MUKADIMAH
Cerita
‘Perang Sungai Manik’ pernah diterbitkan dalam 8 siri di blog ini pada bulan
Februari/Mac 2012. Oleh kerana ada pembaca dari Pulau Kalimantan yang membuat
pautan dalam Facebook beliau sejak dua hari yang lalu, dan jumlah yang membukaposting bersiri ini begitu ramai dan masih
belum reda, maka untuk memudahkan warga Banjar dari seberang mengikuti
sepenuhnya cerita keberanian Datuk Moyang mereka menentang gerila komunis di
Negeri Perak 70 tahun yang lalu (1945), maka dengan itu UPBB rangkumkan kesemua
8 siri dalam satu posting.
Selamat membaca……warga Banjar
Kalimantan.
——————————————————————————–
Cerita
di bawah ini adalah terjemahan dari cerita asal bertajuk “Sungai Manik
Bamandi Darah”.
Darah
Banjar yang mengalir pekat dalam tubuhku membuat aku rasa terpanggil untuk
menterjemah (tanpa kebenaran) cerita tersebut dengan harapan supaya anak-anak
Banjar hari ini – dan juga orang Melayu – dapat mengerti betapa suatu masa
dahulu suku kaum Banjar pernah bangkit menentang komunis dengan hanya
bersenjatakan parang (parang bungkol) tanpa perlu terpekik terlolong di
khalayak ramai menghunus dan mencium keris macam poli-tikus Melayu hari ini.
Walaupun
terdapat banyak blog yang memetik cerita hasil nukilan saudara Nilasakunta,
tapi masih belum ada (atau aku tak terjumpa) blog yang menterjemah keseluruhan
cerita tersebut. Oleh itu, berbekalkan pengetahuan Bahasa Banjar yang masih
dikira OK, aku cuba terjemahkan secara berperenggan (paragraph by
paragraph).
=============================================
Badan Ismail Rudo yang sudah tidak
berkaki dan bertangan menggelupur di atas titi dan sedang menunggu masa untuk
nyawa dan jasad berpisah – kedua belah kaki dan tangan Mail Rudo putus ditetak
parang ‘bungkol’ Utoh Putih. Air jernih yang mengalir deras di bawah titi
bertukar merah disirami darah. Maka tertawa besarlah ‘sangkala’ mendapat habuan
petang – darah dalam jantung adalah makanannya.
Begitulah adat orang berkelahi, salah
seorang pasti kecundang.
Selepas Asar, Mail Rudo pergi seorang
diri – menghembuskan nafas terakhir tanpa seorang pun yang sudi mendekatinya.
Sepucuk pistol .38 tanpa peluru masih berada di sisi jasad yang sudah kaku.
Ramai penduduk Bendang DO, parit 6,
Sungai Manik terdiri dari keluarga Banjar. Kehidupan mereka begitu daif,
terhimpit dan dihimpit oleh gerombolan komunis yang bermarkas di Sungai Tungko,
dan diketuai oleh Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang.
Pembunuh Mail Rudo, orang kuat Parti Komunis
Malaya (PKM) mesti ditangkap segera.
Utoh Putih, Banjar ‘Alai’ jati beranak
dua – anak bungsunya seorang bayi perempuan dan baru pandai berdiri-jatuh. Dia
menetap di Pekan Rabu, Parit 6, Sungai Manik. Oleh kerana warna kulitnya yang
tersangat cerah maka lekatlah gelaran Utuh Putih.
Arwah datuk (pencerita) dan Utuh Putih
adalah rakan karib yang sama hebat ilmu zahir dan batin.
Mail Rudo, Banjar Sungai Tungko, Sungai
Manik sudah lama menyertai PKM dalam bahagian risik. Selepas tentera Jepun
menyerah kalah, Mail Rudo ditugaskan mencari ahli baru dalam daerah Sungai
Manik. Disebabkan tidak ramai warga Banjar yang sudi menyertai perjuangan
komunis, maka akhirnya Mail Rudo terpaksa menggunakan kekerasan. Mereka yang
enggan akan menerima padah.
Saban hari ada saja penduduk kampung
yang ditangakap, tak kira muda ataupun tua. Disiksa, disembelih, disumbat dalam
guni hidup-hidup dan dibuang ke Sungai Perak, ditembak, disula, dan bermacam
lagi hukuman. Begitulah gerangan bila manusia (Mail Rudo) sudah ada kedudukan –
mudah lupa diri hingga hilang rasa kemanusiaan.
Pada masa itu bukan sedikit orang Banjar
dan orang Melayu yang menyokong perjuangan komunis. Malah ada juga orang Banjar
yang hebat ilmunya turut menjadi talibarut. Orang seperti itulah yang menjadi
duri dalam daging penduduk setempat. Oleh kerana terlau mengejar pangkat mereka
sanggup membunuh, membakar rumah dan memusnahkan harta benda bangsa sendiri.
Penduduk kampung yang takut menyertai perjuangan komunis secara aktif dipaksa
pula membayar yuran sebagai ahli PKM.
Kehidupan keluarga Banjar di Sungai
Manik semakin terhimpit. Ramai yang terpaksa berpindah ke penempatan Banjar di
seberang Sungai Kinta – ke Kampung Balun Bidai dan Kampung Gajah.
Waktu Zohor baru saja masuk. Alun air
bendang dihembus bayu membuat hati terasa rawan. Sambil memikul guni berisi
ubi, Utoh Putih melangkah cermat menuju titi untuk kembali ke rumah di Pekan
Rabu. Sebaik sahaja sampai di pangkal titi…..
“Dari mana gerangan ni ‘Toh, akhirnya
bertemu juga kita di sini ye?” entah dari mana munculnya si Mail Rudo,
tiba-tiba saja tercegat di tengah titi berpakaian seragam komunis, pistol dan
bayonet terselit di pinggang. Di wajahnya terpancar rasa kepuasan kerana dapat
bertemu dengan Utoh Putih yang sudah sekian lama dipujuknya supaya menyertai
PKM.
“Baru balik dari Cikus mencari ubi,
maafkan saya tuan, tumpang lalu” Utoh Putih menyahut penuh hormat.
“Kalau ia pun letaklah dulu guni ubi tu,
tak usah bergegas, apa yang nak dikejar, tak ke mana perginya rumah tu” garau
bunyi suara Mail Rudo. Antara rela dan terpaksa, Utoh Putih mematuhi perintah
‘tuan besar’ dan meletakkan guni ubi di atas titi. Begitu tegap susuk
tubuh dua orang anak Banjar yang berdiri di atas titi menghadap satu sama lain,
cumanya seorang berkulit cerah manakala seorang lagi kelihatan gelap.
“Mungkin petang ini pertemuan kita yang
terakhir, agaknya” si Mail Rudo menyambung bicara.
“Apa hajat, kenapa lain benar kata-kata
tuan besar?” si Utoh Putih yang menyambut bicara merasakan ada sesuatu yang tak
kena.
“Tak usah pura-pura tak tau, bagaimana
dengan janji kau dulu? Sampai hari ini aku masih menunggu kata putus” rungut
orang kuat PKM menempelak.
“Taklah Mail, aku tak nak ikut
perjuangan yang membinasakan bangsa, sedangkan perjuangan untuk mengisi perut
sendiri dan anak bini rasa dah tak tertanggung. Tidak…tidak sekali-kali” si
Utoh Putih menjawab tegas.
“Mak oi, keras benar hati kau ni
‘Toh…apa nak buat…kalau itulah pendirian kau, bersiap sedialah” merah padam
muka Mail Rudo kerana marah. Spontan tangan kanannya mencapai pistol di
pinggang dan mengacukan ke dada si Utoh Putih.
“Jangan, senjata jangan dibuat main Mail
ai…kita kan serumpun, tak kanlah kau tak ada belas kasihan. Ditakdirkan aku tak
ada, siapa yang nak menyara anak isteriku nanti…ampun tuan besar” si Utoh Putih
merayu minta simpati.
“Dam…” bunyi pistol memuntahkan peluru
sulung. Berasap baju buruk si Utoh Putih dihinggapi peluru, namun dia masih tak
berganjak, masih tegak berdiri. Keluarga Banjar berhampiran yang terkejut
melihat kejadian tak berani mendekati, masing-masing masuk ke rumah.
“Dam…dammmm…” sudah tiga das tembakan
dilepaskan oleh Mail Rudo namun peluru masih tak mampu menembusi kulit si Utoh
Putih.
“Bangsat betul, kebal rupanya kau
ye…tahani lagi nah” tengking orang kuat PKM. Tanpa disedari sudah enam das
tembakan dilepaskan dan pistolnya sudah kehabisan peluru. Sedang Mail
Rudo terkial-kial…..
“Labukkk…” ayunan parang bungkol yang
bergelar si Kandal Larap hinggap dipergelangan tangan kanan Mail Rudo,
membuatkan tangan itu putus serta merta.
“Labukkk…” giliran tangan kiri si Mail
Rudo untuk jatuh ke tanah. Utoh Putih meneruskan ayunan. Kali ini lutut kanan
Mail Rudo pula jadi mangsa parang bungkol Kandal Larap. Setelah putus kaki
kanan, maka terdamparlah Mail Rudo di atas titi. Si Utoh Putih semakin geram.
Tetakan terakhirnya membuat kaki kiri Mail Rudo bercerai dengan badan.
Guni yang berisi ubi diletakkan semual
ke bahu, dan Utoh Putih terus balik ke rumah meninggalkan Mail Rudo mengerang
kesakitan.
———————————————————————————-
Markas PKM di Sungai Tungko gempar
mendapat berita tentang pembunuhan Mail Rudo. Dengan bersenjatakan raifel MK5,
berduyun-duyun gerombolan komunis yang diketuai orang kanan mereka si Ah Pau
bergegas menghala ke Bendang DO, Parit 6, Sungai Manik.
“Ai
yaa…kaki tangan semua kasi potong habit ka…manyak cilaka itu olang.” bebel si
Ah Pau apabila terpandang mayat Mail Rudo yang masih tabirangkang (terkangkang)
di atas titi. Tak seorang pun keluarga Banjar di Bendang DO yang berani tampil
menunjukkan muka. Mereka hanya menyaksikan dari jendela rumah masing-masing.
Hari
semakin larut petang, gerombolan komunis masih riuh berbincang sesama sendiri.
Entah apa yang mereka bincangkan tak seorang pun penduduk kampung yang
mengerti. Sejurus kemudian, kumpulan komunis itu pergi dari rumah ke rumah manggandah(mengetuk
kuat) dinding mengarahkan orang kampung, tua dan muda, berkumpul di hadapan
Pekan Rabu.
Seorang demi seorang di soal siasat
termasuklah Utoh Putih. Namun, keluarga Banjar sepakat berpura-pura tak kenal
siapa yang membunuh Mail Rudo. Akhirnya kepala komunis, si Ah Pau memberi kata
dua: Kalau pembunuh Mail Rudo tidak ditangkap, Bendang DO akan jadi padang
jarak padang tekukur.
Mayat
Mail Rudo ditayut (diikat)
dengan tali dan dikandar (galas)
dengan kayu panjang untuk dibawa pergi. Rasa maras (kesian)
pun ada melihat cara mayat diperlakukan – tak ubah seperti mengandar hasil
buruan babi hutan. Tak siapa yang tau ke mana mayat itu dibawa, ditanam atau
dibuang ke Sungai Perak. Kalau dibuang ke sungai pastinya ternganga luas
mulut sang kuradal (sang
buaya) mendapat habuan petang.
Warga
Banjar sepakat meminta Utoh Putih membawa isteri dan anak-anak meninggalkan
Bendang DO dengan segera. Maklum sajalah, muntung guri (mulut
tempayan) bolehdipisiti (ditutup
rapat), mulut manusia siapalah tau. Tapi apa pula kata empunya diri…!
“Cakada (tidak)
saudaraku. Untuk apa kalau aku seorang saja yang maharagu (menjaga)
anak dan isteri sedangkan kalian sabarataan (semua) terpaksa menanggung derita…aku tak akan
meninggalkan kampung ini. Tidak, tidak sekali-kali, apa nak jadi, jadilah.”
jenuh penduduk kampung memujuk namun Utoh Putih tetap dengan pendiriannya.
Sudah
tiga hari berlalu, Emoh sahabat karib Utoh Putih yang baru dapat berita segeramangunyur (menonong)
meninggalkan Balun Bidai menyeberang Sungai Kinta menuju ke Bendang DO untuk
menemui sahabat karibnya, kawan sehati, seperguruan dan samajuhara (jaguh).
Persahabatan mereka lebih akrab dari hubungan adik-beradik, dan tentunya Emoh
tak akan mahijaakan (membiarkan) sahabatnya keseorangan dalam
keadaan sedemikian.
“Pariannya
diako madam maninggalakan Bandang DO nih …….. Tia mati jua magun Moh ai……….ajal
wan maut bacara hudah di tantuakan, siapang nang kawa mahalang.” surung
pandiran Utoh Putih nang hanyar haja imbah bamakanan di rumah hidin malam
tutih.
“Pariannya (andainya)
aku madam (berhijrah)
meninggalkan Bendang DO, mati juga akhirnya, ajal maut sudah ditentukan, tak
siapa kawa (boleh)
menghalang.” Utoh Putih memulakan perbualan setelah selesai makan malam itu.
“Ai,
jangan begitu, apa pangrasa (resa)
kau ‘Toh?” tanya Emoh yang mula rasa tak sedap hati.
“Kada
ah….. kaluko ai,” jawab hidin handap.
“Tak lah, manalah tau,” jawabnya
ringkas.
Walau
dimapa gin si Emoh magun ham asa balisah napang pinda lain banar parangai
sahabat hidin nang sasain ambak bilang banyak mainggihakan pada malilit
pandiran. Sarajin amun lawas kada badapatan kadamia cakada bakakaringan gusi
palapauan tantan.
Walau
bagaimana pun, Emoh masih rasa gelisah kerana lain benar kelakuan sahabatnya
yang semakin ambak (pendiam), lebih bersikap mengiakan dari
merancakkan perbualan. Selalunya kalau lama tak berjumpa, tak kering gusi
mereka berbual.
Malam semakin larut namun dua orang
sahabat karib itu masih lagi belum tidur, masih ‘garunuman’ berbual.
“Moh,
andainya ajalku sampai, jangan bersusah payah membawa mayatku ke Balun Bidai,
kebumikan saja di sini. Tapi, jangan kau lupa membawa anak isteriku dan
serahkan kepada keluarganya di sana. Sepanjang kita bersahabat, kalau ada
terlebih terkurang, aku minta halal dunia akhirat. Engkau pula Moh, biarlah
disederhanakan manjuhara(kejaguhan). Berhati-hatilah memilih kawan. Satu
lagi…tapi jangan pula kau anggap aku menghalau…esok sebelum Zohor, aku minta
kau segera beredar dari rumahku, ke mana yang kau nak tuju, aku tak batangatan (melarang).
Tak ada apa-apalah, cuma aku rasa lebih selesa kalau bersendirian!”
Marigap (berderau
darah) si Emoh mendengar kata-kata sahabatnya, lantas bangun mendakap Utoh
Putih. Muntung bungkam (mulut terkunci) – tak sepatah kata pun yang
terucap antara mereka kecuali barubuian (deraian) air mata mengenangkan nasib yang bakal
menimpa. “Mungkin sudah sampai janji (ajal) saudaraku ini,” bisik hati kecil
Emoh.
Mereka terus berbual sampai ke subuh.
Ari
magun haja tatarauan, nang badua badangsanak hudaham tacugut di pinggir sumur
pamandian.
Dalam
remang (tatarauan) subuh,
kedua sahabat sudah tacugut (tercegat)
di tepi telaga mandi.
“Ayuha,
duduklah ‘Toh…..Bismillahirahmanirahim…..” Emoh membaca ayat mandi suci
sambil manguboiakan (menyiram)
air memandikan sahabatnya si Utoh Putih hingga selesai.
Api
di dapur barau (marak)
dengan isteri Utoh Putih sibuk menyediakan sarapan pagi. Kesian si isteri
kerana tak tau kisah dan hujung pangkal cerita. Pada pengamatannya,
bermandi-mandian di subuh hari sudah jadi kelaziman dua orang pendekar tersebut.
Bandang
DO hangat babandering mambari tanda pagi baugah tangahari sampai am hudah
kutika badua badangsanak kana bapisah. Salah saikung tapaksa mamingkuti janji.
Panas
semakin terik di Bendang DO sebagai tanda pagi sudah baugah (beralih)
ke tengahari. Maka tibalah saatnya untuk kedua sahabat itu berpisah. Salah
seorang terpaksamamingkuti (memegang)
janji.
“Jangan lupa pesan guru kita wahai
saudaraku, walau nyawa sudah berada di hujung, jangan sekali-kali kau lupa….”
pesan Emoh kepada Utoh Putih. Kedua sahabat berpelukan untuk kali terakhir.
“(Barilaan) kita dunia akhirat.” dengan
kata-kata itu, Emoh terus menonong meninggalkan sahabatnya si Utoh Putih tanpa
menoleh lagi ke belakang. Ke mana gerangan tujuannya, tak siapa pun tahu.
NOTA KAKI:
Perkataan dan paragraph dalam warna
biru adalah perkataan Banjar.
Maksud “Barilaan” ialah “Maaf zahir batin dan halalkan termakan
terminum”
——————————————————————————–
Selepas
solat Zohor tengahari itu, kelopak mata Utoh Putih terasa berat kerana tak
tidur semalaman. Anak bungsunya sudah marinuk (merengkok) terlena di tepi lulungkang(jendela)
anjung rumah. Hembusan bayu Bendang DO terasa dingin. Tak lama setelah Utoh
Putih merebahkan badan di sebelah anaknya, dia pun turut terlena.
Hari
semakin menghampiri petang. Entah kenapa gerangan hari ini Bendang DO sunyi
sepi. Tak seorang pun yang kelihatan gagaliwalak (mundar mandir) di luar rumah seperti hari-hari
biasa. Agaknya mereka sengaja mendiamkan diri dalam rumah, masih terkejut
dengan kematian Mail Rudo dan kata-dua komunis, atau sedang menghitung hari
kerana tempoh seminggu yang diberikan PKM semakin hampir.
Tanpa
disedari enam ikung (orang)
komunis sedang karayapan (merayap) mamaraki(menghampiri) rumah Utoh Putih. Kabujuran (kebetulan)
pula, isteri dan anak sulungnya tidak ada di rumah kerana pergi maunjun (mengail)
ikan puyu bersama kawan-kawan. Dengan menatang raifel MK5, gerombolan komunis
terjingkit-jingkit menjenguk setiap jendela rumah. Sebaik terpandang Utoh Putih
yang sedang lena, tanpa membuang masapalumpongan (muncung)
MK5 diacukan ke kepala dari luar jendela.
“Dahui…dahui…dahui…”
tiga kali muncung raifel memuntahkan pilur (peluru). Kerana sudah sampai waktunya – sampai
ajal – kekebalan Utoh Putih berakhir. Tak sedikit pun yang tinggal. Mangarabuak (menggelegak) darah dalam jantung keluar menerusi
ruang-ruang terbuka di kepala. Mujur juga anak kecilnya tidak
diapa-apakan. Kuciak papar(menjerit sakan) si anak yang terkejut, bakayukut (merangkak-tiarap)
mendakap bapanya yang sudah tidak bernyawa lagi.
Galahakan (berdekah-dekah) ketawa gerombolan komunis
kerana puas dapat membalas kematian Mail Rudo. Selepas itu mereka terus balik
meninggalkan Pekan Rabu, Bendang DO menghala ke Sungai Tungko.
Si
Emoh yang sedang dalam perjalanan menghala ke Bendang DO manggisit (hampir)terserempak dengan kumpulan PKM yang masih
terbahak-bahak kegembiraan. Mujur juga dia ternampak mereka lebih dahulu,
lantas melompat manyungkupakan(menyembunyikan) diri ke padang tagah (dalam
semak). Parang bungkol yang bergelar “si Buruk” sedia tergenggam di tangan.
Andai ketemuan, tak taulah apa yang akan terjadi. Mujur juga dia masih lagi
dilindungi Allah, dan tak seorang pun ahli komunis tersebut dapat melihatnya.
Barubuian (bercucuran)
air mata Emoh terkenang sahabatnya si Utoh Putih. “Mungkin dah tak ada lagi
saudaraku ini” bisik hati kecilnya. Belum pun jauh kumpulan komunis itu
berlalu, Emoh bingkas dan bukah mancicing (pantas berlari) maranduk (meredah) pinggir bendang menghala ke rumah Utoh Putih
yang sudah mula barumbung (ramai) orang.
“Ayuha,
pergilah dulu wahai saudaraku kerana bila sudah sampai masanya, tidak siapa
dapat menghalang” bisik Emoh ketika terpandang jenazah si Utoh Putih. Barataan(semuanya)
warga Banjar di Bendang DO batarukuian (sepakat) untuk menyempurnakan jenazah petang
itu juga. Dalam keadaan serba kekurangan kerana darurat, pengkebumian
berlarutan sampai ke malam.
Han
napa tia bujur, “amun muntung guri wadi hingkat disumpali dipisiti. Muntung
manusia siapang nang hingkat manduga”, tantu banar ah hudah ada nang anju
ataran, tida di manang bubuhan PKM tutih tahu pada si Utoh Putih nang ampunya
angkara!
Betapa
benarnya kata-kata “kalau mulut tempayan pekasam boleh disumpali (disumbat)dipisiti (ketat),
mulut manusia siapa yang dapat menduga”. Tentu ada yang anju ataran(celupar)
kalau tidak masakan PKM tahu Utoh Putih yang empunya angkara.
Mangkining (mengerlit) kilauan parang bungkol si Kandal
Larap yang sudah tidakbapagustian (bertuan) tersangkut di tawing (dinding). Sambil mengusap mata parang bungkol
peninggalan sahabat karibnya, hati Emoh berkata “Satu ketika nanti akan ku
mandikan si Kandal Larap dengan darah seteru haram jadah…”
Parang Bungkul si “Burok” pusaka peninggalan Emoh yang
tersimpan rapi dalam jagaan empunya cerita
————————————————————————————
Sudah seminggu berlalu, mujurlah tidak
ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku di Bendang DO. Pun begitu,
keluarga Banjar yang berada di situ masih curiga kerana maklum sajalah janji
komunis tak boleh dipercaya. Dalam diam, kerabat PKM sudah membina sebuah
markas kecil kira-kira satu kilometer dari Bendang DO dengan tujuan mengawasi
dan berkempen kononya tak siapa pun yang boleh memerdekakan Tanah Melayu selain
dari PKM.
Ramai jugalah orang Melayu dan Banjar
yang mula terpengaruh diresapi dakyah komunis hingga ada yang sanggup menyertai
kumpulan bersenjata, manakala yang penakut atau berani-berani lalat pula
memadailah sekadar menjadi mata dan telinga mereka.
Markas PKM di Bendang DO tak mendapat
sambutan langsung. Perjuangan apa gerangan kalau caranya lebih teruk dari
pemerintahan Jepun. Begitulah agaknya tanggapan warga Banjar seluruh Bendang DO
– geram benar gamaknya.
Ketua
komunis di markas besar Sungai Tungko mula gelisah kerana kempen merekadipahawai (dipandang
sepi) oleh warga Banjar di Bendang DO yang masih keras hati. Akhirnya
gerombolan PKM terpaksa membuat percaturan lain…menimbulkan masalah saban hari;
tak cukup dengan makanan, harta benda orang kampung dirampas, tanamantakundangsai (musnah)
diinjak dilenyek. Namun tidak juga membawa hasil yang diharapkan malah semakin
menambah barau (marak)
api kemarahan warga Banjar.
Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang orang kuat
komunis mengeluarkan perintah dan amaran terakhir; kalau tak sanggup melihat
Bendang DO menjadi padang halilintar, dalam masa seminggu warga Banjar diarah
mengumpulkan kaum perempuan yang masih muda, tak kiralah anak dara atau isteri
orang. Sudah lama benar gerangan si kulup ini menagih kaum perempuan, dan kalau
itulah caranya, bagaimana gerangan dapat menentang British kelak!
Begitulah, satu perintah, satu tagihan,
yang menyusahkan warga Banjar Bendang DO. Ke mana hendak mengadu kerana dalam
keadaan darurat begini, Penghulu tak ada, Ketua Kampung pun tak ada. Bagaimana
ye!
Haji
Bakri, Banjar dari suku kaum Rantau baandah (berhijrah) dari Kalimantan ke Sapat, Sumatera.
Dari Sapat berhijrah pula ke Batu Pahat, Johor, dan bertemu jodoh di sana.
Isteri
tua bangaran (bernama)
Patmah binti Hj Hassan dan dikurniakan dua orang anak – Zainab dan Abdul Majid.
Isteri muda bernama Samiah binti Hj Abdul Jalil dan dikurniakan tiga orang anak
– Abdul Kadir, Abdul Hamid dan Siti Sarah.
