Friday, January 10, 2014
Saturday, January 4, 2014
Melihat dunia dari mata Burung
Tujuh puluh tiga pintu Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu - ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang hanya sampai tiga puluh
Oooh...Sang Algojo
Oooh...nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung Atau dari dalam tempurung Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan Peraturan mencipta kekalutan Di mana pula kau berdiri Di sini
Oooh...Sang Algojo Oooh....nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah / kisah sebenarnya
Berikan ku kesempatan akhir ini Lai lai lai lai lai lai
Tanya sama itu hud -hud Lang mensilang Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari
Thursday, January 2, 2014
Perjalanan ke Wilayah Utara [Hari ke-5]
24 Safar,1435H,Jumaat [27/12/2013]
Hari ini merupakan hari terakhir perjalanan kami ke Wilayah Utara.Selepas solat subuh ,mengemas barang dan bersarapan ,kami meneruskan perjalanan pulang ke Gombak.
Saya bercadang kepada family nak ke BERUAS dahulu [ Rujuk sejarah Kerajaan Beruas Lama,Perak ].
Selepas membelek peta manual /google map ,untuk ke BERUAS,perlu guna jalan lama CHANGKAT
JERING / MANJUNG...
10.00 pg Chek-out Hotel
10.20 pg Lalu BandarTaiping Lama terus keluar menuju ke Highway Utara Selatan.
10.40 pg Sampai Exit tol CHANGKAT JERING.
Dari sini menuju ke PEKAN BERUAS kena ikut jalan lama,sepanjang perjalanan kiri kanan
ada dusun buah -buahan ,kat tepi jalan ada penjaja rambutan,manggis dan durian...AGAK
MENCABAR ,sebab jalan kampung ...hujan pula makin lebat....akhirnya sampai juga kat
PEKAN BERUAS.
12.40tgh Sampai Pekan Beruas
Terus pusing -pusing Bandar,cari MUZIUM BERUAS..lepas tu cari MASJID nak solat
Jumaat.
1.00ptg - Solat jumaat kat MASJID AL -SAADAH
2.20 ptg
''JUMAAT TERAKHIR'' bagi tahun 2013...
Aku amat tertarik dengan tajuk dan kupasan KHATIB sewaktu baca KHUTBAH...PENUH
dengan nasihat,teguran dan peringatan .
02.30 ptg Lunch kat warong Pekan Beruas
03.00 ptg Masuk MUZIUM BERUAS
Pegawai bertugas beri penjelasan berkaitan semua artifak / bahan pameran kat Muzium tu...
03.30 ptg Kami bertolak pulang [ jangka sampai Gombak kul 7.00 malam ]
Dari PEKAN BERUAS kena ambil jalan ke SETIAWAN [ 30km]
Lepas tu masuk jalan Highway LUMUT / IPOH ,lalu beberapa bandar
1]Bandar Seri Iskandar [ Uitm Seri Iskandar ]
2]Pinggir Bandar Tronoh [ Universiti Petronas ]
3]Bandar Universiti
4]Batu Gajah [ Kalle's Castle ]
5]Bandar Gopeng
05.00 ptg Dari exit Bandar Gopeng terus masuk highway Utara Selatan menuju Kuala Lumpur.
05.20 ptg Singgah R&R Tapah [ Solat dan berehat sebentar ]
05.40 ptg Bertolak
07.00 mlm Sampai Gombak
'' ALLHAMDULILAH MAHA SUCI ALLAH SWT YANG MELINDUNGI
SEPANJANG PERJALANAN KAMI INI..''
Bersama family di Muzium Beruas . |
Meneruskan perjalanan pulang |
![]() |
Gambar lama sebelum ubahsuai |
![]() |
Selepas Ubahsuai |
Sejarah Kerajaan Gangga Negara
Pusat Kerajaan yang paling awal diketahui terletak
di kawasan yang meliputi Beruas dan Dinding pada
hari ini.Kerajaannya bergelar GANGGA NEGARA.
Kedudukan terletak dalam daerah Dinding [Manjung]
di kawasan selatan Gunung Bubu,arah timur Bukit
Segari di tepi tebing Sungai Dendang.
Terdapat berbagai versi tradisi lisan tentang asal -usul
kerajaan ini.
Versi 1
Pengasas kerajaan ini adalah Raja Ganji Sarjuna dari
Kedah.
