Saturday, June 27, 2015

Angkara Tangan Ajaib @ ILLUMINATI

Kongsi gelap bersatu·
Illuminati takut pada Melayu!!!
Setelah anda semua membaca artikel-artikel sebelum ini, semoga anda dapat sedikit sebanyak mengetahui musuh kita dan pergerakan mereka, supaya tidak lah kita ditipu hidup2 oleh mereka!
Untuk kali ini saya ingin mengulas tentang budaya komunis dalam perjuangan kita dalam usaha membangkitkan Islam dari Timur. Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini.
Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara,para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library),terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini.Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka.Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis,Dajjal The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur.
Tujuannya ialah:
UNTUK MENCARI SIAPAKAH YANG MEMBAWA ISLAM KEPADA KERAJAAN MALAKA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA.
Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka,namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu,ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau,kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan,ini kerana di Indonesia,suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak.
Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia.
Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu.Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik 'Divide and Rule' dapat dilaksanakan!
Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di 'Semenanjung Tanduk Emas' yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.
Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan.Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri.Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa,dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu,wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu.
Mengapa Cina dan India?
Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin.Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati 'Ordo Ab Chao' iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu.Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil 'secret societies' Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason.Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina.Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap,inilah masanya untuk bermain api.
Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja.
Contoh yang terbaik ialah di Perak,negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu.Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut,mengakibatkan British campur tangan di Perak.Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
LIHAT,YANG MEMBUAT KEKACAUAN BUKANLAH MELAYU,TETAPI ORANG LUAR.
Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah.Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka,maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.Perhatikan,British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina,tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian,strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan?
Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain.India misalnya,raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan.
INGAT RAJA-RAJA MELAYU!
FREEMASON AMAT TERINGIN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU.
Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai.Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan 'muzium hidup' di Indonesia.Kesultanan Sulu sudah lama pupus.Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei.
Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka.
Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal.Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja,China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu,hanya Hong Kong dijajah British).Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik,kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'negeri naungan Ratu Inggeris'.
Mengapa?
Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah.Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka.Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung,sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British,dengan kata lain adalah jajahan mereka.
PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU AMATLAH ANEH SEKALI.
Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini.Jika tersilap perancangan,maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini.
Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang.Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih.Kuasa ini boleh ditidurkan.Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand?
Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?
APA RAHSIANYA?
Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun.Ini diakui oleh para penjajah mereka.Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini,betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri,organisasi masyarakat yang tersusun,kostum dan pakaian yang kemas,cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam?!
Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang!
Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno.Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara,apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis,menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'Holy Scriptures'."Cepat cari bangsa itu,Kristiankan mereka atau kamu semua akan musnah!"Sebab itu di dalam buku-buku sejarah,orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur,dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand.Amerika,Afrika dan India bukanlah tujuan mereka.Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri.
Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan.
Tetapi mereka terlambat.
PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA.
Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka,organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu.Tetapi gagal.Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand.Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain,jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang').Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka.Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka.
NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM.
Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis.Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu,maka tahulah mereka bahawa
ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.
SEbab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain.Melayu nampaknya lebih di'manjakan' Inggeris terutama golongan bangsawan,para kerabat diraja dan sultan-sultan.Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu.Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu.Di satu ketika,British menggunakan kekerasan,di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan.Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan,membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India.
PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka.
APA RAHSIANYA?
DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM 'HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S
Melalui 'secret societies' di China dan England,Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara.Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel,tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.
INILAH PLAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.
Kongsi-kongsi Gelap Cina Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society.Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association.Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925).Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya.Merentasi sejarah China,hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap.
Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa,terpinggir atau teraniaya,untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap.Berbeza dengan 'secret societies' di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit,kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan.Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama 'The Hidden Hand' mahu mempergunakan orang-orang Cina.Mereka dijadikan 'pawn of the game' dalam usaha 'The Hidden Hand' mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.
ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.
Jika peperangan terjadi,orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu.
Bangsa kesayangan The Hidden Hand,Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya,Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat 'counter attack'.Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA.Sikap mereka misteri dan pendiam.Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu,diprovok atau diusik sensitiviti mereka.
TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan 'psycho'.Apabila sampai satu tahap,ALTER AMUK mereka akan meletus.
Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka.Dari mana perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris diambil?
Lihat,bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan 'amuk' dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu.JIka kita lihat di Barat,sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain.Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini.
Istimewanya,mereka pandai mengawal dan menggunakannya.Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka.
JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.
Ingat,orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan.Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light,Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu.
Pertamanya,
majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat,jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan.Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini.
Keduanya,
siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama),
khasnya di Tanah Melayu?
Mereka adalah juga KONGSI-KONGSI GELAP INI.Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuiminati Inggeris 'menculik' rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.Rakyat China miskin yang 'innocent' tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka.
Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei,menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis,mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan.
Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat,juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.
Budaya-budaya komunism ini juga cuba di selitkan dalam perjuangan tentera fisabilillah. Tentanglah komunism ini dari menular dalam perjuangan kita!
Jangan berpecah belah kembalilah ke pangkal jalan...
ke jalan putih yang sebenar.
Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya komunis cina sedangkan kita lebih hebat dari mereka?
Perjuangan kita kerana Allah bukan kerana Duit.
INGAT!!BUKANNYA ALLAH YANG MEMERLUKAN KITA...........TETAPI....
KITALAH YANG MEMERLUKAN ALLAH AZZA WAJALLAH.....
TAKBIR!!!! ALLAHU AKHBAR!!!
Wallahualam....

Thursday, June 25, 2015

Jalan - jalan sambil belajar sejarah bangsa

Hari ni dah masuk 8 Ramadhan,1436H...bersamaan hari khamis 25 Jun,2015.
Dari sehari kebulan,bulan ke tahun,..TUT  TUT...dah masuk pertengahan tahun
dah..Seperti tahun - tahun yang sudah,Ibadah Puasa kita gunakan untuk rebut
pahala dari ALLAH swt..
InsyaAllah...Bulan November tahun ni nak ziarah tapak sejarah sebelah NEGERI
UTARA...Sebelum ni dah pegi ,tapi pegi tempat tertentu je sebab masa tak cukup.
So tahun ni nak plan betul -betul...
Wilayah Negeri sebelah Utara Malaysia
kat bawah ni catatan yang pernah aku coretkan untuk maklumat ramai.

