Wednesday, January 21, 2015

Makam Dato ' Harun Rashid Zubaidah

Ketentuan...@   1 Rabiul Akhir,1436h,khamis 21januari,2015

Malam tadi dapat info '' Makam purba di Kuala Lumpur ''.Lokasi nya di Sentul
pinggir bandar...Kuala Lumpur

Pagi ni [ 21 januari,2015 ] sebaik saja semua urusan kerja siap,..Aku pun mula mencari berpandukan
info yg diperolehi...Dari Greenwood terus masuk Highway Duke ...kendian masuk
jalan bandar dalam menuju ke jalan sentul...lalu depan Pasar sentul dan  pusat niaga
Sentul Boulevard. 


Lepas tu masuk Sentul dalam...
Lalu komuter sentul Timur
Kiri kanan ade perumahan pangsapuri kelompok
Lorong depan jumpa kuil hindu ,aku masuk kanan
tak jumpa juga [ jalan mati ]
masa nak keluar semula aku tompangkan sorang budak sekolah
katanya biasa jalan kaki kesekolah
kami berbual
pasal makam tu dia memang x tahu ..
sampai depan sekolah aku hantar dia
signage jalan 3/48a
aku hulur $5.00 buat belanja sekolah
senyum sokmo je dia


Aku terus mencari
sampai satu simpang empat jalan3/48a  sebelah kanan nampak UTC Sentul
aku masuk jalan kiri 1/48a
nampak Masjid Amru  Ibn Al As
Jalan ni melengkung sikit ..
Selekoh kata orang


Tiba -tiba nampak sebelah kanan ade '' Pusat Grace Methodist''
nampak gah nya bangunan futuristik  Syarikat Gergasi YTL
dibelakang gereja ni
Aku pandu terus je sepanjang jalan 1/48a ni sampai simpang empat
bertemu balik dengan jalan sentul


Tiba-tiba nampak papantanda '' Makam Dato'Harun Rashid Zubaidah''
kena pusing balik semula...
beberpa meter nampak lorong kecil kekanan
tepinya nampak macam kuarter jkr lama
aku terus masuk lorong tu
sampai depan masuk kiri


Pagi ni memang nasib aku nak jumpa makam ni
NAMPAK AGAK SUNYI
Pokok -pokok besar melindungi makam ni
besebelahn makan ni ade 2 buah rumah[ penjaga makam]
aku beri salam kepada ahli makam
aku beri salam kepada seorng tua.

Aku kata kpd nya nak sedekah bacaan Yassin pd Aruah..

PAPAN TANDA MAKAM

Pintu makam yg berkunci dibukanya

aku bertafakur dan menunaikan niat ...
siapa orang tua tu ...tunggu post seterusnya......













LORONG  MASUK KE KAWASAN MAKAM

MAKAM WALI YANG SENTIASA DI JAGA




10 comments:

  1. As'salam....Alhamdulillah dgn berkat izin dari Allah swt saya telah sampai di Makam ini...AllahuAkbar..Hanya Allah shj yg tahu apa yg ku rasakan di sana sewaktu menghadiahkan bacaan Ayat suci AlQuran...Oklah saya seorang budak melayu yg selalu bermain di kawasan ini sewaktu kecil dan waktu itu pernah juga menziarahinya tapi masa kecil tidak tahu ini makam siapa cuma pikir ini mesti makam seorg yg ternama di dalam Islam dan hari ini 1/10/2016 baru saya dapat tahu ini adalah makam seorg para wali Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Salam Maal Hijrah 1438

      Delete
  2. Untuk sebarang pertanyaan saya sudi menjawab dan memberi kerjasama pada yg memerlukan direction atau apa yg boleh sy bantu demi utk kebaikan...*Boleh terus menghubunggi saya di talian 011-21087254 Call & Whtapp..Boleh call dan Whtapp dan Mulakanlah dgn Assalamualaikum*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunday, January 25, 2015
      KUALA LUMPUR :Siapakah yang membuka Kuala Lumpur [Muara BUSTAK ].
      Kuala Lumpur adalah Ibukota Negara kita Malaysia,Setiap kawasan dan penempatan
      pasti ada pembuka atau pengasasnya.Dari sebuah kawasan hutan Belantara kini telah
      dipenuhi dengan hutan - hutan batu yakni bangunan pencakar langit [ KLCC],Menara
      serta gedung -gedung perniagaan dan kediaman,

      Namun begitu sedarkah kita siapa pembuka ''KUALA LUMPUR''
      Berikut penulis catatkan antara fakta yang perlu kita semua fikir .....
      .
      ''ADAKAH PEMBUKA NYA KAPITAN CINA YAP AH LOY''
      1800 Penghijrahan beramai -ramai masyarakat Sumatera ke Kelang [ Kolang]
      1816 Tanah MANDALING diserang oleh tentera ISLAM PADRI
      Ketua Puak ni buat keputusan berhijrah ke Kelang
      Sultan Puasa [Sultan Naposa ] bertindak sbg ketua puak
      menjadi Penguasa dan Waris Negeri
      1857 Sultan Abdullah bin Raja Jaafar membeli beberapa bidang tanah
      dari Sultan Puasa untuk melombong bijih timah sekitar AMPANG
      1860 British mengusai pentadbiran di Tanah Melayu

      1861 Kapitan cina mula dilantik sebagai ketua puak oleh British
      1861 Kapitan pertama : Kapitan Hiew Siew
      1862 Kapitan kedua : Kapitan Liew Ngim Kong
      1868 Kapitan ketiga : Kapitan Yap Ah Loy

      Fakta yg perlu ditulis semula berkaitan sejarah KUALA LUMPUR.......

      Fakta membuktikan bahawa Sultan Puasa [ Sultan Naposa] lebih awal meneroka KUALA LUMPUR @ Muara Bustak berbanding Sultan Abdullah dan 3 KapitanCina tersebut [ Hiew Siew,Liew Ngim Kong ,Yap Ah Loy ]
      NAMUN BEGITU SIAPA '' SHEIKH HARUN ALRASYID ''Makam waliALLAH ini sudah hampir 220 Tahun telah berada di pinggir BANDARAYA KUALA LUMPUR...Adakah ini memberi petanda bahawa Kuala Lumpur telah diterokai lebih awal lagi ...dalamlingkungan waktu [ 1750 - 1795 ]...Cuba fikir - fikirkan...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Untuk sebarang pertanyaan saya sudi menjawab dan memberi kerjasama pada yg memerlukan direction atau apa yg boleh sy bantu demi utk kebaikan...*Boleh terus menghubunggi saya di talian 011-21087254 Call & Whtapp..Boleh call dan Whtapp dan Mulakanlah dgn Assalamualaikum*

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Tkasih sahabat Aman Gone,tkasih memberi pandangan berkaitan catatan saya ini.Memang betul tak ramai
    yg tahu makam wali ini,pembangunan sykt koperat YTL dan highway Duke menyebabkan makam ini tersepit di situ .
    Patut majlis agama MAIWP,DbKL,Jabatan WArisan dan yg
    berkenaan memikirkan sesuatu berkaitan makam wali ini.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Tkasih sahabat Aman Gone,tkasih memberi pandangan berkaitan catatan saya ini.Memang betul tak ramai
    yg tahu makam wali ini,pembangunan sykt koperat YTL dan highway Duke menyebabkan makam ini tersepit di situ .
    Patut majlis agama MAIWP,DbKL,Jabatan WArisan dan yg
    berkenaan memikirkan sesuatu berkaitan makam wali ini.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete