Thursday, November 26, 2015
Wednesday, November 25, 2015
Aku Budak Kampung 1
14 Zulhijjah,1435H@khamis
Ni gambor aku paling awal yg ade dlm simpanan..masa ni 2 tahun kot..seperti biasa kerut dahi tu dr kecik-kecik dah ade.
Ni gambor aku paling awal yg ade dlm simpanan..masa ni 2 tahun kot..seperti biasa kerut dahi tu dr kecik-kecik dah ade.
Saturday, November 21, 2015
Friday, November 20, 2015
Catatan 2 [ Darurat Malaya ]
SUASANA DI TANAH MELAYU PADA ZAMAN DARURAT, 1948-1960: SATU TINJAUAN
Ho Hui Ling
Pengenalan Tempoh 1948 hingga 1960 dikenali sebagai zaman Darurat di Tanah Melayu. Undang-undang Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada 16 Jun 19-18 oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent kerana kekacauan yang ditimbulkan oleh komunis yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.
Komunis telah melakukan berbagai-bagai kegiatan sabotaj, pemusnahan dan kerosakan ke atas harta awam serta harta benda penduduk dan kerajaan; juga pembunuhan, kejahatan dan keganasan ke atas semua lapisan masyarakat di Tanah ~vfelayu. Kegiatan komunis bukan sahaja mendatangkan kesusahan, penderitaan dan gangguan ke atas kehidupan penduduk serta kerosakan harta benda yang tidak teinilai, malahan turut menimbulkan ketidakstabilan politik, sosial dan ekonomi di Tanah tI,·felayu.
Sejak 16 Jun 19-18, Tanah Melayu diletakkan di bawah Undang-undang Darurat sehingga undang-undang itu ditarik balik oleh pihak berkuasa pada 31 Julai 1960. Artikel ini bertujuan untuk memaparkan suasana di Tanah Melayu pada zaman Darurat (19-18-1960), iaitu kesan daripada kegiatan dan gerakan komunis. Perbincangan dalam artikel ini bermula dengan mendedahkan gerakan awal komunis di Tanah Melayu sejak tahun 1920-an dan kemudian diikuti dengan perbincangan tentang suasana di Tanah Melayu pada zaman Darurat. 193 Sejarah Pembinaan Negara Bangsa Gerakan Awal Komunis Sebelum Zaman Darurat Fahaman komunis mula dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak awal tahun 1920-an lagi, iaitu melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang mempunyai perkaitan dengan gerakan komunis di negara China. Menjelang tahun 1924, ca\vangan dan ranting KMT telah ditubuhkan di hampir setiap negeri di Tan~h Melayu sebagai pelapis bagi menyebarkan pengaruh komums.
Pada tahun 1924 misalnya, cawangan KMT telah dapat dikesan di bandar-bandar utama, iaitu Seremban, Melaka, Muar, Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Klang dan Singapura. Selain itu, komunis juga bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan-pertubuhan, penerbitan seperti akhbar dan sekolah-sekolah Cina dalam usaha menyebarkan pengaruh komunis dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu, khasnya orang Cina. Orang Cina pada masa itu masih menumpahkan taat setia kepada negara China dan sentiasa mengikut perkembangan politik yang berlaku di sana. Selain pengaruh komunis yang dibawa masuk melalui negara China, dalam tempoh 1920-an juga, didapati beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia cuba menyebarkan fahaman komunis dalam kalangan orang Melayu di Tanah Melayu. Antaranya, Tan Malaka dan Hasanoesi yang pernah sampai ke Pulau Pinang. Selain itu, Boedisoejitro dan Sutan Perpateh singgah di Pulau Pinang pada Mei 1926 dan berjaya menubuhkan sebuah kelab di Seberang Prai. Percubaan juga dilakukan oleh Boedisoejitro di Kallang, Singapura dalam usaha menyebarkan pengaruh komunis. Sutan Perpateh juga pernah melawat Perak Utara dan Kedah dalam usaha menyebarkan komunisme dalam kalangan penduduk MelaYll di kawasan tersebut.\ Usaha itu dilakukan berikutan kegagalan komllnis lIntuk menguasai PulauJawa pada tahun 1926 yang menyebabkan Tanah Melayu menjadi pilihan komllnis dari Indonesia. Walallpun dianggarkan lebih kllrang 90 peratus daripada komunis, penyokong dan pensimpatinya di Tanah Melayu adalah terdiri daripada orang Cina, namun tidak dapat dinafikan terdapat juga orang Melayu yang terlibat dalam pergerakan komllnis atau yang menyokong perjuangan komunis di Tanah Melayll. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan kemunculan nama-nama seperti Musa Ahmad, Rashid tvlaidin, Abdullah C. D., Ibrahim Chik dan Shamsiah Fakeh. 2 Pergolakan politik di negara China sentiasa mempengaruhi politik orang Cina di Tanah ~1elayu. Setelah Dr. Sun Yat-sen meninggal dunia pada Mac 1925 di negara China, keretakan berlaku dalam Barisan Bersatu yang menyatukan KMT-PKC (Parti Komunis China) di China. Apabila konflik semakin hebat, Barisan Bersatu KMT-PKC berpecah 194 Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat pada tahun 1927. Dengan itu, pihak komunis di Tanah Melayu tidak dapat lagi menggunakan cawangan KMT dalam penyebaran fahaman mereka. Oleh yang demikian, pihak komunis di Tanah Melayu cuba mengatur langkah lain. Ini membawa kepada penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN/Nan-Yang Kung-Ch'an-Tang/Soutll Seas Communist Party) pada Mac 1928 di bawah arahan Biro Timur Jauh Comintern (Communist International) di Shanghai. Ia ditubuhkan sebagai alat Comintern untuk menyelaras, menggerak dan mengawasi pergerakan komunis di Tanah Melayu, Thailand, Burma, Annam, Indochina dan Indonesia dengan Singapura sebagai pangkalan atau pusatnya.3 Namun begitu, PKN tidak berjaya mencapai matlamat seperti yang diharapkan dalam mengkoordinasikan pergerakan komunis di negara-negara tersebut. Keadaan ini akhirnya mendorong pihak Comintern mengarahkan penubuhan sebuah parti baru. Pada 30 April 1930, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Tanah Melayu. PKM bertanggungjawab menghalau penjajah British dan mendirikan sebuah republik komunis di