Catatan 2 [ Darurat Malaya ]
SUASANA DI TANAH MELAYU
PADA ZAMAN DARURAT, 1948-1960:
SATU TINJAUAN
Ho Hui Ling
Pengenalan
Tempoh 1948 hingga 1960 dikenali sebagai zaman Darurat di Tanah
Melayu. Undang-undang Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada
16 Jun 19-18 oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent kerana
kekacauan yang ditimbulkan oleh komunis yang boleh mengancam
keamanan dan keselamatan negara.
Komunis telah melakukan
berbagai-bagai kegiatan sabotaj, pemusnahan dan kerosakan ke atas
harta awam serta harta benda penduduk dan kerajaan; juga
pembunuhan, kejahatan dan keganasan ke atas semua lapisan
masyarakat di Tanah ~vfelayu. Kegiatan komunis bukan sahaja
mendatangkan kesusahan, penderitaan dan gangguan ke atas
kehidupan penduduk serta kerosakan harta benda yang tidak teinilai,
malahan turut menimbulkan ketidakstabilan politik, sosial dan
ekonomi di Tanah tI,·felayu.
Sejak 16 Jun 19-18, Tanah Melayu diletakkan
di bawah Undang-undang Darurat sehingga undang-undang itu
ditarik balik oleh pihak berkuasa pada 31 Julai 1960.
Artikel ini bertujuan untuk memaparkan suasana di Tanah Melayu
pada zaman Darurat (19-18-1960), iaitu kesan daripada kegiatan dan
gerakan komunis. Perbincangan dalam artikel ini bermula dengan
mendedahkan gerakan awal komunis di Tanah Melayu sejak tahun
1920-an dan kemudian diikuti dengan perbincangan tentang suasana
di Tanah Melayu pada zaman Darurat.
193
Sejarah Pembinaan Negara Bangsa
Gerakan Awal Komunis Sebelum Zaman Darurat
Fahaman komunis mula dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak awal
tahun 1920-an lagi, iaitu melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT)
yang mempunyai perkaitan dengan gerakan komunis di negara China.
Menjelang tahun 1924, ca\vangan dan ranting KMT telah ditubuhkan
di hampir setiap negeri di Tan~h Melayu sebagai pelapis bagi
menyebarkan pengaruh komums.
Pada tahun 1924 misalnya,
cawangan KMT telah dapat dikesan di bandar-bandar utama, iaitu
Seremban, Melaka, Muar, Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Klang
dan Singapura. Selain itu, komunis juga bergerak melalui kesatuan
sekerja, pertubuhan-pertubuhan, penerbitan seperti akhbar dan
sekolah-sekolah Cina dalam usaha menyebarkan pengaruh komunis
dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu, khasnya orang Cina.
Orang Cina pada masa itu masih menumpahkan taat setia kepada
negara China dan sentiasa mengikut perkembangan politik yang
berlaku di sana.
Selain pengaruh komunis yang dibawa masuk melalui negara
China, dalam tempoh 1920-an juga, didapati beberapa orang pemimpin
komunis dari Indonesia cuba menyebarkan fahaman komunis dalam
kalangan orang Melayu di Tanah Melayu. Antaranya, Tan Malaka
dan Hasanoesi yang pernah sampai ke Pulau Pinang. Selain itu,
Boedisoejitro dan Sutan Perpateh singgah di Pulau Pinang pada Mei
1926 dan berjaya menubuhkan sebuah kelab di Seberang Prai.
Percubaan juga dilakukan oleh Boedisoejitro di Kallang, Singapura
dalam usaha menyebarkan pengaruh komunis. Sutan Perpateh juga
pernah melawat Perak Utara dan Kedah dalam usaha menyebarkan
komunisme dalam kalangan penduduk MelaYll di kawasan tersebut.\
Usaha itu dilakukan berikutan kegagalan komllnis lIntuk menguasai
PulauJawa pada tahun 1926 yang menyebabkan Tanah Melayu menjadi
pilihan komllnis dari Indonesia. Walallpun dianggarkan lebih kllrang
90 peratus daripada komunis, penyokong dan pensimpatinya di Tanah
Melayu adalah terdiri daripada orang Cina, namun tidak dapat
dinafikan terdapat juga orang Melayu yang terlibat dalam pergerakan
komllnis atau yang menyokong perjuangan komunis di Tanah Melayll.
Keadaan ini dapat dibuktikan dengan kemunculan nama-nama seperti
Musa Ahmad, Rashid tvlaidin, Abdullah C. D., Ibrahim Chik dan
Shamsiah Fakeh. 2
Pergolakan politik di negara China sentiasa mempengaruhi politik
orang Cina di Tanah ~1elayu. Setelah Dr. Sun Yat-sen meninggal dunia
pada Mac 1925 di negara China, keretakan berlaku dalam Barisan
Bersatu yang menyatukan KMT-PKC (Parti Komunis China) di China.
