Sunday, October 4, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [Siri 12 ]

Jejak Kasih Mak Ngah Arbaiyah binti Sidam

Lokasi : Kampung Banang,Perak
Tarikh : 5 hb.September,2015
Masa   : .4.20 petang  hingga 5.30 ptg.

Selepas berjumpa Tok Anjang Hashim ,kami semua meneruskan
perjalanan ke Kampung Banang Perak....Destinasi ke rumah Mak
Ngah Arbaiyah .Perjalanan dari Kampung Teluk Buloh ambik
masa 15 ke 20 minit. Jam 4.20 kami sampai ke rumah Mak Ngah.


Sekali lagi,Abang Lan menjadi ketua untuk memulakan bicara,
Aku,yop mie dan yong serta mak diperkenalkan,begitu juga yang
lain..Suami nya Pak Ngah Arshad seorang yang peramah,begitu
juga Mak Ngah..Mereka mengusaha kedai makan dengan dibantu
anak perempuannya.


Bual bicara bermula...
Pak Ngah Arshad berasal dari Kuala Kurau,Pulau Pinang.Lahir 1937
di sana.Disebabkan sewaktu tu Tanah Melayu [ Malaya ]menjalankan
perusahaan pertanian padi secara besar -besaran di Sungai Manik,Perak.
Ibubapa nya bernekad pindah ke Sungai Manik jadi petani padi...
Mereka berasal dari Keturunan Bugis Kedah/Perlis.









Mak Ngah pula berasal dari Teluk Buloh,Perak..Lahir pada 1942 .Kini
usianya 73 tahun [2015].Mak Ngah Arbaiyah anak ke -2 dari 5 beradik.
Anak perempuan kedua pasangan Sidam bin Saman dan Rokiah binti
Abdul Malik.Adik Beradik yang lain:

 i]Jupiah binti Sidam [Mak Long]@1939 usia kini 76 tahun
ii]Arbaiyah binti Sidam [Mak Ngah]@ 1942 usia kini 73 tahun
iii]Mohd.Suradi bin Sidam [Pak Alang ] @ 1945 usia kini 70 tahun
iv]Abdul Karim bin Sidam [ Pak Uda]@ 1948 usia kini 67 tahun
 v]Mohd.Ehsam bin Sidam [Pak Andak]@ 1950 usia kini 65 tahun


Perkahwinan mereka dilangsungkan pada 1959.Pada waktu ni Moyang
Saman berusia 80 tahun.Tahun 1959 ni lah juga Moyang Saman meninggal
kata Pak Ngah Arshad dan Mak Ngah Arbaiyah.Ini bermaksud Moyang
Saman dilahir dalam tahun 1879 [ jika tahun 1959 ditolak 80 tahun ].


Hasil dari perkahwinan ,mereka dikurniakan cahayamata:
  i]Hamisah binti Arshad [ 4 cucu ]
 ii]Jalil bin Arshad [ 7 cucu ]
iii]Asnah binti Arshad [4 cucu]
iv]Midah binti Arshad [1 cucu]
 v]Hussin bin Arshad [3 cucu ]
vi]Muhalim bin Arshad [ 2 cucu ]
vii]Rosini binti Arshad [ 5 cucu]


Menurut Pak Ngah asal keturunan Moyang Saman ini dari ''Jawa Kendal'',
Kemasukan masyarakat Jawa dari Indonesia [ Kendal,Kampar,Sumatera,
Batu Bara dll ]ke Tanah Melayu bermula sewaktu ladang -ladang tanaman
 kelapa,kopi dan getah di buka.Tenaga buruh diperlukan..maka penghijrahan
besar -besaran berlaku sejak 1870an lagi.



Artikel dibawah membuktikan proses penghijrahan tersebut...


Sejarah Pembukaan Penempatan Orang Jawa di Selangor

Oleh : Harith Faruqi Sidek

Hubungan Tanah Melayu dengan Pulau Jawa telah bermula sejak kurun ke-14 lagi, sepertimana diceritakan dalam naskah lama "Sejarah Melayu" dan "Hikayat Hang Tuah". Sebagai contoh pertembungandiantara Taming Sari dengan pahlawan lagenda melayu, Hang Tuah. Catatan oleh Tom Pires turut menyatakan bahawa telah ada perkampungan orang jawa dizaman Kesultanan Melayu Melaka, catatan beliau antara lain ada menyebut nama-nama penempatan seperti Kampung Jawa dan Parit Jawa. Menurut Noriah Mohamed (2001:13), Pulau Jawa merupakan 7% daripada keseluruhan kepulauan Indonesia dengan kepadatan penduduk sekitar 60 juta orang, dan dipercayai proses migrasi orang jawa ke Tanah Melayu telah bermula sejak 1870an lagi.

