Saturday, January 13, 2018

Kenangan Ayah@Apak

Tanggal 13.01.2018.
Genap 11 tahun pemergiannya.
Aku terasa macam baru.
Namun Allah menyayanginya.

Mudanya.
Dikorbankan jiwa dan raga.
Menjadi anggota keselamatan.
Special Constable jawatan diberi.

Tanggal 1954 berumahtangga.
Mula hidup bersama ibu.
Hidup sederhana.
Tanpa kemewahan.

Tanggal 1955 .
Apak dan pasukan diberi arahan.
Menjejak musuh dilubok Palawan.
Musuh terlebih dahulu menghidu mangsa.
Serangan kilat musuh memecah kesunyian.
Langit Langkap bergema dek senjata musuh.
Apakan daya ada yang gugur.
Ada yang  parah.
Nyawa apak dihujung tanduk.
Hanya dia masih bernyawa.
Menyerah diri atau mati.
Musuh memberi kata dua.
Qadha dan qadar Allah telah janjikan.
Akhirnya apak ditinggalkan.
Alhamdulillah nyawa dan badan masih bersatu.

Tanggal 1956
Abang sulong (abang hassan)dilahirkan.
Apak dan Mak gembira bukan kepalang.
Menerima cahayamata pertama.
Kerjaya SC diteruskan.
Hidup diberet Rendang Punggor.
Bumi Langkap yang bermandi darah.

Tanggal 1957
Bumi Malaya Merdeka.
Mak melahir kelahiran kedua.
Anak kembar dikurnia Allah.
(abang lan & abang lim)
Bermukim mereka di Sabak Bernam.
Apak ke Ipoh jalani latihan.
Tinggallah mak berempat beranak.

Tanggal 1958
Tanggal 1959

Bersambung
Ayahjo


No comments:

Post a Comment