RECENT POSTS:
May 22nd, 2010 02:10
Parti Komunis Malaya PKM telah ditubuhkan pada 1930
- Pemberontakan bersenjata pada 1948.
- Tamat pemberontakan pada 2 Disember 1989,
melalui Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai)
- Tamat pemberontakan pada 2 Disember 1989,
melalui Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai)
This photograph was discovered amongst the personal possessions of a Mayalan Communist.
(Photograph courtesy of Roy Follows)
keselamatan pada 10 Oktober 1973 di Kanowit Sarawak.
dalam pertempuran di Gubir 15 Julai 1976
Penglibatan kaum wanita
komunis wanita di Kuala Langat pada 3 Mac 1953.
Rundingan Baling 1955
Bergambar sebelum memulakan rundingan.
Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, David Marshall dan Hamid Jumat sementara rombongan PKM terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.
Parti Komunis Malaya (Malayan Communist Party) atau
singkatannya PKM adalah sebuah pertubuhan yang diasaskan di
Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang
penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika
kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA)
untuk berperang dengan mereka.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960,
darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan
pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru
komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan
kekuatannya.
Selepas sekian lama dan atas kesedaran
pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian
Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya
dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah
menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan
mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada
Perlembagaan dan undang-undang negara.
Sumber
http://www.psywar.org/malaya.php
http://www.psywar.org/malaya.php
Darurat 1948-1960
Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh
kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini
diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak
polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan
politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila
merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti
haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan
Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis
dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989.
Punca Darurat
Punca Darurat
Bolehlah dikatakan bahawa segala bermula
selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese
Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh orang Jepun
semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin bekerajaan
sendiri.
Pembunuhan seramai tiga orang pengurus
ladang berbangsa Inggeris di Sungai Siput, Perak tahun 1948,
telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah
Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan.
Punca Darurat.
Bas diletup menggunakan granede.
Cubaan melumpuhkan sistem perhubungan.
Pekebun getah juga sering menjadi
sasaran komunis.
Kerajaan British menganggap PKM sebagai
parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan
hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh
British semasa dalam penentangan Jepun.
Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan
dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan
pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta
penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).
Namun, pemogokan itu telah gagal dan
undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya
PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka rasai
patut.
Orang ramai yang tidak mahu bekerjasama
dengan mereka akan diseksa hingga mati.
Hubungan PKM dan British yang semakin
teruk dan. Chin Peng sebagai ketua yang baru, membuat gerakan bersenjata
dimullai dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Dang (KMT), dan 3 orang pengurus
ladang getah berbangsa Eropah, termasuk 1 orang penolong pengurus, pada
12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.
1951: Murder on Malay rubber estate
Anti-government rebels have ambushed and killed 11 people in an attack on a
rubber plantation in Malaya.
The dead include a London director
visiting the area, the manager of the estate and nine special constables on a
foot inspection.
The attack is the latest in a long
campaign by Communist forces opposed to British control of the Federation of
Malaya.
It began with the murder of three
British rubber planters in June 1948 - which led to the British declaring a
state of emergency.
Campaign of intimidation
There have been more terror attacks in
the Malay peninsula in the past few weeks than at any time since 1948.
On average, about 100 police officers
have been killed every month this year.
The guerrillas' latest tactics include
threatening to nail rubber tappers to the trees unless they go on strike.
Work on over 50,000 acres (202 square
kilometres) of estates has now stopped - representing a daily loss of about
60,000 lbs (27,216 kg) of rubber.
Most of the estates affected are in the
south-western states of Negri Sembilan and Malacca.
British plan failed
Workers on four other estates have
defied the Communists and returned to work after they were given increased
protection from security forces.
Intimidation by the rebels has led to
problems recruiting labour to work on the plantations, even for higher wages in
areas prone to attack.
Soldiers are providing protection for
the rubber tappers
This latest surge in guerrilla activity
suggests the Britis
h government's expensive Briggs plan has failed.
The scheme - which has also proved very
unpopular with locals - involved moving many of them from their jungle homes to
new villages in areas more easily protected from the rebels.
It seems clear many local people are still afraid to co-operate with the
security forces for fear of reprisals from the guerrillas
Langkah-langkah Mengatasi Darurat
Langkah-langkah Mengatasi Darurat
Undang-undang Darurat telah
diisytiharkan. Antaranya termasuk:
1. Parti politik yang
bersifat radikal diharamkan.
2. Sesiapa yang disyaki
terlibat dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
3. Hukuman bunuh untuk
sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.
Pada masa darurat, kira-kira 40,000
tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk
menghapuskananasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan
perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.
Ketenteraan British juga telah
diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000
orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu
membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari
Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan
Perkhidmatan Negara telah dibuat.
Perintah Berkurung telah dibuat di
kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis.
Kawasan Putih dan Hitam telah
diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras
komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada
anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua
negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.
Sekatan jalan raya dan kawalan kampung
telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang
mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja
dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.
Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka
boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British
telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu membuat kad pengenalan sebaik
sahaja mereka berumur 12 tahun.
