Saturday, September 5, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ Siri 11 ]

Tanggal 5 hb.September ,2015.

Jejak kasih dari Gombak ke Kampung Sungai  Batang,Selekoh,Perak

Alhamdulilah ...pencarian '' Jejak Kasih '' mencari
keturunan sebelah Apak...InsyaALLAH  akan kami
teruskan...Seperti ade petanda baru...Kami adikberadik
dapat jemputan kahwin di Kampung Sungai  Batang,
Selekoh,Bagan Datoh ,Perak...Jemputan dari Mak Siti
Hajah Aisyah bt Hj.Ahmad [ Anak sulong Tok Long].


Perancangan dibuat ,berkumpul di Sabak Bernam ,rumah
Abang Lan..klu boleh nak kumpul semua...Yop mie dan
Nyah setuju hadir termasuk  Aku,Yong dan Abang Lan...
Abang Lim tak dapat hadir...Jam 11.30 pagi kami semua
sampai Sabak Bernam...lepas makan minum...kami bertolak
ke Selekoh...Aku jadi pemandu arah..


Jangkanye dalam 30 minit boleh sampai...[ 30 km ]..Cuaca
agak mendung...hujan mula turun lebat...Sepanjang perjalanan
hujan..mungkin hujan rahmat ni sangka ku..Akhirnye kami
sampai kat rumah pengantin tu [Kg.Sungai Batang ].Suasana
memang ramai jemputan...tapi yang paling menarik kebanyakan
yang hadir berbangsa jawa...memang betul kata Pak Alang
keturunan ni berasal dan berbangsa jawa ...Semangat'' Merewang''
iaitu gotong royong mereka memang patut di puji...

Kat Majlis ni kami dapat berjumpa dan mengenali adikberadik
Mak cik Siti Aisyah ni...[ 6 beradik ]

1]Hajah Aisyah bt Haji Ahmad
2]Nordin bin Haji Ahmad
3]Saharuddin bin Haji Ahmad
4]Yahya bin Haji Ahmad
5]Zakaria bin Haji Ahmad
6]Fadhil bin Haji Ahmad








JEJAK KASIH  KE KG. TELUK BULOH ,PERAK

Lokasi : Kediaman TOK ANJANG [ Hashim bin Saman]Masa  :  3.00 ptg.Pertalian : Anak Moyang Saman beristeri Zaleha

Sebaik selesai hadiri majlis perkahwinan anak Mak Long Aisyah,Kami meneruskan jejak kasih ni....Abang Lan jadi ketua pandu...Kami berkonvoi  tiga kereta semuanya....Hujan turun lebat sungguh.Agaknye hujan rahmat ni bisik aku kat isteri...Menurut Abang Lan,Tok Anjang Hashim ni tinggal di kampung Teluk Buloh....masihdikawasan negeri Perak...Ni kira kampung tradisi ni...Tepat pukul 3.00 ptg. kami sampai ke lokasi yang dicari..





























Masa sessi bersurih [ suaikenal ]Tok Anjang  Hashim bin Saman ni ade
bercerita pasal diri dia dan keluarga.Klu ikut, dia anak Moyang Saman
yang ke 9 [ dari 11 beradik /6 anak Moyang Menit,5 Moyang Zaleha ].
Moyang Saman ade 2 isteri .Lepas Moyang Menit meninggal [ isteri 1],
Moyang berkahwin dengan Moyang Zaleha .Tok Anjang adelah anak
dengan Moyang Zaleha.

Zaman kecilnye hidup di kampung.Moyang Saman ayahnye seorang
pekebun kelapa dan buah -buahan serta sayuran.1934 MALAYA masih
dijajah Kuasa British...Hidup bawah penjajah memang banyak masalah
menurut Tok Anjang.Sempat bersekolah di Sek.Keb Simpang Empat...


Pada tahun 1942 Jepun menakluki Malaya secara keseluruhannye..
Masa ni usia nye  8 Tahun .Pemerintahan 3 Tahun 6 bulan Jepun
penuh dengan kekejaman dan penindasan ..Moyang Saman terpaksa
membesar mereka dengan suasana yang serba sederhana.


Zaman remaja nye dihabiskan disekitar daerah ini [ Simpang Empat /
Bagan Datoh dan Sabak Bernam ].Memilih untuk bekerja dikampung .
Menamatkan usia bujang nye pada usia 30 tahun [ 1964 ]dan
berkahwain dengan pilihan orang tuanye. 


Biodata Tok Anjang Hashim bin Saman                                                                                                
1]lahir 1934 ,di Kampung Teluk Buloh,Perak
2]Berusia 81 tahun [ 2015 ].
3]Sewaktu pemerintahan Jepun Awal [ 1942 usia 8 tahun].
4]Sewaktu pemerintahan Jepun Akhir [ 1945 usia 11 tahun].  

5]Pernah bersekolah di Sek.Keb Melayu Simpang Empat,Perak 

6]Memilih untuk bekerja dikampung.

7]Menamat usia bujang pada 1964.

8]Berkahwin Siti Tumirah bt.Mohamad [Ayahnye berasal dari BatuPahat.

9]Siti Tumirah [ Tok Anjang ]lahir 1952.Sekarang berusia 63 tahun [2015].

10]Dikurniakan 4 cahayamata

     i]Norhakimah [1970]

    ii]Norazli

   iii]Norazimah

  iv]Nurul                                                                                                  




   Lokasi: Kampung Kota,Perak

 Menurut Tok Anjang,Kampung ni tak jauh dari  Kampung Teluk Buloh .
[Jarak 1.5 km je ].Bila aku bertanya kenapa dipanggil Kampung Kota...
katanye dulu kampung ni jadi pusat pemerintahan Raja Hitam.
.Dulukala selalu ade perang saudara merebut kuasa dan daerah,
jadi Raja Hitam memerintah rakyat jelata membina kota [ kubu ]      
untuk bertahan dari musuh mereka.Panjang ceritanye kata Tok Anjang..

