Tuesday, October 6, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ Siri 14 ]

Jejak Kasih : Ustazah Kamariah binti Basuni 

Lokasi :Taman Pertama,lorong Melor,Sabak Bernam,Selangor.

Masa  : 6.00 petang hingga 7.00 malam                                                        

Selepas selesai di Kampung Banang,Perak  ,kami meneruskan
perjalanan ke Sabak Bernam .Lokasi ni Abang Lan kata dekat
dengan Taman Muhibbah .Seperti yang biasa,Abang Lan jadi
ketua rombongan...Tepat 5.50 petang kami sampai ke rumah
yang di tuju...


Lepas bagi salam,Ustazah Kamariah jemput kami semua masuk,
kendian abang Lan perkenalkan kami semua..Sebelum kami ni
Abang Lan dan Pak Ngah Ustaz Suradi dah jumpa ustazah ni..
Masa tu mereka dapat salinan '' salasilah jurai keturunan kami''
dari simpanan ustazah...


Salasilah jawi tu menurut ustazah kamariah,ade kaitan dengan
Moyang Saman dan Moyang Fatah.Ni part yang menarik sebab
Moyang Ustazah iaitu Moyang Safiah ade pertalian adik
beradik dengan Moyang Fatah....Mangkin menarik jejak kasih
ni....






Info yang di perolehi dari Ustazah Kamariah:

Pengkisahan jurai sebelah Moyang Saman


1]Anak Che Midah yang ke-empat bernama Tijah,Suaminya Che Amin 
  [ Orang KEDAH]ada anak 7 orang:
    i]Maimunah
   ii]Mimah
  iii]Selamat
  iv]Hitam

   v]Siadah
  vi]Abdullah
 vii]Haji Duasin


2]Hitam pula berkahwin ,ada 6 orang anak:
    i]Haji Ali
   ii]Haji Husin
  iii]Saman [ Moyang Saman ]
  iv]Haji Abdul Samad
   v]Salbiah
  vi]Puning [ Lelaki ]


3]Saman pula berkahwin dengan Menit , ada 5 orang anak:
    i]Lepat @meninggal semasa kecil [ perempuan]
   ii]Muhyi [ isteri nya Ginam ]
  iii]Saliman /Suliman [ Tok Riman] [ istarinya Lebar ]
  iv]Sidam [ isterinya Rokiah]
   v]Sapiah [ suaminya Zainuddin]


4]Saman berkahwin dengan Zaleha [ isteri keduanya],ada 5 orang anak:
    i]Ahmad @ Samat bin Mahbot [anak Zaleha suami lain]
   ii]Cik [ Tok Uteh] beristerikan Mahiran binti Saadin [Saadin anak Tok Lebar
      dengan suami pertamanya.
  iii]Hashim beristerikan Tumiah binti Muhamad
  iv]Abdul Razak beristerikan Noh binti Talib
   v]Seliah [anak perempuan Saman,lagi 2 bulan nak kahwin meninggal dunia,
      akibat buatan orang.


Pengkisahan jurai sebelah Ustazah Kamariah




1]Anak Che Midah yang ke-empat bernama Tijah,Suaminya Che Amin 
  [ Orang KEDAH]ada anak 7 orang:
    i]Maimunah
   ii]Mimah
  iii]Selamat
  iv]Hitam

   v]Siadah
  vi]Abdullah
 vii]Haji Duasin


2]Selamat pula berkahwin,ada 4 orang anak:
   i]Haji Ahmad
  ii]Haji Mahmud
 iii]Haji Alwi
 iv]Safiah


3]Safiah berkahwin,ada 2 orang anak:
  i]Basuni
 ii]Aishah [ meninggal masa kecil]


4]Basuni berkahwin,ada 5 orang anak:
  i]Kamariah [ Ustazah Kamariah]
 ii]Arbaiyah
iii]Mahmud
iv]Ramlah
 v]Nawawi [ meninggal dunia ]


Perkaitan hubungan jurai keluaraga  :

Hitam  & Selamat  : adik beradik kandung

Saman & Safiah     : sepupu

Saliman &Basuni   : 2 pupu

Sitan [ apak ]& Ustazah Kamariah : 3 pupu

Kita semua adik beradik  & Ustazah: Mak Saudara [ 3 pupu ]

****Dan disahkan Hitam itu adalah Haji Fatah [ Ayah Moyang Saman]****



No comments:

Post a Comment