Apabila konflik semakin hebat, Barisan Bersatu KMT-PKC berpecah
194
Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat
pada tahun 1927. Dengan itu, pihak komunis di Tanah Melayu tidak
dapat lagi menggunakan cawangan KMT dalam penyebaran fahaman
mereka. Oleh yang demikian, pihak komunis di Tanah Melayu cuba
mengatur langkah lain. Ini membawa kepada penubuhan Parti
Komunis Nanyang (PKN/Nan-Yang Kung-Ch'an-Tang/Soutll Seas
Communist Party) pada Mac 1928 di bawah arahan Biro Timur Jauh
Comintern (Communist International) di Shanghai. Ia ditubuhkan sebagai
alat Comintern untuk menyelaras, menggerak dan mengawasi
pergerakan komunis di Tanah Melayu, Thailand, Burma, Annam,
Indochina dan Indonesia dengan Singapura sebagai pangkalan atau
pusatnya.3 Namun begitu, PKN tidak berjaya mencapai matlamat
seperti yang diharapkan dalam mengkoordinasikan pergerakan
komunis di negara-negara tersebut. Keadaan ini akhirnya mendorong
pihak Comintern mengarahkan penubuhan sebuah parti baru.
Pada 30 April 1930, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di
Tanah Melayu. PKM bertanggungjawab menghalau penjajah British
dan mendirikan sebuah republik komunis di Tanah Melayu. Walaupun
PKM tidak dapat berkembang dengan pesat pada peringkat awal,
tetapi ia dapat bergerak dalam dua aktiviti penting pada ketika itu.
Pertama, PKM berjaya mempergunakan keadaan kemelesetan ekonomi
dunia pada tahun 1930-an dalam mempengaruhi kaumburuh di Tanah
Melayu untuk mengadakan pemogokan. Dengan itu, dapat
menimbulkan ketidakstabilan ekonomi yang boleh menjejaskan
kekuatan ekonomi dan pentadbiran British di Tanah Melayu. PKM
berjaya mempengaruhi pekerja dari hampir semua bidang, termasuklah
pekerja kuari, pekerja binaan, pekerja kilang nenas, pembuat kasut,
orang gaji, pekedai, pekerja kilang getah dan sesetengah pekerja di
estet getah. Antara contoh mogok ialah seperti yang berlaku di Kuala
Lumpur, dalam kalangan tukang kasut pada 30 Disember 1933 dan
tukang jahit pada 8 Januari 1934. Alasan mereka melakukan mogok
ialah menuntut kenaikan gaji dan memperbaiki keadaan tempat kerja
mereka.4 Pada 10 Oktober 1934, pemandu lori berbangsa Cina di Pulau
Pinang terlibat dalam mogok akibat pengurangan bayaran muatan
lori dari 60 sen kepada 50 sen. Pemogokan itu berakhir pada 11
Oktober 1934 apabila mereka dijanjikan kadar bayaran baru.5
Selain itu, pekerja Cina di lombong besi Sri Medan, Batu Pahat,
Johor, mengadakan mogok pada 26 September 1935 kerana masalah
kenaikan gaji. Kadar kenaikan gaji kemudiannya dipersetujui oleh
pihak pengurusan sebanyak 20 peratus.6 Pemogokan juga berlaku di
Kilang Getah Sham Yip Leung, Klang, Selangor, antara 6 Januari 1937
hingga 15 Januari 1937. Mogok itu berakhir setelah dijanjikan
peningkatan gaji dad 7.5 peratus ke 30 peratus.7 Dalam kejadian lain
195
Sejarah Pembinaan Negara Bangsa
di Seremban, Negeri Sembilan, pemogokan dilakukan oleh pemb '
t~~ompah pada? Mei 1?37. Kerja dipulihkan pa~a 3. Mei 1937 sete:
drJanpkan kenarkan gaJI 10 peratus.8 Drpercayar kejadian mogok itu
berlaku hasil hasutan daripada komunis.
Aktiviti kedua PKM pada peringkat awal penubuhannya ialah
menggunakan Perang China-Jepun yang meletus pada tahun 1937 d·
negara China sebagai alasan menganjurkan gerakan anti-Jepun da~
memperluas pengaruhnya dalam kalangan penduduk Cina di Tanah
Melayu. Serangan Jepun ke atas negara China pada tahun 1937 turut
menaikkan semangat kebangsaan orang Cina di seberang laut,
termasuklah di Tanah Melayu. PKM segera mengeksploitasikan luapan
semangat kebangsaan orang Cina untuk meluaskan pengaruhnya. PKM
bukan sahaja menyokong, malah meniupkan lagi semangat kebangsaan
dengan menganjurkan dan mendalangi kempen anti-Jepun di Tanah
Melayu.
