Friday, July 10, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ siri 3 ]

Alhamdulilah....kini dah masuk 23 Ramadhan,1436H...[ Jumaat ,10 July,2015].
Insyaallah...hari ni abang lim dalam perjalanan dari Skudai,Johor ke Gombak.
Sebelum ni mak tinggal kat Johor,lepas ni nak beraya kat Ipoh...Plan nya,abang
drop by mak kat Gombak...next day [ Sabtu ] aku bawak ke Ipoh..so pakat ngan
Yop jumpa kat tol Bidor .
Abang sampai lepas solat jumaat...kendian dia dan kak lina stay kat Shah Alam.
Malam tu lepas balik Terawih...mak tak tido lagi..aku ajak berborak...Katanya
tak ngatuk..agak nya dah tido dalam kereta siang tadi.
Aku cuba terangkan ..kat mak ,raya ni nak cuba trace keluarga sebelah Apak..
Aku mintak mak recall balik memori dia masa muda ngan apak...masa bercinta,
masa awal perkahwinan....,masa tinggal kat Sabak Bernam...pasal kerjaya apak
dan lain -lain kisah yang mak ingat...So mak pun mula story morry..apa yang
dia ingat...Memori mak memang tip top...

PHOTO 1955  Mak mengandung Abang Hassan







Ni clue -clue yang mak bagi aku:

1]Kahwin ngan Apak dijodohkan oleh orang tua [ Mak angkat apak Mak Cik Puteh]
   dan Tok Senah [ Rj.Hasnah Bt .Rj.Ibrahim tu kenalan sedara ]
2]Masa tu kiranya Apak dan mak bercinta kat rumah  kampung yg apak sewa.
3]Lepas kahwin duduk kat Langkap .Perak [ Kampung SC Padang / Rendang Punggor ]
4]Apak gi training kat Ipoh [ Special Constables @ SC]
5]Masa ni darurat dah mula,apak dan pasukan ditugaskan duty kat Langkap.Perak
6]Mak mengandung Abang Hassan [ 1955]
7]Pasukan apak [ SC ] diserang [1955]
   hendap sewaktu operasi mengesan musoh [ komunis] di Langkap ,Perak
8]Semua sahabatnye gugur,kecuali apak sorang selamat...[ Perjuangan SC Langkap ]
9]Apak selamat ..komunis tinggal kan dia ...lapuran ke balai polis Langkap
10]Mak lahir Aruah Abang Hassan kat Batak Rabit, Perak
11]Mak lahirkan Abang Lan dan Abang Lim di Sabak Bernam.
12]............................................................................................................
13]............................................................................................................
14]Tok Lebar ade anak  ngan suami pertama [Saadin dan Baaddin ]

Petanda....Homeworks.....Clue -clue MAK........!!!!!!Puzzle-puzzle ni aku kena tafsirkan satu -satu...ikut cara aku.....Insyallah......

 

No comments:

Post a Comment