Merantau atau Minggat

Menurut Khazin Mohd. Tamrin (1978), penghijrahan orang Jawa ke Tanah Melayu adalah melalui dua keadaan, iaitu;

Merantau : Orang Jawa merantau ke Tanah Melayu atas banyak sebab,antaranya untuk memperbaiki taraf hidup, sama ada dengan bekerja dengan pedagang asing yang berlayar diantara kawasan di Nusantara atau berniaga sendiri. Tidak kurang juga orang Jawa yang merantau ke Tanah Melayu atas tujuan mempelajari ilmu atau mengembangkan ilmu.

Minggat : Faktor ini ialah atas sebab melarikan diri dari sesuatu perkara yang berlaku keatas diri mereka sewaktu di tanah leluhur mereka. Antara faktor yang boleh disabitkan ialah atas sebab persengketaan politik, jenayah atau isu kekeluargaan.

Terdapat juga orang jawa yang datang ke Tanah Melayu secara paksa,iaitu diculik oleh sindiket pedagangan manusia yang menyediakan bekalan buruhkepada pedagang yang berlabuh di Tanah Melayu. Diceritakan orang jawa yang menjadi mangsa penculikan ini akan dibawa ke Singapura untuk dijadikan buruh. Terdapat juga kes dimana orang-orang jawa yang mahu mengerjakan haji telah ditipu oleh para sendiket ini, mereka tidak dihantar ke tanah suci untuk mengerjakan haji,sebaliknya dijual kepada peladang-peladang di Negeri- negeri Melayu Bersekutu.(Khazin Mohd. Tamrin ,1978:710).

Namun ada juga faktor lain yang membawa orang jawa berhijrah ke Tanah Melayu seperti mana yang disebut oleh Nelmawarni dan Nordin (2011), Penghijrahan orang jawa dari kepulauan Nusantara adalah kerana mencari pekerjaan, antara jenis pekerjaan yang dilakukan ialah buruh kontrak, buruh bebas atau sebagai peneroka tanah. Malah ada juga dikalangan orang jawa di Tanah Melayu yang berhijrah secara tidak dirancang, contohnya mereka yang singgah di Pulau Pinang dan Singapura sewaktu dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah, ada diantara mereka ini tidak meneruskan perjalanan atau pelayaran ke Mekah, sebaliknya berubah fikiran lalu menetap terus di Tanah Melayu, dan ada juga yang tinggal terus di Tanah Melayu selepas pulang dari mengerjakan Haji.

Jika dibandingkan dengan orang Minangkabau yang turut sama berhijrah ke Tanah Melayu, Orang jawa dilihat lebih cenderung bekerja dengan kerajaan, sementara orang Miangkabau lebih suka berniaga, malah budaya “makan gaji” adalah tidak digalakkan / disukai oleh orang Minangkabau yang merantau. Namun orang Jawa yang bekerja sebagai buruh ini telah menyebabkan populasi mereka tersebar ke seluruh jajahan koloni inggeris dan Belanda, dari Tanah Melayu, Afrika Selatan (dibawa oleh Belanda) malah hingga ke kepulauan Carribean.


Penghijrahan orang jawa di Selangor

Pada sekitar tahun1890an, masyarakat melayu yang menetap di Kuala Lumpur adalah terdiri daripada pedagang daripada Sumatera dan Jawa (Gullick, 1993:34). Di daerah Klang, telah dikesan aktiviti perdagangan yang diketuai oleh pedagang jawa yang diketuaioleh Syeikh Mohd Taib (MISC 183/80 Kuala Lumpur). Pada tahun 1930an, kebanyakkan peniaga melayu yang berniaga di kawasan Batu Road, Melaka Streetdan Malay Street adalah terdiri daripada orang Jawa dari Sumatera. Masyarakatj awa di Selangor kebanyakkannya memilih penempatan di kawasan pertanian, mereka memilih cara hidup dengan bercucuk tanam dan berkebun. (Noriah Mohamed,2001:223)

Faktor perkembangan pesat industri pelombongan bijih timah di kawasan lembah Sungai Kelang juga telah menarik penghijrahan ramai orang jawa ke daerah ini. Berbanding dengan orang cina dari tanah besar, orang jawa ini menjalankan kegiatan melombong bijih timah secara kecil kecilan di kawasan pendalaman.(Khazin, 1978:73).