Tanah Melayu. Walaupun PKM tidak dapat berkembang dengan pesat pada peringkat awal, tetapi ia dapat bergerak dalam dua aktiviti penting pada ketika itu. Pertama, PKM berjaya mempergunakan keadaan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an dalam mempengaruhi kaumburuh di Tanah Melayu untuk mengadakan pemogokan. Dengan itu, dapat menimbulkan ketidakstabilan ekonomi yang boleh menjejaskan kekuatan ekonomi dan pentadbiran British di Tanah Melayu. PKM berjaya mempengaruhi pekerja dari hampir semua bidang, termasuklah pekerja kuari, pekerja binaan, pekerja kilang nenas, pembuat kasut, orang gaji, pekedai, pekerja kilang getah dan sesetengah pekerja di estet getah. Antara contoh mogok ialah seperti yang berlaku di Kuala Lumpur, dalam kalangan tukang kasut pada 30 Disember 1933 dan tukang jahit pada 8 Januari 1934. Alasan mereka melakukan mogok ialah menuntut kenaikan gaji dan memperbaiki keadaan tempat kerja mereka.4 Pada 10 Oktober 1934, pemandu lori berbangsa Cina di Pulau Pinang terlibat dalam mogok akibat pengurangan bayaran muatan lori dari 60 sen kepada 50 sen. Pemogokan itu berakhir pada 11 Oktober 1934 apabila mereka dijanjikan kadar bayaran baru.5 Selain itu, pekerja Cina di lombong besi Sri Medan, Batu Pahat, Johor, mengadakan mogok pada 26 September 1935 kerana masalah kenaikan gaji. Kadar kenaikan gaji kemudiannya dipersetujui oleh pihak pengurusan sebanyak 20 peratus.6 Pemogokan juga berlaku di Kilang Getah Sham Yip Leung, Klang, Selangor, antara 6 Januari 1937 hingga 15 Januari 1937. Mogok itu berakhir setelah dijanjikan peningkatan gaji dad 7.5 peratus ke 30 peratus.7 Dalam kejadian lain 195 Sejarah Pembinaan Negara Bangsa di Seremban, Negeri Sembilan, pemogokan dilakukan oleh pemb ' t~~ompah pada? Mei 1?37. Kerja dipulihkan pa~a 3. Mei 1937 sete: drJanpkan kenarkan gaJI 10 peratus.8 Drpercayar kejadian mogok itu berlaku hasil hasutan daripada komunis. Aktiviti kedua PKM pada peringkat awal penubuhannya ialah menggunakan Perang China-Jepun yang meletus pada tahun 1937 d· negara China sebagai alasan menganjurkan gerakan anti-Jepun da~ memperluas pengaruhnya dalam kalangan penduduk Cina di Tanah Melayu. Serangan Jepun ke atas negara China pada tahun 1937 turut menaikkan semangat kebangsaan orang Cina di seberang laut, termasuklah di Tanah Melayu. PKM segera mengeksploitasikan luapan semangat kebangsaan orang Cina untuk meluaskan pengaruhnya. PKM bukan sahaja menyokong, malah meniupkan lagi semangat kebangsaan dengan menganjurkan dan mendalangi kempen anti-Jepun di Tanah Melayu. Antara kegiatan anti-Jepun yang dipercayai dipengaruhi oleh komunis ialah satu peristiwa yang berlaku di Melaka pada 29 November 1937, apabila seorang perempuan dicurahkan dengan tar ketika ia meninggalkan sebuah kedai. Ini kerana beliau dituduh membeli barang-barang Jepun dari kedai berkenaan. Pada 4 Di~ember 1937, sebuah born dilemparkan ke dalam auditorium panggung wayang di F/ln and Frolic Am/lsement Park, Pulau Pinang, kerana dikatakan rombongan pelakon yang membuat persembahan itu ialah mereka yang pro-Jepun. Born itu terkena kepala seorang penonton Cina dan membunuhnya. 9 Di Alor Setar, Kedah, pada 20 Julai 1938, lima beg kacang soya yang tiba dari Pulau Pinang ditolak kerana dipercayai ialah barangan Jepun. 1O Pada 15 Ogos 1938, kedai Chop Kwong Yee Lung di Kampar, Perak, yang mengimport 20 beg kacang soya dari Singapura, diperiksa dan keraninya didakwa menerima barangan Jepun. 1l Pada zaman pendudukan Jepun (1941-1945) di Tanah MelaYll, PKM bekerjasama dengan British dalam memerangi Jepun. Hasil kerjasama dengan British telah membolehkan PKM membentllk barisan tulang belakangnya yang dikenali sebagai Malayan Peeple's Anti-Japanese Army (MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga pada sekitar tahlln 1942. Jika diIihat dari kepentingan jangka panjang, PKM lebih beruntung dengan zaman pendudukan Jepun kerana bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan daripada pihak British, yang kemudian digunakan dalam gerakan bersenjatanya pada tahun 1948. Di samping itu, PKM menjadi lebih popular kerana penglibatannya dalam menentang tentera Jepun melalui ;...,fPAJA. Penubuhan MPAJA bagi orang Cina bukan sahaja 196 Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat menyediakan perlindungan daripada Jepun, tetapi juga memberi satu inspirasi yang besar kepada orang Cina. Orang Cina yang kebanyakannya penyokong PKM memberi sumbangan kepada MPAJA dengan membekalkan bahan makanan, wang, maklumat dan rekrut. Menerusinya juga, PKM berjaya memperluas pengaruhnya dalam kalangan rakyat. Rakyat yang bencikan keganasan, kekejaman dan penderitaan akibat kedatangan Jepun mudah dieksploitasi untuk menyokong perjuangan MPAJA kerana ia bertindak sebagai penggerak utama menentang Jepun di negara ini pada ketika ituY Selepas Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 dan sebelum British Military Administration (BMA) kembali ke Tanah Melayu pada 3 September 1945, wujud kekosongan politik dan ketenteraan di Tanah Melayu. Keadaan ini telah digunakan oleh PKM dan MPAJA untuk berkuasa di Tanah Melayu. Mereka keluar dari hutan dan melakukan penganiayaan di sana sini, kononnya terhadap orang yang melakukan kesalahan jenayah kepada penduduk dan yang bersubahat dengan Jepun. Mereka mengadakan perbicaraan sendiri, melakukan kezaliman, membunuh ramai orang Melayu dan Cina dan rnengancam seluruh penduduk. Dianggarkan MPAJA telah membunuh lebih kurang 2,542 orang Cina, Melayu, India dan lain-lain yang dianggap sebagai tali barut Jepun.B Kezaliman tersebut memuncak kepada pergaduhan yang besar apabila orang Melayu mengambil tindak balas terhadap orang