Versi 2
Kerajaan GANGGA NEGARA ini bibuka oleh Raja
Khmers dari Kampuchea [ Kemboja]
Bukti kewujudan GANGGA NEGARA:
1]Penemuan Arca -arca Budha / Benda -benda purba..
2]Wujud di abad ke 5 @ 6 Masehi
3]Berpusat di BERUAS
![]() |
| Penemuan patung Purba |
hari ini.Kerajaannya bergelar GANGGA NEGARA.
Kedudukan terletak dalam daerah Dinding [Manjung]
di kawasan selatan Gunung Bubu,arah timur Bukit
Segari di tepi tebing Sungai Dendang.
Terdapat berbagai versi tradisi lisan tentang asal -usul
kerajaan ini.
Versi 1
Pengasas kerajaan ini adalah Raja Ganji Sarjuna dari
Kedah.
Versi 2
Kerajaan GANGGA NEGARA ini bibuka oleh Raja
Khmers dari Kampuchea [ Kemboja]
Bukti kewujudan GANGGA NEGARA:
1]Penemuan Arca -arca Budha / Benda -benda purba..
2]Wujud di abad ke 5 @ 6 Masehi
3]Berpusat di BERUAS
![]() |
| Pekan BERUAS |
![]() |
| Muzium BERUAS |
![]() |
| Peralatan tembikar |
![]() |
| Meriam asli |
![]() |
| Matawang ,Tampang dan Tima |
![]() |
| Batu giling |
Sejarah Kerajaan Beruas,Perak
Khazah Tidak Ternilai
LANANG,Beruas yang terletak kira -kira 48 km
dari Lumut ,Perak dibuka oleh Raja Acheh,iaitu
MALIK AL MANSUR pada kurun ke-15
selepas diusir dari istana kerana melakukan perbuatan
sumbang.
Selepas penat penat belayar akhirnya rombongan Malik
Al Mansur sampai dan berehat di bawah pokok yang
dikenali ''pokok beruas ''.Bermula dari sinilah Beruas
mendapat namanya.
Mengikut catatan sejarah ,di sini terletaknya pusat pentadbiran
dua kerajaan lama berusia ratusan tahun lalu,iaitu KERAJAAN
MELAYU BERUAS dan GANGGA NEGARA.
yang bertapak kira -kira 600 tahun lalu itu dipercayai telah wujud
lebih awal lagi daripada KERAJAAN MELAYU MELAKA.
~Srikandi
The Possessor of Black Mengkong
![]() |
| Kesan -kesan Peningalan yang di jumpai di BERUAS |
Makam Raja-raja Beruas
Lebih kurang 300 tahun sebelum kedatangan Sultan Muzaffar Syah I ke Perak,di sana ada raja-raja yang memerintah sekitar jajahan Beruas dan Manjung.
Ini kerajaan besar,siap dengan konsep 'city-state' dan sistem raja-raja.
Apabila sultan tiba di Perak,di Kampung Kota,Beruas telah bersemadi batu-batu nisan pemerintah-pemerintah Beruas dengan gaya ukiran yang tidak biasa.
Ia memiliki ukiran khas yang dilabel sebagai 'Batu Nisan Aceh'.Saya tidak selesa dengan term 'Aceh' sebab rekabentuk batu nisan ini sebenarnya adalah milik Pasai.
Sebenarnya,di sana ada hubungan antara Pasai dan Beruas.Raja-raja Beruas berkerabat dengan raja-raja Pasai.
Kerajaan Pasai adalah kerajaan Melayu tulen dengan memakai bahasa Melayu klasik yang menyumbangkan kepada lingua franca perdagangan lebih 500 tahun kemudian.Walaupun ia berlokasi di utara Sumatera,tepatnya di Aceh kini tetapi 'ruling class'-nya ialah raja-raja Melayu.Tidak seperti Kesultanan Aceh yang memakai bahasa Aceh walaupun masih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa diplomatik,perdagangan dan persuratan.
Ingat,Hikayat Raja-raja Pasai memakai Bahasa Melayu klasik.
Untuk ini,saya menggunakan Prasasti Minye Tujuh sebagai petunjuk dan 'bibliografi' yang amat berguna.Sebab apa?
Sebabnya saya nak 'relate' ia kepada Kedah dan Pasai itu.
