Wednesday, June 10, 2015

Jalan Penarikan [ Jalan tertua di Malaysia]

selatan


ARKIB : 05/07/2008

Penarikan laluan penuh sejarah

Shamsuddin Ahmad (dua dari kiri) menyusuri Jalan Penarikan ketika melakukan penyelidikan di daerah Jempol, Negeri Sembilan, baru-baru ini.


JEMPOL 4 Julai - Jalan Penarikan mungkin antara lokasi pelancongan bersejarah yang tidak terkenal jika hendak dibandingkan dengan mana-mana tempat sejarah yang lain di negara ini.
Disebabkan kedudukannya jauh di pedalaman daerah ini, tidak ramai menyedari bahawa Jalan Penarikan merupakan laluan utama pedagang ketika zaman Kerajaan Langkasuka.
Kerajaan tersebut yang berkembang pada abad pertama masihi mempunyai kaitan rapat dengan Laluan Sutera yang merentasi pantai barat Semenanjung ke pantai timur satu ketika dahulu.
Pengarah Muzium Negeri, Drs. Shamsuddin Ahmad berkata, Jalan Penarikan merupakan laluan darat tertua yang diketahui di Semenanjung dan sebahagiannya terletak di antara Sungai Jempol dan Sungai Serting.
Beliau menyifatkan kawasan yang dikenali sebagai Londar Siam ini merupakan khazanah sejarah dan warisan bangsa yang perlu dipelihara supaya ia tidak luput dek perkembangan zaman.
''Sejarah mengenai Jalan Penarikan ini tidak dapat diketahui secara tepat memandangkan tiada catatan khusus mengenainya.
''Bagaimanapun jalan ini mula digunakan pedagang dari kerajaan pantai timur Sumatera dan pantai barat Semenanjung untuk ke pantai timur negara ini.
''Ia juga lokasi terpenting sebagai jalan pergerakan ketenteraan dan pengembangan agama Buddha pada zaman kerajaan Langkasuka dan kerajaan Srivijaya pada abad keenam hingga ke-13 Masihi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Difahamkan, pada abad ke-13 dan ke-14, pedagang yang mahu ke Jalan Penarikan perlu mudik ke Sungai Muar (jika dari pantai barat), kemudian Sungai Jempol hingga ke pangkalan di Kampung Bukit Laka, Bahau.
Dari pangkalan berkenaan, perahu atau jong iaitu kapal besar akan ditarik melintasi darat ke pangkalan yang terletak di Sungai Serting.
''Dari situ, jong ini akan menghilir Sungai Serting untuk masuk ke Sungai Bera dan akhir sekali ke Sungai Pahang untuk sampai ke kuala iaitu di bandar Pekan, Pahang ketika ini," ujarnya.
Kawasan ini juga pernah dijadikan sebagai laluan pemerintah kerajaan Melaka terakhir Sultan Mahmud Shah untuk berundur ke Pahang setelah diserang Portugis.
Katanya, terdapat penemuan menakjubkan di kawasan itu apabila tapak surau dan bekas kubur lama ditemui di beberapa tempat sekali gus menjadi bukti kedatangan pedagang di sepanjang jalan tersebut.
''Kita juga menemui beberapa bukti kedatangan pedagang ke sini berdasarkan penemuan seperti tapak surau dan bekas makam yang batu nisannya mempunyai ciri dan pengaruh Sumatera di beberapa buah tempat di sekitar kawasan ini.
''Kita tidak menemui artifak namun beberapa batu yang dipercayai digunakan sebagai tempat mengambil wuduk dan pengalas tiang pelantar surau, menyokong fakta yang tapak berkenaan merupakan bekas surau yang dibina sekitar tahun 1700 Masihi," ujarnya.
Menurut Drs. Shamsuddin, Jalan Penarikan mula tidak dijalankan apabila penjajah Inggeris membina landasan kereta api menghubungkan Bahau dengan Kuala Lipis dan beberapa kawasan pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm#ixzz3cgeYb3iz 
© Utusan Melayu (M) Bhd                    http://202.185.40.214/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00667.pdf


Wednesday, March 26, 2008


Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam?

