Showing posts with label Kisah pahang. Show all posts
Showing posts with label Kisah pahang. Show all posts

Sunday, August 23, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ Siri 9 ]

Tanggal 23 hb.Ogos 2015

Dah hampir seminggu ,selepas berjumpa sedara -sedara
Apak yang masih ade di Sabak Bernam...Aku teringat
kata -kata Pak Alang [ Ustaq Suradi Sidam]..''.ade sorang
ustazah di Sabak Bernam ade menyimpan nama salasilah
keturunan Tok Saman ni "..


''Hubung kait tu...kena jumpa Ustazah Kamariah ni...''kata
Pak Alang.Lagi satu Pak Alang ade dapat petanda mimpi..
Dalam mimpinye..datang sorang lelaki Alim...kata lelaki tu
''Cari keturunan keluarga kamu,mereka [ keturunan] berasal
dari golongan yang baik -baik ,maka carilah keturunan kamu".


Abang Halim pun ade mengalami petanda macam ni...katanye
sebelum bulan puasa tahun ni ,masa waktu rehat kat UTM
jalan Gurney,Kuala Lumpur muncul seorang lelaki Alim dan
bersalam dengan dia...lepas seketika lelaki tu kata kat Abang
Lim '' Keturunan Bapa kamu dari orang baik -baik,cari lah
keturunan kamu tu.''....Lepas tu lelaki tu hilangkan diri..
Kisah petanda abang lim ni ,aku dah bagitau kat Pak Alang..
Dia pun terkejut...sebab jalan cerita nye sama....cuba beza dia
mengalami dalam ''Mimpi''..,manakala abang lim ''Realiti ''..
Mungkin ade yang tersurat dalam kisah yang mereka berdua
alami....

Suliman bin  Saman /Tok Riman [1908 - 1978]
Haji Ahmad bin Saman/Tok Long [1924 -2015 ]
Sitan bin Sulaiman /Apak [1943 -2007]
Mohd .Suradi bin Sidam/Pak Alang [ 1945 -kini ]
Halim bin Stan [1957 - kini ]

Menurut abang lim,orang alim tu...perwatakannye...
1]Struktur badannye sederhana tinggi.
2]Wajah nye muda [ Anggaran bawah 50an]
3]Tubuh badan berisi...
4]Ade misai...
5]Berjanggut....
6]Nampak Warak Orangnye..
7]Tidak Bersongkok / Berserban...
8]Mesej sama ''cari keturunan kamu,orang baik -baik''


Menurut Pak Alang dalam mimpinye...
1]Wajah lelaki tu samar -samar
2]Berbaju putih.
3]Muka putih berbentuk panjang..
4]Bersongkok Hitam...
5]Mesej sama ''cari keturunan kamu,orang baik -baik ''


Segala yang terjadi...ade hikmah nye..InsyaAllah...jawapannye pasti muncul...Hanya Allah swt sahaja mengetahui...





Wednesday, June 10, 2015

Perjalanan ke Selatan [ laluan sungai Pahang,Melaka,N9,Johor]

Sistem Perhubungan Awal Di Negeri Pahang[sunting | sunting sumber]

Pada zaman dahulu di Negeri Pahang Darul Makmur sungai-sungai seperti Sungai Pahang, Sungai Kuantan, Sungai Bebar, Sungai Rompin, Sungai Endau, Sungai Tembeling,Sungai Jelai, Sungai Semantan dan cawangan-cawangan sungai itu serta beberapa buah sungai kecil yang lain telah digunakan sebagai jalan perhubungan. Begitu juga perhubungan antara Negeri Pahang Darul Makmur dan negeri-negeri lain di sekitarnya. Orang yang hendak pergi ke Kelantan ikut Sungai Tanum anak Sungai Jelai atau ikutSungai Sat dan Sungai Sepia, kedua-duanya anak Sungai Tembeling. Sungai Sepia itu boleh juga digunakan jika hendak pergi ke Negeri Terengganu. Perhubungan dengan Negeri Perak dihubungi oleh jalan-jalan yang lebih sukar iaitu ikut Sungai Bertam dan Sungai Lipis. Kedua-duanya adalah anak Sungai Jelai. Perhubungan dengan Negeri Selangor pula melalui Sungai Semantan dan cawangannya.
Jalan yang utama digunakan oleh orang pada zaman dahulu ialah jalan yang menghubungkan Negeri Pahang Darul Makmur dengan daerah-daerah di Hulu Muar dan Negeri Melaka. Jalan ini dari Negeri Pahang Darul Makmur ikut (mudik) Sungai Pahang; kemudian masuk ke sebuah anak Sungai Pahang yang bernama Sungai Bera, selepas itu ikut pula sebuah anak Sungai Bera bernama Sungai Serting. Pada suatu tempat di hulu Sungai Serting, naik ke darat sejauh tiga ratus ela, masuk pula Sungai Jempol, menghilir Sungai Jempol dan masuk ke Sungai Muar. Dari Muar bolehlah pergi ke Melaka dan tempat-tempat lain di barat Semenanjung Malaysia. Jalan inilah yang telah diikuti oleh Sultan Mahmud Shah Melaka dan putera baginda Sultan Ahmad setelah ia dikalahkan oleh orang-orang Portugis di Pagoh dan Bentayan (Kuala Muar) pada akhir tahun 1511. Jalan ini juga yang digunakan oleh Sultan Ali (putera Sultan Husain Shah Singapura) dari Kampung Umbai, Melaka yang pergi berjumpa Bendahara Wan Ahmad di Pahang (Pekan) pada tahun 1863.
Manuel Godinho de ErĂ©dia, seorang pengarang dan pegawai Portugis di Melaka (tahun 1613) menyatakan: "Dari Melaka jalan menempuh Penarikan itu boleh sampai ke Pahang(dan sebaliknya), hanya enam hari perjalanan".
Perahu jalak telah digunakan bukan sahaja membawa kargo dan barang-barang tetapi juga untuk membawa penumpang. Jalak boleh memuatkan dua belas penumpang dan lebih kurang 15 tan kargo. Dari Kuantan ke Kuala Pahang sewa yang dikenakan untuk satu perjalanan ialah $25.00. Syarikat Lombong Bijih Timah Sungai Lembing (PCCL) telah memulakan perkhidmatan harian antara bandar Kuantan dan Pasir Kemudi. Dari Pasir Kemudi penumpang dan kargo dibawa dengan keretapi ke Sungai Lembing.
Sebelum siap jalanraya dari Jerantut ke Kuantan, pegawai di Ulu Pahang yang hendak ke Kuantan akan menggunakan perahu atau rakit menghilir Sungai Pahang atau untuk pergi ke Pekan.
Setelah beberapa tahun kerajaan Inggeris mentadbir Pahang, usaha membina jalanraya pun dimulakan. Pada penghujung tahun 1910 jalan sepanjang 18 batu dari Kuantan menuju Ulu Pahang siap dibuka kepada orang ramai. Feri mula dibuka dan digunakan oleh orang ramai pada 5 September 1910 di Kuantan. Dalam tahun 1918 jalan raya Jerantut-Kuantan dapat dihubung terus ke Kuala Lipis. Hujung tahun 1933, jalan raya dari Pekan ke Kuantan dibuka dengan rasminya. Kemudahan perhubungan negeri ini terus maju dengan banyaknya pembinaan jalan raya, jambatan dan lapangan terbang serta pelabuhan. Kesemuanya ini dapat memendek dan memudahkan perjalanan serta perhubungan antara satu tempat dengan satu tempat di Negeri Pahang Darul Makmur di Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura di sebelah selatan dan Thailand di sebelah utara.