Showing posts with label Kisah Perak. Show all posts
Showing posts with label Kisah Perak. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

Catatan Sejarah Bagan Datok,Perak [ Kampung Sungai Lanchang ]

Makam tertua di Sungai Lanchang, Bagan Datoh, Perak

 Usianya dipercayai lebih 120 tahun



Walaupun gambar kat atas ni merupakan gambar kubur dan tidak kena mengena pun dengan projek hujung minggu, tapi cerita ni merupakan aktiviti hujung minggu bagi kami sebab waktu lapang hujung minggu digunakan untuk menulis blog ini. Kira aktiviti hujung minggu la jugak ni kan..cincai je lah..

 Ini hanya untuk tatapan korang di samping menambahkan pengetahuan sejarah korang, khususnya korang yang tinggal atau pernah tinggal kat area Bagan Datoh, Perak.

Untuk pengetahuan, kubur atau makam ini terletak di Kampung Sungai Lanchang, Bagan Datoh, Perak. Ni la makam moyang kami yang bernama Tuan Haji Abdul Rahman Malak yang bertanggungjawab membuka dan menamakan kampung kami'Kampung Sungai Lanchang' yang diambil sepena nama tongkang yang beliau gunakan untuk sampai ke tempat yang beliau lihat sebagai suatu strategi untuk dijadikan penempatan dan pengikutnya yang lari dari Selangor untuk menyelamatkan diri dari serangan Pahang. Kiranya penduduk Sungai Lanchang di panggil Melayu Selangor. Sebab tu kami x cakap bahasa daerah Perak atau loghat Perak kat sini. 
Di katakan, di sinilah penempatan awal Melayu Selangor.

Makam ni dulunya mempunyai bumbung dan pagar besi yang kukuh, tapi sayang telah di salahgunakan oleh kaki puja untuk mendapatkan apa yang mereka 'hajatkan' konon boleh dikabulkan tanpa usaha dab doa daripada Allah S.W.T

Catatan Sejarah Bagan Datoh [Kampung Pasang Api]

Sebuah Kampung Nelayan dan Pertanian yang terletak 1.5km dari Pekan Bagan Datoh, Perak.Darul Ridzuan. Masyarakat pelbagai kaum kerana ada petempatan kaum Cina, 90% adalah kaum Melayu. Terdapat lebih 80 buah rumah. Kebanyakan golongan muda telah berhijrah kerana mencari sumber ekonomi yang lebih baik.Salahsilah pembukaan Tanah Air Bagan Pasang Api ini di ketuai oleh Allahyarham Tok Upor, Tok Klah dan ada lagi 5 orang . Kubur-kubur allahyarham pembuka-pembuka  tanah air Bagan Datoh ada di Kg Pasang Api .Nama asal Bagan Datoh adalah Tg Keling. Rumah kepada keturunan Penghulu Upor dan cucu saudara kepada Tok Kelah juga berada di Kg Pasang Api.


SEJARAH KAMPUNG PASANG API INI. KAMPUNG PASANG API ADALAH BERHAMPIRAN DENGAN PEKAN BAGAN DATOH DAN DI MUARA SUNGAI PERAK.IANYA TELAH SEKIAN LAMA WUJUD SEBELUM KEDATANGAN PENJAJAH.IANYA ADALAH SEBUAH KAMPUNG TRADISIONAL. MENURUT CERITA SECARA LISAN MENGATAKAN BAHAWA NAMA KAMPUNG PASANG API INI DIILHAMKAN SEMPENA DENGAN RUMAH API YANG TELAH DIDIRIKAN BERHAMPIRAN PANTAI KAMPUNG INI DAN IANYA BERTUJUAN BAGI MEMBERI PANDUAN KEPADA PARA NELAYAN SERTA KAPAL DAGANG SEBAGAI ARAH TUJU KE PANTAI BAGAN DATOH PADA MASA ITU. KAMPUNG PASANG API DIBUKA OLEH SEORANG YANG BERNAMA TOK KELAH BIN ABD. RAHMAN DAN IANYA BERASAL DARI SUNGKAI, PERAK.BELIAU BERSAMA-SAMA PENGIKUTNYA TELAH BERHIJRAH DARI SUNGKAI KE KAMPUNG GAJAH DAN KE TELUK BATU,PASIR PANJANG,SETIAWAN. DAN DARI SITULAH BELIAU DAN PARA PENGIKUTNYA BERHIJRAH KE KUALA SUNGAI PERAK DAN MEMBUKA KAMPUNG PASANG API INI.ITULAH SERBA SEDIKIT SEJARAH PEMBUKAAN KAMPUNG INI.