Alhamdulillah, komputer di sebuah Cyber- Cafe di Dungun yang sedang digunakan ini tidak bermasalah sepertimana komputer semalam di Kemaman ketika membuat posting bertajuk Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! . Maka cerita pun dapat disambung dengan lebih selesa melaluiposting baru dan terbaru ini, yang menyerlahkan baki gambar-gambar dalam posting semalam yang belum sempat dihuraikan... Dan Insyaallah, cerita ini juga dapat disambung dengan satu kisah mimpi yang berlaku lebih 10 tahun lalu, sebuah mimpi lama yang rasanya ingin menyatakan sesuatu tentang Jalan Penarikan... (Dan kemudian timbul cerita hantu Siam pula...) Silakan! :]


OK... Bersambung terus daripada cerita terakhir yang sempat disiarkan dalam posting Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! semalam...

Semalam, saya sempat menerangkan tentang apa itu Jalan Penarikan serta Sungai Pertemuan dengan menggunakan sedutan berkenaan daripadawebsite http://bahau.com.my/ . Maka biar saya ceritakan mengenai sebuah mimpi yang berlaku lama dahulu, tidak pasti bila tetapi ia memang berlaku lebih 10 tahun lalu... Di ketika saya masih belum tergerak untuk mencari salasilah dan wasilah keluarga, belum lagi berminat untuk mengkaji sejarah bangsa Melayu dan Islam lalu belum lagi tahu langsung dan tidak pernah mendengar tentang kewujudan sebuah tempat yang dinamakan Jalan Penarikan.
Hmm... Elok juga jika cerita mimpi lebih 10 tahun ini dihuraikan seraya diselang-selikan dengan pengamalan nyata menyusuri Jalan Penarikan yang dibuat pagi Jumaat lalu ya... Sebelum itu, perhatikan gambar makam di bawah ini...

Oh... Lupa pula... Di atas ialah gambar pintu gerbang masuk ke Kampung Jambu Lapan. Saya pun berjalan melepasinya... Sekitar 500 meter kemudian, sampailah ke kawasan pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol...



Sebelum sampai ke kawasan yang juga dikenali sebagai Sungai Pertemuan ini, kelihatan sebuah makam tunggal yang agak menonjol di sebelah pintu masuk kawasan...


Tertera nama pemiliknya yang dikatakan seorang ulamak dan panglima, dikenali dengan nama Shah Pedang... Tetapi penduduk sini memanggilnya sebagai Datuk Sempedang...

Katanya, Datuk Sempedang telah mengetuai kedatangan 9 buah keluarga daripada Pasai (dalam wilayah Aceh sekarang) untuk membuka penempatan baru di kawasan ini, sebelum kemunculan keSultanan Melaka lagi... Lalu mereka dikatakan sebagai kelompok pertama yang tahu tentang kewujudan Jalan Penarikan yang boleh memotong perjalanan daripada Pantai Barat Semenanjung ke Pantai Timur dan sebaliknya... Dan mereka juga memperkenalkannya kepada para pedagang Arab yang sering datang ke Melaka sehingga laluan ini jadi terkenal zaman-berzaman. Ini sedikit cerita tentangnya, diambil daripada http://bahau.com.my/


Terdapat juga beberapa misteri yang terjadi di kawasan ini. Datuk Sempedang yang mengetuai rombongan orang-orang Pasai sewaktu tiba di tempat ini adalah seorang yang warak. Sewaktu Datuk Sempedang meninggal dunia, dia dikebumikan di kawasan Sg Pertemuan. Sewaktu banjir besar yang terjadi pada tahun 1971, kawasan kubur ini dikatakan tidak lansung dimasuki air sedangkan ianya terletak berhampiran kawasan sungai. Penduduk di kawasan ini mengatakan tiada lansung kesan air mahupun sampah-sarap yang kelihatan. Perkara ini turut disaksikan oleh Wakil Rakyat pada waktu itu iaitu Tuan Haji Khatib dan juga guru Sekolah Menengah Rendah Jempol Tuan Hj Ismail. Selepas habis cerita mengenai banjir tersebut, terdapat satu projek mengambil pasir di kuala Sungai Jempol. Untuk menjayakan projek itu, mereka terpaksa lalu di atas kubur Datuk Sempedang. Namun begitu perjalanan mereka sering mengalami masalah sebaik sahaja mereka memasuki kawasan kubur tersebut. Pada awalnya enjin bulldozer tersebut tiba-tiba sahaja mati. Sebaik sahaja ia berjaya dihidupkan, bulldozer tersebut tidak bergerak, malahan ia bagaikan terbenam di dalam tanah. Kemudiannya sebuah lori penarik dihantar untuk menarik bulldozer tersebut. Namun begitu nasib lori tersebut juga sama seperti bulldozer tersebut. Lori itu bukan sahaja tidak mampu menarik bulldozer tersebut, malahan ia juga tidak mampu bergerak. Akhirnya mereka terpaksa membatalkan projek tersebut dan tidak pernah datang lagi ke tempat tersebut. Perkara ini diceritakan sendiri oleh pemandu bulldozer tersebut yang berbangsa Cina. Tidak lama kemudian kerajaan telah membina sebuah pam air berhampiran kawasan kubur itu hinggalah sekarang.



