MUKADIMAH
Cerita
‘Perang Sungai Manik’ pernah diterbitkan dalam 8 siri di blog ini pada bulan
Februari/Mac 2012. Oleh kerana ada pembaca dari Pulau Kalimantan yang membuat
pautan dalam Facebook beliau sejak dua hari yang lalu, dan jumlah yang membukaposting bersiri ini begitu ramai dan masih
belum reda, maka untuk memudahkan warga Banjar dari seberang mengikuti
sepenuhnya cerita keberanian Datuk Moyang mereka menentang gerila komunis di
Negeri Perak 70 tahun yang lalu (1945), maka dengan itu UPBB rangkumkan kesemua
8 siri dalam satu posting.
Selamat membaca……warga Banjar
Kalimantan.
——————————————————————————–
Cerita
di bawah ini adalah terjemahan dari cerita asal bertajuk “Sungai Manik
Bamandi Darah”.
Darah
Banjar yang mengalir pekat dalam tubuhku membuat aku rasa terpanggil untuk
menterjemah (tanpa kebenaran) cerita tersebut dengan harapan supaya anak-anak
Banjar hari ini – dan juga orang Melayu – dapat mengerti betapa suatu masa
dahulu suku kaum Banjar pernah bangkit menentang komunis dengan hanya
bersenjatakan parang (parang bungkol) tanpa perlu terpekik terlolong di
khalayak ramai menghunus dan mencium keris macam poli-tikus Melayu hari ini.
Walaupun
terdapat banyak blog yang memetik cerita hasil nukilan saudara Nilasakunta,
tapi masih belum ada (atau aku tak terjumpa) blog yang menterjemah keseluruhan
cerita tersebut. Oleh itu, berbekalkan pengetahuan Bahasa Banjar yang masih
dikira OK, aku cuba terjemahkan secara berperenggan (paragraph by
paragraph).
=============================================
Badan Ismail Rudo yang sudah tidak
berkaki dan bertangan menggelupur di atas titi dan sedang menunggu masa untuk
nyawa dan jasad berpisah – kedua belah kaki dan tangan Mail Rudo putus ditetak
parang ‘bungkol’ Utoh Putih. Air jernih yang mengalir deras di bawah titi
bertukar merah disirami darah. Maka tertawa besarlah ‘sangkala’ mendapat habuan
petang – darah dalam jantung adalah makanannya.
Begitulah adat orang berkelahi, salah
seorang pasti kecundang.
Selepas Asar, Mail Rudo pergi seorang
diri – menghembuskan nafas terakhir tanpa seorang pun yang sudi mendekatinya.
Sepucuk pistol .38 tanpa peluru masih berada di sisi jasad yang sudah kaku.
Ramai penduduk Bendang DO, parit 6,
Sungai Manik terdiri dari keluarga Banjar. Kehidupan mereka begitu daif,
terhimpit dan dihimpit oleh gerombolan komunis yang bermarkas di Sungai Tungko,
dan diketuai oleh Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang.
Pembunuh Mail Rudo, orang kuat Parti Komunis
Malaya (PKM) mesti ditangkap segera.
Utoh Putih, Banjar ‘Alai’ jati beranak
dua – anak bungsunya seorang bayi perempuan dan baru pandai berdiri-jatuh. Dia
menetap di Pekan Rabu, Parit 6, Sungai Manik. Oleh kerana warna kulitnya yang
tersangat cerah maka lekatlah gelaran Utuh Putih.
Arwah datuk (pencerita) dan Utuh Putih
adalah rakan karib yang sama hebat ilmu zahir dan batin.
Mail Rudo, Banjar Sungai Tungko, Sungai
Manik sudah lama menyertai PKM dalam bahagian risik. Selepas tentera Jepun
menyerah kalah, Mail Rudo ditugaskan mencari ahli baru dalam daerah Sungai
Manik. Disebabkan tidak ramai warga Banjar yang sudi menyertai perjuangan
komunis, maka akhirnya Mail Rudo terpaksa menggunakan kekerasan. Mereka yang
enggan akan menerima padah.