Antara kegiatan anti-Jepun yang dipercayai dipengaruhi oleh
komunis ialah satu peristiwa yang berlaku di Melaka pada 29
November 1937, apabila seorang perempuan dicurahkan dengan tar
ketika ia meninggalkan sebuah kedai. Ini kerana beliau dituduh
membeli barang-barang Jepun dari kedai berkenaan. Pada 4 Di~ember
1937, sebuah born dilemparkan ke dalam auditorium panggung
wayang di F/ln and Frolic Am/lsement Park, Pulau Pinang, kerana
dikatakan rombongan pelakon yang membuat persembahan itu ialah
mereka yang pro-Jepun. Born itu terkena kepala seorang penonton
Cina dan membunuhnya. 9 Di Alor Setar, Kedah, pada 20 Julai 1938,
lima beg kacang soya yang tiba dari Pulau Pinang ditolak kerana
dipercayai ialah barangan Jepun. 1O Pada 15 Ogos 1938, kedai Chop
Kwong Yee Lung di Kampar, Perak, yang mengimport 20 beg kacang
soya dari Singapura, diperiksa dan keraninya didakwa menerima
barangan Jepun. 1l
Pada zaman pendudukan Jepun (1941-1945) di Tanah MelaYll,
PKM bekerjasama dengan British dalam memerangi Jepun. Hasil
kerjasama dengan British telah membolehkan PKM membentllk
barisan tulang belakangnya yang dikenali sebagai Malayan Peeple's
Anti-Japanese Army (MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga
pada sekitar tahlln 1942. Jika diIihat dari kepentingan jangka panjang,
PKM lebih beruntung dengan zaman pendudukan Jepun kerana
bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan
daripada pihak British, yang kemudian digunakan dalam gerakan
bersenjatanya pada tahun 1948. Di samping itu, PKM menjadi lebih
popular kerana penglibatannya dalam menentang tentera Jepun
melalui ;...,fPAJA. Penubuhan MPAJA bagi orang Cina bukan sahaja
196
Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat
menyediakan perlindungan daripada Jepun, tetapi juga memberi satu
inspirasi yang besar kepada orang Cina. Orang Cina yang
kebanyakannya penyokong PKM memberi sumbangan kepada MPAJA
dengan membekalkan bahan makanan, wang, maklumat dan rekrut.
Menerusinya juga, PKM berjaya memperluas pengaruhnya dalam
kalangan rakyat. Rakyat yang bencikan keganasan, kekejaman dan
penderitaan akibat kedatangan Jepun mudah dieksploitasi untuk
menyokong perjuangan MPAJA kerana ia bertindak sebagai penggerak
utama menentang Jepun di negara ini pada ketika ituY
Selepas Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 dan sebelum
British Military Administration (BMA) kembali ke Tanah Melayu pada
3 September 1945, wujud kekosongan politik dan ketenteraan di Tanah
Melayu. Keadaan ini telah digunakan oleh PKM dan MPAJA untuk
berkuasa di Tanah Melayu. Mereka keluar dari hutan dan melakukan
penganiayaan di sana sini, kononnya terhadap orang yang melakukan
kesalahan jenayah kepada penduduk dan yang bersubahat dengan
Jepun. Mereka mengadakan perbicaraan sendiri, melakukan kezaliman,
membunuh ramai orang Melayu dan Cina dan rnengancam seluruh
penduduk. Dianggarkan MPAJA telah membunuh lebih kurang 2,542
orang Cina, Melayu, India dan lain-lain yang dianggap sebagai tali
barut Jepun.B
Kezaliman tersebut memuncak kepada pergaduhan yang besar
apabila orang Melayu mengambil tindak balas terhadap orang Cina
di kawasan luar bandar. Pergaduhan kaum telah berlaku di kawasankawasan
seperti Sungai Manik, Batu Kikir, sekitar Bekor dan
Lenggong di Perak; Jelebu dan Padang Lebar, Negeri Sembilan;
Senggarang, Kluang, Mersing dan Batu Pahat, Johor; Pekan dan Raub,
Pahang; Kampung Merbok, Kedah; Kota Bharu, Kelantan serta di Alor
Gajah, Melaka.J.l Pada ketika itu, komunis telah melakukan banyak
kekacauan di Tanah Melayu dan kegiatan komunis itu telah
menjejaskan hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
Walaupun kemudiannya MPAJA dibubarkan pada 1 Disember
1945 dengan persetujuan PKM setelah BMA berkuasa di Tanah Melayu,
namun kegiatan komunis masih diteruskan dengan tujuan untuk
menghalau penjajah British dan membentuk republik komunis. PKM
telah bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan seperti All Malayan
Council of Joint Action-Pusat Tenaga Rakyat (AMCJA-PUTERA), Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Malayan Democratic Union
(MDU) dan New Democratic Youth League (NDYL) dalarn usaha
menggagalkan rancangan politik yang diwujudkan oleh pihak British,
iaitu Malayan Union. Namun demikian, dengan tertubuhnya
197
Sejarah Pembinaan Negara Bangsa
Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, PKM menyedari
bahawa matlamat mereka telah gagalY
Pada masa yang sama, PKM juga menjadikan kesatuan sekerja
sebagai sasaran mereka dan menghasut pekerja melakukan mogok.
PKM dapat mempengaruhi kesatuan sekerja melalui ka'l-valan terhadap
Pan-Malayan Federation ofTrade Unions (PMFTU). Dalam tempoh enam
bulan, dari Disember 1947 hingga Mei 19-18, dilaporkan 130 daripada
335 kesatuan sekerja adalah di bawah pengaruh komunis dan 70 lagi
kesatuan sekerja turut diragui dipengaruhi komunis. 16 Namun
demikian, usaha PKM tidak berjaya dengan adanya tekanan daripada
pihak kerajaan. Trepass Law diluluskan untuk menyekat pegawaipegawai
kesatuan sekerja memasuki ladang bagi memberi ceramah
dan mengorganisasikan pekerja. Seterusnya, Trade Union Ordinance
dipinda menjadi undang-undang pada 12 Jun 1948 di mana semua
kesatuan sekerja diwajibkan membuat pendaftaran dengan pihak
berkuasa. Tekanan-tekanan itu telah menyebabkan PKM yang di
bawah pimpinan setiausaha agungnya, Chin Peng mengambil
keputusan untuk memulakan gerakan bersenjata di Tanah Melayu.