Sabak Bernam nie merupakan satu daerah dalam negeri Selangor yang bersempadan dengan Negeri Perak yang dipisahkan oleh Sungai. Sabak Bernam dan Ulu Bernam adalah dua tempat yang berbeza tau? Mengikut sejarahnya nama Sabak Bernam ini diambil sempena dari enam orang yang bersahabat yang mula-mula meneroka kawasan ini.  Sahabat-sahabat ini terdiri daripada lima lelaki dan seorang perempuan.

Pada mulanya mereka menghadapi berbagai kesukaran ketika mudik dihulu Sungai Bernam kerana tanah dikiri dan kanan sungai sentiasa dinaiki air kecuali disatu kawasan tinggi yang berbusut.  Mereka telah ke kawasan berkenaan dan mendirikan pondok serta memasak menggunakan tungku yang diperbuat dari tanah liat dan mempunyai lubang ditengahnya untuk dimasukkan kayu api. Kawasan penempatan mereka ini di Kuala Sungai Bernam yang sekarang dikenali sebagai Sungai Lang. Dapur itu  bolehlah dikatakan seperti dapur orang memasak nira kelapa untuk membuat gula kelapa/gula. Dapur ini ketika itu dikenali sebagai Sabak. Itulah sebabnya nama kawasan berkenaan dinamakan Sabak Bernam iaitu dapur yang dipunyai oleh sahabat berenam ini.
Mengikut ceritanya selepas enam sahabat ini meninggal dunia, datanglah seorang bernama Raja Unos ke kawasan ini dan memerintah Sabak Bernam bersama Raja Ali serta membina sebuah kota di Seberang Perak iaitu Kampung Kota, Hutan Melintang, Perak. 
Raja yang memerintah ini bertaraf Sultan dan mempunyai lima orang putera iaitu Raja Hitam, Raja Indot, Raja Mat Aris, Raja Abidin dan Raja Nordin.  Selepas Raja Unos mangkat, ianya digantikan oleh Raja Mat Aris yang bersemayam di Kampung Kota manakala Raja Hitam memerintah Sabak Bernam dan melantik Raja Indut sebagai hakim dan  mendirikan Istana di Sabak Bernam. 

Istana itu didirikan berhampiran kawasan Muzium Pertanian Sabak Bernam sekarang iaitu berhadapan dengan Sungai.  Dahulu kawasan ini didirikan rumah Pegawai Daerah Sabak Bernam tetapi telah diruntuhkan dan menjadi kawasan lapang sekarang. Kemudiannya datang seorang inggeris bernama Tuan Rogers mengarahkan agar Raja Hitam menyerahkan kuasanya ke Selangor dan telah mendapat tentangan dari Raja Hitam tetapi akhirnya Raja Hitam terpaksa akur dengan kehendak Tuan Rogers dan Sabak Bernam menjadi jajahan dalam negeri Selangor hingga hari ini.Tanah Perkuburan Diraja Kampung Kota dan di kawasan perkuburan ini jugalah terletaknya Makam Raja Hitam dan kerabat-kerabatnya.

Mana-mana keturunan Raja Hitam di Sabak Bernam yang meninggal dunia akan dimakamkan ditanah perkuburan ini begitu juga sesetengah keturunan  Syed di Sabak Bernam dan penduduk sekitar Kampung Kota juga dikebumikan di sini.ALFATIHAH  buat Almarhum Raja Hitam serta penghuni Tanah Perkuburan Diraja Kampung Kota semuga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.






























5 comments:

  1. ASSALAMMUALAIKUM, KLAU IKUTKAN TOK ANJANG HASHIM NI BERSAUDARA DENGAN SAYA(ITU YG D CERITAKAN OLEH MAK) TAPI SYA X INGAT BELAH MAK ATAU ABAH. ATUK NGAN NENEK BELAH MAK X SILAP DARI TANJUNG JAWA (SAEMAH BT MUSA BIN BAKAR-OKU PEKAK N BISU) MANAKALA BELAH ABAH PULAK (SAHAUDIN BIN SULONG BIN JAIS).

    ReplyDelete
  2. ASSALAMMUALAIKUM, KLAU IKUTKAN TOK ANJANG HASHIM NI BERSAUDARA DENGAN SAYA(ITU YG D CERITAKAN OLEH MAK) TAPI SYA X INGAT BELAH MAK ATAU ABAH. ATUK NGAN NENEK BELAH MAK X SILAP DARI TANJUNG JAWA (SAEMAH BT MUSA BIN BAKAR-OKU PEKAK N BISU) MANAKALA BELAH ABAH PULAK (SAHAUDIN BIN SULONG BIN JAIS).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum Salam,tkasih ucu Aepul memberi komen...saya masih dalam proses pencarian keturunan"MOYANG SAMAN"ni ..ibu n ayah Aepul skrg tinggal kat mana?

      Delete
    2. Waalaikum Salam,tkasih ucu Aepul memberi komen...saya masih dalam proses pencarian keturunan"MOYANG SAMAN"ni ..ibu n ayah Aepul skrg tinggal kat mana?

      Delete
  3. Abdul Rahman Bin Mallak (Daeng Mallak) juga adalah datuk kepada moyang saya dan saya adalah lapis ke-5 dibawah dia. Tolong hubungi saya untuk kita lebih saling mengenali. Whatsapp saya bernombor +628977297262. Maaf kerana nombor tersebut bukanlah nombor Msia kerana sy bekerja di luar Msia

    ReplyDelete