Kedah,sebab di sana ada perkataan 'Bharubasa'.Ini adalah nama seorang raja di Segenting Kra.
Pasai,sebab batu nisan raja-raja Beruas memakai gaya yang sama dengan batu nisan Sultan Malikul Salih.
Ini dikuatkan dengan ayat:
"..empunya hak Kedah dan Pasai.."
'Batu Nisan Aceh' ini sebenarnya berasal dari Patani dengan raja dan ratu Patani memakai gaya yang sama ke atas pusara mereka.
Bharubasa>Kedah>Patani....
Ini membawa saya jauh ke dalam hutan belatara di Koh Ker,kerana Patani ini adalah kesinambungan dari Ligor dan Langkasuka.Ligor pula adalah negeri kardinal bagi Angkor.
Saya terus mengkaji dari Indravarman I hingga Yasovarman I dan juga raja ini,Isanavarman II yang dikatakan keturunan dari kerabat Sailendra.
Kemudian saya 'study' pula tentang kehidupan Jayavarman IV dan Suryavarman I,sebab kedua-dua mereka memiliki dan membangunkan satu gaya khas dalam senibina mereka.Dan gaya ini tidak diteruskan oleh pemerintah Khmer seterusnya.
Kenapa anak raja Ligor itu memakai gaya yang dirintis oleh Jayavarman IV yang bukan garis keturunan raja sebelumnya?
Saya sedar keanehan ini sejak membaca jurnal tentang senibina 'Batu Nisan Aceh' itu adalah peralihan senibina era Buddha kepada kesenian Islam.Kerajaan Pasai adalah kerajaan Islam terawal sejak merosotnya hegemoni Srivijaya.
Semua ini...petunjuk-petunjuk itu...berputar-putar bagaikan 'puzzle' yang memeningkan.
GAYA TERSEBUT BERASAL DARI MENGKONG LIGOR ITU.
Benda ni akan difahami jika anda melihat kepada salasilah raja-raja Beruas,Kedah dan Pasai dan mengapa pengukir batu bersurat Minye Tujuh itu meninggalkan beberapa 'clue' untuk kita.Batu bersurat itu bukanlah untuk lelaki,sepertimana makam Tok Soh dan ratu-ratu Patani.
Siapa yang faham akan tahu.
Kepada yang terlepas membaca tentang Seri Baniyan Selendang Delima,
Saya akan siapkan minijurnal tentang semua misteri ini dalam kempen "The Possessor of Black Mengkong" sebagai mukadimah Alter Terahsia Bangsa Melayu volume 5.0 "The Secret Key to Mount Ophir" di MistisFiles.
Jadi setakat ini tajuk-tajuknya ialah:
1) The Black Mengkong
2) Panca Persada: Rahsia Bakong dan Borobudur
3) The Tomb of Beruas Kings: The Secret of Prasat Kraham & Preah Vihear
2) Panca Persada: Rahsia Bakong dan Borobudur
3) The Tomb of Beruas Kings: The Secret of Prasat Kraham & Preah Vihear
Kepada yang belum akses ke MistisFiles,klik sini>>http://mistisfiles.historiansecret.com/?page_id=22
~Srikandi
The Possessor of Black Mengkong
Tok Temong
Tok Temong adalah susuk misteri Di Perak,setiap sultan di Perak akan menziarahi makamnya sebagai salah satu protokol dalam istiadat pertabalan mereka.
Sejarah Tok Temong direbut oleh pelbagai sukubangsa.Terdapat versi Bugis dimana dikaitkan dengan Daeng Sedili.Terdapat juga versi Aceh dan kononnya Tok Temong adalah seorang puteri Aceh bernama Puteri Badariah.Juga kononnya dari Rokan atau Siak kerana pengikut beliau berketurunan orang Tembusai.
Siapa Tok Temong?Mengapa setiap sultan kena 'pay homage' ke makam beliau setiap pertabalan mereka?
Kenapa dia ni penting sangat????
-Kononnya Tok Temong dihormati kerana menyerahkan wilayah Hulu Perak kepada sultan,jadi kenapa sultan-sultan Perak tak 'pay homage' sekali makam Tun Saban yang BAWA SULTAN ke Perak untuk dirajakan?
-Kenapa tak 'pay homage' sekali makam Maharaja Lambor dan raja-raja Di-Hilir (pembesar Hilir Perak) malah gelaran Raja Di-Hilir ni 'established' dalam sistem penggiliran.Ade ke yob jawatan Raja Di-Hulu?