Menurut Noriah Mohamed(2001:147), kawasan yang dikesan mempunyai penduduk berketurunan jawa yang ramai di Selangor ialah:

1 )      Tanjung Karang
2 )      Sabak Bernam
3 )      Kuala Selangor
4 )      Kelang
5 )      Banting ( Kuala Langat)
6 )      Sepang


Membuka penempatan di Daerah Klang


Dalam laporan Pegawai Daerah Klang sewaktu melawat Teluk Menegun dan Kampung Jawa dalam tahun 1890, beliau ada mencatatkan penemuannya tentang kawasan penempatan yang dibuka oleh orang Jawa. Hasil temuramah dengan beberapa orang penduduk lama serta waris kepada peneroka kawasan yang asal, Khazin Mohd Tamrin( 1978: 77) telah menemui maklumat tentang asal usul pembukaan beberapa kawasan penempatan di Klang.


a)  Kampung Jawa
Meskipun kebanyakkan penempatan di Negeri Selangor dibuka oleh orang Bugis yang merantau, tetapi terdapat juga bukti penempatan yang dibuka oleh orang Jawa yang berhijrah ke Selangor, terutamanya di Klang. Menurut Khazin (1978:73), Kampung Jawa telah dibuka sekitar tahun 1860an, antara nama yang disebut sebagai pelopor pembukaan kawasan ini ialah Haji Hussein dan Haji Mohammad Tahir yang berasal dari BatuBara, Sumatera. Kawasan ini dikatakan telah dibuka sekitar tahun 1875 oleh Haji Latiff yang  dikatakan berasal dari Semarang.( Khazin, 1978: 73).

a) Bukit kapar.
Kawasan ini dikatakan telah dibuka dalam tahun 1920an lagi, ianya diketuai oleh Abdul wahid b. Ahmad.

b) Meru.
Meru telah dibuka oleh Haji Shariff bin Haji Abdul Razak sekitar tahun 1909. Maklumat ini disampaikan oleh anak beliau yang menjadi Ketua Kampung dalam satu temuramah pada 21 April 1974.

c) Kampung Rantau Panjang
Kawasan penempatan ini telah dibuka oleh Haji Siraj bersama sahabatnya Haji Hassan pada tahun 1919.

d) Kampung Sungai Jati
Kawasan Sungai Jati di Jalan Kampung Jawa telah dibuka oleh Haji Sidek dan Haji Mohd Damin.

Papan Tanda ini pastinya belum wujud ketika orang-orang jawa mula berhijrah ke Klang dan Kuala Selangor


Penempatan Orang Jawa di Ulu Langat

Di kawasan Ulu Langat juga telah dikesan mempunyai penempatan yang dibuka oleh orang Jawa. Sebuah kawasan perkampungan yang dinamakan Kampung Jawa telah dibuka sekitar tahun 1916 oleh sekumpulan orang Jawa yang dibawa masuk oleh Inggeris. Kumpulan orang Jawa ini pada asalnya bekerja sebagai buruh kontrak di Ladang Kopi di sekitar Pantai Selangor (Khazin, 1978:78). Walau bagaimanapun, tidak dapat dapat dipastikan sama ada penempatan yang dimaksudkan itu adalah sebuah perkampungan kecil yang dibuka oleh orang jawa sekitar tahun 1920, perkampungan ini terletak di Batu18, Jalan Sungai Lui.



Membuka penempatan di Daerah Kuala Selangor

Menurut Khazin Mohd Tamrin(1978:78), perancangan kerajaan British telah menyumbang kepada penghijrahan orang Jawa ke Daerah Kuala Selangor. Penghijrahan ke kawasan seperti Tanjung Karang dan Sabak Bernam adalah disebabkan oleh aktiviti pertanian seperti padi dan kelapa yang mereka usahakan. Penghijrahan yang berlaku sekitar tahun 1930an ini bukan sahaja melibatkan orang jawa yang datang dari Pulau Jawa, tetapi juga mereka yang telah menetap di kawasan berhampiran, umpamanya dari Hilir Perak. Walaubagaimanpun, sebelum adanya penghijrahan besar-besaran ini, sebilangan kecil orang jawa telah pun ada di Sabak Bernam.Generasi pertama orang Jawa di Sabak Bernam ini menyara hidup sebagai pekebun kecil dan dipercayai mula berada dikawasan tersebut 20 tahun lebih awal, iaitu sekitar 1910.(Khazin Mohd Tamrin,1978:79).

