Tuesday, December 31, 2013
Perjalanan ke Wilayah Utara [ Hari ke 2 ]
Cuaca pagi ni sebaik semalam ,kami bersiap awal dan besarapan pagi di Restoran Seri Malaysia ,Pagi ini
akan bertolak ke Pulau Lagenda Langkawi...Semua beg dan bekalan di isi dalam bonet PAJERO SPORT
aku ..Passangers pun dah siap sedia untuk bertolak [ BERSEMANGAT ] ...sedihnya PAJERO SPORT
aku kena tinggal di MAINLAND..tak leh nak bawa masuk LANGKAWI...
08.00pagi Breakfast dengan Wife dan Adli [ 3 pax coupon ]
akan bertolak ke Pulau Lagenda Langkawi...Semua beg dan bekalan di isi dalam bonet PAJERO SPORT
aku ..Passangers pun dah siap sedia untuk bertolak [ BERSEMANGAT ] ...sedihnya PAJERO SPORT
aku kena tinggal di MAINLAND..tak leh nak bawa masuk LANGKAWI...
![]() |
| Setakat ni kuda ni dah pecut 100,000 km |
09.00pagi Bawa anak -anak lain breakfast kat KFC [ sebelah Hotel tempat kami tinggal ]
10.00pagi Bertolak ke Kuala Kuah [ 11 km jarak dari Alor Setar ]
10.30pagi Sampai Terminal Feri Kuala Kuah.
Kereta kena simpan kat sini 3 hari [. Bayaran RM.45.00 ]
Ticket Feri 6 Dewasa [ Bayaran RM. 192.00 @ RM.23.00/pax ]
12.00tgh Feri bergerak ke LANGKAWI
[ perjalanan dari Kuala Kuah ambil masa 1 jam 30 minit ]
01.30ptg Kami sampai Termial Feri Kuah ,LANGKAWI.
Sebelum memulakan perjalanan ke Utara ni ,kami sekeluarga dah bincang lebih
awal dari segi perbelanjaan ,bekalan dan penginapan.Untuk mengelak keletihan,
kami bertolak awal sehari sebelum ke Langkawi.5 jam diperlukan perjalanan
dari Kuala Lumpur [Gombak ] ke Alor Setar [ Kedah Darul Naim ].
10.30pagi Sampai Terminal Feri Kuala Kuah.
Kereta kena simpan kat sini 3 hari [. Bayaran RM.45.00 ]
Ticket Feri 6 Dewasa [ Bayaran RM. 192.00 @ RM.23.00/pax ]
12.00tgh Feri bergerak ke LANGKAWI
[ perjalanan dari Kuala Kuah ambil masa 1 jam 30 minit ]
01.30ptg Kami sampai Termial Feri Kuah ,LANGKAWI.
Sebelum memulakan perjalanan ke Utara ni ,kami sekeluarga dah bincang lebih
awal dari segi perbelanjaan ,bekalan dan penginapan.Untuk mengelak keletihan,
kami bertolak awal sehari sebelum ke Langkawi.5 jam diperlukan perjalanan
dari Kuala Lumpur [Gombak ] ke Alor Setar [ Kedah Darul Naim ].
![]() |
| Feri bersedia untuk bertolak ke Langkawi |
![]() |
| Peta Pulau Lagenda Langkawi |
![]() |
| Selamat sampai ke Langkawi |
Monday, December 30, 2013
Sejarah Kota Kuala Kedah [ Kuala Kedah Fort ]