Sir Harold Briggs juga melancarkan
rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah
termasuk:
1. Penempatan semula orang
Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina,
dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan
Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, masalah untuk
membanteras komunis adalah lebih senang.
2. "Kampung baru"
telah diperkenalkan. Kampung telah dibina di kawasan baru untuk menempatkan
orang Cina.
Kedua-dua langkah ini adalah penting,
kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan
tempat PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Baru
yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip
PKM) untuk memberi maklumat dan barang keperluan kepada PKM yang melancarkan
serangan gerila adalah tipis.
Meskipun pasukan keselamatan telah
diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan
komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara
berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.
Terdapat juga kumpulan yang membantu dan
memberi sokongan kepada Parti Komunis Malaya, seperti Min Yuen.
Undang-undang darurat telah ditamatkan
pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan,
kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.
Bagi menangani ancaman komunis, secara
ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa dasar:-
1. Pembahagian daerah kepada kawasan
putih dan kawasan hitam.
2. Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung
daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung
baru.
3. Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.
3. Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.
Kad catuan makanan. Bagi mengelakkan bekalan disalurkan kepada pihak
komunis.
4. Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur
pengganas. Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali
pengganas menyerang, mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat
mereka bagi menyerang (discourage).
5. Memperkenalkan ISA.
6. Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara.
6. Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara.
dua orang anggota komunis, Kim Fook (kiri) dan Lim Kong (kanan) menyerah
diri di Kepong, Selangor pada 12 Januari 1955.
7. Perang Saraf
9. Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam.
Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak
disokong oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana
pihak Amerika cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan
teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu
kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir
musuh.
Sumber
http://ms.wikipedia.org/wiki/Darurat_Tanah_Melayu
Peristiwa Bukit Kepong 23 Februari 1950
Peristiwa Balai Polis Bukit
Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat
selepasPerang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit
Kepong23 Februari 1950. diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis
bermula sekitar jam 5.00 pagi.
Dalam kejadian tersebut, para anggota
polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang
isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati
suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain
sehingga kehabisan peluru.
Dalam mempertahankan balai polis Bukit
Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.
Muhammad Indera atau Mat Indra (tengah)
dengan anggota seramai kira-kira 200 orang telah mengetuai serangan ke atas
Balai Polis Bukit Kepong yang hanya mempunyai 25 orang pada pukul 4.15 pagi 23
Februari 1950. Sumber anakmuar.com
Mereka yang terbunuh
dalam pertempuran
Anggota Polis
1. Sarjan Jamil Mohd Shah
(KPB Bukit Kepong)
2. Koperal Mohd Yassin Haji
Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
3. Lans Koperal Jidin Omar
4. Konstabel Hassan Osman
5. Konstabel Hamzah Ahmad
6. Konstabel Jaafar Hassan
7. Konstabel Muhamad Jaafar
8. Konstabel Marin Ibrahim
Adam
9. Konstabel Abu Mohd Ali
10. Konstabel Abu Kadir
Jusoh
11. Konstabel Marin Awang
Ali
12. Konstabel Marin Basiron
Adam
13. Konstabel Tambahan Mohd
Top Lazim
14. Konstabel Tambahan
Jaafar Arshad
Polis Bantuan
1. AP Samad Yatim
2. AP Mahmood Saat
3. AP Ali Akop
4. AP Othman Yahya
Keluarga Anggota
1. Allahyarhammah Fatimah
Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
2. Hassan Abu Bakar - anak
lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
3. Allahyarhammah Saadiah -
isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
4. Allahyarhammah Simah Abu
- anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam
pertempuran diluar balai polis
1. AP Redzuan Alias
2. Embong Lazim
3. Mendiang Koh Ah Cheng
May 20th, 2010 02:02
February 25th, 2010 01:17
Empayar Jepun bermula di Tanah Melayu dari 8 Disember 1941 sehingga 31
Januari 1942 semasa Perang Dunia II.
Sesetengah gambar, tarikh tidak dapat ditentukan.
Tentera Jepun memasuki Petaling Street, Kuala Lumpur pada 12 Januari
1942.
Sesetengah gambar, tarikh tidak dapat ditentukan.
Sumber: Abd Majid Awang - Antiques & Collectibles
Dalam gambar kelihatan Lt. Jeneral A.E. Perceval
Lockheed Hudson Mk V
Lt. Jeneral Percival, Pegawai Jeneral
Pemerintah Tanah Melayu
Lt. Jeneral Yamashita, Komander tentera
Jepun ( di gelar Singa Malaya ).
(Royal Engineers) bersedia bagi
memusnahkan jambatan semasa berundur.
Askar Melayu pertama. Sedang membuat
latihan.
Tidak berapa lama sebelum serangan Jepun
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula
apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.
Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious
assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke
pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan
di Pattani danSinggora di Thailand, di mana mereka bergerak
keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk
menyerang sebelah barat Tanah Melayu.
Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan
Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star9 Disember 1941.
Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse
bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan
Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun
menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua
buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam
masa yang singkat.
Tentera Jepun yang mendarat di Kota
Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju
ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada 11 Disember
1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada
12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama.
Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak
British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada
hari yang sama.
February 25th, 2010 12:53
No comments:
Post a Comment