Monday, May 18, 2015

Asal Usul Negeri Perak

Di Negeri Perak sebelum tahun 1520, ada dua orang Mubaligh Islam adik beradik yang datangnya daripada Mekah. Kedua Mubaligh Islam yang tersebut itu yang tua nya bernama Syed Ali dan yang muda nya bernama Syed Abdul Manaf. Maka kedua Mubaligh yang ulung itu telah mengIslamkan ramai orang-orang Melayu Perak pada ketika itu dan kedua Mubaligh tersebut terkenal dengan nama Keramat Mata Kucing dan Keramat Mata Sabun.

Di Negeri Perak pada masa yang tersebut, Raja nya belum bergelar Sultan, hanya dengan nama HALUAN. Maka Haluan Negeri Perak pada masa itu bernama Tok Masuka dan orang-orang besarnya diantaranya bernama Tun Saban, Nakhoda Kassim, Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang, Hulu-Perak. Didalam pemerintahan Haluan Paduka Tok Masuka pada masa itu maka mulalah ramai orang Melayu Perak menukarkan ugama mereka daripada Hindu dan ugama Buddha kepada Ugama Islam. Dengan adanya Ugama Islam yang baru muncul itu maka banyaklah adat-adat istiadat yang terkenal dengan nama Adat Istiadat Gangga Nagara diubah satu demi satu, daripada upacara acara Hindu kepada acara mengikut syariat Islam. Dengan campur tangan kedua Keramat Mubaligh Islam Arab itu berkenaan dengan masyarakat Melayu Perak yang dinamakan Adat Istiadat Melayu Perak. Ini telah secara tidak langsung menjadikan Tun Saban, pembesar Perak ketika itu tidak senang hati.

Pada suatu hari,, Tun Saban telah memberi perintah supaya kedua Keramat Mubaligh Islam itu dibunuh. Seorang puteranya yang bernama Tun Kelewang menyahut perintah tersebut. Maka Tun Kelewang pun mengambil senjatanya dan turun menuju ketempat dua Keramat Islam itu, maka tujuan nya ialah untuk menamatkan riwayat kedua Keramat Mubaligh Islam yang tersebut. Mana-mana rakyat yang tahu akan peristiwa yang bakal berlaku tersebut menunggu-nunggu akan peristiwa ngeri itu berlaku.

Didalam perjalanan Tun Kelewang di tengah jalan, dengan tak semena mena berbunyilah halalintar membelah bumi dengan kuatnya, didalam kilat menyabung itu Tun Kelewang pun terkena petir dan gugurlah kebumi lalu mati lah ia disitu juga. Maka petir itulah senjata yang didatangkan Allah swt bagi membunuh musuh kepada kedua Keramat itu. Dengan kematian Tun Kelewang yang diluar jangkaan dan dugaan, semenjak itu orang-orang Perak baharulah mengatakan dua Mubaligh Islam itu Keramat.

Satelah mati Haluan Tok Paduka Masuka Perak didalam lingkungan tahun 1525, maka kedua Kerabat iitulah yang memberitahu kepada Tun Saban, supaya, iaitu :-
1.    Nama gelaran HALUAN digantikan dengan nama gelaran SULTAN.
2.    Kerana Tok Masuka tidak mempunyai zuriat anak lelaki, maka Sultan pertama Negeri Perak hendaklah diambil Raja Muzzaffar Shah, iaitu putera kepada Sultan Mahmud Shah, Kampar (Sumatera), bekas Sultan Melaka yang akhir, ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dan ulung.

