Wednesday, November 13, 2013

SKETSA

SENI LAKARAN.

Maka tersebutlah alkisahnya pada hari Rabu, 9muharram,1435H ,bersamaan tahun orang putih  bertarikh pada
13hb.November,2013...MELAYU,MELAYU,MELAYU.....

Perbedaan  MELAYU LAMA  vs  MELAYU  BARU
AZIMAT  vs  HANDPHONE
TANGKAI  vs  AYAT  POWER
KERIS    vs  WANG RINGGIT .......RM$$$$$$$$$...
.


KERAJAAN PUTRAJAYA SIRI 1 @ 2013/1434H































































    Gambaran dari TASIK PUTRAJAYA  diambil oleh penulis pada 9 Muharram,1435H @ Rabu        13hb.November,2013      KERAJAAN MELAYU LAMA  MENGGUNAKAN '' SUNGAI '' SEBAGAI MEDIUM    PERHUBUNGAN  PADA   SATU MASA DAHULU ......






























































































































Wednesday, November 6, 2013

JUGRA @ INSITU MUSEUM

Daerah Kuala Langat terletak ke selatan Daerah Klang
dan barat Daerah Sepang.Sebahagian Kuala Langat
terletak sepanjang perairan Selat Melaka.Kuala Langat adalah pusat pentadbiran ketiga  Kesultanan Selangor selepas Daerah
Kuala Selangor dan Daerah Klang.
Sultan Abdul Samad menjumpai penempatan awal  Bukit Jugra,
sewaktu baginda dan rombongan menyusuri Kuala Langat.
Bukit Jugra ,pada awalnya dikenali sebagai Tanjung Kera .Namun
sebaik baginda bersemayam ,Tanjung Kera ditukar kepada nama
BANDAR  TEMASYA.















JUGRA INSITU MUSEUM terletak di kaki Bukit Jugra,berdekatan
dengan Sungai Langat,dianggarkan jaraknya 70 km dari Bandaraya
Shah Alam.
Bangunan ini asalnya adalah bekas Rumah Pasong [Balai Polis &Penjara].
Bangunan dua tingkat ini direkabentuk berdasarkan fungsinya yang diguna
oleh PENJAJAH BRITISH [berkaitan kesalahan ,undang-undang dan
hukuman ].Dibina pada tahun 1875 atas arahan Captain Hary Charles
Syers,ketua pentadbir British sewaktu itu.
Bahan batu [granite]digunakan untuk kerja-kerja struktur asas,tiang dan
dinding.Batu-batu itu [granite]di potong berbentuk empat segi untuk
menguatkan struktur bangunan ini.Tingkat atas dijadikan dewan makamah,
manakala dibawah dijadikan penjara dan pejabat pentadbiran .
JUGRA INSITU MUSEUM ini telah di'' gazetted'' sebagai tempat bersejarah
oleh JABATAN WARISAN NEGARA pada 19 November,2002.






      








JUGRA @ MAKAM DI RAJA SELANGOR

MAKAM ''MARHUM JUGRA ''


Sebagaimana pusara bagi orang kebanyakan,
yang sentiasa di kunjungi oleh kaum kerabat,
maka bagi makam ini juga sentiasa dikunjungi
oleh rakyat jelata.
Oleh yang demikian ,Makam Sultan Abdul
Samad ini,yang terletak di atas Bukit Jugra
itu sentiasa dijaga dengan rapi dan terus
terpelihara.Pada masa ini,kira -kira 90 meter
dari makam itu,telah disediakan sebuah padang
letak kereta.Dari situ ,untuk sampai ke makam,
disediakan tangga batu untuk memudahkan para
pelawat naik ke atas .Bekalan api dan air telah
disediakan di sekitar makam untuk kemudahan
pelawat.
Di satu kawasan yang luasnya lebih lima ekar,
terdapat antara lain sebuah binaan batu yang
besar,dan di dalamannya terdapat Makam
Sultan Abdul Samad.Di luar bangunan itu pula
terdapat beberapa perkuburan ,terutama nya
pusara kerabat diraja seperti Yang Mulia Raja
Kahar,Tengku Maharum, dan Raja Muda Musa,
yang mangkat pada tahun 1884. Terdapat juga
pusara makam Tengku Berkat [ Raja Saman]

bin Raja Hussein ,Tengku panglima Raja Selangor
yang mangkat pada 1887.








Penulis sedekah '' al-fatihah'' buat aruah 












Nisan aruah raja Berkat
























Makam Raja Berkat @Raja Mohd.Saman
Bin Raja Hussein
Tengku Panglima Raja Selangor
Mangkat 1887
















































































































JUGRA @ MASJID SULTAN ALAUDDIN

MASJID BANDAR  BERSEJARAH.

Gambaran dari luar Masjid Sultan Alaeddin


Masjid ini masih kukuh ,dan digunakan sebagai
tempat ibadat penduduk Kampung Bandar.
G.L.Peet ,yang mengambil gambar masjid ini
kira -kira 50 tahun yang lampau menerangkan
bahawa masjid ini masih digunakan oleh Sultan
Sulaiman setiap hari jumaat.Kemungkinan ini
boleh diterima.


Mimbar masjid yang sempat dirakamkan
oleh penulis sendiri


Kemudiannya selepas kemangkatan baginda,
masjid ini hanya digunakan oleh penduduk
setempat.Walau bagaimanapun,kerana
kepentingan agama,dan kedudukannya agak
sesuai [ hampir dengan kebanyakan penduduk
Bandar],justeru ia tetap dipelihara dan dibaiki
dari masa kemasa.
Masjid yang didirikan lebih kurang pada
dasawarsa pertama abad ke -20 itu,nampaknya
terselamat dari dimakan kelapukan.
Sultan Ala-Uddin Sulaiman Syah,yang alim selalu
memberi khutbah di masjid -masjid di seluruh
negeri.Ini sebabnya masjid itu terus terpelihara
dengan dengan baik hingga hari ini.

DYMM  Sultan Alaeddin 

Pengiktirafan Jabatan Warisan Negara






















































Menara masjid




Mimbar masjid yang punyai keaslian pertukangan kayunya.

Rekabentuk panel siling kayu bermotif KETUHANAN  DAN AYAT -AYAT SUCI AL-QURAN



pandangan menuju ke Kiblat /Mimbar Masjid yang
punyai aura RUANG KETUHANAN