raja-raja Pasai.
Kerajaan Pasai adalah kerajaan Melayu tulen dengan memakai bahasa Melayu klasik yang menyumbangkan kepada lingua franca perdagangan lebih 500 tahun kemudian.Walaupun ia berlokasi di utara Sumatera,tepatnya di Aceh kini tetapi 'ruling class'-nya ialah raja-raja Melayu.Tidak seperti Kesultanan Aceh yang memakai bahasa Aceh walaupun masih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa diplomatik,perdagangan dan persuratan.
Ingat,Hikayat Raja-raja Pasai memakai Bahasa Melayu klasik.
Untuk ini,saya menggunakan Prasasti Minye Tujuh sebagai petunjuk dan 'bibliografi' yang amat berguna.Sebab apa?
Sebabnya saya nak 'relate' ia kepada Kedah dan Pasai itu.
Kedah,sebab di sana ada perkataan 'Bharubasa'.Ini adalah nama seorang raja di Segenting Kra.
Pasai,sebab batu nisan raja-raja Beruas memakai gaya yang sama dengan batu nisan Sultan Malikul Salih.
Ini dikuatkan dengan ayat:
"..empunya hak Kedah dan Pasai.."
'Batu Nisan Aceh' ini sebenarnya berasal dari Patani dengan raja dan ratu Patani memakai gaya yang sama ke atas pusara mereka.
Bharubasa>Kedah>Patani....
Ini membawa saya jauh ke dalam hutan belatara di Koh Ker,kerana Patani ini adalah kesinambungan dari Ligor dan Langkasuka.Ligor pula adalah negeri kardinal bagi Angkor.
Saya terus mengkaji dari Indravarman I hingga Yasovarman I dan juga raja ini,Isanavarman II yang dikatakan keturunan dari kerabat Sailendra.
Kemudian saya 'study' pula tentang kehidupan Jayavarman IV dan Suryavarman I,sebab kedua-dua mereka memiliki dan membangunkan satu gaya khas dalam senibina mereka.Dan gaya ini tidak diteruskan oleh pemerintah Khmer seterusnya.
Kenapa anak raja Ligor itu memakai gaya yang dirintis oleh Jayavarman IV yang bukan garis keturunan raja sebelumnya?
Saya sedar keanehan ini sejak membaca jurnal tentang senibina 'Batu Nisan Aceh' itu adalah peralihan senibina era Buddha kepada kesenian Islam.Kerajaan Pasai adalah kerajaan Islam terawal sejak merosotnya hegemoni Srivijaya.
Semua ini...petunjuk-petunjuk itu...berputar-putar bagaikan 'puzzle' yang memeningkan.
GAYA TERSEBUT BERASAL DARI MENGKONG LIGOR ITU.
Benda ni akan difahami jika anda melihat kepada salasilah raja-raja Beruas,Kedah dan Pasai dan mengapa pengukir batu bersurat Minye Tujuh itu meninggalkan beberapa 'clue' untuk kita.Batu bersurat itu bukanlah untuk lelaki,sepertimana makam Tok Soh dan ratu-ratu Patani.
Siapa yang faham akan tahu.
Kepada yang terlepas membaca tentang Seri Baniyan Selendang Delima,
Saya akan siapkan minijurnal tentang semua misteri ini dalam kempen "The Possessor of Black Mengkong" sebagai mukadimah Alter Terahsia Bangsa Melayu volume 5.0 "The Secret Key to Mount Ophir" di MistisFiles.
Jadi setakat ini tajuk-tajuknya ialah:
1) The Black Mengkong
2) Panca Persada: Rahsia Bakong dan Borobudur
3) The Tomb of Beruas Kings: The Secret of Prasat Kraham & Preah Vihear
Kepada yang belum akses ke MistisFiles,klik sini>>http://mistisfiles.historiansecret.com/?page_id=22