Hj Abdul Kadir anak lelaki Hj Bakri dengan isteri muda
memakai menggayakan jubah peninggalan arwah bapanya
Haji
Bakri lemah lembut orangnya, sentiasa merendah diri matan (hinggakan)
tak ramai yang tahu tentang ketinggian ilmunya – dunia dan akhirat. Setelah
mendengar khabar tentang warga Banjar ramai menetap di Sungai Manik, beliau
berhijrah ke sini sebelum Jepun memerintah Malaya. Dialah yang banyak mengajar
agama dan membetulkan akidah warga Banjar di Sungai Manik. Lantaran itu dia
diberi gelaran Patuan Guru (Tuan Guru).
“Amun
sawat batagihan ka bibinian pulang matan talalo-lalo banar am bubuhan si haram
jadah nia,” ujar hidin hudah bamula pina garigitan.
“Kalau
sampai menagih perempuan, itu sudah benar-benar melampau” ujar Tuan Guru yang
sudah mula rasa garigitan (geram).
“Cakada
lain parang bungkol pang satronya si haram jadah ai”. Garunum hidin pina habang
miar hudah muha tanda barau.
“Tak
ada lain melainkan parang bungkol lawannya si haram jadah ni,” bebel Tuan Guru
yang sudah habang miar (merah padam) muka kerana marah.
Tuan Guru Haji Bakri membuat pakatan
sulit dengan warga Banjar Bendang DO yang bersetuju untuk menentang komunis.
Sebagai
permulaan, lapan orang bibinian (perempuan)
berjaya dikumpulkan, tapi kemudiannya hanya lima orang yang setuju, itu pun
setelah jenuh memujuk. Memang benar pun, siapa yang rigi (sudi)
dijadikan hulun (hamba)
seks kepada pengganas komunis yang tak tau bahasa tu.
“Cakada
nang kami bungol manjulung budas kanu bubuhan ninto kakanakan barataan ai, agar
umpan satumat banarai,” ujar Patuan Guru Hj Bakri manahapi.
“Bukan
kami bodoh manjulung (menghulur) budas (bulat-bulat)
warga yang masih sunti melainkan ada helah, untuk dibuat umpan sementara” Tuan
Guru manahapi (memberi
kepastian).
Tempoh
yang diberikan PKM hanya tinggal tiga hari saja lagi. Warga Banjar papasingnya(masing-masing)
sibuk mangilir (mengasah)
parang bungkol yang beranika gelaran. Tajamnya si Kandal Larap boleh dijadikan
pisau cukur untuk membotakkan kepala. Ketika itulah dapat dilihat pelbagai ilmu
dan amalan orang Banjar. Ada yang berendam semalaman dalam perigi buruk, ada
yang berwirid siang malam tanpa henti, mandi buluh dan bermacam lagi petua. Betapa
tidak, perjuangan antara hidup dan mati bukan boleh diambil mudah.
Rumah
Tuan Guru Hj Bakri bersebelahan surau Parit 8, malaran (boleh
tahan) jugaganalnya (besarnya).
Diperbuat dari kayu harat (baik)
zaman British – kukuh dan padu. Dalam rumah itulah warga Banjar mengatur
strategi untuk berdepan dengan pengganas komunis. Carirapan (berkilau-kilauan)
mata parang bungkol pesaka padatuan (moyang) yang dibawa dari kampung halaman di
negeri Banjar, dan kebanyakannya sudah pernah dibasahi darah tentera Belanda.
Memang sudah terbukti kehebatan parang-parang tersebut ketika digunakan
memerangi penjajah di Kalimantan dulu. Pada masa itulahtaungkai (terkeluar) nama atau gelaran yang tak pernah didengar
sebelumnya.
Ketika
itu, Tuan Guru Haji Bakri tak ada anak lelaki dewasa di Sungai Manik, yang ada
hanya seorang cucu lelaki yang masih remaja berusia awal 20an. Acil, nama cucu
kesayangannya. Macalnya (nakalnya) boleh tahan juga, tak jauh bezanya
dengan anak-anak hari ini. Marga (disebabkan) kenakalan itulah, Tuan Guru Haji
Bakri segera menurunkan ilmu kepada cucunya. Maka semakin bertambahlah
kejaguhan si teruna ini.
“Nah,
buat genggaman mu,” Tuan Guru Haji Bakri menghulur parang bungkol si “Mandam
Layu” kepada cucunya. Fuh, cantik sungguh; hulunya diukir dari akar haur(buluh)
betung, rumbai perca kain merah di hujung menambah keampuhann bila dipandang.
Apa lagi, lihum bapair (senyum
meleret) si Utoh Acil menerimanya.
Ranai
guraknyap (sunyi sepi) seluruh Bendang DO
kerana setiap buah rumah telah dikosongkan, penghuninya berpindah ke ruamah
Tuan Guru – markas warga Banjar di Parit 8.
“Mudahanai
kita barataan dilindungi Allah ……..Allahuakbar,” ujar Patuan
GuruHj.Bakri wayah malapasakan bubuhan Banjar nang mamulae bagarak tangah
malam cagar mamaraki markas PKM di muhara Bandang DO.
“Mudah-mudahan kita semua dilindungi
Allah…Allahuakbar” ujar Tuan Guru Haji Bakri ketika melepaskan warga Banjar
memulakan gerak menghampiri markas PKM di muara Bendang DO tengah malam itu.
Mereka bergerak persis Ninja. Yang masih
tinggal bersama Tuan Guru ialah Emoh, Acil, Sukri, Sabran, Ali dan Amat Tuban.
Tidak ikut serta bukan bererti penakut tapi ada rencana dan perkiraan
tersendiri.
———————————————————————————–
Pagi Sanayan (Isnin),
dengan terbitnya matahari di ufuk timur, maka sampailah sudah saat dan
ketikanya warga Banjar di Bendang DO membuat perhitungan dengan gerombolan
haram jadah – tentera PKM.
Sasain (semakin) cariningan (bergemerlapan)
wajah 8 orang perempuan Banjar yang sudah ditatapi (disolek)
dan dibingkingi (didandan).
Fuh rasa tak dapat lagimamadahakan (menceritakan), rambang mata sekiranya disuruh
memilih tunggal ikungan (satu
persatu).
Wajah
perempuan yang mulanya takurisit katakutanan (kecut ketakutan) mula nampakhabang (merah),
dan juga garang! Membara sungguh nampaknya kerana baru saja diminumkan banyu garangsang (air jampi penaik semangat) Tuan Guru. Mudahlah
nanti kalau tak ada yang lemah semangat atau lamah buluan (gementar)
bila berdepan musuh. Atau kalau ada yang tak tahan melihat darah mangarabuak (membuak-buak)
di medan pertempuran.
Mak
ooii, kabubungasan (cantik sungguh) tiga orang anak dara ni…milik
siapalah gerangan!
Emoh,
Acil dan Sabran baru saja didandan manyalumur (menyamar)
jadi bibinian(perempuan).
Hebat juga hasil tatapan (solekan)
warga perempuan Banjar di Bendang DO, mungkin juga boleh mengalahkan ‘mak nyah’
yang terkedek-kedek. Tapi mereka perlu berhati-hati jangan sampai
terselak landau (betis),
nanti kelihatan pula bulu kaki hirang (hitam) lebat…pecahlah tembelang.
Kira-kira
jam 9.00 pagi, bajurut (berduyun-duyun)
‘perempuan’ Banjar tersebut berjalan sebaris meghala ke markas PKM di muara
Bendang DO, didahului oleh Ali dan Amat Tuban sebagai wakil penyerahan. Mereka
berdua ditangati (dilarang) membawa sebarang senjata. Tapi, orang
Banjar tak kan sanggup meninggalkan senjata apatah lagi bila menghala ke medan
juang. Lading balati (pisau
belati) setajam pisau cukur sudah lama tersisip di pinggang masing-masing. Cuma
baju saja yang membuatnya tak dapat dilihat dengan mata kasar.
Gerombolan
komunis di markas Bendang DO terbahak-bahak ketawa, macam tak sabar lagi mahadangi (menanti)
lebih-lebih lagi tiga orang kepala komunis bernama Ah Boon, Ah Pau dan Ah Jang
“Syok mau mali hooo….”