http://catatanberkat.blogspot.com/2013/12/perjalanan-ke-wilayah-utara-alor-setar.html
http://catatanberkat.blogspot.com/2013/12/sejarah-kota-kuala-kedah-kuala-kedah.html
http://catatanberkat.blogspot.com/2013/12/perjalanan-ke-wilayah-utara-hari-ke-2.html
http://catatanberkat.blogspot.com/2013/12/sejarah-lagenda-mahsuri.html
http://catatanberkat.blogspot.com/2013/12/sejarah-riwayat-lagenda-mahsuri.html
http://catatanberkat.blogspot.com/2013/12/perjalanan-ke-wilayah-utara-hari-ke-3.html

Perjalanan ke Wilayah Utara [ Alor Setar ,Kuala Kedah,Langkawi,Taiping,Beruas ,Batu Gajah ]

Wednesday, June 17, 2015

Mengerjakan Ibadah Puasa Al -Mubarak

Alhamdulillah....Esok Khamis,18 hb .Jun,2015 bersamaan 1 Ramadhan,1436H
Umat Islam akan mengerjakan Ibadah puasa Al -Mubarak.Didoakan muga kita
semuanya dapat menjalaninya dengan keadaan kesihatan yang baik  dan niat
niat yang bersih.
                     InsyaALLAH...........

Friday, June 12, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ siri 1 ]

Tanggal  23 hb.Januari,2006 Aruah Apak meninggal kami sekeluarga
buat selama -lamanya. Apak menghembus nafas terakhirnya di rumah
ku di Taman Greenwood,Gombak ,Selangor .Sebelum tu dah jalani
rawatan kat IJN [ Institut Jantung Negara ,Kuala Lumpur ].Apak hadapi
komplikasi jantung tahap tiga.Jenazahnya dikebumikan di Teluk Intan,
Perak....
Kini dah hampir 9 Tahun Apak meninggalkan kami...Kami sekeluarga
memang menghargai usaha dan tanggungjawab Apak mencari rezeki
untuk membesar kami sekeluarga.Seingat aku,keluarga kami berasal dari
keluarga yang sederhana .
Aku sempat merasa hidup tanpa bekalan elektrik [pakai gasolin] ,mandi air
perigi,mencari kayu api untuk bahanapi dapur tanah,berkebun ,menternak
ayam......kira hidup dalam suasana kampung.
Ini semua jadi pengajaran kepada kami agar tidak lupa bila dah berjaya ...
Boleh dikatakan Apak dan Mak berjaya menjaga dan memberi pelajaran
kepada kami semua...Buktinya kami adik beradik semuanya berjaya dan
kini punyai kerjaya dan keluarga masing -masing...Alhamdulillah.....

ALFATIHAH BUAT APAK ........muga roh nya ditempat dikalangan  hamba -hamba
ALLAH yang baik dan disayangi....Aamim...

Apak dan Mak diTangga Depan Rumah
1985

Wednesday, June 10, 2015

Jalan Penarikan [ Jalan tertua di Malaysia]

selatan


ARKIB : 05/07/2008

Penarikan laluan penuh sejarah

Shamsuddin Ahmad (dua dari kiri) menyusuri Jalan Penarikan ketika melakukan penyelidikan di daerah Jempol, Negeri Sembilan, baru-baru ini.


JEMPOL 4 Julai - Jalan Penarikan mungkin antara lokasi pelancongan bersejarah yang tidak terkenal jika hendak dibandingkan dengan mana-mana tempat sejarah yang lain di negara ini.
Disebabkan kedudukannya jauh di pedalaman daerah ini, tidak ramai menyedari bahawa Jalan Penarikan merupakan laluan utama pedagang ketika zaman Kerajaan Langkasuka.
Kerajaan tersebut yang berkembang pada abad pertama masihi mempunyai kaitan rapat dengan Laluan Sutera yang merentasi pantai barat Semenanjung ke pantai timur satu ketika dahulu.
Pengarah Muzium Negeri, Drs. Shamsuddin Ahmad berkata, Jalan Penarikan merupakan laluan darat tertua yang diketahui di Semenanjung dan sebahagiannya terletak di antara Sungai Jempol dan Sungai Serting.
Beliau menyifatkan kawasan yang dikenali sebagai Londar Siam ini merupakan khazanah sejarah dan warisan bangsa yang perlu dipelihara supaya ia tidak luput dek perkembangan zaman.
''Sejarah mengenai Jalan Penarikan ini tidak dapat diketahui secara tepat memandangkan tiada catatan khusus mengenainya.
''Bagaimanapun jalan ini mula digunakan pedagang dari kerajaan pantai timur Sumatera dan pantai barat Semenanjung untuk ke pantai timur negara ini.
''Ia juga lokasi terpenting sebagai jalan pergerakan ketenteraan dan pengembangan agama Buddha pada zaman kerajaan Langkasuka dan kerajaan Srivijaya pada abad keenam hingga ke-13 Masihi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Difahamkan, pada abad ke-13 dan ke-14, pedagang yang mahu ke Jalan Penarikan perlu mudik ke Sungai Muar (jika dari pantai barat), kemudian Sungai Jempol hingga ke pangkalan di Kampung Bukit Laka, Bahau.
Dari pangkalan berkenaan, perahu atau jong iaitu kapal besar akan ditarik melintasi darat ke pangkalan yang terletak di Sungai Serting.
''Dari situ, jong ini akan menghilir Sungai Serting untuk masuk ke Sungai Bera dan akhir sekali ke Sungai Pahang untuk sampai ke kuala iaitu di bandar Pekan, Pahang ketika ini," ujarnya.
Kawasan ini juga pernah dijadikan sebagai laluan pemerintah kerajaan Melaka terakhir Sultan Mahmud Shah untuk berundur ke Pahang setelah diserang Portugis.
Katanya, terdapat penemuan menakjubkan di kawasan itu apabila tapak surau dan bekas kubur lama ditemui di beberapa tempat sekali gus menjadi bukti kedatangan pedagang di sepanjang jalan tersebut.
''Kita juga menemui beberapa bukti kedatangan pedagang ke sini berdasarkan penemuan seperti tapak surau dan bekas makam yang batu nisannya mempunyai ciri dan pengaruh Sumatera di beberapa buah tempat di sekitar kawasan ini.
''Kita tidak menemui artifak namun beberapa batu yang dipercayai digunakan sebagai tempat mengambil wuduk dan pengalas tiang pelantar surau, menyokong fakta yang tapak berkenaan merupakan bekas surau yang dibina sekitar tahun 1700 Masihi," ujarnya.
Menurut Drs. Shamsuddin, Jalan Penarikan mula tidak dijalankan apabila penjajah Inggeris membina landasan kereta api menghubungkan Bahau dengan Kuala Lipis dan beberapa kawasan pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm#ixzz3cgeYb3iz 
© Utusan Melayu (M) Bhd                    http://202.185.40.214/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00667.pdf


Wednesday, March 26, 2008


Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam?