Cina di kawasan luar bandar. Pergaduhan kaum telah berlaku di kawasankawasan seperti Sungai Manik, Batu Kikir, sekitar Bekor dan Lenggong di Perak; Jelebu dan Padang Lebar, Negeri Sembilan; Senggarang, Kluang, Mersing dan Batu Pahat, Johor; Pekan dan Raub, Pahang; Kampung Merbok, Kedah; Kota Bharu, Kelantan serta di Alor Gajah, Melaka.J.l Pada ketika itu, komunis telah melakukan banyak kekacauan di Tanah Melayu dan kegiatan komunis itu telah menjejaskan hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Walaupun kemudiannya MPAJA dibubarkan pada 1 Disember 1945 dengan persetujuan PKM setelah BMA berkuasa di Tanah Melayu, namun kegiatan komunis masih diteruskan dengan tujuan untuk menghalau penjajah British dan membentuk republik komunis. PKM telah bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan seperti All Malayan Council of Joint Action-Pusat Tenaga Rakyat (AMCJA-PUTERA), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Malayan Democratic Union (MDU) dan New Democratic Youth League (NDYL) dalarn usaha menggagalkan rancangan politik yang diwujudkan oleh pihak British, iaitu Malayan Union. Namun demikian, dengan tertubuhnya 197 Sejarah Pembinaan Negara Bangsa Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, PKM menyedari bahawa matlamat mereka telah gagalY Pada masa yang sama, PKM juga menjadikan kesatuan sekerja sebagai sasaran mereka dan menghasut pekerja melakukan mogok. PKM dapat mempengaruhi kesatuan sekerja melalui ka'l-valan terhadap Pan-Malayan Federation ofTrade Unions (PMFTU). Dalam tempoh enam bulan, dari Disember 1947 hingga Mei 19-18, dilaporkan 130 daripada 335 kesatuan sekerja adalah di bawah pengaruh komunis dan 70 lagi kesatuan sekerja turut diragui dipengaruhi komunis. 16 Namun demikian, usaha PKM tidak berjaya dengan adanya tekanan daripada pihak kerajaan. Trepass Law diluluskan untuk menyekat pegawaipegawai kesatuan sekerja memasuki ladang bagi memberi ceramah dan mengorganisasikan pekerja. Seterusnya, Trade Union Ordinance dipinda menjadi undang-undang pada 12 Jun 1948 di mana semua kesatuan sekerja diwajibkan membuat pendaftaran dengan pihak berkuasa. Tekanan-tekanan itu telah menyebabkan PKM yang di bawah pimpinan setiausaha agungnya, Chin Peng mengambil keputusan untuk memulakan gerakan bersenjata di Tanah Melayu. Berikutnya, satu siri keganasan telah dilakukan oleh komunis di Tanah Melayu. Kemuncak keganasan komunis berlaku pada 16 Jun 1948 apabila komunis melakukan pembunuhan di Sungai Siput, Perak yang mengorbankan tiga orang peladang Eropah dalam tempoh sehari. Salah seorang mangsa keganasan komunis ialah Arthur Walker, pengurus Estet Elphil, Sungai Siput, berumur 50 talmn yang ditembak mati oleh komunis. Pada hari yang sama, seorang pengurus ladang berumur 55 tahun, John Allison dan pembantunya yang berumur 21 tahun, Ian Christian dari Estet Phin Soon, Sungai Siput dibunuh oleh sekumpulan 12 orang komunis. 17 Selepas pembunuhan di Sungai Siput, komunis juga melakukan kekejaman di kawasan lain. Berikutan dengan keganasan komunis itu, pada 16 Jun 1948, Sir Edward Gent mengisytiharkan Undang-undang Darurat di Perak yang merangkumi kawasan Ipoh dan Sungai Siput serta daerah Kluang, Muar, Kulai dan Plentong di Johor. Pada 17 Jun 1948, undang-undang itu diperluas meliputi seluruh negeri Perak dan Johor. Seterusnya, Undang-undang Darurat dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948Y Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat Walaupun Undang-undang Darurat dikuatkuasakan, kegiatan komunis masih berleluasa di Tanah Melayu. Setiap hari terdapat kejadian keganasan komunis yang dilaporkan di merata-rata tempat di Tanah 198 Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat t\1elayu. Hampir setiap hari terdapat nyawa manusia yang terkorban, lebih-lebih lagi orang awam yang tidak berdosa. Hampir sctiap hari harta benda yang tidak ternilai telah dimusnahkan disebabkan komunis. Oengan itu, kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menamatkan kehilangan nyawa, mengakhiri pertempuran dan kemusnahan serta kerosakan akibat daripada tindakan komunis. Antara kejahatan yang dilakukan oleh komunis ialah serangan ke atas orang a\\"am (baik orang Melayu, Cina, India, Orang Asli mahupun orang Eropah), membakar kampllng yang menyebabkan penduduk kehilangan tempat tinggal, menyerang estet getah dan lombong timah, melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan, membunuh peladang dan pelombong Eropah serta mengganggu sistem pengangklltan dan mensabotaj kemudahan asas. Tindakan komunis itu telah mendatangkan kesusahan kepada penduduk, melemahkan kekuatan ekonomi orang perseorangan dan kerajaan British serta menimbulkan keadaan huru-hara di seluruh negara. Ini selaras dengan cita-cita komunis untuk menghalau pihak British keluar dari Tanah Melayu dengan menimbulkan gangguan ke atas kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Sclepas British keluar dari Tanah Melayu, maka komunis akan dapat menguasai pcntadbiran dan negara ini. Kegiatan yang dilakukan oleh komunis di Tanah r-,.1elayu termasuklah serangan born tangan, penculikan, ugutan, pembunuhan, memusnahkan harta benda, mengganggu pencarian rezeki penduduk serta mensabotaj kemudahan asas. Kesemua ini telah menghuruharakan kehidllpan penduduk, menyebabkan mereka hidup dalam kebimbangan, ketakutan dan menderita serta terpaksa menanggung kerugian harta benda. Sepanjang zaman Oarurat, sejumlah 2,473 orang awam dibunuh oleh komunis dan 1,385 orang dicederakan. Oi pihak pasllkan keselamatan pula, sejumlah 1,865 nyawa terkorban dan 2,560 orang dicederakan. 