Asa
lilihan (rasa gelihati) pun ada melihat
tiga orang “anak dara” yang berjalan paling belakang kerana masing-masing bakalumbunan (berselubung)
dengan tapih (kain). Umai(mak
oi) panyupannya (pemalunya)…malu apa gerangan kalau tangan
menggenggam erat hulu parang bungkol si “Kandal Larap”, si “Mandam Layu” dan si
“Tungkih Kiwang”. Rasa kekok melangkah kerana tak biasa berjalan memakai
kain bairitan (meleret
labuh) begitu. Kesiannya…
Patuan
Guru Hj.Bakri nang tatinggal manyaurangan matan kada sing bunyian
lagi, tasbih bilang kada sing lapasan ditangan, aur bawirid pang kada sing
mandakan di atas surau. Kakanakan nang halui-halui ginai cakada nang waninya
mamaraki.
Tuan
Guru Hj Bakri yang tinggal seorang diri tidak bersuara lagi, tasbih di tangan
langsung tak dilepaskan, berwirid kada
sing mandakan (tanpa henti) di dalam surau.
Kanak-kanak yang masih kecil pun tak berani menghampiri.
Jam 10, deretan “perempuan” tiba di
hadapan markas PKM di muara Bendang DO. Lantas si Amat Tuban dan Ali
menyerahkan mereka kepada ketua komunis.
Semakin
kuat gelak ketawa mereka, gembira tak terperi ibarat bulan jatuh kaasuhan (ke
riba). Tak disangka warga Banjar seluruh Bendang DO yang kononnya berani
menentang Bintang Tiga hanya omong kosong. Riuh rendah markas dengan dialog
Cina, mengumpat agaknya. Benar-benar celaka 13!
“Hei
tepilah…lu sana” salah seorang kepala komunis mahingkau (menengking)
sambil menolak kasar si Ali dan Amat Tuban. Tiga orang kepala komunis terus
memeriksa dari depan ke belakang, menyelak salungkui (selubung)
satu persatu. Rambang mata. Yang lainnya turut sama barumbung (berkerumun)
tak ubah seperti macan (harimau)
yang laparkan daging manusia. Akhirnya nyanyat (khayal/leka)
hingga tak terjaga lagi markas taktikal.
Sampai
kegiliran Diyang (gelaran
anak dara Banjar) bungas (cantik)
yang kelima, si Ah Boon kepala komunis…
“Ai
yaaa…manyak cantik lo ha…” Jarigi bamula pina marayap kapingin manjapaie
pangawak urang. Babaya maragap handak mancium…
“Ai
yaaa, manyak cantik lo ha…” jarigi (jari) mula hendak merayap kerana kapingin(teringin)
benar manjapaie (menyentuh). Babaya (baru)
hendak maragap (memeluk) untuk mencium…
“Bangsat,
seteru babi haram jadahhh…Allahuakbarrr!!!” hingkau (tengking)
si Emoh singhangkuian (dengan
kuat).
“Nah ambil habuan engkau sangkala.”
Labukkk….si
Kandal Larap hinggap ke sasaran tanda patuh kepada tuannya. Mandabuk kepala si
haram jadah jatuh ke tanah bercerai dengan badan, manggalaguak (membuak)
darah dalam jantung membasahi bumi Sungai Manik. Acil menerkam si Ah Jang yang
sedang tergamam.
Labukkk…mata parang si Mandam Layu
hinggap, layu dan longlai leher si Ah Jang terkena libasan parang bungkol si
Mandam Layu. Sebiji lagi kepala ketua komunis gugur ke bumi.
Bukkk…timpasan (tetakan)
diayun oleh Sabran. Ternyata benar si Tungkih Kiwang tak pernah ingkar kepada
tuannya – putus dua badan si Ah Pau. Tungkih Kiwang magun(masih)
belum puas – memenggal puluhan gulo (leher) musuh. Pagat basadinan (putus
serta merta), humbalingan (bergelimpangan) kepala komunis di halaman
markas PKM Bintang Tiga.
Bubuhan (warga) Banjar Bendang DO yang sudah setengah malam
basungkup(bersembunyi) dalam parit tak berair bingkas bak cendawan
busut, manyasah (mengejar)
anak buah Bintang Tiga yang sedang dalam kapipiyangan (kebingungan).
“Allahuakbarrr!!!” babaya (sebaik saja) taparak (menghampiri) musuh yang rahat(sedang) bakatumbahan (lintang
pukang), mereka terus melibaskan parang. Belum sempat mengangkat senapang,
tubuh mereka sudah dihinggapi parang bungkol. Fuh, macam menebang gadang (batang) pisang.
34
orang orang anggota PKM taampar (terdampar) di tangan Banjar Bendang DO. Darah
merah membasahi bumi, mayat galing-galingan (bergelimpangan), senjata musuhhumbalingan (bertaburan). Mandakannya (mujurlah)
tak seorang pun warga Banjar yang terkorban atau tercedera, cuma baju dan
seluar mereka saja yang merah kacuratan(terkena percikan) darah musuh.
Bangsal komunis diselongkar. Ceh, yang
ada cuma seguni beras dan perkakas memasak. Tanpa banyak bicara, Acil memikul
guni beras untuk dibawa balik.
Namun,
tak sepucuk pun senjata raifel MK5 yang hambur
tauran (bertaburan) diambil. Tak teringin
langsung, tak berkenan atau tak tau menggunakan makanya dibiarkan begitu saja. Mangararau (merah
menyala) mandah (terbakar)
markas kecil PKM di muara Bendang DO disalukut (dibakar). Dengan itu berbalaslah sudah kematian
arwah si Utoh Putih.
Berkubang
sakan warga Banjar membersihkan awak (badan)
dalam parit besar di hadapan rumah Tuan Guru Hj Bakri. “Sudahlah” hahalulung (terpekik terlolong) pakcik Sukri – yang tak turut
serta dalam pertarungan – memanggil mereka naik.
Azan
di surau menandakan masuknya waktu Zohor. Selepas meunaikan solat dan makan
tengahari, para pejuang Banjar merebahkan badan kepenatan, memenuhi anjung,
pelantar, serambi dan surau kecuali Acil, Emoh dan Sabran. Mereka bertiga
menceritakan perlaksanaan rancangan yang sarabanya (serba serbinya) berjalan lancar.
Lihum
bapair (meleret
senyuman) Tuan Guru Haji Bakri mendengarnya.
———————————————————————————–
Markas
besar PKM di Sungai Tungko gempar (gigir) seperti (ilah) anak ayam kehilangan ibu. Kekalahan yang tidak diduga
– tiga orang pegawai mereka terkorban – bak tikaman duri berbisa dalam sejarah
perjuangan PKM di Hilir Perak. Sementara menanti(pahadangan) ketibaan
pegawai lain, tak seorang pun anggota komunis yang berani menunjukkan muka di
Bendang DO.
Lain
pula kisahnya dengan warga Banjar yang berhimpun di rumah Tuan Guru. Lelaki dan
perempuan sibuk (auran) menggunting kain bakal dibuat wafak Selindang
Merah.
Tuan
Guru Hj Bakri sudah mendapat firasat: pertumpahan darah di muara Bendang DO tak
kan berakhir (tuntung) begitu
saja.
Warga Banjara seluruh Sungai Manik harus
membuat persediaan awal untuk menghadapai peperangan terbuka, dan mungkin
berpanjangan. Peperangan seterusnya bukan saja tertumpu kepada penentangan
terhadap PKM, tapi melibatkan sengketa kaum dan agama. Kalau sudah begitu
kehendaknya, terpaksalah diteruskan juga. Alang-alang bermandi darah biarlah
sampai ketitisan terakhir.
Mentang-mentang (mantangan) sudah
dapat (taulihi) ketua baru yang datang dari pangkalan PKM di
Sungai Galah, Tanjung Tualang, pengganas komunis di Sungai Tungko makin
mengganas (mambala-bala) membalas dendam gamaknya. Setiap kampung
berhampiran (bapaparakan) Sungai
Tungko habis diganggu (diudaki), harta benda di ambil, anak dara dan isteri orang
sudah tak berkira lagi. Siapa yang berani melawan alamat tersungkur (tajalungkup) jadi
sasaran peluru raifel MK5. Anak kecil yang masih dalam buaian (dipukongan) pun
turut jadi korban, tanpa rasa belas kasihan. Tak cukup dengan perlakuan begitu,
surau pula hangus dibakar.
Pejuang kemerdekaan tahi palat lah kalau
begini!
“Hampai
am hudah saat wan kutikanya warga ku barataan ai…… Karana Allah wan
Rasulnya…….diaku istiharakan Fisabilullah…… Allahuakbarrr!” Siwara Patuan Guru
Hj Bakri batakbir saling hangkuian.