Alhamdulillah, komputer di sebuah Cyber- Cafe di Dungun yang sedang digunakan ini tidak bermasalah sepertimana komputer semalam di Kemaman ketika membuat posting bertajuk Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! . Maka cerita pun dapat disambung dengan lebih selesa melaluiposting baru dan terbaru ini, yang menyerlahkan baki gambar-gambar dalam posting semalam yang belum sempat dihuraikan... Dan Insyaallah, cerita ini juga dapat disambung dengan satu kisah mimpi yang berlaku lebih 10 tahun lalu, sebuah mimpi lama yang rasanya ingin menyatakan sesuatu tentang Jalan Penarikan... (Dan kemudian timbul cerita hantu Siam pula...) Silakan! :]


OK... Bersambung terus daripada cerita terakhir yang sempat disiarkan dalam posting Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! semalam...

Semalam, saya sempat menerangkan tentang apa itu Jalan Penarikan serta Sungai Pertemuan dengan menggunakan sedutan berkenaan daripadawebsite http://bahau.com.my/ . Maka biar saya ceritakan mengenai sebuah mimpi yang berlaku lama dahulu, tidak pasti bila tetapi ia memang berlaku lebih 10 tahun lalu... Di ketika saya masih belum tergerak untuk mencari salasilah dan wasilah keluarga, belum lagi berminat untuk mengkaji sejarah bangsa Melayu dan Islam lalu belum lagi tahu langsung dan tidak pernah mendengar tentang kewujudan sebuah tempat yang dinamakan Jalan Penarikan.
Hmm... Elok juga jika cerita mimpi lebih 10 tahun ini dihuraikan seraya diselang-selikan dengan pengamalan nyata menyusuri Jalan Penarikan yang dibuat pagi Jumaat lalu ya... Sebelum itu, perhatikan gambar makam di bawah ini...

Oh... Lupa pula... Di atas ialah gambar pintu gerbang masuk ke Kampung Jambu Lapan. Saya pun berjalan melepasinya... Sekitar 500 meter kemudian, sampailah ke kawasan pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol...



Sebelum sampai ke kawasan yang juga dikenali sebagai Sungai Pertemuan ini, kelihatan sebuah makam tunggal yang agak menonjol di sebelah pintu masuk kawasan...


Tertera nama pemiliknya yang dikatakan seorang ulamak dan panglima, dikenali dengan nama Shah Pedang... Tetapi penduduk sini memanggilnya sebagai Datuk Sempedang...

Katanya, Datuk Sempedang telah mengetuai kedatangan 9 buah keluarga daripada Pasai (dalam wilayah Aceh sekarang) untuk membuka penempatan baru di kawasan ini, sebelum kemunculan keSultanan Melaka lagi... Lalu mereka dikatakan sebagai kelompok pertama yang tahu tentang kewujudan Jalan Penarikan yang boleh memotong perjalanan daripada Pantai Barat Semenanjung ke Pantai Timur dan sebaliknya... Dan mereka juga memperkenalkannya kepada para pedagang Arab yang sering datang ke Melaka sehingga laluan ini jadi terkenal zaman-berzaman. Ini sedikit cerita tentangnya, diambil daripada http://bahau.com.my/


Terdapat juga beberapa misteri yang terjadi di kawasan ini. Datuk Sempedang yang mengetuai rombongan orang-orang Pasai sewaktu tiba di tempat ini adalah seorang yang warak. Sewaktu Datuk Sempedang meninggal dunia, dia dikebumikan di kawasan Sg Pertemuan. Sewaktu banjir besar yang terjadi pada tahun 1971, kawasan kubur ini dikatakan tidak lansung dimasuki air sedangkan ianya terletak berhampiran kawasan sungai. Penduduk di kawasan ini mengatakan tiada lansung kesan air mahupun sampah-sarap yang kelihatan. Perkara ini turut disaksikan oleh Wakil Rakyat pada waktu itu iaitu Tuan Haji Khatib dan juga guru Sekolah Menengah Rendah Jempol Tuan Hj Ismail. Selepas habis cerita mengenai banjir tersebut, terdapat satu projek mengambil pasir di kuala Sungai Jempol. Untuk menjayakan projek itu, mereka terpaksa lalu di atas kubur Datuk Sempedang. Namun begitu perjalanan mereka sering mengalami masalah sebaik sahaja mereka memasuki kawasan kubur tersebut. Pada awalnya enjin bulldozer tersebut tiba-tiba sahaja mati. Sebaik sahaja ia berjaya dihidupkan, bulldozer tersebut tidak bergerak, malahan ia bagaikan terbenam di dalam tanah. Kemudiannya sebuah lori penarik dihantar untuk menarik bulldozer tersebut. Namun begitu nasib lori tersebut juga sama seperti bulldozer tersebut. Lori itu bukan sahaja tidak mampu menarik bulldozer tersebut, malahan ia juga tidak mampu bergerak. Akhirnya mereka terpaksa membatalkan projek tersebut dan tidak pernah datang lagi ke tempat tersebut. Perkara ini diceritakan sendiri oleh pemandu bulldozer tersebut yang berbangsa Cina. Tidak lama kemudian kerajaan telah membina sebuah pam air berhampiran kawasan kubur itu hinggalah sekarang.



Ini adalah gambar tugu peringatan dan papan kenyataan yang menandakan kawasan pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol, telah saya letakkan dalam sebuah posting di blogspot BERPETUALANG KE ACEHdengan tajuk Where Muar river meets Jempol in Negeri Sembilan...semalam... Pada mulanya, saya tidak mahu meletakkan lagi gambar-gambar yang telah digunakan dalam posting itu untuk posting Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! Tetapi tadi timbul rasa, elok juga diletakkan gambar ini di sini untuk memudahkan penceritaan.

Untuk melihat banyak lagi gambar berkaitan pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri, silalah klikWhere Muar river meets Jempol in Negeri Sembilan... ya! Untuk mendapat lagi gambaran akan betapa pentingnya laluan ini dalam sejarah Melayu lama, biar saya copy and paste sedutan ini pula daripadahttp://bahau.com.my/


Jalan Penarikan juga pernah menyaksikan pelbagai peristiwa menarik antaranya ialah kisah Hang Tuah yang melarikan Tun Teja Ratna Benggala iaitu anak bendahara Pahang yang telahpun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu. Selain itu sewaktu penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511, Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mansur Shah telah membawa kerabat di raja menggunakan jalan ini untuk melarikan diri ke Pahang. Dengan penaklukan Portugis ke atas Melaka, maka berakhirlah empayar dan juga kegemilangan kesultanan Melaka.


