Arkeologi Sungai Batu: Kajian Fasa 3- 2011
Peta Kompleks Tamadun Sungai Batu yang menunjukkan
setiap tapak yang telah diekskavasi sejak 2009-2011
Ekskavasi Fasa 3-2011 telah menggunakan geran USM dan Jabatan Warisan Negara/Yayasan Al-Bukhary. Fasa 3 telah mendedahkan 12 tinggalan struktur binaan (warna biru) yang dijangka berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Kebanyakannya yang masih jelas dilihat ialah struktur lantai. Disamping itu, juga ditemui tinggalan dinding, lapik tiang, pecahan atap genting dll. Berdasarkan geomorfologi kawasan di sekeliling 12 struktur senibina ini dijangka ianya di kelilingi oleh air.
Data pentarikhan sehingga kini hanya diperolehi daripada arang (radiokarbon). Semua data bata (kaedah OSL/TL) masih belum diterima lagi. Arang lebih menggambarkan aktiviti yang telah berlangsung di bangunan ini berbanding bata akan memberikan tarikh bila ianya dibuat. Walau bagaimanapun, ada antara tarikh arang telah memberikan tarikh pada kurun pertama Masihi, iaitu di tahun 50CE.
16 gambar di bawah adalah antara gambar di 12 tinggalan struktur senibina tersebut- meliputi lantai, sebahagian dinding, lapik tiang dll. Kajian rekonstruksi semula kesemua bangunan tersebut sedang dilakukan. Ada struktur bangunan yang mempunyai ruang bilik. Penemuan ini sangat penting dalam mengkaji rupabentuk senibina kawasan pentadbiran kompleks Sungai Batu.
Secara umumnya, kajian di Fasa-3: 2011 ini telah dapat melengkapkan tamadun Sungai Batu yang sebelum ini (2009-2010) telah ditemui bukti peleburan besi, jeti sungai dan bangunan upacara.
struktur lantai berlapis
tinggalan lantai dan dinding mengasingkan 2 ruang
lapik tiang
dinding
dinding dan lantai yang menunjukkan kehadiran ruang bilik
dinding tengah
tangga bertingkat
kemungkinan tiang bata yang telah tumbang
pengasingan ruang
pelbagai saiz bata yang telah digunakan
laluan antara dua ruang
lantai drp pelbagai saiz bata
lantai- gabungan bentuk lurus dan membulat
bata kedudukan menegak- mungkin tiang yg tumbang atau bahagian pengasingan ruang
susunan bahagian pengasingan ruang
susunan bata berlapis dan bertingkat







18 Comments
Close this windowJump to comment formBukti sebelum masihi (BC)- saya yakin ada. Cuma belum ada peluang mencarinya. Kajian saya di Guar Kepah menemui bukti 3000BC (5,000BP), tapi bukti akhir Neolitik. Jaraknya cuma sekitar 14km ke sg batu. InsyaAllah ada.
Daripada pembacaan (mohon betulkan jika salah), sanskrit pallava ialah sanskrit yang didapati muncul dalam prasasti dan penulisan/kitab/karya sastera di selatan India, juga sebagai pengaruh asas bahasa Tamil (benarkah?).. bolehkah dikatakan, 100% penemuan yang ada di Sg Batu adalah huruf "sanskrit pallava" tersebut, dan dari segi apa ia di"claim" sebagai sama? Apakah ada faktor penemuan (inskripsi dan lengkok sama, struktur tatabahasa yang sama, penggunaan pembuka yang sama).. Mohon juga pencerahan jika sanskrit sebegini unik di Sg Batu atau mmg sudah muncul di kawasan tamadun lama lain di serata asia Tenggara (saya dimaklumkan, penulisan di Borobudur contohnya adalah sanskrit dan campuran bahasa Melayu, benarkah?).. ini adalah kerana terdapat perbalahan, bahawa kumpulan dinasti Khmer (yang dikatakan mentadbir Angkor Wat) mempunyai tiga "bahasa" yang berbeza jika dilihat daripada senarai "raja-raja pemerintah", India, Mon dan Melayu(!) Adakah ini mitos kumpulan Alter Terahsia atau ada kebenarannya? Saya juga ada membaca tulisan cendekiawan sejarah Kelantan arwah Nakula (http://fadliakiti.blogspot.com/2008/06/keturunan-raja-raja-kelantan-dan.html) yang mana diklaim, mmg raja2 Melayu dahulu memakai nama2 gelaran, mengikut pertemuan dengan bangsa yang diperanginya (sebagai bentuk mempengaruhi bangsa tersebut), dan inilah klaim yang dikaitkan dgn raja Khmer berketurunan Melayu tersebut (dipanggil Mala atau mala-yu) yang juga ingin saya tahu berkenaan sanskrit pallava yang dijumpai di Sg. batu.
Harap Fadz dapat mengikuti blog saya; Hikayat Merong Mahawangsa Asal. Saya akan sampai ke topik ini sedikit masa lagi InsyaAllah.
bila pula nak update bahan sejarah yg baru. dah nak masuk ramadhan ni.