

SEJARAH KOTA KUALA KEDAH


Kota Kuala Kedah juga dikenali sebagai Kota Bahang merupakan kota bersejarah yang dibina oleh
orang - orang Melayu yang terletak di Negeri Kedah Daerah Kota Setar.
Pintu besar Kota Kuala Kedah ini dibina d iatas perintah Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah II
Ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah [ 1778 - 1789 ] dan bermula pada
tahun 1194H [ 1780M ] sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Ibni Sultan Abdullah Mukarram
Shah II.
Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato'Maharaja Kadhi.
Manakala tukang -tukang mahirnya dibawa daripada India.
Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian Tembok Timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan
nama '' Pintu Gerbang Kadapuri '' dibina oleh pihak Inggeris.
Proses pembinaannya bermula pada tahun 1771 dan siap pada tahun 1780.Terletak di pinggir Sungai Kedah.
Baginda bersemayam di sini pada 1803.Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak bawah
penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini,termasuk lah
rumah api.Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yang wujud hingga hari ini.Semasa pendudukan Jepun
di TANAH MELAYU ,Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan meraka kepada British
dalam tahun 1945.
Pada 31 Ogos ,1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuti [Jabatan Muzium Malaysia] sebagai '' TAPAK TANAH BERSEJARAH ''mengikut akta peruntukan ''Akta Benda Purba
1976 '' di bawah akta 165.
Tujuan pembinaan adalah untuk dijadikan benteng pertahanan dari serangan musuh terutama serangan
Siam dari arah laut .Tentera Jepun juga pernah menggunakan kota ini sebagai markas pertahana mereka
dalam Perang Dunia Kedua.
Kota Kuala Kedah ini terletak kira -kira 11km dari Bandaraya Alor Setar.
Gambaran Pemandangan 360 darjah Sekitar Kota Kuala Kedah

![]() |
Meriam 1 |
![]() |
Meriam 2 |
![]() |
Meriam 3 |

















