OK. Nampaknya ada sedikit kesilapan fakta pada sedutan. Sultan Melaka yang membawa kerabat ke Pahang itu sepatutnya ditulis Sultan Mahmud Shah, bukan Sultan Mansur Shah. Tapi tak mengapa le. Yang penting faham cerita, faham pentingnya kedudukan Jalan Penarikan sebagai jalan perhubungan timur dan barat Semenanjung...


Setelah puas melihat kawasan pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol daripada setiap sudut yang dapat, baru saya berjalan kaki untuk menyusuri Sungai Jempol pula... Supaya dapat menemukan Jalan Penarikan di mana ia akan menemui Sungai Serting. Untuk itu, saya perlu melalui kawasan ladang kelapa sawit yang kelihatan dalam gambar atas. Di sebelah kanan, luar daripada gambar berliku Sungai Jempol menghala ke utara iaitu arah saya menghadap. Maka di sini, bolehlah dimulakan cerita tentang mimpi yang berlaku lebih 10 tahun lalu...


Jambatan menyeberangi Sungai Jempol di jalan utama Kuala Pilah ke Bahau...

Adapun sepanjang hidup, saya telah berpuluh kali bermimpi melihat Sungai Muar atau sungai besar serupa Sungai Muar di bahagian kuala... Mungkin kerana saya membesar di kawasan itu? Pada satu malam, saya bermimpi menaiki perahu seorang diri menghulu Sungai Muar... Daripada kawasan kuala yang melebar sehingga 1km, saya melepasi kawasan dekat bandar Muar di mana sungainya lebar sekitar 300 meter dan mula masuk kawasan berliku tetapi sungai masih lebar sekitar itu sehingga beberapa ketika... Sampai satu masa, sungai itu semakin mengecil dan saya semakin jauh ke hulu... Perjalanan menghulu sungai mula membawa kepada kawasan hutan tebal... Ada bahagian sungai yang kelihatan berjeram...



Daripada jambatan menyeberangi Sungai Jempol tadi boleh kelihatan masjid utama di sekitar ini... Di masjid itulah saya menginap seorang diri malam Jumaat itu...

Apa hendak dihairankan? Sedangkan malam itu sendiri saya sudah masuk seorang diri jauh ke dalam Kampung Jambu Lapan kerana tidak sabar mahu melihat pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol. Apa nak buat, saya sampai di sini daripada Seremban selepas jam 8 malam... Makan malam di sebuah kedai kemudian mandi dan bersolat di masjid ini dan pada awalnya berfikir mahu berehat sahaja kerana badan kurang sihat, lagi penat akibat pengembaraan yang turut memerlukan banyak jalan kaki... Tetapi ternyata, saya tidak boleh duduk diam, lalu sanggup berjalan hampir jam 10 malam untuk mencari kawasan pertemuan sungai.

Di kawasan pertemuan itu, terjumpa 2 orang warga tempatan sedang memancing ikan. Kami pun berkenalan dan apabila mendapat tahu saya berminat tentang sejarah tempatan, seorang daripada mereka telah menalifon ketua kampung agar datang ke situ lalu membuka cerita!

Banyak juga cerita yang saya dapat, cerita yang menunjukkan sejarah Negeri Sembilan yang jauh lebih awal daripada diketahui umum... Kerana umum sering disogokkan dengan sejarah berkaitan Adat Minang dan Pagar-Ruyung akibat kerabat diraja yang memerintah berasal daripada Tanah Minang sejak abad ke 18 Masihi... Sedangkan menurutnya, cerita Datuk Sempedang dan orang-orang daripada Pasai berlaku sekitar abad ke 10 hingga 12 Masihi, sekurang-kurangnya 600 tahun lebih awal daripada penglibatan Pagar Ruyung di sini!

Pada malam itu juga, sekitar jam 1 pagi, pada malam Jumaat, saya berjalan seorang diri melepasi Istana Serting untuk masuk ke kawasan perumahan bersebelahan semata-mata untuk melihat Sungai Serting! Di hadapan istana, terdapat sebuah tanah perkuburan yang sederhana besar. Selepas melihat Sungai Serting, sekali lagi saya berjalan melepasi tanah perkuburan untuk melihat apa yang ada di jalan menghala ke Batu Kikir... Setelah puas berjalan, adalah juga 1-2 km melepasi istana, saya berpatah-balik untuk kembali ke masjid melalui tanah perkuburan...

Sebaik mendekati tanah perkuburan, saya ternampak seorang lelaki berseluar jingga (dalam cahaya samar-samar lampu di jalanan, saya rasa seluarnya berwarna jingga) tanpa baju duduk seorang diri di pondok hadapan tanah perkuburan... Tersentak juga saya tetapi saya menolak tepi apa-apa rasa yang bukan-bukan... Kalau bukan manusia pun, saya bukannya hendak mengacau atau mencari gaduh... Maka itu sebaik sahaja sampai ke pondok, saya pun memberikan salam...


Sungai Jempol boleh kelihatan terang daripada tepian kawasan dalam masjid...

Saya memberikan salam kepada lelaki berseluar jingga tanpa baju yang duduk di dalam pondok tanpa dinding di hadapan tanah perkuburan... Lelaki itu tidak menjawab, sekadar memandang saya dengan muka yang kurang senang... Kemudian dia bercakap seorang diri dalam satu bahasa yang saya langsung tidak faham... Orang gila ke hapa dia ni? Ah... Biarkanlah, asalkan bahagia...

Saya pun meneruskan perjalanan ke masjid. Kita lupakan seketika tentang lelaki ini, kita sambung kembali kepada cerita mimpi yang berlaku lebih 10 tahun lalu...



Daripada tepian masjid, ingin sahaja saya menyusuri Sungai Jempol terus sehingga ke mana-mana tempat yang patut. Tetapi jalan terdekat sungai di belakang masjid terhalang kerana di pagari kawasan tanah orang. Terpaksalah saya lalu jalan terdekat yang tidak ditutup iaitu melalui kawasan perumahan di belakang masjid ini...


Kemudian baru saya berjalan kembali menghampiri sungai, masuk pula ke kawasan kampung ini...

