Saturday, January 6, 2018

Selamat Tahun Baru 2018 bersama aku,kamu,dia,kami,mereka dan semua.

Assalamualaikum..
Selamat menyambut tahun baru 2018.
Hampir 1 tahun 4 bulan saya tidak menulis .
Sepanjang tahun 2017 saya cuba menyesuaikan dengan suasana iklim ekonomi yang dingin.
Kerjaya asal ( usahawan kontraktor)bukan saya tinggalkan.Namun pada waktu ini peluang-peluang perniagaan(kontrak binaan kerajaan & swasta) agak nipis.Lebih-lebih lagi kesan ekonomi yang menurun jatuh,mengakibatkan ramai bakal pelanggan berhati-hati dalam berbelanja.

Dalam tempoh 16 bulan saya cuba mengusahakan
perniagaan kecil-kecilan dari rumah .Dengan bantuan isteri,kami usahakan produk frozen food (temosa ikan,karipap ayam,telur dan puyoh).
Produk frozen ini kami jenamakan JM Homemade Temosa.

Tempoh 16 bulan ini ,di umpama bidang binaan yang saya usahakan jatuh ke dasar dasar lubuk.Tanpa ada sebarang peluang dan  kerja.ITU LAH DUNIA...

YA ALLAH ADAKAH KITAB SIJJIN KU SUDAH PENUH....
YA ALLAH ADAKAH KITAB ILLIYIN KU TIDAK BERISI...

Segalanya berubah 360*darjah.
Allah masih sayangi kami.Allah menduga kami.Allah mendekati kami.Allah Maha mendengar.Allah Maha Besar.Allah memberi rezeki.Allah Maha pengampun.Allah Yang Maha KuasaSegalanya milik Allah swt....

https://id.wikipedia.org/wiki/Sijjin_dan_Illiyyin

No comments:

Post a Comment