Berikutnya, satu siri keganasan telah dilakukan oleh komunis di Tanah
Melayu.
Kemuncak keganasan komunis berlaku pada 16 Jun 1948 apabila
komunis melakukan pembunuhan di Sungai Siput, Perak yang
mengorbankan tiga orang peladang Eropah dalam tempoh sehari.
Salah seorang mangsa keganasan komunis ialah Arthur Walker,
pengurus Estet Elphil, Sungai Siput, berumur 50 talmn yang ditembak
mati oleh komunis. Pada hari yang sama, seorang pengurus ladang
berumur 55 tahun, John Allison dan pembantunya yang berumur 21
tahun, Ian Christian dari Estet Phin Soon, Sungai Siput dibunuh oleh
sekumpulan 12 orang komunis. 17 Selepas pembunuhan di Sungai Siput,
komunis juga melakukan kekejaman di kawasan lain. Berikutan
dengan keganasan komunis itu, pada 16 Jun 1948, Sir Edward Gent
mengisytiharkan Undang-undang Darurat di Perak yang merangkumi
kawasan Ipoh dan Sungai Siput serta daerah Kluang, Muar, Kulai dan
Plentong di Johor. Pada 17 Jun 1948, undang-undang itu diperluas
meliputi seluruh negeri Perak dan Johor. Seterusnya, Undang-undang
Darurat dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948Y
Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat
Walaupun Undang-undang Darurat dikuatkuasakan, kegiatan komunis
masih berleluasa di Tanah Melayu. Setiap hari terdapat kejadian
keganasan komunis yang dilaporkan di merata-rata tempat di Tanah
198
Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat
t\1elayu. Hampir setiap hari terdapat nyawa manusia yang terkorban,
lebih-lebih lagi orang awam yang tidak berdosa. Hampir sctiap hari
harta benda yang tidak ternilai telah dimusnahkan disebabkan
komunis. Oengan itu, kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah
wang yang besar untuk menamatkan kehilangan nyawa, mengakhiri
pertempuran dan kemusnahan serta kerosakan akibat daripada
tindakan komunis.
Antara kejahatan yang dilakukan oleh komunis ialah serangan
ke atas orang a\\"am (baik orang Melayu, Cina, India, Orang Asli
mahupun orang Eropah), membakar kampllng yang menyebabkan
penduduk kehilangan tempat tinggal, menyerang estet getah dan
lombong timah, melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan,
membunuh peladang dan pelombong Eropah serta mengganggu sistem
pengangklltan dan mensabotaj kemudahan asas. Tindakan komunis
itu telah mendatangkan kesusahan kepada penduduk, melemahkan
kekuatan ekonomi orang perseorangan dan kerajaan British serta
menimbulkan keadaan huru-hara di seluruh negara. Ini selaras dengan
cita-cita komunis untuk menghalau pihak British keluar dari Tanah
Melayu dengan menimbulkan gangguan ke atas kestabilan politik,
ekonomi dan sosial. Sclepas British keluar dari Tanah Melayu, maka
komunis akan dapat menguasai pcntadbiran dan negara ini.
Kegiatan yang dilakukan oleh komunis di Tanah r-,.1elayu
termasuklah serangan born tangan, penculikan, ugutan, pembunuhan,
memusnahkan harta benda, mengganggu pencarian rezeki penduduk
serta mensabotaj kemudahan asas. Kesemua ini telah menghuruharakan
kehidllpan penduduk, menyebabkan mereka hidup dalam
kebimbangan, ketakutan dan menderita serta terpaksa menanggung
kerugian harta benda. Sepanjang zaman Oarurat, sejumlah 2,473 orang
awam dibunuh oleh komunis dan 1,385 orang dicederakan. Oi pihak
pasllkan keselamatan pula, sejumlah 1,865 nyawa terkorban dan 2,560
orang dicederakan. 19 Sementara itu, sejllmlah 99 orang peladang
Eropah dan kakitangannya menjadi mangsa keganasan komunis di
Tanah ~lelayu pada zaman Oarurat. 20
Antaranya, pada 1-l September 1948, 12 orang Melayu yang
sedang membersihkan rumput di Estet Chan Kang S\vee, Segamat,
Johor, ditembak oleh empat orang komunis, menyebabkan seorang
~\"relayu mati dan dua cedera. 21 Pada 29 September 1948, seorang
gembala lembu berbangsa India diculik dan kemudian dijllmpai mati
ditembak oleh komunis di ka\\"asan Tapah, PerakY Oalam
perkembangan lain, pada Julai 1949, di Cameron Highlands, Pahang,
komunis menyerang Orang Asli yang sedang bekerja di kebun getah
dan mengakibatkan 11 Orang Asli terbunuh. 23 Pada 8 Jun 1950, 23
199
Sejarah Pembinaan Negara Bangsa
orang cedera apabila komunis melemparkan born tangan ke dalam
sebuah kedai runcit di Nibong Tebal, Seberang Prai. 24 Di Sungai Siput,
Perak, kejadian serangan born tangan pada 27 Februari 1951 di
Panggung Wayang Wah Lok, mengakibatkan tiga orang mati dan 13