Kampung Api-api dalam Daerah Kuala Selangor dikatakan telah dibuka oleh orang jawa yang berasal dari Banyumas, kumpulan orang-orang jawa ini diketuai oleh Tuan Haji Abdul Moin.Penerokaan mereka sehingga wujudnya Kampung Api-api adalah berdasarkan geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan British yang bertarikh 1901, tetapi anggaran tahun kampung ini dibuka adalah berdasarkan usia pokok kelapa yang ditanam oleh orang-orang jawa dikawasan itu yang dianggarkan telah mencapai usia 30 tahun pada ketika itu.

Anak Tuan Haji Abdul Moin, iaitu Tuan Haji Idris Haji Moin bersama sahabatnya, Salamenko pula bertanggungjawab meneroka kawasan Pasir Tuntong. Salamenko kemudiannya telah berhijrah keluar dari kawasan Pasir Tuntong, lalu membuka penempatan di Sungai Yu. Seterusnya kawasan-kawasan lain turut dibuka oleh generasi orang jawa yang seterusnya,seperti penempatan di Kampung Ijok, Bukit Badong dan Bukit Kuching. Kumpulan orang-orang jawa yang membuka penempatan di Daerah Kuala Selangor ini dikatakan berasal dari Daerah Pacitan, Magelang dan Ponorogo. Pada tahun 1945, kampung Batang Berjuntai telah dibuka oleh seorang berketurunan jawa yang bernama Jemain bin Kasok, namun pada ketika itu, kawasan itu lebih dikenali sebagai kampong Jaya Setia atau Batang Trill.



Membuka Penempatandi Daerah Kuala Langat

Antara kawasan yang dilihat menjadi tumpuan penghijrahan orang jawa di Selangor adalah di Daerah Kuala Langat. Dibawah pemerintahan British, perolehan atau penerokaan tanah harus dilakukan dengan rasmi, iaitu dengan mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Inggeris.Meskipun mendapat persaingan daripada penduduk tempatan dalam memperolehi hak penerokaan kawasan di Daerah Kuala Langat, British dikatakan cenderung memberi permit atau kebenaran kepada orang-orang Jawa berbanding orang tempatan, malah dari kacamata British, orang-orang jawa yang berhijrah ini disifatkan sebagai “The Best Colonist”. Merujuk kepada Khazin Mohd Tamrin (1978:76), sehingga 1888, beberapa buah penempatan di Daerah Kuala Langat ini telah dibuka oleh orang jawa, antaranya Kelanang yang dibuka oleh Haji Kiai Kadir dan Tanjung Dua oleh Encik Sadik.


Khatimah

Meskipun telah berada di daratan yang baru, orang jawa yang berhijrah ke Tanah Melayu ini dilihat masih setia membawa bersama adat dan budaya leluhur mereka, amalan seperti rewang, kondangan dan sebagainya masih jelas diamalkan di kebanyakkan penempatan yang mereka buka. Selain daripada itu, kaedah pemilihan ketua bagi sesebuah penempatan mempunyai kelainan diantara satu kawasan dengan kawasan yang lain,contohnya di beberapa penempatan di Klang, seseorang pemimpin kampung atau lurah dipilih dari kalangan mereka yang mula-mula membuka penempatan tersebut. Satu lagi kaedah memilih lurah adalah melantik mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi berbanding kebanyakkan orang didalam penempatan tersebut, biasanya ilmu agama dan ilmu yang berkaitan dengan kemahiran hidup.



Rujukan :


Khazin Mohd. Tamrin.(1978). Orang Jawa di Selangor Kedatangan dan Penempatan.Jebat (7/8), 68 - 85.

Khazin Mohd. Tamrin (1984). Orang Jawa di Selangor: Penghijrahan danPenempatan 1880 – 1940. Kuala Lumpur: DBP. (Kat D 595.2 .J4.K45 n.5)

Koleksi Cerita Rakyat : Daerah Kuala Selangor. (2006). Selangor: Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

Nelmawarni Bungo & Nordin Hussin. (2011).Merantau ke Kuala Lumpur: Tradisi merantau dan berdagang masyarakat Minang. Geografia,7, 116 - 131.

Noriah Mohamed. (2001). Jawa Di Balik Tabir. Bangi: Penerbit UKM. ( 42 PL 5161.N67 n.5)

Omar Yusoff & Noriah Mohamed.(2010). Daripada Jawi Peranakan kepada Melayu: Tinjauan terhadap Komuniti Jawi Peranakan di Pulau Pinang pada Abad ke-21. SARI, 28 (2), 63 - 82.