Tun Saban mahu tidak mahu terpaksa menurut kata sebagaimana yang dikehendaki oleh kedua Mubaligh Islamm itu, terpaksalah dilaksanakan juga. Pada tahun berikutnya berlakulah peristiwa Pertabalan Kesultanan Negeri Perak dan nama Haluan Negara (Gangga Negara) ditukarkan kepada nama Negeri Perak.  Raja Muzzaffar Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang Pertama dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah 1.
Daripada ajaran Islam kedua Mubaligh Islam itu maka  ada lima Orang Besar Perak menjadi alim didalam Ilmu Ketuhanan. Maka empat yang menjadi Keramat dan seorang menjadi Rijaibul'Ghaib, maka Orang Besar yang menjadi Keramat itu ialah :-
1.    Nakhoda Kassim, yang terkenal dengan nama Keramat Beting Beras Basah.
2.    Isteri Nakhoda Kassim yang bernama Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang.
3.    Anak angkat Nakhoda Kassim yang dikenali dengan nama Tok Pelandok.
4.    Isteri Tok Pelandok, anak nagkat Puteri Darah Putih, terkenal dengan nama Keramat Tok Temong.

Tun Sabah yang dahulunya memusuhi kedua Keramat Arab yang tersebut, akhirnya menjadi sahabat karib Keramat Mata Sabun dan Keramat Mata Kucing.  Walau bagaimana berlaku perbelahan dan persengkataan dengan Sultan Perak ketika itu dan Tun Saban telah di bunuh oleh Megat Terawis atas perintah Sultan. Namun ada orang yang mengatakan Tun Saban tidak mati malah beliau telah ghaib menjadi Rijaibul'Ghaib.
Bermula daripada tahun era berikutnya Negeri Perak telah di perintah oleh Sultan mengikut salahsilah Undang-Undang 99 Negeri Perak. Sahingga kini Negeri Perak telah diperintah oleh 34 orang Sultan......



info klik sini  
Lihat pertabalan Sultan Perak pada 1985 di bawah 

Sunday, May 17, 2015

Rahsia Kesultanan Perak [ Kisah dari Bagan Datoh ]

Alhamdulillah Panglima baru sahaja tiba di rumah dari lawatan ke Bagan Datoh Perak. Program sehari bersama Menteri Pertahanan dan juga Naib Presiden Umno di sana yang disertai sekumpulan bloggers dan facebookers sangat bermakna kepada diri Panglima. Banyak perkara telah diperolehi dan banyak 'rahsia' telah dibuka oleh Allah. Antaranya cerita Beting Beras Basah. Kunjungan kami ke sana dibantu oleh Pak Ayob seorang warga tempatan yang menerangkan sejarah tempat berkenaan dengan mendalam. Jarak rumah ibubapa DS Zahid Hamidi dengan Beting Beras Basah mengambil masa 10 minit sahaja menggunakan jalan darat

Memandangkan jam kini sudah 2.55 pagi dan badan pun dah penat sangat maka Insya Allah artikel seterusnya tentang program hari ini akan menyusul esok pagi. Terlalu banyak perkara ingin dikongsi bersama. Tetapi berikan saya sedikit masa sebelum ia disiarkan di sini untuk tatapan anda semua. Sementara itu, anda bolehlah membaca kisah Beting Beras Basah di Bagan Datoh ini seperti mana yang diterbitkan di bawah
Terima kasih kepada DS Zahid Hamidi dan pegawai khas beliau En Zamri yang sudi menjemput kami pengendali media baru untuk mengenali lebih dekat kehidupan sebalik tabir beliau sebagai Ahli Parlimen Bagan Datoh.  Peluang ini rezeki terpijak memandangkan khabarnya ramai blogger Semenanjung kini berada di Sarawak tidak dapat turut serta kali ini. Jemputan ini sangat dihargai Panglima kerana bukan semua dapat atau diundang untuk bersama Menteri Kanan Kabinet Malaysia DS Zahid Hamidi dari pagi hingga malam. Bayangkan 13 program bertemu rakyat berbagai kaum berjaya dihabiskan sejak 9 pagi hingga 9 malam bertemu segenap lapisan masyarakat. 