cedera.25 Sementara itu, pada November 1952, enam orang komunis
menyerbll sebllah kampllng Melayu di Negeri Sembilan. Mereka
merompak sepucuk senapang patah dari seorang pekedai Melayll dan
membllnllh seorang ketlla Home Guard Melayu. 26 Dalam kejadian lain,
pada 25 Ogos 1954, dua 'kepala' estet berbangsa India diikat pada
pokok dan perut dibelah oleh komllnis di Estet Dovenby, Sungai Sipllt,
PerakY Pada 9 Mac 1955, 12 orang komunis melarikan tujuh Orang
Asli dan kemlldian empat daripadanya dibunuh. Kejadian itu berlaku
ketika Orang Asli berkenaan sedang menangkap ikan di Sungai
Landor di kawasan Chenderiang, Ipoh, Perak. 23
Penderitaan penduduk bertambah apabila tindakan komunis
menyebabkan mereka kehilangan tempat teduhan. Antaranya, pada
pagi 26 Julai 1948, setengah daripada kampung Pantai Remis, Sitiawan,
Perak musnah dibakar oleh komunis tanpa sebab yang jelas dan
mengakibatkan kira-kira 500 penghuni kehilangan tempat tinggal.29
Pada 4 Februari 1950, lebih kurang 70 orang komunis telah membakar
Kampung Simpang Tiga, Perak, menyebabkan lebih kurang 1,000 orang
penduduk kehilangan tempat tinggal. Kerosakan dianggarkan lebih
daripada % juta ringgit dan mengorbankan dua nyawa penduduk.30
Dalam kejadian lain, pada 22 November 1950, seorang Cina terbunuh
akibat tindakan komunis membakar 30 buah rumah setinggan
berdekatan dengan Kampung Bukit Selambu, Sungai Petani, Kedah.
Lebih kurang 200 penduduk kehilangan tempat tinggal.31 Sementara
itu, pada 2 Mac 1951, komunis membakar sebuah kedai menjual getah
di sebuah kampung di Kulim, Kedah. Api merebak dan memusnahkan
setengah daripada kampung berkenaan termasuklah sebuah sekolah
dan 31 buah rumah kedai. 32
Kehidupan dan pergerakan penduduk di Tanah Melayu terjejas
akibat sabotaj komunis ke atas kemudahan asas. Landasan kereta api
kerap kali dirosakkan dan kereta api diserang, ditembak dan
dibomkan oleh komunis. Begitu juga, sabotaj ke atas kenderaan jalan
sering berlaku. Keadaan ini mengancam nyawa pengguna jalan raya
dan penumpang kereta api serta menjejaskan perkhidmatan sistem
perhubllngan di Tanah Melayu.
Sehingga pada tahun 1950, dilaporkan penumpang kereta api
malam telah berkurangan separuh. Sejak tercetusnya pengganasan
komunis pada tahun 1948 sehingga tamatnya zaman Darurat pada
tahun 1960, komunis telah melakukan sebanyak 387 kali sabotaj ke
200
---- ------- -~--------------------- -
Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat
•
atas perkhidmatan kereta api. Dalam tempoh tersebut, telah berlakll
sebanyak 197 kejadian komunis menggelincirkan kereta api, 172 kali
kereta api ditembak dan 19 buah stesen kereta api dirosakkan oleh
komunis. Kejadian tersebut mengakibatkan 45 orang penllmpang
terbunllh dan 176 orang cedera. Sementara itll, 18 orang kakitangan
perkhidmatan kereta api terbunuh dan 42 orang cedera dalam
serangan tersebut.33
Sementara itu, kes komunis membakar dan memusnahkan
kenderaan jalan (bas, lori dan kereta) adalah 208 pada tahun 1951 dan
97 kes pada tahun 1952.34 Sejak Undang-llndang Darurat diisYtiharkan •
sehingga tahun 1950, sejumlah 149 bllah bas dimusnahkan oleh komunis
dan penumpang dirompak. 35 Kejadian-kejadian itu biasanya berakhir
dengan penumpang dirompak wang dan barangan atall makanan,
kemudian kenderaan itu dibakar oleh Komunis. Dalam kejadian itu,
kadangkala penumpang dan pemandll juga tidak dapat teriepas
daripada kccederaan dan kemahan. Antaranya, berlaku pada 18 Ogos
1948,15 orang komunis menahan sebuah bas di Kampung Luas, Kroh,
Perak. Mcreka membunuh seorang penumpang dan menculik seorang
penumpang wanita. 36 Dalam perkembangan lain,sekumpulan komunis
menahan dan merompak sebuah lori yang membawa barang makanan
di Batu 68, Jalan Jerantut-Kuantan, Kuantan, Pahang, pada 15 Januari
1950. Dalam kejadian itu, barang makanan yang dirompak oleh
komunis itu dianggarkan bernilai $1,108.37
Selain itu, pada 9 Ogos 1951, tujuh orang komunis menahan sebuah
teksi dan merompak penumpang teksi berkenaan di Mersing, Johor.
Sebuah lori Jabatan Kerja Rap yang tiba di tempat kejadian tersebut,
ditembak dan dua penumpang cedera. Teksi dan lori itu dibakar.'"
Pada 21 September 1952, komunis menahan sebuah kereta di Jalan
Bentong, kira-kira 19.31 kilometer (12 batll) dari Kuala Lumpur.