-Kenapa tak 'pay homage' sekali makam-makam raja-raja Beruas yang batu nisan dia megah dengan ukiran 'batu Aceh' menunjukkan mereka berasal dari keturunan raja-raja Langkasuka-Kedah Tua yang lejen tu dan ini diiktiraf dalam Prasasti Minye Tujuh di Aceh sebagai 'empunya hak bagi Kedah dan Pasai'?
Sebab perjanjian Tok Temong dan sultan tu tak kuat.Ada sebab lain.
Baca di sini>> http://riwayatmelayu.blogspot.com/…/…/rahsia-tok-temong.html
~Srikandi
"The Possessor of Black Mengkong"
"The Possessor of Black Mengkong"
'Mengkong Kings' & 500 Tahun Sebelum Kesultanan Perak
Apa yang bakal saya ceritakan ini agak 'topsecret' dalam sejarah Perak,negeri penuh misteri.
Ia 'topsecret' sebab ada kaitan dengan 'bisikan' semasa pertabalan Kesultanan Perak ke XXXV.
Ia deal dengan apa yang digelar "The Mengkong Kings".
Saya telah ceritakan apakah sebenarnya Mengkong itu dalam status yang lepas.
Benda ni ada kaitan dengan suku orang Asli Nyah Kur di Thailand yang bahasanya adalah bahasa Mon Purba yang orang Mon hari ini tak bercakap lagi bahasa itu.
500 tahun sebelum Raja Muzaffar Syah I menyelusuri sungai Perak dan menemui salah seorang Mengkong di Lambor,Suryavarman I telah menakluki Dvaravati.
Akibatnya,ramai penduduk Dvaravati melarikan diri ke selatan atau ke barat negarakota tersebut.
Buat pengetahuan anda,Suryavarman I menang ke atas 2 lagi putera raja Melayu,Udayadityavarman I dan Jayaviravarman yang bersaing untuk takhta Angkor.Sebenarnya,ketiga-tiganya adalah dalam sistem penggiliran,mirip sistem negeri Perak.
Jayaviravarman,Udayadityavarman I dan bapa Suryavarman I iaitu Sujita,kesemuanya ialah saudara-mara iaitu datang dari kerabat raja Ligor.Asal-usul mereka ialah 'obraja' iaitu golongan jeneral tentera bagi Empayar Angkor dan posisi mereka ini berasal dari para hulubalang (special force/royal bodyguard) kepada Jayavarman II,pengasas Angkor.
Apa yang saya nak bagitau,Suryavarman I menang atas bantuan 'pihak Mengkong' yang menjadi pengikut beliau..Saya masih mengkaji suku mana.Jadi,Mengkong di Dvaravati tidak menyokong lobi Suryavarman I ke atas Angkor maka apabila anak raja Ligor itu naik takhta Angkor,Dvaravati ditakluki.Mengkong yang berada di sana melarikan diri dengan sukunya ke arah selatan;sejauh banjaran Titiwangsa.Yang tertinggal adalah Nyah Kur.
Setiap Mengkong;biasanya raja-raja atau panglima Melayu akan berundur apabila kalah berperang dengan diikuti oleh para pengikutnya dari kalangan orang Sakai dan Orang Bukit (hill-tribe) ini.
Ini adalah kisah raja-raja Melayu di darat,jika di laut,mengkong mereka adalah dari kalangan Orang Laut.
Mesti anda semua nak tau kenapa Sultan Perak kena ziarah Makam Tok Temong tu,ambil air dari tujuh sungai dan macam-macam lagi protokol.Semuanya ada cerita di sebaliknya dan ia dibuat semacam 'monumental act' atau nak memperingati sesuatu kejadian dulu-dulu.
Kepada yang terlepas pasal Mengkong ni,sila baca di sini:
Saya akan ulas rahsia Mengkong lebih lanjut di MistisFiles bersama artikel "Panca Persada: Rahsia Bakong & Borobudur"
Akses ke MistisFiles,klik sini>> http://mistisfiles.historiansecret.com/?page_id=22
~Srikandi
The Possessor of Black Mengkong
The Possessor of Black Mengkong
Subscribe to:
Posts (Atom)
