Tenaga yang ada boleh kalahkan orang muda beb ! 
Ok jumpa lagi esok dan banyak 'rahsia' ke Bagan Datoh kali ini akan dibuka apabila tiba masanya...
Beting Beras Basah adalah sebuah tempat yang terletak di muara Sungai Perak berhampiran dengan pekan Bagan Datoh, Perak. Terdapat dua cara untuk sampai ke Beting Beras Basah iaitu dengan melalui jalan darat dan jalan laut. Dari Teluk Intan, jika melalui jalan raya jaraknya ialah sejauh 45 km menuju ke Pekan Bagan Datoh. Setelah sampai di pekan tersebut, pengangkutan seterusnya ialah dengan menaiki bot atau sampan untuk ke sana atau melalui Kampung Sg Balai dengan mengikut jalan darat yang mempunyai jambatan. 

Selain melalui Kuala Sungai Perak, Beting Beras Basah juga boleh dilawati melalui jalan pintas iaitu dari Kampung Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, dengan menempuh jalan tar kecil sejauh enam kilometer yang hanya boleh dilalui dengan motor dan kenderaan kecil sahaja. Satu lagi cara ialah dengan meredah jalan kebun kelapa sawit dari pekan kecil Rungkup. Dari situ, kenderaan perlu ditinggalkan dan terpaksa berjalan kaki meredah paya bakau sejauh hampir setengah kilometer.

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah ditabalkan di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh. Sebelumnya, dua pembesar Perak iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah menghadap Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang bersemayam di Kampar untuk memperkenankan seorang puteranya untuk dijadikan Sultan Perak. Baginda telah memperkenan permintaan tersebut dan mengarahkan putera keduanya iaitu Raja Muzaffar Shah ke Perak.

Sewaktu Bahtera baginda menghampiri di kuala Sungai Perak dan sampai ke kawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda telah dipukul ombak yang besar dan terdampar secara tiba-tiba diatas satu beting ditengah lautan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibuangkan ke laut barang-barang yang berat, namun laut tetap bergelora. Lalu baginda pun berseru :

"Sekongkong Tanah Minangkabau
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka"

Sultan Muzzaffar lantas mengambil mahkota baginda lalu membuangnya ke dalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali seperti biasa. Bahtera baginda dapat belayar semula seperti sediakala. Serentak dengan itu, Tun Saban dan pengikutnya melaungkan "DAULAT TUANKU" dan baginda Sultan Muzzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah. Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan ditabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda.

Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja. Selain Sultan, Raja Perempuan juga harus melakukan upacara yang sama. Kali terakhir upacara tabal raja ialah sewaktu pertabalan Sultan Azlan Shah dan Raja Perempuan Bainun pada penghujung tahun 1985. Menurut cerita orang-orang tua di Bagan Datoh, sewaktu Almarhum Sultan Idris hendak ditabalkan menjadi Sultan Perak ke 33, dalam tahun 1963, baginda telah menyusur menggunakan sampan kecil hingga sampai di tapak tempat Sultan Muzaffar Shah mendarat pada 1528.

