Monday, December 16, 2019
Sunday, December 15, 2019
Perjalanan ke Utara 2019 2 nd day [ Selangor,Perak,Kedah,Perlis]
PERJALANAN UTARA 2109
Hari ke 2
Untuk hari kedua ni ada 2 tempat special aku nak bawak cik puan MAR.
Hotel yang kami menginapkan seberang Sg.Perak.Hotel kira baru,condition pun ok. Lepas BREAKFAST kami check out terus.
Aku bercadang nak ziarah TAPAK Batu Peringatan,Kisah nya satu masa dulu https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2019/05/30/sultan-hilang ,Sultan Perak ke2,Sultan Mansur Shah 1 hilang ghaib selepas bersolat jumaat dalam masjid di Kota Lama Kanan ni.
Nasib kami baik,dapat jumpa kakitangan masjid.yg sedang membersih kawasan .Masjid sentiasa berkunci sebab ada pelawat yang cuba untuk memuja tapak batu ni..Dipersekitaran masjid terdapat kubor -kubor lama .
Alhamdulillah ..
aku ambik air wuduk,
solat sunat dan solat dhuha..
sedekahkan ALfatihah buat mereka yang telah kembali.
![]() |
Kawasan perkuburan Lama |
![]() |
Meriam asal |
Saturday, December 14, 2019
Perjalanan ke Utara 2019 1st day[ Selangor,Perak,Kedah,Perlis]
Tahun 2019 nak melabuhkan tirai tak lama lagi. Anak -anak cuti semestar Universiti.Perancangan awal nak pergi bercuti sekeluarga,tapi anak-anak suruh abah dan mama pergi bercuti berdua.Mereka
4 beradik nak stay je kat rumah.Makan -minum diorang boleh handle sendiri.Sebelum pergi ,macam biasa mama akan sediakan stok bekalan dalam peti ais,barang-barang kering dan kudapan.
Sabtu,14hb.Disember.2019
Aku dan isteri bertolak ,untuk memulakan perjalanan kami pelan nak ikut jalan Kuala Selangor.
InsyaALLAH ,jika ada rezeki boleh singgah Sabak Bernam jumpa Abang Lan,Nyah di Teluk Intan
dan Yop Mie di Ipoh.
Dari Batu Caves,aku memandu masuk laluan Bulatan Kepong ,terus ke Selayang menuju Rawang.
Lepas Templer Park terus masuk Highway Latar..
Tahun -tahun sebelum ni aku memandu Mitshubishi Pajero,Toyota Unser,Proton Iswara ,tapi untuk kali ni bawa Perodua Beza je..Pejam celik,selama berkeluarga ni dah 4 biji kereta aku guna.Tapi biasalah langit tak selalu cerah,kena ukur dibadan sendiri bidalan orang -orang tua.
Macam biasa cik puan Mar sentiasa disisi,sepanjang perjalanan kami banyak bercerita kisah anak-anak sewaktu kecil.Kemana je pergi kami bawa.Ni dah besar,mereka ada dunia sendiri.Maklumlah
zaman IT .
Alhamdulilah ..
Sakit pening aku selama ni ,isteri tersayang cik puan Mar selalu ambik berat.
Ni nak bercuti kira nak hargai kasih sayang yang diberi kat aku.
Sampai Sabak Bernam,tak ade rezeki ,abang Lan dan Family ke majlis Perkahwinan.Cuma dapat tinggalkan buah tangan je ...Keropok lekor n kering..
Untuk perjalanan seterus nya ,nak cuba ikut Laluan Baru Highway Pantai Barat [ West Coast Expressway ].Bermula dari Persimpangan Sabak Bernam /Hutan Melintang terus ke Teluk Intan.
Laluan Highway ni baru dibuka tahun ni 2019.Kadar tol masih percuma.
Laluan luas dan lancar.
Kami singgah bandar beli makanan sebelum ke Taman Cicerly nak ziarah Nyah.Kebetulan Nyah
baru habis duty ,dapat jugak kami jumpa dia..Hari dah hampir petang ,kami mohon diri dari Nyah,
sebab nak meneruskan perjalanan..Niat nak ke Ipoh,tapi tukar pelan terus ke Kuala Kangsar.
InsyaALLAH lain kali jika diizin nak jumpa Yop Mie...
Sampai Kuala Kangsar,kami booking hotel tidur semalam..
Esok Mar nak makan laksa Kuala..
Esok sambung cerita..
Badan dah letih ,kaki dah mula lenguh
Faktor Usia...
Selamat beradu Permaisuri
Anak2 ..Korang sebelum tidur ingat ABAH MAMA tak..
.
GOOD Night....
ZZZZZZZZzzzzzzzz....

Tuesday, January 1, 2019
Perjalanan ke Pantai Timur.( Pahang)
Baru-baru ni kami ke Kuantan,untuk hadiri majlis kenduri doa selamat dan perkahwinan Aizat ( anak sedara wife).Budak2 cuti semester,kami bergerak 2 kereta.Dulu muat 1 kereta,ni anak2 dah besor..kenalah bawak 2 kereta.
Masa bergerak pantas.
Ade 24,23,21,paling bongsu 18 tahun.
Ape yg nak aku coretkan adalah tentang family.
Aku dan wife dah separuh abad.
Tanggungjawab adikberadik kami mula lepaskan sikit2 kat anak2.Yang sulung perlu jaga adik2 bila kami berdua dah tiada.
Bila mereka memandu sendiri kereta ,secara tak langsung mendidik mereka(anak2) dari segi kesabaran,disiplin,tanggungjawab,kemesraan dan hal2 kebaikan.
Moral coretan aku ni..
Memandu sejauh 250km ni seumpama arus kehidupan .
Setiap jarak ,selekoh,simpang yg ditempuhi bak drama kehidupan.
Baik pemanduan kita.
Baiklah juga keselamatan kita.
Buruk pemanduan kita.
Nyawa dan badan jadi taruhan.
Harap anak2 dapat mendidik jiwa mereka.
Tentang kehidupan ini.
Wassalam
Ayahjo
1.1.2019 ( selasa)

Subscribe to:
Posts (Atom)