Tuesday, July 28, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ siri 7 ]

Assalamualaikum.....

Tanggal 26 hb.Julai,2015


Sebaik pulang dari Sabak Bernam ,Aku mula menyusun segala info yang ade...
Kat bawah ni senarai subjek yg aku rasa boleh membantu untuk menghurai
berkaitan keturunan apak ni....

1]Pak su Johari bin Zainudin [ UTM  Sekudai,Johor ]
2]Abang Lan  [ membesar di Sabak Bernam ]
3]Isteri - isteri Aruah Tok Long Selabak [ 3 isteri semuanya ]
4]Hamba Allah yang jumpa Abang lim [ kena tafsir kisah ]


Tanggal 27 hb.Julai,2015


Aku cuba menjejak Pak su Johari,..Aku buat ''homework '' seperti biasa...
cuma kali ni orang yg ku cari dah hampir 40 tahun tak jumpa...namanye
sama tapi wajah dan perwatakan mungkin berbeda.....Jam di dinding  dah
masuk 12:59 tengah malam....dah hampir 1 jam ni...
Aku berehat sekejab...lepas tu sambung wat '' homework '' .Tepat 1:50 pagi
Alhamdulillah ....aku dapat petanda dan ilham....Lokasi tempat tinggal dan
wajah nye  dah diperolehi....InsyaAllah  esok lusa aku akan hubungi Pak Su...


Tanggal 28 hb.Julai,2015



Pak Su Johari ku hubungi...Pada mula nye ,aku di sangkanye yop mie...tapi lepas perkenalkan diri,baru dia ingat sebab namanye sama dengan nama aku...Masing -masing dah makan usia,Pak su 58 tahun,aku 47 tahun....Banyak info yang dikongsi ......catatan ''homework '' aku bertambah lagi....

Hari demi hari aku dan pak su berwhatapp...Kami bertukar - tukar info keluarga masing -masing...Aku respect Pak su ,apa tak nyanow dia dah jadi orang surau ..dan aktif dengan aktiviti masyarakat .Selama hampir 2 minggukami berurusan berkaitan keluarga ...


Pak su Johari dan Family [ Sekudai,Johor ]


Ni info yang aku dapat dari pak su..

1]Menetap di Johor [Bandar Pulai Jaya 2 @ 10KM dari UTM Skudai ]2]Bekerja di UTM  [ Jabatan Fizik ] hampir 27 tahun.3]Anak -anak 4 lelaki ,1 permpuan , 2 menantu ,3 cucu.4]Ibu : Sapiah bt.Saman [ meninggal 88 thn.]5]Ayah : Zainudin b.Mat Asip [meninggal 63 thn. sewaktu usianya 6 thn / 1964]6]Adik beradik lain: a]Mak Lung Sharfah bt.Zainudin [ 80 thn ] di Parit 13 Sg.Panjang,Sabak Bernam.]b]Mak Ngah Sakyam bt.Zainudin [ 75 thn ]di Damansara.c]Mak  Uda Salasiah bt.Zainudin [ 66 thn ] di Tanjung Ketum,Sabak Bernam ]7]Tempat lahir Pak Su Johari : Teluk Buloh,Kg Kota,Perak [ 1 nov.1958 ]

Allahyarham  Sapiah bte. Saman [ Tok Cik ]

Allahyarham Zainudin bin Mat Arip [ Tok Cik ]

               Alfatihah buat mereka yang telah tiada...........























ALHAMDULILLAH.......


No comments:

Post a Comment