Komunis merompak wang $300 dan sepasang gelang emas bernilai
5150 sebeillm kereta itu dibakar. 39 Sementara itu, pada 26 Disember
1953, sebuah bas ditahan di Ipoh, Perak. Konduktor bas dirompak
\\'ang S10.~ Di Yong Peng, Johor, pada 10 Jun 1954, kira-kira 14 orang
komllnis menahan sebuah bas dalam perjalanan dari Singapura ke
Kuala Lumpur serta tiga buah kereta dan sebuah lori. Penumpang
kenderaan tcrscbut dirompak dan lori dibakarY
Selain itu, talian telefon dipotong, Kabel elektrik dan paip air
yang dirosakkan oleh komunis turut menyukarkan kehidupan
penduduk dan mengakibatkan pihak berkuasa terpaksa
membclanjakan \\'ang yang banyak untuk memulihkan semula
kcmudahan tersebut. .t\'1isalnya, pada malam 26 November 1948, kawat
telefon di antara Kampar dan Air Kuning serta Kampar dan Tanjung
201
Sejarah Pembinaan Negara Bangsa
Malim, Perak dipotong oleh komunis. Dengan itu, perhubungan di
antara kawasan tersebut terputusY Pada 20 November 1949, lima
pasang wayar telefon di lima tempat di kawasan Tapah, Perak,
dipotong oleh komunis. Kejadian itu menyebabkan perkhidmatan
telefon di balai polis di Tapah, Bidor, Tanjung Malim dan Tanah Mas
terjejas. H Sementara itu, pada 31 Mac 1950, di kawasan Merapoh, Gua
Musang, Kelantan, komunis bukan sahaja mengalih papan di sebuah
jambatan tetapi juga memotong talian telefon di kawasan berkenaan.+l
Pada Ogos 1952, komunis memotong 246 wayar telefon di daerah
Rawang, Selangor. Ini menyebabkan anggaran kerosakan sebanyak
Sl,300.~3 Dalam perkembangan lain, di Johor, pada tahun 1954, komunis
memotong wayar telefon sebanyak 115 kali yang mengakibatkan kos
membaiki telefon berjumlah S93,673.~6 Pada malam 23 Ogos 1955,
komunis memutuskan talian telefon di Estet Hulu Remis, LayangLayang,
Johor. Mereka juga memutuskan lebih kurang 20 wayar di
beberapa tempat di ka\-vasan Layang-LayangY Pada 1 April 1956 pula,
dilaporkan komunis telah memotong wayar telefon di Batu 20, Jalan
Ipoh-Kampar, Perak.48 Kejadian lain dilaporkan berlaku di Batu 33Y:2,
Jalan Kota Tinggi-Mersing, Johor, di mana wayar telefon dirosakkan
oleh komunis pada 3 April 1958.49
Kemudahan air paip terganggu kerana paip air sering disabotaj
oleh komunis pada zaman Darurat. Contohnya, di Kajang, Selangor,
paip air sepanjang dua batu dirosakkan oleh komunis pada 23 Ogos
1949. Penduduk terpaksa menggunakan air hujan dan air perigi. Pihak
kerajaan terpaksa mengadakan satu skim kecemasan, iaitu mengepam
air dari Sungai Jeloh di luar bandar Kajang untuk kegunaan
penduduknya. 50 Begitu juga, di Perak, sebuah empangan air berdekatan
Chemor dimusnahkan oleh komunis pada a,val Oktober 1949.51 Pada
11 Februari 1950, sa luran paip air di Batu 2, Jalan Kota Tinggi-Rompin,
Johor dirosakkan oleh komunis dan mengganggu penghantaran air
dari tempat takungan ke Kota Tinggi. 52 Dalam perkembangan lain,
pada 6 Jun 1951, komunis meletupkan paip utama di Taiping, Perak. 33
Pada Januari 1952, di kawasan Ipoh, Perak, sebahagian saluran paip
utama dialihkan oleh komunis dan mengakibatkan bekalan air
terputus.~ Bekalan air di Tanjung Malim, Perak, sering dipotong oleh
komunis. Sebanyak enam kejadian paip air dipotong oleh komur.is
beriaku di Tanjung Malim pada awal tahun 1952. Penduduk terpaksa
menggunakan air sungai, air perigi dan air hujan yang tertakung
sebelum paip air dipulihkanY Tindakan komunis merosakkan
keperluan orang ramai itll telah mendatangkan kesusahan kepada
penduduk kerana aktiviti harian mereka terganggu.
202
Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat
Begitu juga, pasukan-pasukan kerja awam yang ditugaskan untuk
memperbaiki dan membina jalan raya, memasang dan memperbaiki
paip air, menjalankan penyelidikan di tapak skim hidroelektrik,
mengendalikan pembinaan sistem pengairan dan perparitan, juga
sering berdepan dengan serangan komunis. Keadaan itu sedikit
sebanyak telah menjejaskan perkembangan projek-projek sosial yang
dirancang oleh pihak berkuasa untuk meningkatkan taraf hidup
penduduk di Tanah Melayu. Contohnya, pada 16 NO\·ember 1948,
tiga orang pekerja dari Jabatan Kerja Raya yang bertugas di kawasan
tadahan Sungai Oa!, Kuala Kangsar, Perak, diserang oleh empat orang
komunis. Kejadian itu mengakibatkan seorang pekerja terbunuh. 56
Oalam perkembangan lain, pada tahun 1950, penyelidikan Skim
Hidroelektrik Cameron Highlands, Pahang, terpaksa dibatalkan akibat
pembunuhan juruteranya, B. de B. Gate dalam serangan hendap
komunis pada 2 Mac 1950.57 Oarurat juga menyebabkan sesetengah
projek pengairan terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan. Oi antara
tahun 1950 hingga 1952, dua daripada tujuh skim pengairan yang
dirancangkan di Johor dan satu daripada tiga skim pengairan di
Kelantan ditangguhkan kerana masalah Darurat. Di Melaka pula, dua
skim yang dirancangkan oleh pihak berkuasa telah siap dalam tempoh
1950-1952, manakala satu lagi terbantut kerana aktiviti komunis di
kawasan iill.""