“Sampailah sudah saat dan ketikanya
wahai wargaku semua, demi Allah dan Rasulnya, aku isytiharkan
Fisabilullah…Allahuakbar!” suara Tuan Guru Haji Bakri bertakbir dengan lantang.
“Allahuakbar, Allahuakbar,
Allahuakbar!!!” warga Banjar menyahut seruan.
Setelah mendengar berita tentang
tertewasnya gerombolan komunis di muara Bendang DO, keluarga Melayu yang
menghuni perkampungan di pinggir Sungai Perak pula yang dijadikan mangsa PKM.
Puluhan warga Melayu datang menemui Tuan Guru Hj Bakri meminta ilmu peperangan.
Walaupun hanya diberi minum air jampi, itupun sudah cukup untuk meyakinkan
orang Melayu yang berjanji untuk sama-sama menyerang PKM di Sungai Tungko.
Sementara itu, warga Banjar pula sebulat
suara melantik Acil, cucu Tuan Guru sebagai Khalifah Fisabilullah – walaupun
masih muda tapi ilmu sudah penuh di dada.
“Dangar,
dangar barataan……….isuk imbah subuh kita bagarak manyarang markas si haram
jadah di Sungai Tungko…….Allahuakbar!!!,” ujar si Acil mahabarakan.
“Dengar, dengar semuanya, esok selepas
Subuh kita bergerak menyerang markas si haram jadah di Sungai
Tungko…Allahuakbar!!!” ujar si Acil memberi taklimat.
Hari
masih lagi (magunai) kelam (tatarauan), selepas solat Subuh dan bersarapan(makan pupuluran) seadanya,
warga Banjar yang bakal pergi menyerang markas PKM masing-masing menyarung
pakaian serba putih, selindang merah melilit badan, tanjak(laung) di kepala juga berwarna merah, parang bungkol
bergemerlapan. Waduh, melihat pakain begitu pun sudah boleh menimbulkan
kegerunan, itu belum lagi berhadapan – meremang (mamburinjing) bulu roma. Sebaik saja selesai bacaan doa oleh Tuan
Guru, mereka terus menuju Sungai Tungko.
Tak siapa dapat menduga, rupanya
gerombolan PKM sudah sedia menanti ketibaan warga Banjar – seperti sudah
dijanjikan. Laras raifel MK5 sedia tertatang, jari melekat di pemetik senapang,
dan sebentar lagi bakal berterbanganlah peluru.
Di surau Parit 8, Tuan Guru Haji Bakri
terus berzikir tanpa henti. Hanya Pakcik Sukri yang ulang alik ke rumah
mengawasi anak isteri warga Banjar yang ditinggalkan demi Fisabilullah.
“Fisabilullah…Lailahaillallah…Allahuakbar!!!”
jerit si Acil sebagai Khalifah perang memberi isyarat bermulanya peperangan.
“Lailahaillallah…” bergema suara warga
Banjar berkalimah tanpa henti.
Selepas
itu, kalingungan (bunyi peluru berterbangan), macam air hujan
rancaknya peluru meninggalkan muncung (palumpong) senapang. Gerombolan PKM tercengang kahairanan
kerana tak seorang pun warga Banjar yang dihinggapi peluru. Tanpa disedari,
pejuang Banjar hanya sedepa (sajangkauan) di depan mata. Galabukan (ekspresi
bunyi) mata parang bungkol menetak (manimpas) pantas (ancap), menghayun sekehendak hati. Senjata api yang
dimegahkan (diungahakan) oleh komunis nyata tidak bermakna lagi. Akhirnya
dibuat penangkis tetakan pejuang Banjar.
Si
Kandal Larap dan adik beradik parang bungkol lainnya ketawa riang bermandikan
darah. Cair (lanah) markas
besar PKM Sungai Tungko dihancurkan (diaburakan) warga
Banjar Bendang DO. Baju dan seluar masing-masing basah kuyup, hinggakan boleh
diperah kerana dibasahi darah pengganas komunis.
“Allahuakbarrrr…”
takbir si Acil khalifah parang bungkol meminta warga Banjar berhenti(bamandak). Bergelimpangan
mayat, merah bumi Sungai Tungko dibasahi darah. Namun, lima orang ketua PKM
terlepas lari (talapas bukahan) meninggalkan medan peperanagan.
Lari (bukah) bukan
sebarang lari. PKM yang pendendam dan kental (kandal) dalam
perjuangan tak akan membiarkan begitu saja.
Belum
sampai seminggu selepas pertempuran di Sungai Tungko, berduyun-duyun(barara) ahli
PKM datang dari setiap penjuru (pinjung) pos
PKM di daerah Hilir Perak menghala ke Sungai Manik.
Pertemuan
kali kedua lebih hebat lagi. Bukan setakat raifel MK5 saja yang mereka gunakan,
bertimbun (batuyuk) Bren Gun dan berpeti-peti banyaknya bom tangan
yang seperti buah jambu batu (karatukul). Namun,
tak sedikit pun dapat melunturkan(manuhurakan) semangat
juang warga Banjar Sungai Manik. Selain parang bungkol, kalimah
“Lailahaillallah…Allahuakbar” itulah yang dipegang (dipingkuti) sebagai
senjata utama warga kita.
Peperangan
seterusnya tak dapat ditamatkan (dituntungakan) dalam sehari seperti sebelumnya. Sudah jadi
syarat ilmu Tuan Guru Haji Bakri, walau musuh sedang mengamuk sekalipun, bila
sampai masanya untuk berhenti, maka terpaksalah dihentikan…siapa yang berani
melanggar syarat akan menerima padah.
Acil, khalifah parang bungkol Sungai
Manik baru saja melaungkan kalimah “Allahuakbar” sebagai isyarat menghentikan
peperangan untuk hari itu. Seperti biasa, para pejuang Sabilullah berkumpul
untuk mengira dan mengenal-pasti setiap orang, manalah tahu kalau-kalau ada yang
gugur, atau ada lagi yang masih meneruskan pertempuran.
Pernah terjadi seorang warga Banjar tak
ada dalam perhimpunan. Melihat ketiadaan adiknya, si abang melanggar pantang
larang dengan berpatah balik mengejar musuh dengan geram. Akhirnya abang dan
adik hilang dan tak muncul lagi.
————————————————————————————-
Sudah genap sebulan perang Sabil di
Sungai Manik, tapi masih belum menampakkan tanda akan berakhir. Bertimbun,
bergelimpangan mayat komunis namun mereka masih belum serik, malah semakin
cekal. Kekuatan mereka bertambah saban hari, entah dari mana datangnya tak pula
diketahui.
Dalam pada itu, gerombolan komunis di
Seberang Sungai Perak makin mengganas, menyiksa dan membunuh orang Banjar dan
Melayu di Kampung Gajah dan Balun Bidai. Orang Cina tidak pula diapa-apakan
malah dijaga dengan baik. Begitu agaknya taktik kotor komunis untuk melemahkan
semangat pejuang Sabilullah di Sungai Manik.
Tinjau
bilang barucau batuhui kada sing rantian basanjaan di higa rumah Patuan Guru
Hj. Bakri.
Riuh rendah kicauan burung murai waktu
senja di tepi rumah Tuan Guru Haji Bakri.
“Kalau berita baik, bawalah kemari,
kalau buruk jauhkanlah” begitulah selalunya kata-kata orang tua Banjar bila
mendengar kicau murai diwaktu senja. Betapa ada kebenarannya. Selepas solat
Isyak malam itu…..
“Assalamualaikum!!!”
kedengaran suara memberi salam di depan surau. Serentak jemaah menyambut salam.
Setelah diamati (dijanaki)…bergegas (badadas) Tuan Guru turun ke tanah lalu memeluk sambil
menepuk belakang orang yang memberi salam.
“Selamat
datang adikku” kata-kata aluan Tuan Guru membuat warga Banjar lainnya
terpinga-pinga (tarangakan) kerana tak seorang pun yang mengenali (pinandu).
Masmuda,
adik (ading) Tuan
Guru Hj Bakri baru saja tiba dari Batu Pahat. Si Acil terus menerkam datuk
saudara (paninian mamarina) yang tidak kurang hebatnya. Ialah, kalau sudah
sedarah sedaging, ke mana lagi tumpahnya ilmu.
Perang Sungai Manik sedang rancak,
keadaan di Balun Bidai dan Kampung Gajah semakin genting. Saban hari gerombolan
komunis mencari pasal.