~Srikandi
The Possessor of Black Mengkong






Tok Temong
Tok Temong adalah susuk misteri Di Perak,setiap sultan di Perak akan menziarahi makamnya sebagai salah satu protokol dalam istiadat pertabalan mereka.
Sejarah Tok Temong direbut oleh pelbagai sukubangsa.Terdapat versi Bugis dimana dikaitkan dengan Daeng Sedili.Terdapat juga versi Aceh dan kononnya Tok Temong adalah seorang puteri Aceh bernama Puteri Badariah.Juga kononnya dari Rokan atau Siak kerana pengikut beliau berketurunan orang Tembusai.
Siapa Tok Temong?Mengapa setiap sultan kena 'pay homage' ke makam beliau setiap pertabalan mereka?
Kenapa dia ni penting sangat????
-Kononnya Tok Temong dihormati kerana menyerahkan wilayah Hulu Perak kepada sultan,jadi kenapa sultan-sultan Perak tak 'pay homage' sekali makam Tun Saban yang BAWA SULTAN ke Perak untuk dirajakan?
-Kenapa tak 'pay homage' sekali makam Maharaja Lambor dan raja-raja Di-Hilir (pembesar Hilir Perak) malah gelaran Raja Di-Hilir ni 'established' dalam sistem penggiliran.Ade ke yob jawatan Raja Di-Hulu?
-Kenapa tak 'pay homage' sekali makam-makam raja-raja Beruas yang batu nisan dia megah dengan ukiran 'batu Aceh' menunjukkan mereka berasal dari keturunan raja-raja Langkasuka-Kedah Tua yang lejen tu dan ini diiktiraf dalam Prasasti Minye Tujuh di Aceh sebagai 'empunya hak bagi Kedah dan Pasai'?
Sebab perjanjian Tok Temong dan sultan tu tak kuat.Ada sebab lain.
~Srikandi
"The Possessor of Black Mengkong"





















'Mengkong Kings' & 500 Tahun Sebelum Kesultanan Perak
Apa yang bakal saya ceritakan ini agak 'topsecret' dalam sejarah Perak,negeri penuh misteri.
Ia 'topsecret' sebab ada kaitan dengan 'bisikan' semasa pertabalan Kesultanan Perak ke XXXV.
Ia deal dengan apa yang digelar "The Mengkong Kings".
Saya telah ceritakan apakah sebenarnya Mengkong itu dalam status yang lepas.
Benda ni ada kaitan dengan suku orang Asli Nyah Kur di Thailand yang bahasanya adalah bahasa Mon Purba yang orang Mon hari ini tak bercakap lagi bahasa itu.
500 tahun sebelum Raja Muzaffar Syah I menyelusuri sungai Perak dan menemui salah seorang Mengkong di Lambor,Suryavarman I telah menakluki Dvaravati.
Akibatnya,ramai penduduk Dvaravati melarikan diri ke selatan atau ke barat negarakota tersebut.
Buat pengetahuan anda,Suryavarman I menang ke atas 2 lagi putera raja Melayu,Udayadityavarman I dan Jayaviravarman yang bersaing untuk takhta Angkor.Sebenarnya,ketiga-tiganya adalah dalam sistem penggiliran,mirip sistem negeri Perak.
Jayaviravarman,Udayadityavarman I dan bapa Suryavarman I iaitu Sujita,kesemuanya ialah saudara-mara iaitu datang dari kerabat raja Ligor.Asal-usul mereka ialah 'obraja' iaitu golongan jeneral tentera bagi Empayar Angkor dan posisi mereka ini berasal dari para hulubalang (special force/royal bodyguard) kepada Jayavarman II,pengasas Angkor.
Apa yang saya nak bagitau,Suryavarman I menang atas bantuan 'pihak Mengkong' yang menjadi pengikut beliau..Saya masih mengkaji suku mana.Jadi,Mengkong di Dvaravati tidak menyokong lobi Suryavarman I ke atas Angkor maka apabila anak raja Ligor itu naik takhta Angkor,Dvaravati ditakluki.Mengkong yang berada di sana melarikan diri dengan sukunya ke arah selatan;sejauh banjaran Titiwangsa.Yang tertinggal adalah Nyah Kur.
Setiap Mengkong;biasanya raja-raja atau panglima Melayu akan berundur apabila kalah berperang dengan diikuti oleh para pengikutnya dari kalangan orang Sakai dan Orang Bukit (hill-tribe) ini.
Ini adalah kisah raja-raja Melayu di darat,jika di laut,mengkong mereka adalah dari kalangan Orang Laut.
Mesti anda semua nak tau kenapa Sultan Perak kena ziarah Makam Tok Temong tu,ambil air dari tujuh sungai dan macam-macam lagi protokol.Semuanya ada cerita di sebaliknya dan ia dibuat semacam 'monumental act' atau nak memperingati sesuatu kejadian dulu-dulu.
Kepada yang terlepas pasal Mengkong ni,sila baca di sini:
Saya akan ulas rahsia Mengkong lebih lanjut di MistisFiles bersama artikel "Panca Persada: Rahsia Bakong & Borobudur"
Akses ke MistisFiles,klik sini>> http://mistisfiles.historiansecret.com/?page_id=22
~Srikandi
The Possessor of Black Mengkong

RIWAYATMELAYU.BLOGSPOT.COM










































No comments:

Post a Comment