19 Sementara itu, sejllmlah 99 orang peladang Eropah dan kakitangannya menjadi mangsa keganasan komunis di Tanah ~lelayu pada zaman Oarurat. 20 Antaranya, pada 1-l September 1948, 12 orang Melayu yang sedang membersihkan rumput di Estet Chan Kang S\vee, Segamat, Johor, ditembak oleh empat orang komunis, menyebabkan seorang ~\"relayu mati dan dua cedera. 21 Pada 29 September 1948, seorang gembala lembu berbangsa India diculik dan kemudian dijllmpai mati ditembak oleh komunis di ka\\"asan Tapah, PerakY Oalam perkembangan lain, pada Julai 1949, di Cameron Highlands, Pahang, komunis menyerang Orang Asli yang sedang bekerja di kebun getah dan mengakibatkan 11 Orang Asli terbunuh. 23 Pada 8 Jun 1950, 23 199 Sejarah Pembinaan Negara Bangsa orang cedera apabila komunis melemparkan born tangan ke dalam sebuah kedai runcit di Nibong Tebal, Seberang Prai. 24 Di Sungai Siput, Perak, kejadian serangan born tangan pada 27 Februari 1951 di Panggung Wayang Wah Lok, mengakibatkan tiga orang mati dan 13 cedera.25 Sementara itu, pada November 1952, enam orang komunis menyerbll sebllah kampllng Melayu di Negeri Sembilan. Mereka merompak sepucuk senapang patah dari seorang pekedai Melayll dan membllnllh seorang ketlla Home Guard Melayu. 26 Dalam kejadian lain, pada 25 Ogos 1954, dua 'kepala' estet berbangsa India diikat pada pokok dan perut dibelah oleh komllnis di Estet Dovenby, Sungai Sipllt, PerakY Pada 9 Mac 1955, 12 orang komunis melarikan tujuh Orang Asli dan kemlldian empat daripadanya dibunuh. Kejadian itu berlaku ketika Orang Asli berkenaan sedang menangkap ikan di Sungai Landor di kawasan Chenderiang, Ipoh, Perak. 23 Penderitaan penduduk bertambah apabila tindakan komunis menyebabkan mereka kehilangan tempat teduhan. Antaranya, pada pagi 26 Julai 1948, setengah daripada kampung Pantai Remis, Sitiawan, Perak musnah dibakar oleh komunis tanpa sebab yang jelas dan mengakibatkan kira-kira 500 penghuni kehilangan tempat tinggal.29 Pada 4 Februari 1950, lebih kurang 70 orang komunis telah membakar Kampung Simpang Tiga, Perak, menyebabkan lebih kurang 1,000 orang penduduk kehilangan tempat tinggal. Kerosakan dianggarkan lebih daripada % juta ringgit dan mengorbankan dua nyawa penduduk.30 Dalam kejadian lain, pada 22 November 1950, seorang Cina terbunuh akibat tindakan komunis membakar 30 buah rumah setinggan berdekatan dengan Kampung Bukit Selambu, Sungai Petani, Kedah. Lebih kurang 200 penduduk kehilangan tempat tinggal.31 Sementara itu, pada 2 Mac 1951, komunis membakar sebuah kedai menjual getah di sebuah kampung di Kulim, Kedah. Api merebak dan memusnahkan setengah daripada kampung berkenaan termasuklah sebuah sekolah dan 31 buah rumah kedai. 32 Kehidupan dan pergerakan penduduk di Tanah Melayu terjejas akibat sabotaj komunis ke atas kemudahan asas. Landasan kereta api kerap kali dirosakkan dan kereta api diserang, ditembak dan dibomkan oleh komunis. Begitu juga, sabotaj ke atas kenderaan jalan sering berlaku. Keadaan ini mengancam nyawa pengguna jalan raya dan penumpang kereta api serta menjejaskan perkhidmatan sistem perhubllngan di Tanah Melayu. Sehingga pada tahun 1950, dilaporkan penumpang kereta api malam telah berkurangan separuh. Sejak tercetusnya pengganasan komunis pada tahun 1948 sehingga tamatnya zaman Darurat pada tahun 1960, komunis telah melakukan sebanyak 387 kali sabotaj ke 200 ---- ------- -~--------------------- - Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat • atas perkhidmatan kereta api. Dalam tempoh tersebut, telah berlakll sebanyak 197 kejadian komunis menggelincirkan kereta api, 172 kali kereta api ditembak dan 19 buah stesen kereta api dirosakkan oleh komunis. Kejadian tersebut mengakibatkan 45 orang penllmpang terbunllh dan 176 orang cedera. Sementara itll, 18 orang kakitangan perkhidmatan kereta api terbunuh dan 42 orang cedera dalam serangan tersebut.33 Sementara itu, kes komunis membakar dan memusnahkan kenderaan jalan (bas, lori dan kereta) adalah 208 pada tahun 1951 dan 97 kes pada tahun 1952.34 Sejak Undang-llndang Darurat diisYtiharkan • sehingga tahun 1950, sejumlah 149 bllah bas dimusnahkan oleh komunis dan penumpang dirompak. 35 Kejadian-kejadian itu biasanya berakhir dengan penumpang dirompak wang dan barangan atall makanan, kemudian kenderaan itu dibakar oleh Komunis. Dalam kejadian itu, kadangkala penumpang dan pemandll juga tidak dapat teriepas daripada kccederaan dan kemahan. Antaranya, berlaku pada 18 Ogos 1948,15 orang komunis menahan sebuah bas di Kampung Luas, Kroh, Perak. Mcreka membunuh seorang penumpang dan menculik seorang penumpang wanita. 36 Dalam perkembangan lain,sekumpulan komunis menahan dan merompak sebuah lori yang membawa barang makanan di Batu 68, Jalan Jerantut-Kuantan, Kuantan, Pahang, pada 15 Januari 1950. Dalam kejadian itu, barang makanan yang dirompak oleh komunis itu dianggarkan bernilai $1,108.37 Selain itu, pada 9 Ogos 1951, tujuh orang komunis menahan sebuah teksi dan merompak penumpang teksi berkenaan di Mersing, Johor. Sebuah lori Jabatan Kerja Rap yang tiba di tempat kejadian tersebut, ditembak dan dua penumpang cedera. Teksi dan lori itu dibakar.'" Pada 21 September 1952, komunis menahan sebuah kereta di Jalan Bentong, kira-kira 19.31 kilometer (12 batll) dari Kuala Lumpur. Komunis merompak wang $300 dan sepasang gelang emas bernilai 5150 sebeillm kereta itu dibakar. 39 Sementara itu, pada 26 Disember 1953, sebuah bas ditahan di Ipoh, Perak. Konduktor bas dirompak \\'ang S10.