Saban hari ada saja penduduk kampung
yang ditangakap, tak kira muda ataupun tua. Disiksa, disembelih, disumbat dalam
guni hidup-hidup dan dibuang ke Sungai Perak, ditembak, disula, dan bermacam
lagi hukuman. Begitulah gerangan bila manusia (Mail Rudo) sudah ada kedudukan –
mudah lupa diri hingga hilang rasa kemanusiaan.
Pada masa itu bukan sedikit orang Banjar
dan orang Melayu yang menyokong perjuangan komunis. Malah ada juga orang Banjar
yang hebat ilmunya turut menjadi talibarut. Orang seperti itulah yang menjadi
duri dalam daging penduduk setempat. Oleh kerana terlau mengejar pangkat mereka
sanggup membunuh, membakar rumah dan memusnahkan harta benda bangsa sendiri.
Penduduk kampung yang takut menyertai perjuangan komunis secara aktif dipaksa
pula membayar yuran sebagai ahli PKM.
Kehidupan keluarga Banjar di Sungai
Manik semakin terhimpit. Ramai yang terpaksa berpindah ke penempatan Banjar di
seberang Sungai Kinta – ke Kampung Balun Bidai dan Kampung Gajah.
Waktu Zohor baru saja masuk. Alun air
bendang dihembus bayu membuat hati terasa rawan. Sambil memikul guni berisi
ubi, Utoh Putih melangkah cermat menuju titi untuk kembali ke rumah di Pekan
Rabu. Sebaik sahaja sampai di pangkal titi…..
“Dari mana gerangan ni ‘Toh, akhirnya
bertemu juga kita di sini ye?” entah dari mana munculnya si Mail Rudo,
tiba-tiba saja tercegat di tengah titi berpakaian seragam komunis, pistol dan
bayonet terselit di pinggang. Di wajahnya terpancar rasa kepuasan kerana dapat
bertemu dengan Utoh Putih yang sudah sekian lama dipujuknya supaya menyertai
PKM.
“Baru balik dari Cikus mencari ubi,
maafkan saya tuan, tumpang lalu” Utoh Putih menyahut penuh hormat.
“Kalau ia pun letaklah dulu guni ubi tu,
tak usah bergegas, apa yang nak dikejar, tak ke mana perginya rumah tu” garau
bunyi suara Mail Rudo. Antara rela dan terpaksa, Utoh Putih mematuhi perintah
‘tuan besar’ dan meletakkan guni ubi di atas titi. Begitu tegap susuk
tubuh dua orang anak Banjar yang berdiri di atas titi menghadap satu sama lain,
cumanya seorang berkulit cerah manakala seorang lagi kelihatan gelap.
“Mungkin petang ini pertemuan kita yang
terakhir, agaknya” si Mail Rudo menyambung bicara.
“Apa hajat, kenapa lain benar kata-kata
tuan besar?” si Utoh Putih yang menyambut bicara merasakan ada sesuatu yang tak
kena.
“Tak usah pura-pura tak tau, bagaimana
dengan janji kau dulu? Sampai hari ini aku masih menunggu kata putus” rungut
orang kuat PKM menempelak.
“Taklah Mail, aku tak nak ikut
perjuangan yang membinasakan bangsa, sedangkan perjuangan untuk mengisi perut
sendiri dan anak bini rasa dah tak tertanggung. Tidak…tidak sekali-kali” si
Utoh Putih menjawab tegas.
“Mak oi, keras benar hati kau ni
‘Toh…apa nak buat…kalau itulah pendirian kau, bersiap sedialah” merah padam
muka Mail Rudo kerana marah. Spontan tangan kanannya mencapai pistol di
pinggang dan mengacukan ke dada si Utoh Putih.
“Jangan, senjata jangan dibuat main Mail
ai…kita kan serumpun, tak kanlah kau tak ada belas kasihan. Ditakdirkan aku tak
ada, siapa yang nak menyara anak isteriku nanti…ampun tuan besar” si Utoh Putih
merayu minta simpati.
