Wednesday, November 6, 2013

JUGRA @ MAKAM DI RAJA SELANGOR

MAKAM ''MARHUM JUGRA ''


Sebagaimana pusara bagi orang kebanyakan,
yang sentiasa di kunjungi oleh kaum kerabat,
maka bagi makam ini juga sentiasa dikunjungi
oleh rakyat jelata.
Oleh yang demikian ,Makam Sultan Abdul
Samad ini,yang terletak di atas Bukit Jugra
itu sentiasa dijaga dengan rapi dan terus
terpelihara.Pada masa ini,kira -kira 90 meter
dari makam itu,telah disediakan sebuah padang
letak kereta.Dari situ ,untuk sampai ke makam,
disediakan tangga batu untuk memudahkan para
pelawat naik ke atas .Bekalan api dan air telah
disediakan di sekitar makam untuk kemudahan
pelawat.
Di satu kawasan yang luasnya lebih lima ekar,
terdapat antara lain sebuah binaan batu yang
besar,dan di dalamannya terdapat Makam
Sultan Abdul Samad.Di luar bangunan itu pula
terdapat beberapa perkuburan ,terutama nya
pusara kerabat diraja seperti Yang Mulia Raja
Kahar,Tengku Maharum, dan Raja Muda Musa,
yang mangkat pada tahun 1884. Terdapat juga
pusara makam Tengku Berkat [ Raja Saman]

bin Raja Hussein ,Tengku panglima Raja Selangor
yang mangkat pada 1887.








Penulis sedekah '' al-fatihah'' buat aruah 












Nisan aruah raja Berkat
























Makam Raja Berkat @Raja Mohd.Saman
Bin Raja Hussein
Tengku Panglima Raja Selangor
Mangkat 1887
















































































































JUGRA @ MASJID SULTAN ALAUDDIN

MASJID BANDAR  BERSEJARAH.

Gambaran dari luar Masjid Sultan Alaeddin


Masjid ini masih kukuh ,dan digunakan sebagai
tempat ibadat penduduk Kampung Bandar.
G.L.Peet ,yang mengambil gambar masjid ini
kira -kira 50 tahun yang lampau menerangkan
bahawa masjid ini masih digunakan oleh Sultan
Sulaiman setiap hari jumaat.Kemungkinan ini
boleh diterima.


Mimbar masjid yang sempat dirakamkan
oleh penulis sendiri


Kemudiannya selepas kemangkatan baginda,
masjid ini hanya digunakan oleh penduduk
setempat.Walau bagaimanapun,kerana
kepentingan agama,dan kedudukannya agak
sesuai [ hampir dengan kebanyakan penduduk
Bandar],justeru ia tetap dipelihara dan dibaiki
dari masa kemasa.
Masjid yang didirikan lebih kurang pada
dasawarsa pertama abad ke -20 itu,nampaknya
terselamat dari dimakan kelapukan.
Sultan Ala-Uddin Sulaiman Syah,yang alim selalu
memberi khutbah di masjid -masjid di seluruh
negeri.Ini sebabnya masjid itu terus terpelihara
dengan dengan baik hingga hari ini.

DYMM  Sultan Alaeddin 

Pengiktirafan Jabatan Warisan Negara






















































Menara masjid




Mimbar masjid yang punyai keaslian pertukangan kayunya.

Rekabentuk panel siling kayu bermotif KETUHANAN  DAN AYAT -AYAT SUCI AL-QURAN



pandangan menuju ke Kiblat /Mimbar Masjid yang
punyai aura RUANG KETUHANAN



































































































































JUGRA @ ISTANA BANDAR