Oh, tentang mimpi... Tadi saya telah memberitahu bahawa dalam mimpi itu, saya telah menyusuri Sungai Muar sehingga sampai ke bahagian hulu yang berjeram. Aliran sungai semakin mengecil tetapi cukup luas untuk sebuah kapal kecil lalu... Sampan masuk ke kawasan hutan yang semakin menebal... Tiba-tiba terasa ia ditarik laju menaiki kawasan tanah yang sedikit meninggi... Ah... Apa ini?


Inilah kawasan perkuburan yang diceritakan tadi... Kelihatan di latar-belakang ialah pagar putih panjang menandakan kawasan Istana Serting milik kerabat diraja Negeri Sembilan, istana yang dahulunya digunakan Raja Muda sebelum dilantik sebagai Yam Tuan untuk memerintah negeri, kini cuma berperanan sebagai istana hinggap kerabat diraja sahaja!



Saya terus berjalan melepasi kawasan kampung di kiri dan tanah perkuburan di kanan... Kelihatan satu sudut pagar istana bertemu dengan kawasan ladang kelapa sawit. Timbul rasa hati bahawa Jalan Penarikan itu melalui kawasan di tepian pagar bersebelahan ladang ini. Tetapi kelihatan jalan di hadapan sana sangat bersemak apabila dilihat lebih dekat... Lalu saya membuat keputusan mengambil jalan tar ke kiri iaitu jalan ke Batu Kikir... Untuk memastikan di manakah sebenarnya kedudukan Jalan Penarikan yang menyambungkan Sungai Jempol ( ada dalam 50 meter di kiri gambar) dengan Sungai Serting yang saya tahu terletak di belakang istana ini...



Saya berjalan menghala ke Batu Kikir sehingga melepasi sekolah ini malah ke hadapan lagi. Hampir 2km meninggalkan Istana Serting tadi, baru saya terjumpa orang tempatan yang dapat memberikan kepastian... Katanya, memang Jalan Penarikan itu terletak di tepian istana tadi...

Allah! Berpatah-baliklah saya dalam kepanasan terik masa itu, rasanya hampir jam 10 pagi ketika matahari semakin naik... Pergi balik ke Istana sahaja sudah hampir 4km... Belum dicampur berjalan kaki daripada masjid ke pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol tadi kemudian kembali ke masjid hingga sampai ke istana... Rasanya ada 3km juga!

Jadi sampai peringkat ini, saya sudah berjalan kaki hampir 7km pagi itu sahaja... Sedangkan saya masih lagi belum bertemu tempat yang paling dekat untuk ke Sungai Serting daripada Sungai Jempol dan saya tahu, nak tak nak, saya terpaksa melalui kawasan hutan belukar tebal nanti!


Lalu masuklah saya ke kawasan ladang kelapa sawit di tepian Istana Serting... Kawasan terang di latar-belakang adalah kawasan istana! Kelihatan juga beberapa buah kubur lama dalam gambar ini... Ceritanya telah saya letak semalam di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Kubur-kubur di Jalan Penarikan (graves at the Portage Route)...


Beginilah keadaan belukar selepas melepasi ladang kelapa sawit tadi... Terpaksa saya redah begitu sahaja walaupun setakat memakai t-shirtburuk dengan seluar cerut putih nipis dan selipar yang elok sedikit daripada selipar Jepun... Hampir terasa mahu mengalah sahaja apabila melihat keadaan ini sedangkan saya tak pasti dan tak boleh nampak di manakah letak duduknya Sungai Serting... Tetapi kalau mengalah, saya juga yang akan termenung panjang dan terkilan nanti... Kata orang, alang-alang menyeluk pekasam...


Alhamdulillah... Walaupun tak tahu arah, dengan berpedomankan panahan cahaya matahari pagi yang tentunya datang daripada arah timur bercampur gerak hati, barulah saya terjumpa dengan Sungai Serting... Jika malam sebelum itu, malam Jumaat, saya melihat sungai ini daripada pinggiran kawasan perumahan di timur Istana Serting, kali ini saya melihatnya daripada sebelah barat kawasan istana juga, kawasan yang lebih hampir dengan Sungai Jempol...

Maka di sinilah sebenarnya paling sesuai menyambung cerita tentang mimpi menyusuri sungai serupa Sungai Muar yang berlaku lebih 10 tahun lalu. Tadi, saya telah memberitahu bagaimana tiba-tiba, apabila sudah sampai ke satu bahagian ulu Sungai Muar yang berjeram, sampan saya tiba-tiba ditarik menaiki darat... Tentunya dalam perkiraan biasa naik ke hulu, mungkin ke bukit... Tetapi sampai satu ketika, tiba-tiba sampan itu boleh pula masuk ke sebuah sungai kecil lain yang kemudian semakin membesar... Apahal?


Daripada pinggiran Sungai Serting tadi, saya cuba mencari kembali jalan melalui ladang kelapa sawit di tepian istana tadi... Allah! Saya sudah betul-betul hilang arah lalu tersesat! Pedoman yang saya dapat cuma menghala ke arah matahari iaitu Timur... Setelah berjalan beberapa ketika, terjumpa pula aliran air mati ini...

Saya sudah keliru, apakah ini aliran Sungai Serting juga? Bagaimana ini sedangkan aliran di sini mati sedangkan sungai yang kelihatan tadi nampak nyata arusnya bergerak walaupun tidak berapa deras...
Saya berpatah balik jalan yang disusuri sejurus sebelum itu lalu bertemu kembali dengan aliran Sungai Serting yang ternyata mengalir elok... Warna airnya pun lain... Jadi "sungai" apa tadi? Saya pergi balik untuk bertemu aliran air mati tadi...

Ah! Baru saya teringat... Ada diceritakan, sekitar abad ke 15 Masihi dahulu, satu angkatan perang Siam pernah cuba menyerang Melaka melalui Jalan Penarikan... Untuk memudahkan lagi kapal-kapal mereka lalu, angkatan perang ini telah menggali sebuah terusan... Ah... Inilah sebabnya wujud aliran air mati ini...



Saya menyusuri aliran air mati tadi untuk beberapa ketika... Panjang juga, rasanya hampir 100 meter melalui kawasan hutan belukar semak-samun sehingga sampai ke kawasan belakang istana... Ah... Sekarang baru saya sedar... Baru saya tahu kenapa agak susah untuk menyusuri laluan sebenar Jalan Penarikan... Manakan tidak, sebahagiannya sudah ditutup akibat didirikan Istana Serting ini!