~ Di Yong Peng, Johor, pada 10 Jun 1954, kira-kira 14 orang komllnis menahan sebuah bas dalam perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur serta tiga buah kereta dan sebuah lori. Penumpang kenderaan tcrscbut dirompak dan lori dibakarY Selain itu, talian telefon dipotong, Kabel elektrik dan paip air yang dirosakkan oleh komunis turut menyukarkan kehidupan penduduk dan mengakibatkan pihak berkuasa terpaksa membclanjakan \\'ang yang banyak untuk memulihkan semula kcmudahan tersebut. .t\'1isalnya, pada malam 26 November 1948, kawat telefon di antara Kampar dan Air Kuning serta Kampar dan Tanjung 201 Sejarah Pembinaan Negara Bangsa Malim, Perak dipotong oleh komunis. Dengan itu, perhubungan di antara kawasan tersebut terputusY Pada 20 November 1949, lima pasang wayar telefon di lima tempat di kawasan Tapah, Perak, dipotong oleh komunis. Kejadian itu menyebabkan perkhidmatan telefon di balai polis di Tapah, Bidor, Tanjung Malim dan Tanah Mas terjejas. H Sementara itu, pada 31 Mac 1950, di kawasan Merapoh, Gua Musang, Kelantan, komunis bukan sahaja mengalih papan di sebuah jambatan tetapi juga memotong talian telefon di kawasan berkenaan.+l Pada Ogos 1952, komunis memotong 246 wayar telefon di daerah Rawang, Selangor. Ini menyebabkan anggaran kerosakan sebanyak Sl,300.~3 Dalam perkembangan lain, di Johor, pada tahun 1954, komunis memotong wayar telefon sebanyak 115 kali yang mengakibatkan kos membaiki telefon berjumlah S93,673.~6 Pada malam 23 Ogos 1955, komunis memutuskan talian telefon di Estet Hulu Remis, LayangLayang, Johor. Mereka juga memutuskan lebih kurang 20 wayar di beberapa tempat di ka\-vasan Layang-LayangY Pada 1 April 1956 pula, dilaporkan komunis telah memotong wayar telefon di Batu 20, Jalan Ipoh-Kampar, Perak.48 Kejadian lain dilaporkan berlaku di Batu 33Y:2, Jalan Kota Tinggi-Mersing, Johor, di mana wayar telefon dirosakkan oleh komunis pada 3 April 1958.49 Kemudahan air paip terganggu kerana paip air sering disabotaj oleh komunis pada zaman Darurat. Contohnya, di Kajang, Selangor, paip air sepanjang dua batu dirosakkan oleh komunis pada 23 Ogos 1949. Penduduk terpaksa menggunakan air hujan dan air perigi. Pihak kerajaan terpaksa mengadakan satu skim kecemasan, iaitu mengepam air dari Sungai Jeloh di luar bandar Kajang untuk kegunaan penduduknya. 50 Begitu juga, di Perak, sebuah empangan air berdekatan Chemor dimusnahkan oleh komunis pada a,val Oktober 1949.51 Pada 11 Februari 1950, sa luran paip air di Batu 2, Jalan Kota Tinggi-Rompin, Johor dirosakkan oleh komunis dan mengganggu penghantaran air dari tempat takungan ke Kota Tinggi. 52 Dalam perkembangan lain, pada 6 Jun 1951, komunis meletupkan paip utama di Taiping, Perak. 33 Pada Januari 1952, di kawasan Ipoh, Perak, sebahagian saluran paip utama dialihkan oleh komunis dan mengakibatkan bekalan air terputus.~ Bekalan air di Tanjung Malim, Perak, sering dipotong oleh komunis. Sebanyak enam kejadian paip air dipotong oleh komur.is beriaku di Tanjung Malim pada awal tahun 1952. Penduduk terpaksa menggunakan air sungai, air perigi dan air hujan yang tertakung sebelum paip air dipulihkanY Tindakan komunis merosakkan keperluan orang ramai itll telah mendatangkan kesusahan kepada penduduk kerana aktiviti harian mereka terganggu. 202 Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat Begitu juga, pasukan-pasukan kerja awam yang ditugaskan untuk memperbaiki dan membina jalan raya, memasang dan memperbaiki paip air, menjalankan penyelidikan di tapak skim hidroelektrik, mengendalikan pembinaan sistem pengairan dan perparitan, juga sering berdepan dengan serangan komunis. Keadaan itu sedikit sebanyak telah menjejaskan perkembangan projek-projek sosial yang dirancang oleh pihak berkuasa untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di Tanah Melayu. Contohnya, pada 16 NO\·ember 1948, tiga orang pekerja dari Jabatan Kerja Raya yang bertugas di kawasan tadahan Sungai Oa!, Kuala Kangsar, Perak, diserang oleh empat orang komunis. Kejadian itu mengakibatkan seorang pekerja terbunuh. 56 Oalam perkembangan lain, pada tahun 1950, penyelidikan Skim Hidroelektrik Cameron Highlands, Pahang, terpaksa dibatalkan akibat pembunuhan juruteranya, B. de B. Gate dalam serangan hendap komunis pada 2 Mac 1950.57 Oarurat juga menyebabkan sesetengah projek pengairan terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan. Oi antara tahun 1950 hingga 1952, dua daripada tujuh skim pengairan yang dirancangkan di Johor dan satu daripada tiga skim pengairan di Kelantan ditangguhkan kerana masalah Darurat. Di Melaka pula, dua skim yang dirancangkan oleh pihak berkuasa telah siap dalam tempoh 1950-1952, manakala satu lagi terbantut kerana aktiviti komunis di kawasan iill."" Sementara itu, peniaga, pekedai, pengusaha kebun atau ladang dan pelombong mengalami keadaan serba salah pada zaman Darurat. Mereka merupakan sasaran peras ugut komunis bagi mendapatkan wang perlindungan dan tuntutan keperluan lain. Kegagalan memenuhi permintaan komunis bukan sahaja menyebabkan kedai, lombong, ladang dan tanaman mereka menanggung risiko, tetapi juga nyawa diri dan keluarga terancam. Contohnya, pada awal pagi 18 Mei 1950, seorang peniaga Cina di Temerloh, Pahang, menjumpai sepucuk surat yang diselitkan masuk melalui pintu rumahnya pada \'\'aktu malam, meminta wang dengan ugutan mencederakan peniaga itu dan keluarganya.'<" Selain itu, pada 7 Februari 1951, beberapa orang komunis menyerang sebllah kedai besi di kawasan Perak kerana pemiliknya enggan membayar wang perlindungan. Akibat serangan itu, seorang kanak-kanak terbllnuh dan 13 orang awam termasuk tujuh orang anggota keluarga pekedai berkenaan dicederakan. 