Sejarah lama ada menyebut bahawa Raja Ahmad yang merupakan putera kedua Sultan Abdul Malek Shah (Sultan Perak ke 19 yang bertakhta dari tahun 1808 hingga 1825) adalah merupakan seorang Pawang Diraja yang sangat masyhur satu masa dahulu. Sebagai Pawang Diraja, Raja Ahmad sangat arif tentang kejadian-kejadian ghaib termasuk yang berhubungkait dengan makhluk halus. Atas kebolehannya itu, baginda dilantik oleh kekandanya Sultan Abdullah Muazzam Shah, Sultan Perak ke 20 (1825 – 1830 ) untuk menjaga jin kerajaan negeri Perak di Beting Beras Basah di Kuala Sungai Perak. Raja Ahmad mangkat ( terjatuh di Kuala Sungai Terus ) kira-kira dalam tahun 1827 dan selepas itu, tidak diketahui siapa penjaga Jin Kerajaan Negeri Perak seterusnya.

Saturday, May 16, 2015

Istana Raja Muda yang dilupakan

Istana Raja Muda (The regent's palace), Teluk Intan, Perak

Assalamualaikum semua... Setelah berehat seminggu, sampailah masa untuk membuat satu cerita bergambar baru... Kali ini mengenai sebuah istana lama yang terbengkalai di Perak. Sila! :]
Greetings all... After resting for a week, came the time to make a new pictorial story... This time on an old abandoned palace in Perak. Come! :]

Lihat bangunan buruk yang bersemak ini... Katakanlah, kalau anda tidak melihat tajuk artikel di atas, bangunan apakah anda akan fikirkan ini?
Look at this messy ugly-looking building... Say, if you haven't seen the title of this article above, what building would you think this is?

Itu dia... Satu pandangan daripada dalam...
There.. A look from inside....
Lihat lagi kawasan dalam rumah yang telah dipenuhi semak-samun... Siapa sangka suatu masa dahulu ia adalah sebuah istana kerabat diraja!
Look again inside the house full of growth and foliage... Who would have thought once upon a time it was a palace for royalty!

Dan istana ini bukan milik sebarang kerabat diraja malah milik Raja Muda, bakal seorang Sultan Perak!
And the palace didn't belong to just another royalty but the regent, a future Sultan or ruler of the state of Perak!

Gambar-gambar ini diambil dalam lawatan terakhir saya ke Teluk Intan lebih 2 bulan lalu. Seorang teman kesayangan telah menalifon bertanyakan khabar... Kebetulan beberapa hari sebelumnya, dia ada terbaca sebuah artikel suratkhabar tentang Istana Raja Muda Perak yang terbengkalai di bandar ini lalu meminta saya agar melawatnya.
These pictures were taken during my last visit to Teluk Intan more than 2 months ago. A very dear partner called asking how I was... It happened that a few days before, she read a newspaper article on the Perak regent's palace abandoned at the town and asked me to pay a visit.
Maka pergilah saya pada satu petang 25 Julai 2007. Untuk pengetahuan, saya selalu juga pergi ke Teluk Intan kerana ia adalah bandar kelahiran ayah saya dan tempat keluarganya bertapak turun-temurun! Tetapi itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di Istana Raja Muda ini... Kesempatan itupun diambil untuk menggantung poster promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh"... Saja, suka-suka...
And so I went there one afternoon 25 Julai 2007. For information, I often visit Teluk Intan as it is the birth-place of my father and his family's place for generations! But it was the first time I set foot in this palace. So I took the opportunity to hang the promotional poster for the "Berpetualang ke Aceh" (literally translated as "The trip to Aceh") book series... That's it, just for fun...