SEJARAH KOTA KUALA KEDAH


Kota Kuala Kedah juga dikenali sebagai Kota Bahang merupakan kota bersejarah yang dibina oleh
orang - orang Melayu yang terletak di Negeri Kedah Daerah Kota Setar.
Pintu besar Kota Kuala Kedah ini dibina d iatas perintah Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah II
Ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah [ 1778 - 1789 ] dan bermula pada
tahun 1194H [ 1780M ] sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Ibni Sultan Abdullah Mukarram
Shah II.
Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato'Maharaja Kadhi.
Manakala tukang -tukang mahirnya dibawa daripada India.
Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian Tembok Timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan
nama '' Pintu Gerbang Kadapuri '' dibina oleh pihak Inggeris.
Proses pembinaannya bermula pada tahun 1771 dan siap pada tahun 1780.Terletak di pinggir Sungai Kedah.
Baginda bersemayam di sini pada 1803.Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak bawah
penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini,termasuk lah
rumah api.Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yang wujud hingga hari ini.Semasa pendudukan Jepun
di TANAH MELAYU ,Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan meraka kepada British
dalam tahun 1945.
Pada 31 Ogos ,1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuti [Jabatan Muzium Malaysia] sebagai '' TAPAK TANAH BERSEJARAH ''mengikut akta peruntukan ''Akta Benda Purba
1976 '' di bawah akta 165.
Tujuan pembinaan adalah untuk dijadikan benteng pertahanan dari serangan musuh terutama serangan
Siam dari arah laut .Tentera Jepun juga pernah menggunakan kota ini sebagai markas pertahana mereka
dalam Perang Dunia Kedua.
Kota Kuala Kedah ini terletak kira -kira 11km dari Bandaraya Alor Setar.
Gambaran Pemandangan 360 darjah Sekitar Kota Kuala Kedah

![]() |
Meriam 1 |
![]() |
Meriam 2 |
![]() |
Meriam 3 |
Sunday, December 29, 2013
Perjalanan ke Wilayah Utara [ Alor Setar ,Kuala Kedah,Langkawi,Taiping,Beruas ,Batu Gajah ]
Tanggal 20 Safar,1435H ,hari Isnin bersamaan 23hb.Disember,2014 baru - baru ini aku sekeluarga
[ 6 beranak ] bertolak dari kediaman kami di Greenwood ,Gombak menuju ke Utara...Kami bertolakseawal 8.00 pagi ,Alhamdullilah ...cuaca pagi tu sangat cerah dan baik walaupun di Wilayah Timur dan
Wilayah Selatan di khabarkan cuaca tak menentu ...Ramalan kajicuaca akan berlaku '' Gelombang Kedua''
kat Kelantan,Trengganu,Pahang,Johor dan Melaka.. ..muga PERJALANAN kami ini dilindungi Allah swt
hendaknya..Amin

10.30 pagi nak sampai Ipoh ,kena lalu TOL dan
TEROWONG MENORA...lepas ni masuk kawasan Ipoh Utara,Kuala Kangsar,Taiping,Juru,
Seberang Perai dll....
1.30 ptg kami selamat sampai ke ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN,Kerajaan Benua Islam Kedah.[ Sejarah Lama Kedah ].
2.30 ptg check-in Hotel Seri Malaysia ,lepas lunch kat warong jalan stadium.
6.00 ptg kami bertolak Kuala Kedah [ 30 minit perjalanan dari Hotel ],KualaKedah ni bandar
tepi kuala ,kat sini le letaknya Terminal Feri Kuah untuk sesiapa berhajat ke Langkawi...
Ingat nak pi pekena '' Laksa Kedah'.....Kat Hujung Kuala ada satu Kota lama..[ sila rujuk
'' Sejarah Kota Kuala Kedah ''.lalu kami terus cari jalan untuk menuju ke kota tu....
Ni gambar family yang dapat dirakamkan sekitar KOTA KUALA KEDAH
![]() |
| Kesan binaan kota yang masih Utuh dan Kukuh |
![]() |
| Aku dan simanis isteri tercinta |
![]() |
| MOMENT Anak -anak bagi akhir Tahun 2013 |
![]() |
| MASING -MASING dengan STYLE tersendiri........ . |
On the way balik Hotel,Kami pusing -pusing Bandar ALOR SETAR....Antara tempat -tempat
menarik aku senaraikan kat sini ...kepada sesiapa yang berminat
1]Menara Alor Setar
2]Kediaman Kelahiran Tun Mahathir
3]Pekan Rabu
4]Muzium Padi
5]Muzium DiRaja
6]Balai Besar
7]Balai Nobat
8]Masjid Zahir
9]Balai Seni Negeri
10]Balai Jam
11]Kota Kuala Kedah [ kat Kuala Kedah ]
12]Lembah Bujang [ kat Sungai Merbok ]
10.00mlm Masuk Beradu....Esok pagi nak ke LANGKAWI [ Pulau Lagenda Mahsuri ]
Subscribe to:
Posts (Atom)



