60 Keganasan komunis itu sedikit sebanyak telah menyebabkan para peniaga dan pengusaha ber~lsa bimbang tentang keselamatan mereka serta menjejaskan kes"iatan peniagaan dan perusahaan mereka. Komuniti di estet dan lombong juga menghadapi kesusahan kerana sering berdepan dengan serangan komunis. Ini selaras dengan 203 Sejarah Pembinaan Negara Bangsa strategi komunis untuk membantutkan perkembangan ekonomi dan menyebabkan pengangguran berleluasa, supaya pekerja hilang keyakinan kepada pihak kerajaan dan mudah dipengaruhi oleh komunis. Untuk tujuan tersebut, kuantiti getah yang banyak telah dicuri dan beribu-ribu pokok getah dirosakkan untuk mengelakkannya menghasilkan susu getah. Alat-alat jentera dan mesin-mesin lombong turutdirosakkan oleh komunis. TempaHempat tinggal pekerja di estet dan lombong. rumah asap serta rumah pengurus turut dibakar. Begitu juga, pekerja-pekerja di estet dan lombong ditakut-takutkan dan kadangkaia dibunuh bagi menyekat mereka daripada terus bekerja. Kegiatan komunis ini telah menjejaskan hasil pengeluaran sektor getah dan bijih timah. Dalam pada itu, sejak Undang-undang Darurat diisytiharkan di Tanah ~relayu schingga Jun 1949 (tempoh setahun), terdapat 18 serangan komunis ke atas estet yang menyebabkan 25 orang pekerja dan kontraktor terbunuh dan enam orang penoreh diculik oleh komunis. Manakala, dalam tempoh yang sama, bangunan yang dirosakkan oleh komunis termasuklah 15 buah rumah kongsi, tiga buah rumah kontraktor, sembilan buah rumah asap, sebuah kilang estet, tiga buah bangsal dan setor, dua buah sekolah dan dua buah kedai di estet.61 Sementara itu, pada tahun 1950 sahaja, bangunan yang dirosakkan oleh komunis di estet termasuk rumah asap, pejabat, kilang getah, tempat tinggal pekerja bernilai hampir S5Yz juta dan lebih kurang 300,000 pokok getah ditakik oleh komunis.62 Sementara itu, di antara 1948 hingga 1956 (sembilan tahun), 80 buah lombong telah diserang oleh komunis di enam negeri, iaitu Perak, Selangor, Pahang, Johor, Terengganu dan ~egeri Sembilan. Dalam tempoh tersebut, 97 kali lombong diserang oleh komunis dan 53 orang menjadi mangsa pembunuhan dengan 56 orang dicederakan. 63 Tindakan komunis itu telah mengganggu punca pencarian rezeki penduduk di Tanah Melayu dan turut melemahkan kekuatan ekonomi negara. Dalam usaha komunis mengganggu perkembangan ekonomi di Tanah ~lela~'u, peladang Eropah turut menjadi sasaran keganasan komunis..-\ntara kejadian serangan komunis ke atas peladang Eropah telah beriaku pada 15 Oktober 1948 yang mengakibatkan Jack Moss, penolong pengurus Estet Jerantut, Kuala Lipis, Pahang, mati ditembak oleh komunis ketika mangsa sedang menjalankan penyeliaan di estet.6-l Pada 14 Fcbruari 1949, F. P. W. Harrison, dari Estet Somme, Terap, Kulim, Kedah, discrang hendap oleh segerombolan komunis. Mangsa mati kerana ditembak oleh komunisY' Dalam perkembangan lain, pada pagi 19 Jun 1950, komunis menyerang dan membunuh Ross Wallace, pengurus Estet Sungai KabUl, Sungkai, Perak. 66 Selain itu, pada 10 204 I I , ! i , I , j • \ • --_.,-..__.- . --~- .... ~------- -- . .- - ----- --------- , Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat Januari 1951, penolong pengurus Estet Brooklands, Banting, Kuala Langat, Selangor, W. J. Shaw, ditembak mati oleh komunis ketika man gsa sedang menunggang basikal di kawasan estet bersama pembantunya, A. N. Symons yang mengalami kecederaanY Sementara itu, pada 12 Januari 1954, John Basil Ritson, pengurus Estet New Rompin ditembak mati oleh komunis di Bahau, Negeri Sembilan.6s Pada 16 November 1955, dua orang peladang Eropah cedera parah setelah diserang hendap oleh kOIpunis di ka\vasan Lenga, Johor, ketika mereka sedang memeriksa kerja pembukaan estet getah baru. 69 Pasukan keselamatan di Tanah ~lela\"u , turut dicabar oleh komunis pada zaman Darurat. Pasukan keselamatan berdepan dengan serangan komunis dan balai-balai polis di kawasan terpencil turut menjadi sasaran komunis. Serangan dilakukan ke atas pasukan keselamatan supaya wujud keadaan huru-hara dan menunjukkan ketidakupayaan mereka dalam melindungi penduduk dan negara. Antaranya, pada 8 Mac 1949, komunis menyerang sebuah jip tentera di selatan Kajang, Selangor dan mencederakan seorang tentera. 70 Dalam perkembangan lain, Balai Polis Bukit Kepong di hulu Sungai Muar, Johor diserang oleh segerombolan komunis pada 22 Februari 1950. Kejadian itu mengakibatkan seramai 23 anggota polis dan keluarga mereka terkorban dan Balai Polis Bukit Kepong musnah dibakar oleh komunis. 71 Pada 21 Februari 1952, sebuah kenderaan polis diserang hendap oleh komunis di kawasan Taiping, Perak. Dalam kejadian itu, tiga anggota polis cedera dan dua daripadanya mengalami kecederaan parah. 72 Dalam kejadian lain, Balai Polis Chuan Seng di Pontian, Johor musnah dibakar oleh komunis pada 18 Oktober 1954. Dalam kejadian itu, komunis turut membunuh empat orang polis dan mencederakan tujuh polis lain. 73 Masalah komunis bukan sahaja mendatangkan kesusahan dan penderitaan kepada penduduk, menjejaskan perkembangan ekonomi dan pembangunan sosial, malahan ia juga meningkatkan lagi beban perbelanjaan pihak berkuasa. Ini dapat dilihat apabila pihak kerajaan British di Tanah Melayu terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar dalam mengatur dan menjalankan berbagai langkah untuk menangani masalah komunis. Dilaporkan bahawa anggaran purata kos Darurat adalah berjumlah di antara 5250,000 hingga 5300,000 sehari pada zaman Darurat. Jumlah ini tidak termasuk kerosakan harta benda seperti bangunan dan kenderaan yang dilakukan oleh komunis. Sepanjang tahun 1948 hingga 1960, dianggarkan pihak kerajaan telah membelanjakan kira-kira $1,300 juta sebagai kos Darurat. 7 • Disebabkan masalah komunis dan Darurat, jumlah perbelanjaan yang besar ini 205 Sejarah Pembinaan Negara Bangsa terpaksa diperuntukkan untuk tujllan mematahkan kegiatan komllnis dan memlllihkan keamanan di negara ini.
