Tuesday, July 28, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ siri 7 ]

Assalamualaikum.....

Tanggal 26 hb.Julai,2015


Sebaik pulang dari Sabak Bernam ,Aku mula menyusun segala info yang ade...
Kat bawah ni senarai subjek yg aku rasa boleh membantu untuk menghurai
berkaitan keturunan apak ni....

1]Pak su Johari bin Zainudin [ UTM  Sekudai,Johor ]
2]Abang Lan  [ membesar di Sabak Bernam ]
3]Isteri - isteri Aruah Tok Long Selabak [ 3 isteri semuanya ]
4]Hamba Allah yang jumpa Abang lim [ kena tafsir kisah ]


Tanggal 27 hb.Julai,2015


Aku cuba menjejak Pak su Johari,..Aku buat ''homework '' seperti biasa...
cuma kali ni orang yg ku cari dah hampir 40 tahun tak jumpa...namanye
sama tapi wajah dan perwatakan mungkin berbeda.....Jam di dinding  dah
masuk 12:59 tengah malam....dah hampir 1 jam ni...
Aku berehat sekejab...lepas tu sambung wat '' homework '' .Tepat 1:50 pagi
Alhamdulillah ....aku dapat petanda dan ilham....Lokasi tempat tinggal dan
wajah nye  dah diperolehi....InsyaAllah  esok lusa aku akan hubungi Pak Su...


Tanggal 28 hb.Julai,2015



Pak Su Johari ku hubungi...Pada mula nye ,aku di sangkanye yop mie...tapi lepas perkenalkan diri,baru dia ingat sebab namanye sama dengan nama aku...Masing -masing dah makan usia,Pak su 58 tahun,aku 47 tahun....Banyak info yang dikongsi ......catatan ''homework '' aku bertambah lagi....

Hari demi hari aku dan pak su berwhatapp...Kami bertukar - tukar info keluarga masing -masing...Aku respect Pak su ,apa tak nyanow dia dah jadi orang surau ..dan aktif dengan aktiviti masyarakat .Selama hampir 2 minggukami berurusan berkaitan keluarga ...


Pak su Johari dan Family [ Sekudai,Johor ]


Ni info yang aku dapat dari pak su..

1]Menetap di Johor [Bandar Pulai Jaya 2 @ 10KM dari UTM Skudai ]2]Bekerja di UTM  [ Jabatan Fizik ] hampir 27 tahun.3]Anak -anak 4 lelaki ,1 permpuan , 2 menantu ,3 cucu.4]Ibu : Sapiah bt.Saman [ meninggal 88 thn.]5]Ayah : Zainudin b.Mat Asip [meninggal 63 thn. sewaktu usianya 6 thn / 1964]6]Adik beradik lain: a]Mak Lung Sharfah bt.Zainudin [ 80 thn ] di Parit 13 Sg.Panjang,Sabak Bernam.]b]Mak Ngah Sakyam bt.Zainudin [ 75 thn ]di Damansara.c]Mak  Uda Salasiah bt.Zainudin [ 66 thn ] di Tanjung Ketum,Sabak Bernam ]7]Tempat lahir Pak Su Johari : Teluk Buloh,Kg Kota,Perak [ 1 nov.1958 ]

Allahyarham  Sapiah bte. Saman [ Tok Cik ]

Allahyarham Zainudin bin Mat Arip [ Tok Cik ]

               Alfatihah buat mereka yang telah tiada...........























ALHAMDULILLAH.......


Sunday, July 26, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ siri 6 ]

Assalamualaikum.....
Tanggal 26 hb .July,2015  Ahad,  [10 Syawal,1436H]

Aku meneruskan jejak pencarian ,hari ni menziarahi Abang Lan di Sabak Bernam.
Tujuan utama nak gi beraya,tapi jejak -jejak keluarga apak pun kena bincang
dengan abang Lan...mungkin dia ade cerita...


