Monday, August 31, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ Siri 10 ]

Tanggal 31hb.Ogos,2015

Pagi Isnin ni ...Cuti hari Kemerdekaan Malaysia yang ke
58 tahun...Abang Lan dan Abang Lim lahir tahun ni.....
seingat aku 25 / 10 /1957...Tahun ni kira dah 58 tahun usia
mereka berdua [kembar seiras ].


Aku dah dapat berita dari Abang Lan...katanye dia dan ustaq
Suradi dah jumpa Ustazah Kamariah...Memang salasiah tu
ade kaitan dengan keturunan '' Moyang Saman bin Hj.Fatah''.
Melalui salahsiah tulisan jawi jurai keturunan ni memang
berkait antara satu dengan yang lain.


Ni Info yang aku perolehi dari abang Lan tempohari :
1]Ustazah Kamariah bersepupu [ 3 pupu ]dengan Aruah Apak.
2]Haji Fatah punyai seorang abang  bernama Selamat,mereka
  seibu sebapa.
3]Anak Selamat bernama Sapiah,Anak Hj.Fatah bernama Saman.
4]Sapiah kahwin dapat Basuni,Saman kahwin dapat Suliman.
5]Basuni ni ,bapa kepada Ustazah Kamariah,Sementara Suliman
  pula bapa kepada ayah aku [Sitan bin Suliman ]
6]Jadinye Ustazah Kamariaah ni sepupu Apak, Kira dia dengan
  kami adikberadik pangkat '' Mak Sepupu ''...
Abang Halim 
Abang Lan / Cikgu Halib


Aku betul -betul berterimakasih usaha Abang lan,Pak Alang dan
Pak Andak ni...sikit demi sedikit salasilah keturunan ni dah mula
terungkai....Tanpa mereka mungkin susah rasanya...mungkin ade
hikmah jugak agaknye Abang lan ni dibesorkan di Sabak Bernam.
Abang lan jadi penyambung antara kami dengan sedara apak di sana.
Aku rasa setakat ni dah hampir 8 generasi yang dah dapat kami trace..


Alhamdulillah...ALLAH Maha KAYA....


No comments:

Post a Comment