Apabila diingat kembali laluan yang termaktub dalam peta juga rajah-rajah berkaitan, ternyata laluan darat yang menghubungkan Sungai Jempol dengan Sungai Serting ini begitu lurus... Lurus kerana kawasan sekitar adalah landai tanpa penghalang (kecuali Istana Serting yang dibina sekitar zaman moden juga) dan tentunya laluan lurus itu adalah laluan yang terdekat... Maka sekarang saya harus mencari jalan untuk mengekori pinggiran kawasan istana sehingga sampai ke ladang kelapa sawit... Tetapi laluan air mati binaan tentera Siam ini menghalang...

Seketika itu, timbul rasa, susur balik laluan air mati ini hingga kembali ke Sungai Serting... Baru saya sedar, laluan yang sebenarnya tidak siap (kerana ramai tentera Siam kemudian mati diserang penyakit) ini di bina menghala ke Sungai Serting tetapi belum sampai, sekitar 10-15 kaki sahaja baru sampai ke sungai... Jika tanah 10-15 kaki ini dikorek, nescaya melimpahlah air Sungai Serting yang berwarna tohor ke dalamnya... Tidaklah lagi laluan air ini berwarna sedikit jernih dan tidaklah ia mati begini... Ini bermakna, dahulu, laluan ini dikorek dalam keadaan kering... Air yang ada di dalamnya kini sebenarnya adalah air hujan, bukan air Sungai Serting...

Oh... Rasanya bab mimpi lebih 10 tahun lalu itu boleh ditamatkan teruslah... Setelah sampan ditarik naik ke darat kemudian masuk ke sungai balik, ternyata aliran sungai semakin melebar hingga sampai ke sebuah kuala yang luas... Bertahun kemudian, baru saya tahu tentang kewujudan Jalan Penarikan. Baru ternampak kaitan dengan mimpi tersebut yang menunjukkan, bahawa saya telah melalui Sungai Muar hingga ke hulu, sampai ke satu bahagian ditarik menaiki daratan kemudian masuk ke sebuah sungai kecil membawa ke sebuah sungai besar yang menepati ciri-ciri Sungai Pahang...



Apapun, Alhamdulillah, saya dapat menemui kembali kawasan ladang kelapa sawit dan keluar dengan selamat. Tetapi seluar putih saya yang nipis kotor teruk akibat palitan tanah di beberapa tempat selain bekas-bekas dedaunan dan duri-duri yang tersangkut... Dan saya turut mendapat"souvenir" atau "buah-tangan" lain, 2 ekor lintah yang kelihatan begitu enak menghisap darah daripada jari kaki saya!

Dua ekor lintah itu saya buang dengan menghalakan api lighter ke badannya... Walaupun sudah hampir 2 tahun berhenti merokok, saya ada menyimpan lighter sebagai satu barang keperluan, sekurang-kurangnya untuk menyalakan ubat nyamuk jika perlu... Saya jarang membawa ubat nyamuk tetapi ada masanya kena beli juga kerana tak tahan gigitan nyamuk ketika tidur di sesetengah masjid ataupun pondok tepian jalan...

Adapun membuang lintah dengan cara begitu lebih elok daripada mencabutnya terus... Kerana kalau dicabut, akan tertinggal bahagian seperti gigi di dalam urat darah kita... Takut jadi berkudis pula... Satu lagi cara ialah membiarkan sahaja lintah-lintah ini menghisap darah sehingga kenyang... Kemudian ia akan tanggal sendiri tanpa perlu dipaksa...

Saya selalu juga membiarkan kerana tahu binatang ini cuma menyedut darah kotor sahaja... Tetapi ketika itu, saya mahu singgah ke perpustakaan desa bersebelahan kawasan perkuburan... Rasa tak eloklah masuk ke dalam dengan lintah-lintah gemuk ini kelihatan... Nanti takut pula anak dara yang dok sengsorang menjaga perpustakaan itu... Dah lah tadi dia tengok rupa saya pelik dengan seluar putih penuh kekotoran sibuk dok cucuh api ke kaki... Gilo ke hapa? Daripada jauh, bukan dia nampak pun lintah-lintah ini....

Selesai membuang 2 ekor lintah itu, saya menyingsingkan seluar untuk membasuh kaki. Ternyata, terdapat 4 ekor lagi lintah (lintah ya,confirm... Bukan pacat yang jauh lebih kecil)... Jenuh juga nak dapatkanangle mencucuh api yang sesuai agar kulit saya tidak terbakar. Itupun selepas dapat mencabut kesemuanya, darah keluar meleleh-leleh daripada setiap gigitan... Hampir kelihatan seperti luka orang accident kereta atau jatuh motor sehingga anak dara yang menjaga perpustakaan sanggup memberikan sepasang selipar kain (seperti yang biasa terdapat di hotel-hotel besar) untuk dipakai di dalam perpustakaan... Agar darah tidak jatuh menitik ke lantai...


Dan Alhamdulillah, selesailah lawatan pertama saya seumur hidup ke Jalan Penarikan... Berdasarkan pedoman perjalanan yang ditunjukkan oleh mimpi lebih 10 tahun lalu juga aliran sungai-sungai di Jalan Penarikan itu sendiri, sudah semestinya seterusnya saya harus ke Pahang... Ke bandar diraja Pekan kerana di sanalah terletaknya kuala Sungai Pahang! Lagipun memang pengembaraan saya yang terbaru ini ialah untuk ke Pantai Timur... Bandar Pekan itu sendiri terletak di Pantai Timur... Daripada sana, bolehlah saya naik ke Kuantan lalu ke Terengganu juga ke Kelantan... Serupa juga dengan perjalanan orang dahulukala melalui Jalan Penarikan untuk ke Pantai Timur!

Di atas ialah gambar stesyen bas di Bahau, sekitar 3-4 ke timur Jalan Penarikan tadi. Daripada situ, saya boleh mendapatkan bas ke bandar Muadzam Shah di wilayah tengah Pahang... Oh... Sekarang baru boleh disebut dan ditutup tentang lelaki berseluar jingga tanpa baju yang duduk di pondok di tanah perkuburan di hadapan Istana Serting tadi...

Adapun selepas berehat sebentar membaca suratkhabar di perpustakaan, saya telah membuat satu "survey" sehingga terjumpa kembali aliran Sungai Jempol di sebuah kawasan ladang kelapa sawit lain yang terletak di belakang kawasan kampung yang disebut di atas tadi... Baru saya sedar Jalan Penarikan itu memotong daripada kawasan kampung, lalu di tepian tanah perkuburan menghala ke kawasan sempadan istana dengan ladang kelapa sawit di seberang jalan ke Batu Kikir sebelum masuk ke kawasan istana... Makanya, mungkin ada tentera Siam yang mahu menyerang Melaka telah mati di kawasan perkuburan ini?