“Dam…” bunyi pistol memuntahkan peluru
sulung. Berasap baju buruk si Utoh Putih dihinggapi peluru, namun dia masih tak
berganjak, masih tegak berdiri. Keluarga Banjar berhampiran yang terkejut
melihat kejadian tak berani mendekati, masing-masing masuk ke rumah.
“Dam…dammmm…” sudah tiga das tembakan
dilepaskan oleh Mail Rudo namun peluru masih tak mampu menembusi kulit si Utoh
Putih.
“Bangsat betul, kebal rupanya kau
ye…tahani lagi nah” tengking orang kuat PKM. Tanpa disedari sudah enam das
tembakan dilepaskan dan pistolnya sudah kehabisan peluru. Sedang Mail
Rudo terkial-kial…..
“Labukkk…” ayunan parang bungkol yang
bergelar si Kandal Larap hinggap dipergelangan tangan kanan Mail Rudo,
membuatkan tangan itu putus serta merta.
“Labukkk…” giliran tangan kiri si Mail
Rudo untuk jatuh ke tanah. Utoh Putih meneruskan ayunan. Kali ini lutut kanan
Mail Rudo pula jadi mangsa parang bungkol Kandal Larap. Setelah putus kaki
kanan, maka terdamparlah Mail Rudo di atas titi. Si Utoh Putih semakin geram.
Tetakan terakhirnya membuat kaki kiri Mail Rudo bercerai dengan badan.
Guni yang berisi ubi diletakkan semual
ke bahu, dan Utoh Putih terus balik ke rumah meninggalkan Mail Rudo mengerang
kesakitan.
———————————————————————————-
Markas PKM di Sungai Tungko gempar
mendapat berita tentang pembunuhan Mail Rudo. Dengan bersenjatakan raifel MK5,
berduyun-duyun gerombolan komunis yang diketuai orang kanan mereka si Ah Pau
bergegas menghala ke Bendang DO, Parit 6, Sungai Manik.
“Ai yaa…kaki tangan semua kasi potong habit ka…manyak cilaka itu olang.”
bebel si Ah Pau apabila terpandang mayat Mail Rudo yang masih tabirangkang (terkangkang) di atas
titi. Tak seorang pun keluarga Banjar di
Bendang
DO yang berani tampil menunjukkan muka. Mereka hanya menyaksikan dari jendela
rumah masing-masing.
Hari
semakin larut petang, gerombolan komunis masih riuh berbincang sesama sendiri.
Entah apa yang mereka bincangkan tak seorang pun penduduk kampung yang
mengerti. Sejurus kemudian, kumpulan komunis itu pergi dari rumah ke rumah manggandah(mengetuk
kuat) dinding mengarahkan orang kampung, tua dan muda, berkumpul di hadapan
Pekan Rabu.
Seorang demi seorang di soal siasat
termasuklah Utoh Putih. Namun, keluarga Banjar sepakat berpura-pura tak kenal
siapa yang membunuh Mail Rudo. Akhirnya kepala komunis, si Ah Pau memberi kata
dua: Kalau pembunuh Mail Rudo tidak ditangkap, Bendang DO akan jadi padang
jarak padang tekukur.
Mayat
Mail Rudo ditayut (diikat)
dengan tali dan dikandar (galas)
dengan kayu panjang untuk dibawa pergi. Rasa maras (kesian)
pun ada melihat cara mayat diperlakukan – tak ubah seperti mengandar hasil
buruan babi hutan. Tak siapa yang tau ke mana mayat itu dibawa, ditanam atau
dibuang ke Sungai Perak. Kalau dibuang ke sungai pastinya ternganga luas
mulut sang kuradal (sang
buaya) mendapat habuan petang.
Warga
Banjar sepakat meminta Utoh Putih membawa isteri dan anak-anak meninggalkan
Bendang DO dengan segera. Maklum sajalah, muntung guri (mulut
tempayan) bolehdipisiti (ditutup
rapat), mulut manusia siapalah tau. Tapi apa pula kata empunya diri…!