Sementara itu, peniaga, pekedai, pengusaha kebun atau ladang
dan pelombong mengalami keadaan serba salah pada zaman Darurat.
Mereka merupakan sasaran peras ugut komunis bagi mendapatkan
wang perlindungan dan tuntutan keperluan lain. Kegagalan memenuhi
permintaan komunis bukan sahaja menyebabkan kedai, lombong,
ladang dan tanaman mereka menanggung risiko, tetapi juga nyawa
diri dan keluarga terancam. Contohnya, pada awal pagi 18 Mei 1950,
seorang peniaga Cina di Temerloh, Pahang, menjumpai sepucuk surat
yang diselitkan masuk melalui pintu rumahnya pada \'\'aktu malam,
meminta wang dengan ugutan mencederakan peniaga itu dan
keluarganya.'<" Selain itu, pada 7 Februari 1951, beberapa orang
komunis menyerang sebllah kedai besi di kawasan Perak kerana
pemiliknya enggan membayar wang perlindungan. Akibat serangan
itu, seorang kanak-kanak terbllnuh dan 13 orang awam termasuk tujuh
orang anggota keluarga pekedai berkenaan dicederakan. 60 Keganasan
komunis itu sedikit sebanyak telah menyebabkan para peniaga dan
pengusaha ber~lsa bimbang tentang keselamatan mereka serta
menjejaskan kes"iatan peniagaan dan perusahaan mereka.
Komuniti di estet dan lombong juga menghadapi kesusahan
kerana sering berdepan dengan serangan komunis. Ini selaras dengan
203
Sejarah Pembinaan Negara Bangsa
strategi komunis untuk membantutkan perkembangan ekonomi dan
menyebabkan pengangguran berleluasa, supaya pekerja hilang
keyakinan kepada pihak kerajaan dan mudah dipengaruhi oleh
komunis. Untuk tujuan tersebut, kuantiti getah yang banyak telah
dicuri dan beribu-ribu pokok getah dirosakkan untuk mengelakkannya
menghasilkan susu getah. Alat-alat jentera dan mesin-mesin lombong
turutdirosakkan oleh komunis. TempaHempat tinggal pekerja di estet
dan lombong. rumah asap serta rumah pengurus turut dibakar. Begitu
juga, pekerja-pekerja di estet dan lombong ditakut-takutkan dan
kadangkaia dibunuh bagi menyekat mereka daripada terus bekerja.
Kegiatan komunis ini telah menjejaskan hasil pengeluaran sektor getah
dan bijih timah.
Dalam pada itu, sejak Undang-undang Darurat diisytiharkan di
Tanah ~relayu schingga Jun 1949 (tempoh setahun), terdapat 18
serangan komunis ke atas estet yang menyebabkan 25 orang pekerja
dan kontraktor terbunuh dan enam orang penoreh diculik oleh
komunis. Manakala, dalam tempoh yang sama, bangunan yang
dirosakkan oleh komunis termasuklah 15 buah rumah kongsi, tiga
buah rumah kontraktor, sembilan buah rumah asap, sebuah kilang
estet, tiga buah bangsal dan setor, dua buah sekolah dan dua buah
kedai di estet.61 Sementara itu, pada tahun 1950 sahaja, bangunan yang
dirosakkan oleh komunis di estet termasuk rumah asap, pejabat, kilang
getah, tempat tinggal pekerja bernilai hampir S5Yz juta dan lebih kurang
300,000 pokok getah ditakik oleh komunis.62 Sementara itu, di antara
1948 hingga 1956 (sembilan tahun), 80 buah lombong telah diserang
oleh komunis di enam negeri, iaitu Perak, Selangor, Pahang, Johor,
Terengganu dan ~egeri Sembilan. Dalam tempoh tersebut, 97 kali
lombong diserang oleh komunis dan 53 orang menjadi mangsa
pembunuhan dengan 56 orang dicederakan. 63 Tindakan komunis itu
telah mengganggu punca pencarian rezeki penduduk di Tanah Melayu
dan turut melemahkan kekuatan ekonomi negara.