Beberapa hari kemudian, baru timbul satu rasa... Seorang lelaki berseluar jingga tidak memakai baju duduk seorang diri di sebuah pondok di tepian tanah perkuburan pada malam Jumaat hampir jam 2 pagi... Gayanya tidak senang dan seolah tidak faham apabila saya memberikan salam... Sebaliknya bercakap seorang diri, hampir menyumpah-nyumpah dalam satu bahasa yang tidak saya fahami... Timbul satu rasa, apakah dia ini salah seorang tentera Siam yang terkorban? Terkorban dalan usaha mahu menyerang Melaka lebih 500 tahun lalu? Sekian! :]



5 comments:

Anonymous said...
Salam Tuan MS,

Hemm...Mengikut tarikh dikubur "Antu" siam tu...hehe...ala, yang tuan jumpa malam tu ler...hehe...ada tarikh 1265 pada batu nesan kuburnya(mengikut dlm bahau.com.my) tarikh tu adalah tarikh mati nya antu siam tu. Dan tarikh tu tidak mungkin tarikh masehi. Mereka nyatakan tarikh tu adalah mengikut sistem atau tarikh kalender SIAM.

Saya sudah menyemak dalam sistem kalendar tersebut dan perbezaan adalah sebanyak 543 tahun antara kalendar SIAM dengan MASEHI. Kalender SIAM lebih 543 tahun dari tarikh masehi.

Ini bermakna, kalau mengikut tarikh pada batu nesan antu siam tu, Laluan Penarikan telah digunakan, kisah Panglima dan Ulamak Sha Pedang, kisah Siam menyerang Melaka dan kedatangan Mubaligh ISLAM telah berlaku pada sperti berikut;

Tarikh Pada Batu nesan 1265 - Perbezaan tahun 543 = TAHUN MASEHI 722.

Sekian..adanya, maaf kalau khilaf.

Merbawi
Anonymous said...
Salam Tuan MS,

Maaf..nak tambah sikit.

Perbezaan tahun antara kelendar ISLAM dan MASEHI ialah lebih kurang 579 tahun. Kalendar MASEHI lebih cepat sebanyak 579 tahun.

Ini bermakna, kalau semua sejarah diatas berlaku dalam tahun 722 Masehi, kiraanya seperti berikut;

Sejarah berlaku 722M - perbezaan tahun dengan kalendar Islam 579 tahun = 143H .

Ini bermakna ISLAM telah sampai ke Nusantara tidak lama setelah kewafatan Rasullullah. Mungkin antara 70 - 100 setelah kewafatanya.

Maaf kalau silap. Hanya pendapat saya.

Merbawi
Radzi Sapiee said...
Wassalam Merbawi... Tak tahu le bagaimana sebenarnya beza tarikh kalendar Siam ni dengan Masihi ataupun Hijrah. Apapun, kita membuat andaian bahawa kubur Siam itu milik seorang anggota tentera mereka yang meninggal dunia ketika hendak menyerang Melaka... Kalau ini benar maka sepatutnya ia berlaku abad ke 15 Masihi atau tahun 1400an berdasarkan cerita-cerita tentang cubaan Siam menyerang Melaka, rasanya 3 x semuanya....
Satu kemungkinan lain adalah kubur bertarikh Siam itu milik orang Siam yang telah datang lebih dahulu daripada kemunculan kerajaan Melaka. Tetapi disebabkan di Jalan Penarikan juga terdapat ramai orang Siam yang meninggal dunia ketika mahu membuat serangan ke atas Melaka, jadi mungkin kita tercammpur-aduk kubur yang telah wujud lebih dahulu dengan kubur yang wujud kemudian. Walahualam....

p/s: Bab Islam sampai ke Nusantara sejak zaman sahabat, paling lambat pun pada zaman Bani Umaiyah telah diketahui ramai orang. Saya lupa detailnya... Tapi diketahui di Barus dalam pantai Barat Aceh, ada makam lama yang tarikh hijrahnya 43 H atau lebih kurang begitu!
Cuma ia tidak dianggap sebagai bukti Islam sampai ke Nusantara kerana boleh dikatakan seorang pedagang Islam yang dalam perjalanan ke tempat lain telah singgah di Nusantara lalu meninggal di sana. Sebenarnya ada banyak lagi bahan bukti lain yang menunjukkan orang Islam telah sampai di Nusantara ini awal dahulu tetapi mungkin sebagai komuniti kecil, bukan berkerajaan...
Rock Kapak said...
Info yang menarik!! Kalau benar la kiraan Merbawi tuh sejarah negara nie boleh digali dengan lebih mendalam. Kekadang terpikir adakah sebelum Melaka takde kehidupan die semenanjung nie? Masalahnye org kite tak suke simpan rekod, tak suke mencatit sebab tuh sejarah akan lenyap apabila satu generasi berlalu pergi dan generasi baru terpaksa menulis semula sejarah baru setakat yang ada pada generasinya saje.

Harap blog nie akan jadi rujukan kepada generasi2 akan dtg :)
amir said...
rasanya 200thn sebelum adanya melaka,kampung kuala(jambu8) sudah pun ada..berhampiran makam datuk panglima hitam(sempedang) ada beberapa lg kubur lama yg tidak bertanda..
























Perjalanan ke Selatan [ laluan sungai Pahang,Melaka,N9,Johor]

Sistem Perhubungan Awal Di Negeri Pahang[sunting | sunting sumber]

