Peperangan
di Balun Bidai melahirkan seorang lagi wira Banjar bernama Mawi, pemilik parang
bungkol bergelar si Kajang Rungkup. Kalau berhadapan musuh, dia tidak
teragak-agak untuk menerkam (marungkup) dan menyembelih, seperti menyembelih leher
lembu. Yang menghairankan, musuh yang sudah kena terkam langsung jadi lemah tak
bermaya untuk melawan. Itulah keajaiban parang bungkol si Kajang Rungkup.
Setelah
berakhir perang di Balun Bidai, Acil diberi gelaran “Acil Wani” (Acil
Berani). Sebut saja nama Acil, seluruh warga Banjar kenal padanya.
Bela (haragu) bukan
sebarang bela, bela ada muslihat (sipatan). Warga
Cina yang ramai bermastautin disetiap pelosok Kampung Gajah sudah mula
mencebik (kulibian) bila bertemu orang Melayu.
“Wahai
kaumku, perang sabil saja diolah (dipiulah) oleh orang Melayu yang banyak menjurus kepada
perkauman. Mereka merancang untuk menghapuskan bangsa Cina seluruh Tanah
Melayu, itulah tujuan sebenarnya. Tergamakkah (purunkah) tuan-tuan
membiarkan bangsa sendiri hancur lebur dipijak-pijak (dilincai) orang
Melayu? Tentunya kalian tak sanggup. Nah apa lagi yang ditunggu, jom kita
bersatu, kita tentang sampai ketitisan darah terakhir!” begitulah bunyinya kempen PKM setiap kali
bertemu orang Cina di Kampung Gajah. Mereka yang sudah rasa terhutang budi
kerana selama ini dilindungi, dijaga sebaiknya oleh PKM akhirnya bersetuju
berjuang demi bangsa dan agama mereka.
Orang
Cina tak dapat melihat muslihat disebalik kemanisan kata-kata PKM –
memperbodoh (mawalohi) orang Cina untuk kepentingan sendiri dengan
melagakan(menyaung) Cina dan Melayu. Betapa tidak, sudah banyak
pengganas komunis kecundang di tangan pejuang Banjar.
Orang
Cina mula menghimpunkan serba serbi (sarabanya) keperluan – parang besar, parang bengkok, kayu
pengandar tempinis seadanya dengan tujuan untuk berperang. Sekiranya
terserempak dengan orang Melayu, tak kira kecil atau besar bakal habislah
mereka kerjakan.
Pertemuan
secara berdepan antara pejuang Sabilullah dengan orang Cina dan pengganas
komunis di pinggir Kampung Sungai Galah tak kurang jua sengitnya dibandingkan
dengan yang sebelumnya. Lenguh dan kebas (katuran) tangan warga Banjar kerana terlalu pantas(ancap) mengayun (mailai) parang
bungkol. Baju dan seluar basah kuyup (jimus) dengan darah. Mayat musuh bergelimpangan di sana
sini, namun jumlah mereka masih belum berkurangan (rawak), malah semakin ramai (manjarau).
“Allahuakbar,
Allahuakbar, Allahuakbar!!!” jerit si Acil tiga kali sebagai isyarat supaya
berundur seketika untuk menghilangkan penat dan membuat strategi lain. Melihat
pejuang Sabilullah mula berundur, warga Cina riuh mangajuk (mauyati) zikir
Lailahailallah.
“Lailahailalit…Malayu kasi habit!!!”
mereka merasakan sudah beroleh kemenangan.
Mendengar
zikir dipermainkan, Mawi si Kajang Rungkup hilang sabar. Serta merta dia
berpatah balik mengejar musuh. Sayang, hajatnya untuk menerkam tak kesampaian.
Bertalu-talu peluru Bren Gun komunis hinggap ke badan. Huyung hayang (tajumpipir)Mawi
lalu rebah.
“Habislah Mawi!!!” semua warga Banjar
yang melihat terasa sedih.
Tak
sampai 10 minit berselang, Mawi yang bergolek kesakitan (bapangsar) di atas tanah bingkas bangun.
“Mati
aku, mati aku, mati aku!” ujar Mawi yang berlari anak (bukah maanak) balik
ke kumpulan, sambil mengibas (bakipuh) membuang peluru yang sudah leper yang melekat(marikit) penuh (papak) seluruh badan. Mawi yang disangka sudah mati
rupanya masih(magunai) hidup.
“Bah
rasa berbahang (mambarangat) Cil
ai…hampir (manggisit) terbakar (mandah) aku abang (kakak) Emoh ai!” ujar Mawi mengadu. Khalifah Acil
ketawa terbahak-bahak, tak dapat menahan kelucuan teringat karenah Mawi.
Senyum
meleret (lihum bapair) si Emoh sambil mengipas Mawi yang sedang
kepanasan, tapi masih lagi boleh bergurau (bahuhulut). Begitulah
karenah orang Banjar.
Mawi, kalau belum sampai ajal
sememangnya kebal. Bukan sekali dua dia bakipuh begini.
Masa
bertugas sebagai Home Guard mengiringi
tuan lombong orang Inggeris Changkat Tin, dia pernah diserang hendap oleh
Bintang Tiga ketika sedang menaiki Loko (keretapi kecil pengangkut bijih
timah). Terpandang tuan orang Inggeris yang sudah mati terkena tembakan, Mawi
melepaskan raifel di tangan lalu mengejar komunis dengan parang bungkol. 5
orang pengganas maut (jingkar) ditetak dengan Kajang Rungkup. Entahlah, adakah
anak-anaknya yang mewarisi ilmu si bapa!