“Cakada (tidak)
saudaraku. Untuk apa kalau aku seorang saja yang maharagu (menjaga)
anak dan isteri sedangkan kalian sabarataan (semua) terpaksa menanggung derita…aku tak akan
meninggalkan kampung ini. Tidak, tidak sekali-kali, apa nak jadi, jadilah.”
jenuh penduduk kampung memujuk namun Utoh Putih tetap dengan pendiriannya.
Sudah
tiga hari berlalu, Emoh sahabat karib Utoh Putih yang baru dapat berita segeramangunyur (menonong)
meninggalkan Balun Bidai menyeberang Sungai Kinta menuju ke Bendang DO untuk
menemui sahabat karibnya, kawan sehati, seperguruan dan samajuhara (jaguh).
Persahabatan mereka lebih akrab dari hubungan adik-beradik, dan tentunya Emoh
tak akan mahijaakan (membiarkan) sahabatnya keseorangan dalam
keadaan sedemikian.
“Pariannya
diako madam maninggalakan Bandang DO nih …….. Tia mati jua magun Moh ai……….ajal
wan maut bacara hudah di tantuakan, siapang nang kawa mahalang.” surung
pandiran Utoh Putih nang hanyar haja imbah bamakanan di rumah hidin malam
tutih.
“Pariannya (andainya)
aku madam (berhijrah)
meninggalkan Bendang DO, mati juga akhirnya, ajal maut sudah ditentukan, tak
siapa kawa (boleh)
menghalang.” Utoh Putih memulakan perbualan setelah selesai makan malam itu.
“Ai,
jangan begitu, apa pangrasa (resa)
kau ‘Toh?” tanya Emoh yang mula rasa tak sedap hati.
“Kada
ah….. kaluko ai,” jawab hidin handap.
“Tak lah, manalah tau,” jawabnya
ringkas.
Walau
dimapa gin si Emoh magun ham asa balisah napang pinda lain banar parangai
sahabat hidin nang sasain ambak bilang banyak mainggihakan pada malilit
pandiran. Sarajin amun lawas kada badapatan kadamia cakada bakakaringan gusi
palapauan tantan.
Walau
bagaimana pun, Emoh masih rasa gelisah kerana lain benar kelakuan sahabatnya
yang semakin ambak (pendiam), lebih bersikap mengiakan dari
merancakkan perbualan. Selalunya kalau lama tak berjumpa, tak kering gusi
mereka berbual.
Malam semakin larut namun dua orang
sahabat karib itu masih lagi belum tidur, masih ‘garunuman’ berbual.
“Moh,
andainya ajalku sampai, jangan bersusah payah membawa mayatku ke Balun Bidai,
kebumikan saja di sini. Tapi, jangan kau lupa membawa anak isteriku dan
serahkan kepada keluarganya di sana. Sepanjang kita bersahabat, kalau ada
terlebih terkurang, aku minta halal dunia akhirat. Engkau pula Moh, biarlah
disederhanakan manjuhara(kejaguhan). Berhati-hatilah memilih kawan. Satu
lagi…tapi jangan pula kau anggap aku menghalau…esok sebelum Zohor, aku minta
kau segera beredar dari rumahku, ke mana yang kau nak tuju, aku tak batangatan (melarang).
Tak ada apa-apalah, cuma aku rasa lebih selesa kalau bersendirian!”
Marigap (berderau
darah) si Emoh mendengar kata-kata sahabatnya, lantas bangun mendakap Utoh
Putih. Muntung bungkam (mulut terkunci) – tak sepatah kata pun yang
terucap antara mereka kecuali barubuian (deraian) air mata mengenangkan nasib yang bakal
menimpa. “Mungkin sudah sampai janji (ajal) saudaraku ini,” bisik hati kecil
Emoh.
Mereka terus berbual sampai ke subuh.
Ari
magun haja tatarauan, nang badua badangsanak hudaham tacugut di pinggir sumur
pamandian.