Pada zaman dahulu di Negeri Pahang Darul Makmur sungai-sungai seperti Sungai PahangSungai KuantanSungai BebarSungai RompinSungai EndauSungai Tembeling,Sungai JelaiSungai Semantan dan cawangan-cawangan sungai itu serta beberapa buah sungai kecil yang lain telah digunakan sebagai jalan perhubungan. Begitu juga perhubungan antara Negeri Pahang Darul Makmur dan negeri-negeri lain di sekitarnya. Orang yang hendak pergi ke Kelantan ikut Sungai Tanum anak Sungai Jelai atau ikutSungai Sat dan Sungai Sepia, kedua-duanya anak Sungai Tembeling. Sungai Sepia itu boleh juga digunakan jika hendak pergi ke Negeri Terengganu. Perhubungan dengan Negeri Perak dihubungi oleh jalan-jalan yang lebih sukar iaitu ikut Sungai Bertam dan Sungai Lipis. Kedua-duanya adalah anak Sungai Jelai. Perhubungan dengan Negeri Selangor pula melalui Sungai Semantan dan cawangannya.
Jalan yang utama digunakan oleh orang pada zaman dahulu ialah jalan yang menghubungkan Negeri Pahang Darul Makmur dengan daerah-daerah di Hulu Muar dan Negeri Melaka. Jalan ini dari Negeri Pahang Darul Makmur ikut (mudik) Sungai Pahang; kemudian masuk ke sebuah anak Sungai Pahang yang bernama Sungai Bera, selepas itu ikut pula sebuah anak Sungai Bera bernama Sungai Serting. Pada suatu tempat di hulu Sungai Serting, naik ke darat sejauh tiga ratus ela, masuk pula Sungai Jempol, menghilir Sungai Jempol dan masuk ke Sungai Muar. Dari Muar bolehlah pergi ke Melaka dan tempat-tempat lain di barat Semenanjung Malaysia. Jalan inilah yang telah diikuti oleh Sultan Mahmud Shah Melaka dan putera baginda Sultan Ahmad setelah ia dikalahkan oleh orang-orang Portugis di Pagoh dan Bentayan (Kuala Muar) pada akhir tahun 1511. Jalan ini juga yang digunakan oleh Sultan Ali (putera Sultan Husain Shah Singapura) dari Kampung Umbai, Melaka yang pergi berjumpa Bendahara Wan Ahmad di Pahang (Pekan) pada tahun 1863.
Manuel Godinho de ErĂ©dia, seorang pengarang dan pegawai Portugis di Melaka (tahun 1613) menyatakan: "Dari Melaka jalan menempuh Penarikan itu boleh sampai ke Pahang(dan sebaliknya), hanya enam hari perjalanan".
Perahu jalak telah digunakan bukan sahaja membawa kargo dan barang-barang tetapi juga untuk membawa penumpang. Jalak boleh memuatkan dua belas penumpang dan lebih kurang 15 tan kargo. Dari Kuantan ke Kuala Pahang sewa yang dikenakan untuk satu perjalanan ialah $25.00. Syarikat Lombong Bijih Timah Sungai Lembing (PCCL) telah memulakan perkhidmatan harian antara bandar Kuantan dan Pasir Kemudi. Dari Pasir Kemudi penumpang dan kargo dibawa dengan keretapi ke Sungai Lembing.
Sebelum siap jalanraya dari Jerantut ke Kuantan, pegawai di Ulu Pahang yang hendak ke Kuantan akan menggunakan perahu atau rakit menghilir Sungai Pahang atau untuk pergi ke Pekan.
Setelah beberapa tahun kerajaan Inggeris mentadbir Pahang, usaha membina jalanraya pun dimulakan. Pada penghujung tahun 1910 jalan sepanjang 18 batu dari Kuantan menuju Ulu Pahang siap dibuka kepada orang ramai. Feri mula dibuka dan digunakan oleh orang ramai pada 5 September 1910 di Kuantan. Dalam tahun 1918 jalan raya Jerantut-Kuantan dapat dihubung terus ke Kuala Lipis. Hujung tahun 1933, jalan raya dari Pekan ke Kuantan dibuka dengan rasminya. Kemudahan perhubungan negeri ini terus maju dengan banyaknya pembinaan jalan raya, jambatan dan lapangan terbang serta pelabuhan. Kesemuanya ini dapat memendek dan memudahkan perjalanan serta perhubungan antara satu tempat dengan satu tempat di Negeri Pahang Darul Makmur di Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura di sebelah selatan dan Thailand di sebelah utara.

Perjalanan ke Wilayah Selatan [ Johor,Melaka ,N9 ]

Tanggal 7 Jun,2015, Ahad [ 20 Syaaban 1436H ].


Kami memulakan perjalanan menuju ke Wilayah Selatan ,seawal jam 9.00 pagi
bertolak dari  Greenwood,Gombak.Tujuan perjalanan ini menziarahi abang sulong
diSkudai ,Johor Darul Tadzim.Ibu dan 5 ahli keluarga ku turut serta.Perjalanan ku
jangka 3.5 hingga 4 jam bergantung pada keadaan trafik.  Laluan Highway Duke  -
Ampang - masuk MMR2 - Masuk persimpangan Seremban / Bukit Jalil - Sg.Besi.
Jalan pagi ni nampak '' smooth '' , lepas lalu Tol Sg.Besi aku terus pandu masuk
Highway Plus menuju ke Selatan.


Sepanjang perjalanan ,beberapa kawasan dan daerah ku lalui ,cuma kali ni,lalu higway,
jadi tak sempat nak teroka kawasan -kawasan ni yang punya kisah dan cerita tersendiri.

'' Aku yang memang suka sejarah,...''


Ni nama- nama  bandar,tempat ,daerah dan negeri yang aku maksudkan.

Selangor Darul Ehsan

Batu caves ...,Ampang...,Sungai Besi,...Bangi....Kajang

Negeri Sembilan Darul Khusus

Nilai,...Seremban....Port Dickson...Lukut ...Senawang....Kuala Pilah...

Melaka Bandaraya Besejarah

Ayer Keroh...Bandar Hilir...Simpang Ampat....Jasin...Umbai...Telok Mas...

Johor Darul Tadzim

Tangkak...Muar..Bandar Maharani...Ayer Itam...Batu Pahat...Pagoh...Skudai...
Kota Tinggi ...Johor Bharu...

Perjalanan dari gombak ke Pagoh masanya lebih kurang  2.5 jam ,Lepas bincang
dengan isteri ,kami ambik keputusan berhenti rehat kat R & R Pagoh...jam tepat kul
11.30 pagi...bagi mak n anak / isteri rehat ..Kami jamu selera makan/minum  ringan je,
[air hot /cool,nasi lemak n pau panas]...


12.00 tghari..kami mula gerak semula..
Sebaik masuk highway semula ,hujan turun lebat..aku pandu slow je la...
Lepas Pagoh kena tempoh Air Itam n  Machap n tol Skudai ...


1.30 ptg kami sampai ke destinasi...Taman Seri Skudai,Johor..


Harapan dan niat mengikat SIRATULRAHIM....
Seperti biasa adat melayu ...tetamu di raikan..salam dan pelukan ibu n anak,
adikberadik ,ipar duai,anak saudara..bersalaman..
Bualan bicara diteruskan....Juadah tengahari dijamah sekeluarga...
Solat QASAR ....Zohor n Asar disatukan...


Tepat pukul 3.00 ptg.kami mohon diri untuk meneruskan perjlanan ke Melaka..

LIMASTIGA ,UMBAI .....DESTINASI SETERUSNYA.....