Tuesday, May 12, 2015

Pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai SULTAN PERAK ke - 35









Enthroned
Saya masih berada di Kuala Kangsar untuk menyaksikan pertabalan Sultan Perak XXXV,Sultan Nazrin Shah berlangsung di Istana Iskandariah,Bukit Chandan.
Mungkin ini sekali seumur hidup saya menyaksikan sendiri majlis pertabalan ini.Semasa pertabalan yang lepas,saya masih di alam roh. smile emoticon
Jadi,di hadapan mata saya,saya menyaksikan bagaimana raja-raja Perak ditabalkan,umumnya adat dan protokol raja-raja Melayu ditabalkan.Meskipun zaman berganti zaman,namun institusi beraja Melayu masih bertahan,bukan sekadar simbol atau pelestarian budaya tetapi terpateri dalam perlembagaan dan undang-undang.
Dalam sejarah Asia Tenggara,institusi raja-raja Melayu adalah paling tertua,dengan diikuti institusi beraja Kemboja dan akhirnya Thailand.
Institusi beraja Burma berakhir dengan Raja Thibaw diguling British pada tahun 1885 dan institusi beraja Vietnam berakhir dengan Raja Bao Dai diguling oleh perdana menterinya sendiri pada tahun 1955.
Kesultanan Kedah misalnya memiliki riwayat bersambung-sambung sejak abad ke-12 sehingga ke hari ini dan antara kesultanan tertua di dunia.
Kesultanan Perak jika diperhalusi memiliki riwayat lebih lama,mewarisi institusi beraja dari Kesultanan Melaka yang juga mewarisi kuasa dan motivasi politik dari empayar Melayu Srivijaya sejak Sang Nila Utama,kerabat diraja Srivijaya dari dinasti Mauli menubuhkan kerajaan Temasek sehingga pewaris terakhirnya,Permaisura menubuhkan Kesultanan Melaka yang pengaruhnya menjangkau sebahagian Sumatera dan semenanjung Tanah Melayu.
Pewaris terakhir Kesultanan Melaka,Sultan Muzaffar Shah I pula mengasaskan Kesultanan Perak selepas dijemput oleh beberapa pembesar Perak yang juga mewarisi sistem beraja tersendiri sejak era 'Three Kingdoms' antara kerajaan Gangga Negara,Beruas dan Manjung berakhir pada abad ke-16.
Menurut sejarah,ketika Sultan Muzaffar Shah I menyelusuri Sungai Perak untuk mencari tapak yang sesuai bagi menubuhkan 'city-states' negeri Perak yang baru,alangkah terkejutnya beliau apabila di sana terdapat sistem pembesar dan bangsawan sudah sedia ada termasuk seorang yang digelar 'maharaja' iaitu Maharaja Lambor.
Walaupun di sana terdapat garis salasilah yang berbeza dan ada raja yang naik melalui persetujuan atau perjanjian tertentu,namun yang penting ialah institusi beraja Perak bersambung dari waris diraja dari satu generasi ke satu generasi.
Setiap negeri ada keunikan adatnya tersendiri,bagi saya,negeri Perak adalah negeri yang misteri dan penuh sensasi.Anda boleh menyelami sejarah dan kehidupan orang-orang di negeri Perak khasnya ketika tahun-tahun 60-an ke 80-an apabila membaca novel-novel thriller SBDJ karangan Tamar Jalis.
~Srikandi
'untuk kome-kome jee'














Bagaimana Pedang Cura Si Manjakini Jatuh ke Tangan Raja-raja Melayu?
Dalam alatan kebesaran Perak,ada di antaranya adalah koleksi raja-raja terdahulu.Koleksi raja-raja ini pula ada yang didapati dari wilayah luar,contohnya Batil Emas dari Acheh dan Kancing Halkah dari China.
Ini bukan bermakna asal-usul negeri Perak adalah dari China dan Aceh malahan alatan kebesaran itu adalah bukti terdapat hubungan diplomatik antara negeri Perak dengan negeri-negeri itu sehingga koleksi mereka diberikan kepada negeri Perak.
Begitu juga dengan pedang misteri ini yang berusia ribuan tahun;Pedang Cura Si Manjakini.
~Srikandi
Pemegang Rahsia Cura Si Manjakini dan Potoh Naga



























No comments:

Post a Comment