Dalam usaha komunis mengganggu perkembangan ekonomi di
Tanah ~lela~'u, peladang Eropah turut menjadi sasaran keganasan
komunis..-\ntara kejadian serangan komunis ke atas peladang Eropah
telah beriaku pada 15 Oktober 1948 yang mengakibatkan Jack Moss,
penolong pengurus Estet Jerantut, Kuala Lipis, Pahang, mati ditembak
oleh komunis ketika mangsa sedang menjalankan penyeliaan di estet.6-l
Pada 14 Fcbruari 1949, F. P. W. Harrison, dari Estet Somme, Terap,
Kulim, Kedah, discrang hendap oleh segerombolan komunis. Mangsa
mati kerana ditembak oleh komunisY' Dalam perkembangan lain, pada
pagi 19 Jun 1950, komunis menyerang dan membunuh Ross Wallace,
pengurus Estet Sungai KabUl, Sungkai, Perak. 66 Selain itu, pada 10
204
I
I
,
!
i
,
I
,
j
•
\
•
--_.,-..__.- . --~- .... ~------- -- . .- - ----- ---------
,
Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat
Januari 1951, penolong pengurus Estet Brooklands, Banting, Kuala
Langat, Selangor, W. J. Shaw, ditembak mati oleh komunis ketika
man gsa sedang menunggang basikal di kawasan estet bersama
pembantunya, A. N. Symons yang mengalami kecederaanY Sementara
itu, pada 12 Januari 1954, John Basil Ritson, pengurus Estet New
Rompin ditembak mati oleh komunis di Bahau, Negeri Sembilan.6s
Pada 16 November 1955, dua orang peladang Eropah cedera parah
setelah diserang hendap oleh kOIpunis di ka\vasan Lenga, Johor, ketika
mereka sedang memeriksa kerja pembukaan estet getah baru. 69
Pasukan keselamatan di Tanah ~lela\"u ,
turut dicabar oleh
komunis pada zaman Darurat. Pasukan keselamatan berdepan dengan
serangan komunis dan balai-balai polis di kawasan terpencil turut
menjadi sasaran komunis. Serangan dilakukan ke atas pasukan
keselamatan supaya wujud keadaan huru-hara dan menunjukkan
ketidakupayaan mereka dalam melindungi penduduk dan negara.
Antaranya, pada 8 Mac 1949, komunis menyerang sebuah jip tentera
di selatan Kajang, Selangor dan mencederakan seorang tentera. 70
Dalam perkembangan lain, Balai Polis Bukit Kepong di hulu Sungai
Muar, Johor diserang oleh segerombolan komunis pada 22 Februari
1950. Kejadian itu mengakibatkan seramai 23 anggota polis dan
keluarga mereka terkorban dan Balai Polis Bukit Kepong musnah
dibakar oleh komunis. 71 Pada 21 Februari 1952, sebuah kenderaan
polis diserang hendap oleh komunis di kawasan Taiping, Perak. Dalam
kejadian itu, tiga anggota polis cedera dan dua daripadanya mengalami
kecederaan parah. 72 Dalam kejadian lain, Balai Polis Chuan Seng di
Pontian, Johor musnah dibakar oleh komunis pada 18 Oktober 1954.
Dalam kejadian itu, komunis turut membunuh empat orang polis dan
mencederakan tujuh polis lain. 73
Masalah komunis bukan sahaja mendatangkan kesusahan dan
penderitaan kepada penduduk, menjejaskan perkembangan ekonomi
dan pembangunan sosial, malahan ia juga meningkatkan lagi beban
perbelanjaan pihak berkuasa. Ini dapat dilihat apabila pihak kerajaan
British di Tanah Melayu terpaksa menanggung perbelanjaan yang
besar dalam mengatur dan menjalankan berbagai langkah untuk
menangani masalah komunis. Dilaporkan bahawa anggaran purata
kos Darurat adalah berjumlah di antara 5250,000 hingga 5300,000 sehari
pada zaman Darurat. Jumlah ini tidak termasuk kerosakan harta benda
seperti bangunan dan kenderaan yang dilakukan oleh komunis.
Sepanjang tahun 1948 hingga 1960, dianggarkan pihak kerajaan telah
membelanjakan kira-kira $1,300 juta sebagai kos Darurat. 7
• Disebabkan
masalah komunis dan Darurat, jumlah perbelanjaan yang besar ini
205
Sejarah Pembinaan Negara Bangsa
terpaksa diperuntukkan untuk tujllan mematahkan kegiatan komllnis
dan memlllihkan keamanan di negara ini.
Kesimpulan
Walallplln ideologi komunis telah menyusup ke Tanah ~\'1elayu melalui
berbagai-bagai saluran sejak tahlln 192G-an, namlln gerakan komllnis
mencapai kemllncak pada tahun 1948 dengan mclctusnya gerakan
bersenjata komunis. Dengan itu, berbagai kekejaman, kejahatan,
kerosakan dan sabotaj telah dilakllkan oleh komunis secara berleluasa
di Tanah Melayll. Keadaan itu menycbabkan kerajaan British terpaksa
mengambil tindakan mengisytiharkan Undang-llndang Darurat dan
disllSllli dengan berbagai langkah yang bertlljllan untllk
menghapllskan komunis dan memlllihkan keamanan negara. Usaha
menentang gerakan komunis menjadi semakin giat menjelang Tanah
MelaYlI mencapai kemerdekaan sehingga akhirnya komllnis dapat
dilemahkan dan zaman Darllrat ditamatkan pada 31 Jlliai 1960.
Berikutnya, saki-baki komllnis mengundurkan diri ke sempadan
ThaiIand-Tanah Melayu untuk menyusun semula kekuatan mereka.
No comments:
Post a Comment