Dalam
remang (tatarauan) subuh,
kedua sahabat sudah tacugut (tercegat)
di tepi telaga mandi.
“Ayuha,
duduklah ‘Toh…..Bismillahirahmanirahim…..” Emoh membaca ayat mandi suci
sambil manguboiakan (menyiram)
air memandikan sahabatnya si Utoh Putih hingga selesai.
Api
di dapur barau (marak)
dengan isteri Utoh Putih sibuk menyediakan sarapan pagi. Kesian si isteri
kerana tak tau kisah dan hujung pangkal cerita. Pada pengamatannya,
bermandi-mandian di subuh hari sudah jadi kelaziman dua orang pendekar tersebut.
Bandang
DO hangat babandering mambari tanda pagi baugah tangahari sampai am hudah
kutika badua badangsanak kana bapisah. Salah saikung tapaksa mamingkuti janji.
Panas
semakin terik di Bendang DO sebagai tanda pagi sudah baugah (beralih)
ke tengahari. Maka tibalah saatnya untuk kedua sahabat itu berpisah. Salah
seorang terpaksamamingkuti (memegang)
janji.
“Jangan lupa pesan guru kita wahai
saudaraku, walau nyawa sudah berada di hujung, jangan sekali-kali kau lupa….”
pesan Emoh kepada Utoh Putih. Kedua sahabat berpelukan untuk kali terakhir.
“(Barilaan) kita dunia akhirat.” dengan
kata-kata itu, Emoh terus menonong meninggalkan sahabatnya si Utoh Putih tanpa
menoleh lagi ke belakang. Ke mana gerangan tujuannya, tak siapa pun tahu.
NOTA KAKI:
Perkataan dan paragraph dalam warna
biru adalah perkataan Banjar.
Maksud “Barilaan” ialah “Maaf zahir batin dan halalkan termakan
terminum”
——————————————————————————–
Selepas
solat Zohor tengahari itu, kelopak mata Utoh Putih terasa berat kerana tak
tidur semalaman. Anak bungsunya sudah marinuk (merengkok) terlena di tepi lulungkang(jendela)
anjung rumah. Hembusan bayu Bendang DO terasa dingin. Tak lama setelah Utoh
Putih merebahkan badan di sebelah anaknya, dia pun turut terlena.
Hari
semakin menghampiri petang. Entah kenapa gerangan hari ini Bendang DO sunyi
sepi. Tak seorang pun yang kelihatan gagaliwalak (mundar mandir) di luar rumah seperti hari-hari
biasa. Agaknya mereka sengaja mendiamkan diri dalam rumah, masih terkejut
dengan kematian Mail Rudo dan kata-dua komunis, atau sedang menghitung hari
kerana tempoh seminggu yang diberikan PKM semakin hampir.
Tanpa
disedari enam ikung (orang)
komunis sedang karayapan (merayap) mamaraki(menghampiri) rumah Utoh Putih. Kabujuran (kebetulan)
pula, isteri dan anak sulungnya tidak ada di rumah kerana pergi maunjun (mengail)
ikan puyu bersama kawan-kawan. Dengan menatang raifel MK5, gerombolan komunis
terjingkit-jingkit menjenguk setiap jendela rumah. Sebaik terpandang Utoh Putih
yang sedang lena, tanpa membuang masapalumpongan (muncung)
MK5 diacukan ke kepala dari luar jendela.
“Dahui…dahui…dahui…”
tiga kali muncung raifel memuntahkan pilur (peluru). Kerana sudah sampai waktunya – sampai
ajal – kekebalan Utoh Putih berakhir. Tak sedikit pun yang tinggal. Mangarabuak (menggelegak) darah dalam jantung keluar menerusi
ruang-ruang terbuka di kepala. Mujur juga anak kecilnya tidak
diapa-apakan. Kuciak papar(menjerit sakan) si anak yang terkejut, bakayukut (merangkak-tiarap)
mendakap bapanya yang sudah tidak bernyawa lagi.