Terasa sedih juga melihat sebuah istana boleh menjadi begini rupa... Suatu masa dahulu, bandar Teluk Intan ialah bandar kediaman rasmi Raja Muda Perak. Tetapi kerabat-kerabat diraja terdekat kini termasuk Raja Muda sekarang, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah nampaknya lebih selesa duduk di Ipoh, ibunegeri Perak moden.
I felt quite sad at the condition of the palace... Once upon a time, the town of Teluk Intan was the official town of residence for Perak's regents. But today's close royalties including the current regent, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah seem more comfortable staying in Ipoh, the capital of modern Perak.
Saya tidak pasti berapakah umur istana ini... Yang saya tahu ia dibina semasa pihak British masih lagi menjajah Perak. Menurut cerita tempatan ia akhir sekali diduduki tahun 1940an oleh Raja Muda Musa, ayahanda kepada Raja di Hilir sekarang, Raja Jaafar... Raja Muda Musa tidak sempat menjadi Sultan kerana meninggal dunia awal. Malah datuknya yang turut dikenali sebagai Raja Muda Musa juga mengalami nasib yang sama! Untuk pengetahuan, Raja Jaafar ialah anak kepada Raja Muda Musa bin Sultan Abdul Aziz bin Raja Muda Musa bin Sultan Jaafar Muazam Shah , Sultan ke 23 Perak (memerintah 1857-1865).
I'm not sure how old is this palace... What I do know, it was built when the British still occupies Perak. According to local stories, it was last occupied in the 1940s by Raja Muda (regent) Musa, father to Raja di Hilir (the royal who presides over the lower parts of Perak river) Jaafar.... Raja Muda Musa didn't become a Sultan as he died early. In fact his grandfather who is also known as Raja Muda Musa suffered the same fate! For information, Raja Jaafar is son to Raja Muda Musa who is son of Sultan Abdul Aziz, son of Raja Muda Musa, son of Sultan Jaafar Muazam Shah, the 23rd Sultan of Perak (ruled 1857-1865).
Kawasan letak kereta ini malah senibina umum istana ini menggambarkan ciri-ciri British seperti yang terdapat pada banyak rumah bungalow lama seluruh Malaysia yang pernah diduduki pegawai tinggi mereka.
This porch area in fact the palace's overall architecture reflects British influence just like those at many old bungalows in Malaysia which used to be occupied by their high officials.


Itu dia, satu pandangan akhir pada istana tinggal ini... Harap-harap sesuatu dapat dilakukan untuk mengembalikannya kepada keadaan yang lebih elok, sesuai dengan tarafnya sebagai sebuah istana kepada Raja Muda, Insyaallah!
There, one last look at the abandoned palace... Hopefully something could be done to restore it to a better condition, befitting its status as palace for the regent. God willing!
Ini pula gambar istana tersebut pada tahun 1920an seperti yang terpapar dalam Menara Condong Teluk Intan. Boleh tahan cantik bukan? Sekian! :]
Oh... Saya akan membuat satu posting tentang Teluk Intan di blogspotBERPETUALANG KE ACEH sebentar lagi. Sila lihat ya!
This is a picture of the said palace in the 1920s as shown inside the leaning tower of Teluk Intan. Not bad isn't it? That's all! :]
Oh... I will be posting something on Teluk Intan in the blogspotBERPETUALANG KE ACEH soon. Do have a look ya!

p/s:

Dalam ruangan komen di bawah saya telah diberitahu bahawa istana ini sebenarnya diduduki orang hingga tahun 1980an, lebih tepat 1983 iaitu tahun Raja Muda Musa meninggal dunia. Kata-kata saya dalam perenggan-perenggan di atas menyebut ia akhir sekali diduduki tahun 40an sebenarnya adalah kesilapan pernyataan maksud kerana Raja Muda Musa ini juga adalah penghuninya ketika itu. Harap maklum...
In the comments below I was told that the palace was actually occupied until the 1980s, to be more exact in 1983 which is the year when Raja Muda Musa passed away. My words in the paragraphs above saying that it was last occupied in the 40s was actually an error in trying to relay information as the same Raja Muda Musa was also the occupant then. Please take note...



Istana Raja Muda, Teluk Intan, Nov 2012

16 November 2012 ·  · Taken in Teluk Intan
Restoration and cleaning up at the former residence of the Raja Muda of Perak. The last RM to occupy it was Raja Azlan. The photos were taken by an ex-schoolmate, Dr. Chan Tong Koon, who has never left his humble hometown. Thanks Chan! I wonder what will eventually become of the Istana?