Monday, October 5, 2015

Menjejak Jurai Keluarga Sebelah Apak [ Siri 13 ]

Jejak Kasih Tok Chik  bin Saman [Tok Uteh ]
Lokasi : Kampung Gertak Tinggi,Sabak Bernam,Selangor.
Masa   : 4.00 ke 5.00 ptg.


Selepas menjejak kasih di Kampung Banang,Perak....Kami meneruskan
program ziarah ke Kampung Gertak Tinggi.Perjalanan selama 20 minit.
Kami menyeberangi  Jambatan Sungai Bernam .Sampai simpang Sepintas
ambil simpang kanan [ sebelah Stadium].Seingat aku klu kekiri menuju
ke Sungai Panjang [ Rumah Mak Lung Sharpah ] dan ke Tanjung Ketum
[ Rumah Mak Uda Salasiah ]....


Memang dari segi logistik  tempat saudara - mara Apak tinggal ni kira
tak jauh antara satu sama lain.


1]Aruah Tok Riman @ Batu 20
2]Abang Lan [ Aruah Ngah Shamsiah] @ Taman Muhibbah
3]Mak Lung Sharpah @ Parit 12 ,Sungai Panjang.
4]Mak Uda Salasiah @ Tanjung Kertum.
5]Aruah Tok Lung Ahmad @ Batu 20
6]Mak Ngah Arbaiyah @ Kampung Banang,Perak
7]Mak Siti Aishah @ Kampung Sungai Batang parit 21,Selekoh,Bagan Datoh.
8]Pak Alang Ustad Hj .Suradi @ Batu 7 tiga suku Parit Cabang ,Sg.Besar.
9]Pak Andak Esam @ Batu 7 tiga suku Parit Cabang,Sg.Besar.
10]Tok Anjang  Hashim @ Kampung Teluk Buloh,Perak.


Sebaik sampai dan perkenalkan diri dan tujuan kedatangan kami adikberadik
pun mulakan perbualan dan mintak Tok Uteh ceritakan pengalaman hidupnya.
Katanya dia beribukan Moyang Zaleha [ isteri moyang Saman kedua ].Dia punyai
2 adik lelaki dan seorang perempuan.


1]Chik bin Saman
2]Hashim bin Saman [Tok Anjang]
3]Abdul Razak bin Saman [Tok Jak]
4]Seliah binti Saman [Meninggal buatan orang]


Chik [ Tok Uteh] lahir 1932 ,Zaman orang putih katanya..Pada tahun 1941 usianya
9 tahun ,sempat bersekolah di Simpang Tiga ,Perak.Kini usianya dah berusia 83 tahun.
Beristerikan Maheran binti Saadin,dikurniakan 5 orang anak:Isterinya meninggal
sewaktu usia 67 Tahun .

   i]Faridah
  ii]Rosiah
 iii]Norlela
 iv]Norazizah
  v]Rizal
 vi]D.Zaidi [anak angkat ]

***Maheran binti Saadin****
     cucu kepada tok Lebar binti Deris ,sebab bapanya Saadin bin Rahmat adalah
     anak lelaki Tok Lebar bersuamikan Rahmat [suami pertama tok lebar ]*****


















No comments:

Post a Comment