Tuesday, September 22, 2015

Sejarah Kedah Tua

SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN KEDAH TUA - Secara ringkas
Kesultanan Melayu Kedah merupakan kesultanan tertua di Malaysia. Bermula dgn Tun Derma Dewa & Tun Perkasa, pemimpin masyarakat Melayu. Pada ketika itu Kedah mempunyai 4 daerah iaitu Kuala Qilah, Kuala Bahang, Kuala Merpah & Kuala Bara.
Pada tahun 630 Masihi, Maharaja Derbar Raja dari negeri Gumurun, Parsi keturunan Iskandar Zulkarnain dari Rom telah berhijrah ke Sri Lanka akhirnya mngembara sehingga ke Sungai Qilah. Kerana baik budi pekerti Tun Derma Dewa & Tun Perkasa mengangkatnya mnjadi raja iaitu Raja pertama Kerajaan Kedah yg bukan beragama Islam.
Kota dan kerajaannya didirikan dgn ibu kotanya terletak di hulu negeri diberi nama Langkasuka pada tahun 634 Masihi. Ia berkembang dgn gah dan kemuncaknya pd kurun ke 11 hingga 14 masihi.
Kerajaan Kedah mahupun Melayu Kedah sehingga abad 1136M merupakan penganut agama Hindu/Buddha sebelum raja ke-9 iaitu Maharaja Derbar II memeluk Islam dengan nama Sultan Muzaffar Shah. Baginda diislamkan oleh Syeikh Abdullah bin Syeikh Ahmad bin Syeikh Qaumiri dari Yaman.
Serentak dgn pengislaman tersebut barulah nama kerajaan ini ditukar kepada Kerajaan Kedah Darul Aman dan semua acara dan penghidupan rakyat Kedah juga mengikut lunas2 Islam.
Kedah sejak dahulu lagi sudah mempunyai sistem kewangan sendiri malah lebih awal dari Kesultanan Melaka. Matawang nya dipanggil Samas. Malah kurun ke 16 Masihi Kedah telah mula mnggunakan matawang Inggeris, Belanda dan Dolar Mexican yg dibuat oleh East India Co. Ini bermakna sejak dahulu lagi sudah ada hubungan perniagaan antara Kedah dgn dunia antarabangsa.
Sebelum kedatangan mana2 kuasa barat lagi Kedah telah mempunyai sistem pentadbiran Melayu yg tersendiri. Pembesar2 kanan dipanggil Pembesar Empat iaitu Seri Paduka Maha Menteri, Seri Paduka Raja Laksamana, Paduka Maharaja Temenggung Anggota Desa & Seri Maharaja Putra Dewa.
Kemudian dibantu oleh Pembesar Lapan iaitu Seri Paduka Tuan, Maharaja Derma Wangsa, Maharaja Tambangan, Maharaja Kadzi, Seri Paduka Anggraha Dewa, Maharaja Anggraha, Paduka Mahawangsa Perbendaharaan & Maharaja Lela Penghulu Segala Hulubalang.
Kemudian barulah dibantu oleh Pembesar Enam Belas iaitu Dato' Seri Indra Memang Sanggara Shahbandar, Paduka Purba Wangsa, Paduka Seri Indera, Paduka Indera Sanggara, Raja Perdana Indera, Paduka Lela Putera, Seri Andeka Raja, Dato' Seraja Wang, Dato' Berma Raja, Dato' Bentara Wang Seri, Dato Setia Raja, Dato' Seraja Imam, Dato' Derja Perbendaharaan, Dato' Setia Mahkota & Dato Memang Mahkota.
Inilah corak pemerintahan tradisional Kerajaan Kedah Tua yg merupakan kerajaan Melayu tertua di Malaysia. Sesungguhnya masyarakat Melayu Kedah tradisional telah terlebih dahulu mencorak pentadbiran yang teratur lebih dahulu dari Kerajaan Melayu Melaka.
Terimakasih Jessy Alex dan juga Datuk Wira Dr Mohd Shariff bin Abu Samah iaitu penulis buku Modenisasi Pentadbiran Negeri Kedah. Seorang pengkaji sejarah Kedah yg mrupakan peminat setia tulisan saya. Buku yg bertandatangan beliau dengan kata2 semangat memberi saya motivasi utk mnggodek lebih banyak sejarah yang tidak didendangkan.

