Thursday, May 14, 2015

Sejarah atau mitos


11 hrs · Edited · 
Siapakah "empunya hak Kedah & Pasai"?
Kata-kata yang indah ini terpahat dalam Prasasti Minye Tujoh di Aceh.Kata-kata ini adalah petunjuk kepada misteri raja-raja Beruas dan kerabat Kedah Tua-Srivijaya yang tercatat dalam riwayat Khmer sebagai 'dinasti Ketomala'.
Sebelum ini kita tahu melalui sumber Sri Lanka (Prasasti Bolana & Madigiri) dan dinasti Song,juga Plat-plat Leyden di India bahawa Kulothunga I telah membunuh pemerintah Chola sebelumnya dan memerintah selatan India dengan restu Srivijaya.Pada tahun 1106 Masehi,rekod dari Song melaporkan "...Chulien (Chola) dikuasai orang-orang Sanfotsi (Srivijaya) ".
Kulothunga I juga menganugerahkan geran tembaga kepada duta Srivijaya untuk membangunkan biara di Nagapattinam,di samping penambahan 9 lot tanah untuk Srivijaya meluaskan biaranya.
Apa yang ingin saya beritahu sebenarnya?JIka anda perasan,masa ni,pusat Srivijaya berada di KEDAH TUA.
Melalui petunjuk yang diukir batu nisan tersebut,saya menyiasat sejarah keluarga Ketomala dan Ligor untuk mencari siapakah yang dimaksudkan dengan "empunya hak Kedah & Pasai"
Untuk itu,saya menggunakan 10 prasasti:
1) Prasasti Minye Tujoh,Aceh,Indonesia
2) Prasasti Prasat Khna,Kemboja
3) Prasasti Ta Praya,Kemboja
4 Prasasti Wiang Sa,Thailand
5) Prasasti Grahi,Thailand
6) Prasasti Sralau,Kemboja
7) Prasasti Roluh,Kemboja
8) Prasasti Prasat Ampil,Kemboja
9) Prasasti Prasat Beng
10) Prasasti Sandak,Kemboja
Saya terkejut apabila Udayadityavarman I,raja Ligor juga memiliki adik-beradiknya yang memerintah Lawapuri (Lavo,Thailand sekarang) dan Negeri Rajasima (Nakhon Ratchasima,Thailand) atas nama Angkor.
Saya juga meneliti ayat-ayat ini,yang terukir pada Prasasti Sandak di Kemboja:
"...añ śrījayavarmmadeva nu vraḥ pāda kamrateṅ 'añ śrīdharaṇīndravarmmadeva svey vraḥ dharmmarājya..."
Kata-kata ini bermaksud raja Dharanindravarman I naik takhta Ligor selepas Jayavarman VI menaiki takhta Angkor sama seperti Suryavarman I naik takhta Ligor selepas Jayaviravarman menjadi emperor Angkor.
Ini mencantumkan 'jigsaw puzzle' di sebalik Jayavarman IV dan Suryavarman I yang meletakkan petunjuk bahawa Koh Ker dan Preah Vihear adalah tempat menyembunyikan rahsia raja-raja Melayu dari garis salasilah Langkasuka-Ligor yang tersembunyi dalam kata-kata misteri:
"..gutra barubasa mpu hak kedak pasema..."
Menggunakan 5 prasasti terakhir Kemboja dalam senarai di atas,saya dapat mengetahui pemerintah-pemerintah Angkor dari Jayavarman IV sampai Dharanindravarman I pernah naik takhta di Ligor sebelum menjadi emperor Angkor.Dan kesemua mereka saudara-mara sesama sendiri.
NEGERI LIGOR UMPAMA JAWATAN RAJA MUDA SEBELUM MENJADI SULTAN.
Siapa menjadi raja Ligor,dia akan menjadi emperor Angkor selepas itu.Menarikkan?Fakta ini,anda takkan jumpa dalam mana-mana buku teks sejarah Melayu.
Jadi soalannya sekarang: Apa rahsia raja-raja Melayu yang tersembunyi dalam Koh Ker dan Preah Vihear?Jawapannya dalam artikel "The Tomb of Beruas Kings: The Secret of Prasat Kraham & Preah Vihear" di MistisFiles nanti.
Siapa yang belum membaca atau terlepas artikel saya tentang petunjuk di dalam Prasasti Minye Tujuh,boleh baca di sini >>http://riwayatmelayu.blogspot.com/…/petunjuk-di-dalam-prasa…
Yang ingin mendaftar kursus baru di THSS sila ke sini>>http://historianlodge.historiansecret.com/?page_id=282
Hujung minggu ni saya nak edarkan video atau minijurnal kepada para pelajar.Percuma jer sebab anda dah daftar bawah THSS.
~Srikandi
"dhuli pada kamraten jagat rajya"

No comments:

Post a Comment