Saturday, November 21, 2015

SC 25300 [ Special Constables] Darurat @ siri 1

Catatan memo ini menceritakan pengalaman Ayah ku
sewaktu bertugas sebagai anggota '' Special Constables''
semasa Darurat.


Ayah ku ,Sitan bin Suliman.Beliau dilahirkan pada tarikh
23 hb.April,1934 di Sungai Keli,Perak.Pada zaman ni
Tanah Melayu masih dijajah oleh British [ Orang Putih].
Jadi kehidupan masa remajanya banyak dihabiskan di
kampung halamannya Sabak Bernam.Sebelum joint unit
SC ,ayah buat kerja -kerja kampung dan menolong orang
tua dia.[ Tok Riman dan Tok Lebor].


SC '' Special Constables '' atau Polis Khas ni ditubuh oleh
pihak British untuk mengawal kepentingan-kepentingan
mereka di Tanah Melayu masa tu.Pada masa ''darurat ''
pihak Komunis menjadikan kepentingan-kepentingan
British sebagai sasaran mereka.


Antara tugas unit SC,adalah menjaga dan mengawal kediaman,
ladang -ladang,kawasan penempatan semula [kampung baru],
projek pembinaan jalanraya.Namun begitu mereka juga
menjadi sasaran Komunis  sewaktu operasi bersenjata.
Ayah aku turut terlibat dalam satu operasi bersenjata semasa
bertugas di LANGKAP ,Perak.[ Kawasan Hitam masa darurat]
Kisahnya nanti aku coretkan untuk dikongsi ...InsyaAllah..



Kisahnya  tanggal 15 hb.Februari,1956 ,[Selasa]

Masa ni mak mengandung abang sulong aku [ Hassan].Menurut cerita mulut dan kajian
yang aku buat ceritanya macam ni.
Menurut mak lepas kahwin dengan Apak ,dia ikut Apak balik duduk kuarter polis kat Langkap.
Kira hampir setahun kat sana.

Pagi 15hb.Februari,1956....Ketua Platon pasukan SC [ Allahyarham Harun bin Itam ]

beri arahan kepada anggota buat tinjauan ke sebuah kawasan di Chui Chak .Bersama 12 Anggota SC
mereka bergerak dari Balai Polis Langkap.Pada masa ni Darurat sedang memuncak,musuh
[ pengganas komunis ] berada di mana-mana,silap langkah ,nyawa pasti melayang..

Bapak aku ,salah seorang dari 12 orang anggota ni...
Nombor SC nye SC25300 [Allahyarham Sitan bin Suliman]

Sampai je tempat yang dituju,ketua pasukan memberi arahan kepada pasukaan nya bergerak
berkombinasi...kira cara macam anggota keselamatan la agaknye...

Namun segala-galanye telah tersurat,sebab kehadiran mereka kekawasan tu telah diketahui
oleh pihak musuh terlebih dahulu.Laluan denai berlalang setinggi dada tu umpama petanda
awal malang yang akan menimpa mereka.Perangkap sedang menunggu mangsa....

gambar hiasan :Pemakaian seorang anggota SC


                                                    Insyaallah ,bersambung......










Kekuatan pihak pengganas sewaktu serangan [ gambar hiasan ]
































No comments:

Post a Comment