Wednesday, December 24, 2014

Masjid Udubiah,Bandar DiRaja Kuala Kangsar,Perak





Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.
Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.
Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.
Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.
Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.
Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.


Arkitek[sunting | sunting sumber]

Arkitek yang ditugaskan mereka bentuk masjid ini ialah Encik Hubbeck, yang menggunakan seni reka Moor dan Encik Caulfield, jurutera Negeri Perak, telah ditugas melaksanakan bangunan masjid ini. Seni reka yang diilhamkan oleh Encik Hubbeck telah menjadi Masjid Ubudiah salah satu masjid yang mempunyai nilai seni reka yang bermutu tinggi sehingga ia mendapat tempat dalam peta pelancongan Malaysia.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Dari segi reka bentuk ia juga amat menarik. Pelannya telah disediakan oleh Pereka bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu, Arthur Benison Hubback dibawah penyeliaan W. S. Huxley. Ia berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London.
Bentuk dinding masjid ini memperlihatkan sebuah bangunan berkubah induk besar di tengahnya serta dikelilingi dengan empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada pertengahan setiap anjung, lapan buah menara induk dan enam belas menara apit. Jumlah kubah dan menara dikatakan mengambil sempena aturan gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi tersebut.

Masjid Diraja[sunting | sunting sumber]

Sebelum Masjid Sultan ldris Shah II di Ipoh dibina dan dijadikan Masjid Negeri pada 15 November 1968, maka Masjid Ubudiah adalah Masjid Negeri Perak. Masjid Ubudiah sekarang dikenali sebagai Masjid Diraja dan ditadbirkan oleh suatu Jawatankuasa Tadbir Masjid Ubudiah dan dipengerusikan oleh sesiapa yang dilantik oleh Paduka Seri Sultan biasanya penyandang jawatan Orang Kaya Temenggong Paduka Raja mahtlpun jawatan Orang Kaya-kaya Setia Bijaya Diraja dan jawatan Setiausaha diuruskan oleh seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak (Darul Ridzuan).

















Masjid Kuala Dal ,Padang Rengas,Kuala Kangsar,Perak









Monday, December 22, 2014

Taiping @ Bandar Warisan

Masji Tinggi [ Masjid Al -Athar] di Bagan Serai


Kota Ngah Ibrahim [ Muzium Matang ]

Keluarga penulis
Catatan Sejarah Kota

Kuala Sepetang @ Perusahaan Arang Kayu Pokok Bakau

Kuala Sepetang @ Mee Udang Pak Salleh semenjak 1957

Kilang Roti Mokhtar @ Generasi ke - 3

Dhuha di Masjid Baru Bandar Slim River

MENYINGKAP LALUAN MAT KILAU


SEBUT sahaja nama Mat Kilau, ramai dalam kalangan 'orang lama' kenal siapa pahlawan Melayu itu.
Dilahirkan pada 1865 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang, beliau menjadi buruan penjajah Inggeris kerana menentang peraturan memungut cukai dan mengutip hasil negeri sekitar tahun 1890-an.

Ekoran itu, beliau terpaksa menyembunyikan diri di mana-mana tempat yang difikirkan selamat termasuk di dalam hutan di tiga negeri berjiran, Kelantan, Terengganu dan Perak.

Tindakan 'melarikan diri' dan bersembunyi bukan kerana takut tetapi lebih kepada untuk mengatur strategi bagi memperkemaskan bentuk serangan yang akan dilakukan.

Untuk tujuan itu, Mat Kilau menggunakan denai hutan bagi menyukarkan pihak Inggeris mengekorinya.
Terdapat lima laluan yang pernah digunakan Mat Kilau untuk menyeberangi sempadan menuju Terengganu, Kelantan dan Perak.

Laluan dari Pahang ke Perak bermula dari Kampung Ulu Sungai, Raub ke Kampung Ulu Slim, Perak.
Laluan sejauh 34 kilometer itu mengambil masa dua hingga tiga hari untuk ditamatkan.

Penulis baru-baru ini berpeluang menyertai ekspedisi Merentas Banjaran Titiwangsa Ulu Sungai-Ulu Slim dari Raub, Pahang ke Ulu Slim, Perak. Ekspedisi itu turut disertai kira-kira 110 penduduk Kampung Cherok, Kampung Ulu Sungai dan Kampung Kela.

Tinjauan penulis mendapati laluan asal Mat Kilau yang digunakan sekitar tahun 1890-an itu masih wujud tetapi dipenuhi semak-samun yang tebal kerana tidak lagi digunakan.
"Laluan asal tidak lagi digunakan sejak laluan balak muncul. Dengan mengikut laluan balak, perjalanan disingkatkan kepada sehari suntuk sahaja.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Banjir Gelombang Pertama

Saturday, November 1, 2014

Kesah Bonda Ku

                                      Mencari ASAL uSUL
                                          Raja HASNAH binti Raja IBRAHIM

                                                 AWANG bin SALLEH

                                          Keturunan Golongan Bangsawan Raja

                                            Keturunan Orang Kebanyakan

                                           Kasih  Sayang Anak Angkat
                                          Mencari identiti anak Kandung

                                 Mencari identiti
                                                  KayaRaya  Miskin





















                                               

Tuesday, September 23, 2014

HOMESTAY ANAK - ANAK ANJANG @ KEMPADANG,KUANTAN ,PAHANG


Homestay moden di persekitaran suasana
Kampung nelayan.
Lokasi kami:
No.10 jalan 12,
Kempadang Makmur,
Kuantan,Pahang,Darul -Makmur,
Malaysia.
Hubungi kami:
012 476 6504@012 2356504
Call / sms / whatsapp
jmbase68@hotmail.com

Sekian terimakasih
Marhaini n Johari