Kesimpulan Walallplln ideologi komunis telah menyusup ke Tanah ~\'1elayu melalui berbagai-bagai saluran sejak tahlln 192G-an, namlln gerakan komllnis mencapai kemllncak pada tahun 1948 dengan mclctusnya gerakan bersenjata komunis. Dengan itu, berbagai kekejaman, kejahatan, kerosakan dan sabotaj telah dilakllkan oleh komunis secara berleluasa di Tanah Melayll. Keadaan itu menycbabkan kerajaan British terpaksa mengambil tindakan mengisytiharkan Undang-llndang Darurat dan disllSllli dengan berbagai langkah yang bertlljllan untllk menghapllskan komunis dan memlllihkan keamanan negara. Usaha menentang gerakan komunis menjadi semakin giat menjelang Tanah MelaYlI mencapai kemerdekaan sehingga akhirnya komllnis dapat dilemahkan dan zaman Darllrat ditamatkan pada 31 Jlliai 1960. Berikutnya, saki-baki komllnis mengundurkan diri ke sempadan ThaiIand-Tanah Melayu untuk menyusun semula kekuatan mereka.
Catatan 3 [ Darurat Malaya ]
RECENT POSTS:
May 22nd, 2010 02:10
Parti Komunis Malaya PKM telah ditubuhkan pada 1930
- Pemberontakan bersenjata pada 1948.
- Tamat pemberontakan pada 2 Disember 1989,
melalui Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai)
- Tamat pemberontakan pada 2 Disember 1989,
melalui Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai)
This photograph was discovered amongst the personal possessions of a Mayalan Communist.
(Photograph courtesy of Roy Follows)
keselamatan pada 10 Oktober 1973 di Kanowit Sarawak.
dalam pertempuran di Gubir 15 Julai 1976
Penglibatan kaum wanita
komunis wanita di Kuala Langat pada 3 Mac 1953.
Rundingan Baling 1955
Bergambar sebelum memulakan rundingan.
Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, David Marshall dan Hamid Jumat sementara rombongan PKM terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.
Parti Komunis Malaya (Malayan Communist Party) atau
singkatannya PKM adalah sebuah pertubuhan yang diasaskan di
Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang
penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika
kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA)
untuk berperang dengan mereka.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960,
darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan
pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru
komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan
kekuatannya.
Selepas sekian lama dan atas kesedaran
pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian
Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya
dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah
menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan
mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada
Perlembagaan dan undang-undang negara.
Sumber
http://www.psywar.org/malaya.php
http://www.psywar.org/malaya.php
Darurat 1948-1960
Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh
kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini
diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak
polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan
politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila
merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti
haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan
Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis
dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989.
Punca Darurat
Punca Darurat
Bolehlah dikatakan bahawa segala bermula
selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese
Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh orang Jepun
semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin bekerajaan
sendiri.
Pembunuhan seramai tiga orang pengurus
ladang berbangsa Inggeris di Sungai Siput, Perak tahun 1948,
telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah
Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan.
Punca Darurat.
Bas diletup menggunakan granede.
Cubaan melumpuhkan sistem perhubungan.
Pekebun getah juga sering menjadi
sasaran komunis.
Kerajaan British menganggap PKM sebagai
parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan
hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh
British semasa dalam penentangan Jepun.
Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan
dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan
pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta
penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).
Namun, pemogokan itu telah gagal dan
undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya
PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka rasai
patut.
Orang ramai yang tidak mahu bekerjasama
dengan mereka akan diseksa hingga mati.
Hubungan PKM dan British yang semakin
teruk dan. Chin Peng sebagai ketua yang baru, membuat gerakan bersenjata
dimullai dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Dang (KMT), dan 3 orang pengurus
ladang getah berbangsa Eropah, termasuk 1 orang penolong pengurus, pada
12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.
1951: Murder on Malay rubber estate
Anti-government rebels have ambushed and killed 11 people in an attack on a
rubber plantation in Malaya.
The dead include a London director
visiting the area, the manager of the estate and nine special constables on a
foot inspection.
The attack is the latest in a long
campaign by Communist forces opposed to British control of the Federation of
Malaya.
It began with the murder of three
British rubber planters in June 1948 - which led to the British declaring a
state of emergency.
Campaign of intimidation
There have been more terror attacks in
the Malay peninsula in the past few weeks than at any time since 1948.
On average, about 100 police officers
have been killed every month this year.
The guerrillas' latest tactics include
threatening to nail rubber tappers to the trees unless they go on strike.
Work on over 50,000 acres (202 square
kilometres) of estates has now stopped - representing a daily loss of about
60,000 lbs (27,216 kg) of rubber.
Most of the estates affected are in the
south-western states of Negri Sembilan and Malacca.
British plan failed
Workers on four other estates have
defied the Communists and returned to work after they were given increased
protection from security forces.
Intimidation by the rebels has led to
problems recruiting labour to work on the plantations, even for higher wages in
areas prone to attack.
Soldiers are providing protection for
the rubber tappers
This latest surge in guerrilla activity
suggests the Britis
h government's expensive Briggs plan has failed.