“Tak boleh dibiarkan, semakin
menjadi-jadi benar keganasan mereka” rungut Tuan Guru Hj Bakri bercampur marah.
Para pejuang Sabilullah sepakat melantik
Masmuda sebagai Khalifah perang mengganti Acil di Sungai Manik. Tuan Guru Hj
Bakri dan Acil pula akan turun ke Balun Bidai secepat mungkin.
Wafak Selindang Merah dibuat khusus
untuk warga di seberang Sungai Perak. Salah seorang tukang tulis kalimah
Allahuakbar Selindang Merah bernama Asmuni.
Hj Asmuni, tukang tulis kalimah Allahuakbar di
Selendang Merah sedang memegang tongkat peninggalan arwah Tuan Guru Haji Bakri
Pertama
kali Masmuda memimpin pejuang Sabilullah di Sungai Manik, ketara benar
kehebatannya. Musuh melepaskan tembakan ke atas, peluru
berterbangan seperti air hujan menerjah angin kosong (puang). Pada pandangan mereka, para pejuang Sabilullah
semuanya tinggi, setinggi pohon getah dan pohon kelapa maka itulah mereka asyik
menghalakan tembakan ke atas. Ketika itulah para pejuang Sabilullah menyerbu,
menebas, menetak dan memancung musuh. Baru sekejap, bersih (lingai) medan
pertempuran.
Namun, antara musuh yang gugur di hujung
parang bungkol pejuang Banjar, terdapat ramai yang menyebut kalimah Allah.
Setelah diamati ternyata mereka adalah orang Melayu dan Banjar yang sudah
terpedaya menyertai perjuangan komunis. Dalam pertempuran sukar untuk
mengasingkan antara Banjar, Melayu dan Cina kerana mereka semuanya menyarung
pakaian seragam Bintang Tiga.
Para
pejuang PKM masih lagi berdegil, tak mengerti makna putus asa. Sambil menanti bantuan
dari Sungai Karang seberang Teluk Anson, mereka meneruskan(manyalajurakan) perjuangan.
Mujurlah (madakannya) Allah
tidak mengizinkan. Tongkang yang sarat membawa gerombolan PKM dari Sungai
Karang karam di tengah Sungai Perak, tak jauh dari Pulau Galagak dekat
pelabuhan Teluk Anson.
Melambak
gerombolan Cina komunis yang tak pandai berenang (bakunyung) tenggelam
batu dan mati lemas. Manakala gerombolan komunis bangsa Melayu dan Banjar yang
rata-ratanya pandai berenang terselamat dan sempat berenang ke Pulau Galagak.
Kalau tidak, pastinya sesama Islam bakal bertempur di Sungai Manik.
Sesungguhnya Allah lagi maha mengetahui.
Berita yang melemahkan perjuangan PKM –
ranapnya pejuang mereka di Sungai Manik di tangan warga Banjar di bawah
pimpinan Masmuda, panglima Selendang Merah Batu Pahat, Johor.
Dalam pada itu, ramai orang Melayu dan
Banjar di Balun Bidai, Kampung Gajah dan kampung-kampung berhampiran memilih
untuk lari ke dalam hutan meninggalkan rumah masing-masing kerana komunis
semakin mengganas, menembak rumah membabi buta. Mengamuk kononya. Untuk apa
melepaskan geram terhadap mereka yang tak tahu menahu!
Lain pula ceritanya dengan kaum Cina
yang menghuni kawasan sekitar. Hampir semuanya menyokong perjuangan PKM, dan
kerana itulah mereka tidak di ganggu.
Tuan Guru Haji Bakri, Acil dan Emoh
selamat menyeberang Sungai Kinta dan sampai di Kampung Changkat, Bayas, Balun
Bidai. Sungguh tak disangka rupanya warga Banjar di situ tak juga kurang
keberanian mereka.
Acil
pula dilantik sebagai Khalifah surau Changkat Bayas, markas pejuang Sabilullah
di Balun Bidai. Selendang dan tanjak merah yang dibawa dari Sungai Manik
diagih-agihkan sehelai seorang. Pun begitu, sekiranya ada yang memiliki ‘wafak’
sendiri, mereka dibenarkan memakainya. Begitulah cara orang Banjar – walau
setinggi mana pun ilmu sendiri, namun ilmu orang lain tetap dihormati. Mencerca (mawada) menghina(mahapak) kebolehan orang lain bukan Banjar namanya.
Siang malam kedengaran bunyi tembakan di
pinggir Balun Bidai, entah apa yang mereka tembak tidak pula diketahui.
Membunuh dan menyiksa orang, itu sajalah kerja mereka. Setengahnya bertujuan
menakutkan – konon komunis masih lagi kuat walaupun sudah tewas di Sungai
Manik. Hii, geram betul.
Pada
mulanya hampir tujuh puluh orang warga Banjar yang sanggup turut serta sebagai
pejuang Sabilullah. Yang penakut (pamburisit) dibenarkan tinggal mengawasi anak isteri mereka
yang bakal pergi menyerang markas PKM di tebing Balun Bidai. Tuan Guru Haji
Bakri tetap seperti biasa – bersendirian berzikir dan membaca ayat-ayat di
surau. Sampai saat dan ketikanya, pergilah para pejuang menuju sarang komunis
di tebing Balun Bidai.
Lailahaillallah…Allahuakbar!!!” maka
bermulalah perang sabil di daerah Kampung Gajah, Perak.
Khalifah
Acil yang masih muda sudah berbulan menentang musuh di Sungai Manik. Boleh
dikatakan setiap kali pergi berjuang, darah musuh sampai kering di badan. Medan
pertempuran dibuatnya seperti padang permainan. Degil, menari (baigal) menahan tembakan komunis membuat musuh semakin geram.
Ditembak tak langsung memberi bekas.
Musuh semakin menghampiri para pejuang
Sabilullah.
“Timpasss!!!” (tetak) ujar
si Acil berteriak. Apa lagi, parang bungkol terus mandi darah.
————————————————————————————
Peperangan
di Balun Bidai melahirkan seorang lagi wira Banjar bernama Mawi, pemilik parang
bungkol bergelar si Kajang Rungkup. Kalau berhadapan musuh, dia tidak
teragak-agak untuk menerkam (marungkup) dan menyembelih, seperti menyembelih leher
lembu. Yang menghairankan, musuh yang sudah kena terkam langsung jadi lemah tak
bermaya untuk melawan. Itulah keajaiban parang bungkol si Kajang Rungkup.
Setelah
berakhir perang di Balun Bidai, Acil diberi gelaran “Acil Wani” (Acil
Berani). Sebut saja nama Acil, seluruh warga Banjar kenal padanya.
Bela (haragu) bukan
sebarang bela, bela ada muslihat (sipatan). Warga
Cina yang ramai bermastautin disetiap pelosok Kampung Gajah sudah mula
mencebik (kulibian) bila bertemu orang Melayu.
“Wahai
kaumku, perang sabil saja diolah (dipiulah) oleh orang Melayu yang banyak menjurus kepada
perkauman. Mereka merancang untuk menghapuskan bangsa Cina seluruh Tanah
Melayu, itulah tujuan sebenarnya. Tergamakkah (purunkah) tuan-tuan
membiarkan bangsa sendiri hancur lebur dipijak-pijak (dilincai) orang
Melayu? Tentunya kalian tak sanggup. Nah apa lagi yang ditunggu, jom kita
bersatu, kita tentang sampai ketitisan darah terakhir!” begitulah bunyinya kempen PKM setiap kali
bertemu orang Cina di Kampung Gajah. Mereka yang sudah rasa terhutang budi
kerana selama ini dilindungi, dijaga sebaiknya oleh PKM akhirnya bersetuju
berjuang demi bangsa dan agama mereka.
Orang
Cina tak dapat melihat muslihat disebalik kemanisan kata-kata PKM –
memperbodoh (mawalohi) orang Cina untuk kepentingan sendiri dengan
melagakan(menyaung) Cina dan Melayu. Betapa tidak, sudah banyak pengganas
komunis kecundang di tangan pejuang Banjar.
Orang
Cina mula menghimpunkan serba serbi (sarabanya) keperluan – parang besar, parang bengkok, kayu
pengandar tempinis seadanya dengan tujuan untuk berperang. Sekiranya
terserempak dengan orang Melayu, tak kira kecil atau besar bakal habislah
mereka kerjakan.