Hari
semakin lewat (landung), para pejuang Sabilullah terpaksa meninggalkan
medan perjuangan kerana masa dan ketika untuk berhenti sudah pun tiba. Musuh
masih riuh berteriak (karahongan) mengajak
berlawan tanda tak puas hati, tapi setelah tak dilayan, mereka pun senyap. Mawi
yang masih sakit seluruh badan (ringkutan
saawakan) ditandu balik.
Sementara
itu, orang Melayu dari Kampung Gajah berduyun-duyun datang menemui Tuan Guru
Haji Bakri di surau Changkat Bayas. Tak sampai sepuluh orang yang sempat(sawat) memperoleh
selendang merah kerana itu sajalah baki yang ada. Walau bagaimana pun, semuanya
diberi minum air jampi penaik semangat (banyu
garangsang) dan diberi amanat – kalau boleh,
hapuskan saki baki dan zuriat komunis di Kampung Gajah.
Memang menjadi, tak sia-sia pemberian
Tuan Guru. Tak sempat menunggu esok sudah riuh dan gempar orang Melayu
menyerang orang Cina di Kampung Gajah. Di mana saja terdapat kediaman mereka,
habis dimusnahkan.
Orang Melayu di Kampung Gajah sudah jadi
berani setelah menuntut ilmu orang Banjar – angkara Ali Amin yang
memperdagangkan ilmu kepada orang Melayu.
Ali Amin…..kerana tak mahu bekerja
seperti orang lain, bila tak berduit, ilmu dijualnya. Hampir tercetus
pergaduhan dimarahi Acil dan Emoh. Oleh kerana malu, akhirnya dia meninggalkan
Balun Bidai, dan terus hilang tanpa berita.
Sudah tiga hari para pejuang Sabilullah
merehatkan badan. Esok pagi bakal bermula perjuangan baru – menyerang musuh di
pinggir Kampung Sungai Galah. Menurut firasat Tuan Guru Hj Bakri, peperangan
esok mungkin yang terakhir. Para pejuang memujuk Mawi supaya jangan turut serta
kerana masih belum sihat sepenuhnya. Tapi orang yang keras hati sepertinya tak
makan pujuk.
“Napa
garang pamburisit banar ah diaku nia tih?” ujarnya
mamburangsing.
“Kenapa gerangan, penakut benarkah aku
ni?” ujarnya dengan nada marah.
Sepetang
suntuk Mawi bersilat memantapkan langkah 12 (seni silat orang Banjar), dengan
tujuan untuk menerkam bersungguh-sungguh agaknya. Serba salah (saraba ngalih),kalau
ditinggal, mau saja menonong (mangunyur) mengikuti dari belakang (manunti)seorang
diri. Selepas dibenarkan (diinggihakan) barulah dia senyap (ranai).
Zikir Lailahaillallah tak
berhenti-henti, musuh yang sudah bersedia menanti begitu ramai.
“Fisabilullah
Allahuakbar!!!” laung Khalifah Acil sambil berlari di hadapan menghampiri
musuh. Kelentungan (kalintingan) senjata berlaga. Orang Cina pun apa kurangnya –
bermacam kebolehan dan kemahiran dipamer dalam perjuangan penentuan antara
hidup dan mati.
Sedang rancak bertarung, orang Cina
terpinga-pinga kerana dengan tiba-tiba kelibat orang Banjar sudah tidak
kelihatan. Pengganas komunis yang bijak bersembunyi di merata penjuru mula
keluar dari tempat persembunyian untuk mengejar dan mencari pejuang-pejuang
Banjar. Hilai ketawa mereka membayangkan seperti sudah mencapai kemenangan.
Namun,
kegembiraan mereka cuma sementara. Sungguh tak disangka, tiba-tiba parang
bungkol berterbangan sendirian macam air hujan menetak (manimpas), melibas(merawis) dan
menikam (manyuduk) hingga tak dapat dielak. Banjir (baah) Kampung
Sungai Galah dengan darah. Lintang pukang pengganas komunis lari menghala ke
hutan Tambun. Tak boleh ditunggu (kada
magan di hadang) lagi kerana lailahailait Cina
sudah potong habit.
Bagaimana (dimapang) parang boleh terbang sendiri kalau tak ada kudrat dan
iradat yang mengarahkan. Sebenarnya orang Banjar jua yang bersungguh-sungguh (bahimat)menetak (manimpasi), cumanya
mereka tidak kelihatan kerana sudah berada di alimul(alam) ghaib.
Keberanian orang Banjar turut menaikkan
semangat orang Melayu di merata tempat. Perkampungan Cina di sepanjang Sungai
Perak dan Chenderong Balai ranap dibakar dik dendam orang Melayu yang sudah
lama menderita ditindas komunis. Selepas itu barulah tentera upahan British
bangsa Punjab tiba untuk mengamankan Sungai Manik dan Kampung Gajah.
Sejak itu, tidak ada lagi orang Cina di
Kampung Gajah. Saki baki pengganas komunis yang masih hidup lari ke dalam
hutan.
Tuan Guru Haji Bakri, 57 tahun kembali ke Rahmatullah di Mekah tanggal
26 September 1950. Jasadnya disemadikan di Perkuburan Ma’ala, Mekah.
No comments:
Post a Comment