The scheme - which has also proved very
unpopular with locals - involved moving many of them from their jungle homes to
new villages in areas more easily protected from the rebels.
It seems clear many local people are still afraid to co-operate with the
security forces for fear of reprisals from the guerrillas
Langkah-langkah Mengatasi Darurat
Langkah-langkah Mengatasi Darurat
Undang-undang Darurat telah
diisytiharkan. Antaranya termasuk:
1. Parti politik yang
bersifat radikal diharamkan.
2. Sesiapa yang disyaki
terlibat dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
3. Hukuman bunuh untuk
sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.
Pada masa darurat, kira-kira 40,000
tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk
menghapuskananasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan
perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.
Ketenteraan British juga telah
diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000
orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu
membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari
Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan
Perkhidmatan Negara telah dibuat.
Perintah Berkurung telah dibuat di
kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis.
Kawasan Putih dan Hitam telah
diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras
komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada
anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua
negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.
Sekatan jalan raya dan kawalan kampung
telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang
mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja
dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.
Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka
boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British
telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu membuat kad pengenalan sebaik
sahaja mereka berumur 12 tahun.
Sir Harold Briggs juga melancarkan
rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah
termasuk:
1. Penempatan semula orang
Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina,
dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan
Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, masalah untuk
membanteras komunis adalah lebih senang.
2. "Kampung baru"
telah diperkenalkan. Kampung telah dibina di kawasan baru untuk menempatkan
orang Cina.
Kedua-dua langkah ini adalah penting,
kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan
tempat PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Baru
yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip
PKM) untuk memberi maklumat dan barang keperluan kepada PKM yang melancarkan
serangan gerila adalah tipis.
Meskipun pasukan keselamatan telah
diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan
komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara
berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.
Terdapat juga kumpulan yang membantu dan
memberi sokongan kepada Parti Komunis Malaya, seperti Min Yuen.
Undang-undang darurat telah ditamatkan
pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan,
kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.
Bagi menangani ancaman komunis, secara
ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa dasar:-
1. Pembahagian daerah kepada kawasan
putih dan kawasan hitam.
2. Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung
daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung
baru.
3. Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.
3. Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.
Kad catuan makanan. Bagi mengelakkan bekalan disalurkan kepada pihak
komunis.
4. Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur
pengganas. Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali
pengganas menyerang, mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat
mereka bagi menyerang (discourage).
5. Memperkenalkan ISA.
6. Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara.
6. Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara.
dua orang anggota komunis, Kim Fook (kiri) dan Lim Kong (kanan) menyerah
diri di Kepong, Selangor pada 12 Januari 1955.
7. Perang Saraf
9. Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam.
Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak
disokong oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana
pihak Amerika cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan
teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu
kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir
musuh.
Sumber
http://ms.wikipedia.org/wiki/Darurat_Tanah_Melayu
Peristiwa Bukit Kepong 23 Februari 1950
Peristiwa Balai Polis Bukit
Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat
selepasPerang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit
Kepong23 Februari 1950. diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis
bermula sekitar jam 5.00 pagi.
Dalam kejadian tersebut, para anggota
polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang
isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati
suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain
sehingga kehabisan peluru.
Dalam mempertahankan balai polis Bukit
Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.
Muhammad Indera atau Mat Indra (tengah)
dengan anggota seramai kira-kira 200 orang telah mengetuai serangan ke atas
Balai Polis Bukit Kepong yang hanya mempunyai 25 orang pada pukul 4.15 pagi 23
Februari 1950. Sumber anakmuar.com
Mereka yang terbunuh
dalam pertempuran
Anggota Polis
1. Sarjan Jamil Mohd Shah
(KPB Bukit Kepong)
2. Koperal Mohd Yassin Haji
Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
3. Lans Koperal Jidin Omar
4. Konstabel Hassan Osman
5. Konstabel Hamzah Ahmad
6. Konstabel Jaafar Hassan
7. Konstabel Muhamad Jaafar
8. Konstabel Marin Ibrahim
Adam
9. Konstabel Abu Mohd Ali
10. Konstabel Abu Kadir
Jusoh
11. Konstabel Marin Awang
Ali
12. Konstabel Marin Basiron
Adam
13. Konstabel Tambahan Mohd
Top Lazim
14. Konstabel Tambahan
Jaafar Arshad
Polis Bantuan
1. AP Samad Yatim
2. AP Mahmood Saat
3. AP Ali Akop
4. AP Othman Yahya
Keluarga Anggota
1. Allahyarhammah Fatimah
Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
2. Hassan Abu Bakar - anak
lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
3. Allahyarhammah Saadiah -
isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
4. Allahyarhammah Simah Abu
- anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam
pertempuran diluar balai polis
1. AP Redzuan Alias
2. Embong Lazim
3. Mendiang Koh Ah Cheng
May 20th, 2010 02:02
February 25th, 2010 01:17
Empayar Jepun bermula di Tanah Melayu dari 8 Disember 1941 sehingga 31
Januari 1942 semasa Perang Dunia II.
Sesetengah gambar, tarikh tidak dapat ditentukan.
Tentera Jepun memasuki Petaling Street, Kuala Lumpur pada 12 Januari
1942.
Sesetengah gambar, tarikh tidak dapat ditentukan.
Sumber: Abd Majid Awang - Antiques & Collectibles
Dalam gambar kelihatan Lt. Jeneral A.E. Perceval
Lockheed Hudson Mk V
Lt. Jeneral Percival, Pegawai Jeneral
Pemerintah Tanah Melayu
Lt. Jeneral Yamashita, Komander tentera
Jepun ( di gelar Singa Malaya ).
(Royal Engineers) bersedia bagi
memusnahkan jambatan semasa berundur.
Askar Melayu pertama. Sedang membuat
latihan.
Tidak berapa lama sebelum serangan Jepun
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula
apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.
Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious
assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke
pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan
di Pattani danSinggora di Thailand, di mana mereka bergerak
keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk
menyerang sebelah barat Tanah Melayu.
Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan
Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star9 Disember 1941.
Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse
bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan
Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun
menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua
buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam
masa yang singkat.
Tentera Jepun yang mendarat di Kota
Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju
ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada 11 Disember
1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada
12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama.
Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak
British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada
hari yang sama.
February 25th, 2010 12:53
Subscribe to:
Posts (Atom)



