Galahakan (berdekah-dekah) ketawa gerombolan komunis
kerana puas dapat membalas kematian Mail Rudo. Selepas itu mereka terus balik
meninggalkan Pekan Rabu, Bendang DO menghala ke Sungai Tungko.
Si
Emoh yang sedang dalam perjalanan menghala ke Bendang DO manggisit (hampir)terserempak dengan kumpulan PKM yang masih
terbahak-bahak kegembiraan. Mujur juga dia ternampak mereka lebih dahulu,
lantas melompat manyungkupakan(menyembunyikan) diri ke padang tagah (dalam
semak). Parang bungkol yang bergelar “si Buruk” sedia tergenggam di tangan.
Andai ketemuan, tak taulah apa yang akan terjadi. Mujur juga dia masih lagi
dilindungi Allah, dan tak seorang pun ahli komunis tersebut dapat melihatnya.
Barubuian (bercucuran)
air mata Emoh terkenang sahabatnya si Utoh Putih. “Mungkin dah tak ada lagi
saudaraku ini” bisik hati kecilnya. Belum pun jauh kumpulan komunis itu
berlalu, Emoh bingkas dan bukah mancicing (pantas berlari) maranduk (meredah) pinggir bendang menghala ke rumah Utoh Putih
yang sudah mula barumbung (ramai) orang.
“Ayuha,
pergilah dulu wahai saudaraku kerana bila sudah sampai masanya, tidak siapa
dapat menghalang” bisik Emoh ketika terpandang jenazah si Utoh Putih. Barataan(semuanya)
warga Banjar di Bendang DO batarukuian (sepakat) untuk menyempurnakan jenazah petang
itu juga. Dalam keadaan serba kekurangan kerana darurat, pengkebumian
berlarutan sampai ke malam.
Han
napa tia bujur, “amun muntung guri wadi hingkat disumpali dipisiti. Muntung
manusia siapang nang hingkat manduga”, tantu banar ah hudah ada nang anju
ataran, tida di manang bubuhan PKM tutih tahu pada si Utoh Putih nang ampunya
angkara!
Betapa
benarnya kata-kata “kalau mulut tempayan pekasam boleh disumpali (disumbat)dipisiti (ketat),
mulut manusia siapa yang dapat menduga”. Tentu ada yang anju ataran(celupar)
kalau tidak masakan PKM tahu Utoh Putih yang empunya angkara.
Mangkining (mengerlit) kilauan parang bungkol si Kandal
Larap yang sudah tidakbapagustian (bertuan) tersangkut di tawing (dinding). Sambil mengusap mata parang bungkol
peninggalan sahabat karibnya, hati Emoh berkata “Satu ketika nanti akan ku
mandikan si Kandal Larap dengan darah seteru haram jadah…”
Parang Bungkul si “Burok” pusaka peninggalan Emoh yang
tersimpan rapi dalam jagaan empunya cerita
————————————————————————————
Sudah seminggu berlalu, mujurlah tidak
ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku di Bendang DO. Pun begitu,
keluarga Banjar yang berada di situ masih curiga kerana maklum sajalah janji
komunis tak boleh dipercaya. Dalam diam, kerabat PKM sudah membina sebuah
markas kecil kira-kira satu kilometer dari Bendang DO dengan tujuan mengawasi
dan berkempen kononya tak siapa pun yang boleh memerdekakan Tanah Melayu selain
dari PKM.
Ramai jugalah orang Melayu dan Banjar
yang mula terpengaruh diresapi dakyah komunis hingga ada yang sanggup menyertai
kumpulan bersenjata, manakala yang penakut atau berani-berani lalat pula
memadailah sekadar menjadi mata dan telinga mereka.
Markas PKM di Bendang DO tak mendapat
sambutan langsung. Perjuangan apa gerangan kalau caranya lebih teruk dari
pemerintahan Jepun. Begitulah agaknya tanggapan warga Banjar seluruh Bendang DO
– geram benar gamaknya.
No comments:
Post a Comment