Pertemuan
secara berdepan antara pejuang Sabilullah dengan orang Cina dan pengganas
komunis di pinggir Kampung Sungai Galah tak kurang jua sengitnya dibandingkan
dengan yang sebelumnya. Lenguh dan kebas (katuran) tangan warga Banjar kerana terlalu pantas(ancap) mengayun (mailai) parang
bungkol. Baju dan seluar basah kuyup (jimus) dengan darah. Mayat musuh bergelimpangan di sana
sini, namun jumlah mereka masih belum berkurangan (rawak), malah semakin ramai (manjarau).
“Allahuakbar,
Allahuakbar, Allahuakbar!!!” jerit si Acil tiga kali sebagai isyarat supaya
berundur seketika untuk menghilangkan penat dan membuat strategi lain. Melihat
pejuang Sabilullah mula berundur, warga Cina riuh mangajuk (mauyati) zikir
Lailahailallah.
“Lailahailalit…Malayu kasi habit!!!”
mereka merasakan sudah beroleh kemenangan.
Mendengar
zikir dipermainkan, Mawi si Kajang Rungkup hilang sabar. Serta merta dia
berpatah balik mengejar musuh. Sayang, hajatnya untuk menerkam tak kesampaian.
Bertalu-talu peluru Bren Gun komunis hinggap ke badan. Huyung hayang (tajumpipir)Mawi
lalu rebah.
“Habislah Mawi!!!” semua warga Banjar
yang melihat terasa sedih.
Tak
sampai 10 minit berselang, Mawi yang bergolek kesakitan (bapangsar) di atas tanah bingkas bangun.
“Mati
aku, mati aku, mati aku!” ujar Mawi yang berlari anak (bukah maanak) balik
ke kumpulan, sambil mengibas (bakipuh) membuang peluru yang sudah leper yang melekat(marikit) penuh (papak) seluruh badan. Mawi yang disangka sudah mati rupanya
masih(magunai) hidup.
“Bah
rasa berbahang (mambarangat) Cil
ai…hampir (manggisit) terbakar (mandah) aku abang (kakak) Emoh ai!” ujar Mawi mengadu. Khalifah Acil
ketawa terbahak-bahak, tak dapat menahan kelucuan teringat karenah Mawi.
Senyum
meleret (lihum bapair) si Emoh sambil mengipas Mawi yang sedang
kepanasan, tapi masih lagi boleh bergurau (bahuhulut). Begitulah
karenah orang Banjar.
Mawi, kalau belum sampai ajal
sememangnya kebal. Bukan sekali dua dia bakipuh begini.
Masa
bertugas sebagai Home Guard mengiringi
tuan lombong orang Inggeris Changkat Tin, dia pernah diserang hendap oleh
Bintang Tiga ketika sedang menaiki Loko (keretapi kecil pengangkut bijih
timah). Terpandang tuan orang Inggeris yang sudah mati terkena tembakan, Mawi
melepaskan raifel di tangan lalu mengejar komunis dengan parang bungkol. 5
orang pengganas maut (jingkar) ditetak dengan Kajang Rungkup. Entahlah, adakah
anak-anaknya yang mewarisi ilmu si bapa!
Hari
semakin lewat (landung), para pejuang Sabilullah terpaksa meninggalkan
medan perjuangan kerana masa dan ketika untuk berhenti sudah pun tiba. Musuh
masih riuh berteriak (karahongan) mengajak
berlawan tanda tak puas hati, tapi setelah tak dilayan, mereka pun senyap. Mawi
yang masih sakit seluruh badan (ringkutan
saawakan) ditandu balik.
Sementara
itu, orang Melayu dari Kampung Gajah berduyun-duyun datang menemui Tuan Guru
Haji Bakri di surau Changkat Bayas. Tak sampai sepuluh orang yang sempat(sawat) memperoleh
selendang merah kerana itu sajalah baki yang ada. Walau bagaimana pun, semuanya
diberi minum air jampi penaik semangat (banyu
garangsang) dan diberi amanat – kalau boleh,
hapuskan saki baki dan zuriat komunis di Kampung Gajah.
Memang menjadi, tak sia-sia pemberian
Tuan Guru. Tak sempat menunggu esok sudah riuh dan gempar orang Melayu
menyerang orang Cina di Kampung Gajah. Di mana saja terdapat kediaman mereka,
habis dimusnahkan.
Orang Melayu di Kampung Gajah sudah jadi
berani setelah menuntut ilmu orang Banjar – angkara Ali Amin yang
memperdagangkan ilmu kepada orang Melayu.
Ali Amin…..kerana tak mahu bekerja
seperti orang lain, bila tak berduit, ilmu dijualnya. Hampir tercetus
pergaduhan dimarahi Acil dan Emoh. Oleh kerana malu, akhirnya dia meninggalkan
Balun Bidai, dan terus hilang tanpa berita.
Sudah tiga hari para pejuang Sabilullah
merehatkan badan. Esok pagi bakal bermula perjuangan baru – menyerang musuh di
pinggir Kampung Sungai Galah. Menurut firasat Tuan Guru Hj Bakri, peperangan
esok mungkin yang terakhir. Para pejuang memujuk Mawi supaya jangan turut serta
kerana masih belum sihat sepenuhnya. Tapi orang yang keras hati sepertinya tak
makan pujuk.
“Napa
garang pamburisit banar ah diaku nia tih?” ujarnya
mamburangsing.
“Kenapa gerangan, penakut benarkah aku
ni?” ujarnya dengan nada marah.
Sepetang
suntuk Mawi bersilat memantapkan langkah 12 (seni silat orang Banjar), dengan
tujuan untuk menerkam bersungguh-sungguh agaknya. Serba salah (saraba ngalih),kalau
ditinggal, mau saja menonong (mangunyur) mengikuti dari belakang (manunti)seorang
diri. Selepas dibenarkan (diinggihakan) barulah dia senyap (ranai).
Zikir Lailahaillallah tak
berhenti-henti, musuh yang sudah bersedia menanti begitu ramai.
“Fisabilullah
Allahuakbar!!!” laung Khalifah Acil sambil berlari di hadapan menghampiri
musuh. Kelentungan (kalintingan) senjata berlaga. Orang Cina pun apa kurangnya –
bermacam kebolehan dan kemahiran dipamer dalam perjuangan penentuan antara
hidup dan mati.
Sedang rancak bertarung, orang Cina
terpinga-pinga kerana dengan tiba-tiba kelibat orang Banjar sudah tidak
kelihatan. Pengganas komunis yang bijak bersembunyi di merata penjuru mula
keluar dari tempat persembunyian untuk mengejar dan mencari pejuang-pejuang
Banjar. Hilai ketawa mereka membayangkan seperti sudah mencapai kemenangan.
Namun,
kegembiraan mereka cuma sementara. Sungguh tak disangka, tiba-tiba parang
bungkol berterbangan sendirian macam air hujan menetak (manimpas), melibas(merawis) dan
menikam (manyuduk) hingga tak dapat dielak. Banjir (baah) Kampung
Sungai Galah dengan darah. Lintang pukang pengganas komunis lari menghala ke
hutan Tambun. Tak boleh ditunggu (kada
magan di hadang) lagi kerana lailahailait Cina
sudah potong habit.
Bagaimana (dimapang) parang boleh terbang sendiri kalau tak ada kudrat dan
iradat yang mengarahkan. Sebenarnya orang Banjar jua yang bersungguh-sungguh (bahimat)menetak (manimpasi), cumanya
mereka tidak kelihatan kerana sudah berada di alimul(alam) ghaib.
Keberanian orang Banjar turut menaikkan
semangat orang Melayu di merata tempat. Perkampungan Cina di sepanjang Sungai
Perak dan Chenderong Balai ranap dibakar dik dendam orang Melayu yang sudah
lama menderita ditindas komunis. Selepas itu barulah tentera upahan British
bangsa Punjab tiba untuk mengamankan Sungai Manik dan Kampung Gajah.
Sejak itu, tidak ada lagi orang Cina di
Kampung Gajah. Saki baki pengganas komunis yang masih hidup lari ke dalam
hutan.
Tuan Guru Haji Bakri, 57 tahun – yang
banyak berjasa mengangkat martabat dan maruah bangsa Banjar/Melayu di Sungai
Manik, Perak – kembali ke Rahmatullah di Mekah tanggal 26 September 1950.
Jasadnya disemadikan di Perkuburan Ma’ala, Mekah.
Share this:
Related
One Response to Perang Sungai Manik – 1945