Dua tiga malam sebelum tu 24 July ,2015 Group Whatapp Waris 6 Beradik berbual
berkaitan hal ni...Abang Lim kata dia pernah jumpa seorang hamba Allah di UTM KL,
kejadian berlaku spotan...sewaktu rehat [ minum]...Lepas bersalam,hamba Allah ni
berpesan '' cari keluarga kamu sebelah apak,sebab keturunan apak orang baik -baik ''


Watak Hamba ALLAH:1]Orang Tua Lelaki Warak  50 Tahun2]Berjanggut jarang dan bermisai3]Susuk tubuh sederha dan berisi.4]Berkaca mata.5]Tidak bersongkok / tidak berkopiah.


Aku dah sampaikan kisah abang ni kat abang lan...dia pun terkejut,Tentang Family apakni..setahu abang Lan :


1]Tok Long Selabak tu ayah sedara apak...2]Tok long baru meninggal3]Waris nye isteri 1 ,isteri 2 dan isteri 3.4]Anak sulong nye Siti berada di padang Tembak.5]Pak su Johari tu Ayah sedara kita semua. [ menetap di Skudai,Johor /UTM ]


Ya Allah..swtpermudahkanlah usaha,hajat ,ikthiar ,munajat dan tawakkal  kami semuaAamiin...


Pencarian diteruskan...Insyaallah...

Friday, July 17, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ siri 5 ]

Assalamualaikum  ....

Tanggal 1 Syawal,1436 H, [ Jumaat ,17hb.Julai,2015 ]


Hari ni umat islam di Malaysia merayakan HariRaya Aidil Fifri...
Tahun ni Mak beraya kat rumah Yop di Ipoh, Abang kat Johor,
Yong kat Kelantan ,Aku kat Pahang,Abang Lan dan Nyah kat
Sabak dan Teluk Intan.....

Pagi ni solat hariraya aidil fitri...tengahari solat jumaat ...
Kat Pahang memang meriah ...ramai keluarga dan sahabat handai.
Tapi Tahun ni aku dapat petanda ...niat aku nak jumpa keluarga
apak dan mak akan dimakbul..InsyaAllah........

Raya ke dua ,aku balik Gombak,Next day [ Raya ke-3] ke Teluk Intan.
Pakat ngan yop ziarah mak cik kat bendang,keluarga Andak,Keluarga
Ayah Ngah dan Menziarahi Rj Leman yang uzur.

Majlis reunion sekolah lama[ Semarak 85 ]aku gi jugak.....
Memang betul ....sedara,kawan dan sahabat...semuanya aku dapat jumpa...

Tapi dalam kepala masih memikir kan  ...masih adekah lagi petanda -petanda
bagi aku mengesan sedara sebelah apak...mungkinkah abang LAN ade
jawapannye....InsyaAllah...

Sunday, July 12, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ siri 4 ]

Assalamualaikum......

Ni kisah semalam  ,Lepas jumpa Yop mi kat tol Bidor,aku dan isteri plan nak gi
ziarah Nyah dan Family dia ..Lagi pun seminggu lagi nak raya dah..Pukul 12.30 tgh
sampai rumah Ngah...kebetulan dia cuti...so kami ajak dia ke rumah lama mak ,
plan nak kemas mane yang patut...

Memang sedih bila masuk kedalam banyak sampah sarap...so kami bertiga mula
mengemas...gerobok kayu tu aku alih pinggan mangkuk nye...Nyah dan Mar
memilih mane barang -barang yang perlu di buang...Habuk,Sampah,sarang Tikus
dll....Dari satu ruang ke satu ruang kami kemas.


Bila dah settle bawah kami naik atas..Nampak siling dah berkulat tu tandanya
bumbung dah start bocor,dinding ade yang dah tercabut...
Aku masuk bilik Apak..terharu dan sedih ,.memang dok teringat dia..Dalam hati
Aku berkata '' Setiap apa yang berlaku pasti ade makna yang tersurat ''.


Rumah ni banyak mengumpul kisah dan nostalgia keluarga kami....
Bagi aku...lahir kat sini,membesar kat sini ,berkampung di sini....
3.30 petang kami berhenti mengemas....
Aku dan Mar balik ke rumah Nyah,Lepas ASAR kami bertolak pulang ke Gombak...

