Tuesday, September 22, 2015

Sejarah Kedah Tua

SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN KEDAH TUA - Secara ringkas
Kesultanan Melayu Kedah merupakan kesultanan tertua di Malaysia. Bermula dgn Tun Derma Dewa & Tun Perkasa, pemimpin masyarakat Melayu. Pada ketika itu Kedah mempunyai 4 daerah iaitu Kuala Qilah, Kuala Bahang, Kuala Merpah & Kuala Bara.
Pada tahun 630 Masihi, Maharaja Derbar Raja dari negeri Gumurun, Parsi keturunan Iskandar Zulkarnain dari Rom telah berhijrah ke Sri Lanka akhirnya mngembara sehingga ke Sungai Qilah. Kerana baik budi pekerti Tun Derma Dewa & Tun Perkasa mengangkatnya mnjadi raja iaitu Raja pertama Kerajaan Kedah yg bukan beragama Islam.
Kota dan kerajaannya didirikan dgn ibu kotanya terletak di hulu negeri diberi nama Langkasuka pada tahun 634 Masihi. Ia berkembang dgn gah dan kemuncaknya pd kurun ke 11 hingga 14 masihi.
Kerajaan Kedah mahupun Melayu Kedah sehingga abad 1136M merupakan penganut agama Hindu/Buddha sebelum raja ke-9 iaitu Maharaja Derbar II memeluk Islam dengan nama Sultan Muzaffar Shah. Baginda diislamkan oleh Syeikh Abdullah bin Syeikh Ahmad bin Syeikh Qaumiri dari Yaman.
Serentak dgn pengislaman tersebut barulah nama kerajaan ini ditukar kepada Kerajaan Kedah Darul Aman dan semua acara dan penghidupan rakyat Kedah juga mengikut lunas2 Islam.
Kedah sejak dahulu lagi sudah mempunyai sistem kewangan sendiri malah lebih awal dari Kesultanan Melaka. Matawang nya dipanggil Samas. Malah kurun ke 16 Masihi Kedah telah mula mnggunakan matawang Inggeris, Belanda dan Dolar Mexican yg dibuat oleh East India Co. Ini bermakna sejak dahulu lagi sudah ada hubungan perniagaan antara Kedah dgn dunia antarabangsa.
Sebelum kedatangan mana2 kuasa barat lagi Kedah telah mempunyai sistem pentadbiran Melayu yg tersendiri. Pembesar2 kanan dipanggil Pembesar Empat iaitu Seri Paduka Maha Menteri, Seri Paduka Raja Laksamana, Paduka Maharaja Temenggung Anggota Desa & Seri Maharaja Putra Dewa.
Kemudian dibantu oleh Pembesar Lapan iaitu Seri Paduka Tuan, Maharaja Derma Wangsa, Maharaja Tambangan, Maharaja Kadzi, Seri Paduka Anggraha Dewa, Maharaja Anggraha, Paduka Mahawangsa Perbendaharaan & Maharaja Lela Penghulu Segala Hulubalang.
Kemudian barulah dibantu oleh Pembesar Enam Belas iaitu Dato' Seri Indra Memang Sanggara Shahbandar, Paduka Purba Wangsa, Paduka Seri Indera, Paduka Indera Sanggara, Raja Perdana Indera, Paduka Lela Putera, Seri Andeka Raja, Dato' Seraja Wang, Dato' Berma Raja, Dato' Bentara Wang Seri, Dato Setia Raja, Dato' Seraja Imam, Dato' Derja Perbendaharaan, Dato' Setia Mahkota & Dato Memang Mahkota.
Inilah corak pemerintahan tradisional Kerajaan Kedah Tua yg merupakan kerajaan Melayu tertua di Malaysia. Sesungguhnya masyarakat Melayu Kedah tradisional telah terlebih dahulu mencorak pentadbiran yang teratur lebih dahulu dari Kerajaan Melayu Melaka.
Terimakasih Jessy Alex dan juga Datuk Wira Dr Mohd Shariff bin Abu Samah iaitu penulis buku Modenisasi Pentadbiran Negeri Kedah. Seorang pengkaji sejarah Kedah yg mrupakan peminat setia tulisan saya. Buku yg bertandatangan beliau dengan kata2 semangat memberi saya motivasi utk mnggodek lebih banyak sejarah yang tidak didendangkan.

No comments:

Post a Comment