Sunday, September 20, 2015

Catatan Sejarah Bagan Datok,Perak [ Kampung Sungai Lanchang ]

Makam tertua di Sungai Lanchang, Bagan Datoh, Perak

 Usianya dipercayai lebih 120 tahun



Walaupun gambar kat atas ni merupakan gambar kubur dan tidak kena mengena pun dengan projek hujung minggu, tapi cerita ni merupakan aktiviti hujung minggu bagi kami sebab waktu lapang hujung minggu digunakan untuk menulis blog ini. Kira aktiviti hujung minggu la jugak ni kan..cincai je lah..

 Ini hanya untuk tatapan korang di samping menambahkan pengetahuan sejarah korang, khususnya korang yang tinggal atau pernah tinggal kat area Bagan Datoh, Perak.

Untuk pengetahuan, kubur atau makam ini terletak di Kampung Sungai Lanchang, Bagan Datoh, Perak. Ni la makam moyang kami yang bernama Tuan Haji Abdul Rahman Malak yang bertanggungjawab membuka dan menamakan kampung kami'Kampung Sungai Lanchang' yang diambil sepena nama tongkang yang beliau gunakan untuk sampai ke tempat yang beliau lihat sebagai suatu strategi untuk dijadikan penempatan dan pengikutnya yang lari dari Selangor untuk menyelamatkan diri dari serangan Pahang. Kiranya penduduk Sungai Lanchang di panggil Melayu Selangor. Sebab tu kami x cakap bahasa daerah Perak atau loghat Perak kat sini. 
Di katakan, di sinilah penempatan awal Melayu Selangor.

Makam ni dulunya mempunyai bumbung dan pagar besi yang kukuh, tapi sayang telah di salahgunakan oleh kaki puja untuk mendapatkan apa yang mereka 'hajatkan' konon boleh dikabulkan tanpa usaha dab doa daripada Allah S.W.T

Catatan Sejarah Bagan Datoh [Kampung Pasang Api]

Sebuah Kampung Nelayan dan Pertanian yang terletak 1.5km dari Pekan Bagan Datoh, Perak.Darul Ridzuan. Masyarakat pelbagai kaum kerana ada petempatan kaum Cina, 90% adalah kaum Melayu. Terdapat lebih 80 buah rumah. Kebanyakan golongan muda telah berhijrah kerana mencari sumber ekonomi yang lebih baik.Salahsilah pembukaan Tanah Air Bagan Pasang Api ini di ketuai oleh Allahyarham Tok Upor, Tok Klah dan ada lagi 5 orang . Kubur-kubur allahyarham pembuka-pembuka  tanah air Bagan Datoh ada di Kg Pasang Api .Nama asal Bagan Datoh adalah Tg Keling. Rumah kepada keturunan Penghulu Upor dan cucu saudara kepada Tok Kelah juga berada di Kg Pasang Api.


SEJARAH KAMPUNG PASANG API INI. KAMPUNG PASANG API ADALAH BERHAMPIRAN DENGAN PEKAN BAGAN DATOH DAN DI MUARA SUNGAI PERAK.IANYA TELAH SEKIAN LAMA WUJUD SEBELUM KEDATANGAN PENJAJAH.IANYA ADALAH SEBUAH KAMPUNG TRADISIONAL. MENURUT CERITA SECARA LISAN MENGATAKAN BAHAWA NAMA KAMPUNG PASANG API INI DIILHAMKAN SEMPENA DENGAN RUMAH API YANG TELAH DIDIRIKAN BERHAMPIRAN PANTAI KAMPUNG INI DAN IANYA BERTUJUAN BAGI MEMBERI PANDUAN KEPADA PARA NELAYAN SERTA KAPAL DAGANG SEBAGAI ARAH TUJU KE PANTAI BAGAN DATOH PADA MASA ITU. KAMPUNG PASANG API DIBUKA OLEH SEORANG YANG BERNAMA TOK KELAH BIN ABD. RAHMAN DAN IANYA BERASAL DARI SUNGKAI, PERAK.BELIAU BERSAMA-SAMA PENGIKUTNYA TELAH BERHIJRAH DARI SUNGKAI KE KAMPUNG GAJAH DAN KE TELUK BATU,PASIR PANJANG,SETIAWAN. DAN DARI SITULAH BELIAU DAN PARA PENGIKUTNYA BERHIJRAH KE KUALA SUNGAI PERAK DAN MEMBUKA KAMPUNG PASANG API INI.ITULAH SERBA SEDIKIT SEJARAH PEMBUKAAN KAMPUNG INI.