InsyaAllah...jika di IZIN kan,,,rumah ni akan bercahaya semula ...



photo kediaman 129 C pada 1980 








Photo kediaman pada 18 / 09 / 2014






Dulu Lain Sekarang Lain Adik kecil tu si SAM@Ramatulnisa...anak sedara duduk ngan atoknya aruah Ngah Mat dan Ngah Minah...kira anak ke2 kak azizah n aruah abg jalil..
Dulu Lain Sekarang Lain Rumah kampung ni nyimpan byk kenangan.Aku,kakak2 dan Abang2 kebanyakannya lahir kat rumah pusaka ni...Dah lebih 50thn dibina atas tanah milik Mak...Ni original view sebelum Aruah Bapak aku reno rumah ni..Gambor ni dirakam lebih kurang 1980an...Sebelah sana tu rumah Aruah Ngah Mat / Aruah Ngah Minah [ Bapa/Mak saudara]...Kat belakang sekali tu ..rumah Aruah Pak cik Nanyan [ Anak dia Isnin ..rakan aku kat sekolah ...memo 18/09/14 [ Khamis]


























Friday, July 10, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ siri 3 ]

Alhamdulilah....kini dah masuk 23 Ramadhan,1436H...[ Jumaat ,10 July,2015].
Insyaallah...hari ni abang lim dalam perjalanan dari Skudai,Johor ke Gombak.
Sebelum ni mak tinggal kat Johor,lepas ni nak beraya kat Ipoh...Plan nya,abang
drop by mak kat Gombak...next day [ Sabtu ] aku bawak ke Ipoh..so pakat ngan
Yop jumpa kat tol Bidor .
Abang sampai lepas solat jumaat...kendian dia dan kak lina stay kat Shah Alam.
Malam tu lepas balik Terawih...mak tak tido lagi..aku ajak berborak...Katanya
tak ngatuk..agak nya dah tido dalam kereta siang tadi.
Aku cuba terangkan ..kat mak ,raya ni nak cuba trace keluarga sebelah Apak..
Aku mintak mak recall balik memori dia masa muda ngan apak...masa bercinta,
masa awal perkahwinan....,masa tinggal kat Sabak Bernam...pasal kerjaya apak
dan lain -lain kisah yang mak ingat...So mak pun mula story morry..apa yang
dia ingat...Memori mak memang tip top...

PHOTO 1955  Mak mengandung Abang Hassan







Ni clue -clue yang mak bagi aku:

1]Kahwin ngan Apak dijodohkan oleh orang tua [ Mak angkat apak Mak Cik Puteh]
   dan Tok Senah [ Rj.Hasnah Bt .Rj.Ibrahim tu kenalan sedara ]
2]Masa tu kiranya Apak dan mak bercinta kat rumah  kampung yg apak sewa.
3]Lepas kahwin duduk kat Langkap .Perak [ Kampung SC Padang / Rendang Punggor ]
4]Apak gi training kat Ipoh [ Special Constables @ SC]
5]Masa ni darurat dah mula,apak dan pasukan ditugaskan duty kat Langkap.Perak
6]Mak mengandung Abang Hassan [ 1955]
7]Pasukan apak [ SC ] diserang [1955]
   hendap sewaktu operasi mengesan musoh [ komunis] di Langkap ,Perak
8]Semua sahabatnye gugur,kecuali apak sorang selamat...[ Perjuangan SC Langkap ]
9]Apak selamat ..komunis tinggal kan dia ...lapuran ke balai polis Langkap
10]Mak lahir Aruah Abang Hassan kat Batak Rabit, Perak
11]Mak lahirkan Abang Lan dan Abang Lim di Sabak Bernam.
12]............................................................................................................
13]............................................................................................................
14]Tok Lebar ade anak  ngan suami pertama [Saadin dan Baaddin ]

Petanda....Homeworks.....Clue -clue MAK........!!!!!!Puzzle-puzzle ni aku kena tafsirkan satu -satu...ikut cara aku.....Insyallah......