Ini adalah gambar tugu peringatan dan papan kenyataan yang menandakan kawasan pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol, telah saya letakkan dalam sebuah posting di blogspot BERPETUALANG KE ACEHdengan tajuk Where Muar river meets Jempol in Negeri Sembilan...semalam... Pada mulanya, saya tidak mahu meletakkan lagi gambar-gambar yang telah digunakan dalam posting itu untuk posting Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! Tetapi tadi timbul rasa, elok juga diletakkan gambar ini di sini untuk memudahkan penceritaan.

Untuk melihat banyak lagi gambar berkaitan pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri, silalah klikWhere Muar river meets Jempol in Negeri Sembilan... ya! Untuk mendapat lagi gambaran akan betapa pentingnya laluan ini dalam sejarah Melayu lama, biar saya copy and paste sedutan ini pula daripadahttp://bahau.com.my/


Jalan Penarikan juga pernah menyaksikan pelbagai peristiwa menarik antaranya ialah kisah Hang Tuah yang melarikan Tun Teja Ratna Benggala iaitu anak bendahara Pahang yang telahpun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu. Selain itu sewaktu penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511, Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mansur Shah telah membawa kerabat di raja menggunakan jalan ini untuk melarikan diri ke Pahang. Dengan penaklukan Portugis ke atas Melaka, maka berakhirlah empayar dan juga kegemilangan kesultanan Melaka.


OK. Nampaknya ada sedikit kesilapan fakta pada sedutan. Sultan Melaka yang membawa kerabat ke Pahang itu sepatutnya ditulis Sultan Mahmud Shah, bukan Sultan Mansur Shah. Tapi tak mengapa le. Yang penting faham cerita, faham pentingnya kedudukan Jalan Penarikan sebagai jalan perhubungan timur dan barat Semenanjung...


Setelah puas melihat kawasan pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol daripada setiap sudut yang dapat, baru saya berjalan kaki untuk menyusuri Sungai Jempol pula... Supaya dapat menemukan Jalan Penarikan di mana ia akan menemui Sungai Serting. Untuk itu, saya perlu melalui kawasan ladang kelapa sawit yang kelihatan dalam gambar atas. Di sebelah kanan, luar daripada gambar berliku Sungai Jempol menghala ke utara iaitu arah saya menghadap. Maka di sini, bolehlah dimulakan cerita tentang mimpi yang berlaku lebih 10 tahun lalu...


Jambatan menyeberangi Sungai Jempol di jalan utama Kuala Pilah ke Bahau...

Adapun sepanjang hidup, saya telah berpuluh kali bermimpi melihat Sungai Muar atau sungai besar serupa Sungai Muar di bahagian kuala... Mungkin kerana saya membesar di kawasan itu? Pada satu malam, saya bermimpi menaiki perahu seorang diri menghulu Sungai Muar... Daripada kawasan kuala yang melebar sehingga 1km, saya melepasi kawasan dekat bandar Muar di mana sungainya lebar sekitar 300 meter dan mula masuk kawasan berliku tetapi sungai masih lebar sekitar itu sehingga beberapa ketika... Sampai satu masa, sungai itu semakin mengecil dan saya semakin jauh ke hulu... Perjalanan menghulu sungai mula membawa kepada kawasan hutan tebal... Ada bahagian sungai yang kelihatan berjeram...



Daripada jambatan menyeberangi Sungai Jempol tadi boleh kelihatan masjid utama di sekitar ini... Di masjid itulah saya menginap seorang diri malam Jumaat itu...

Apa hendak dihairankan? Sedangkan malam itu sendiri saya sudah masuk seorang diri jauh ke dalam Kampung Jambu Lapan kerana tidak sabar mahu melihat pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol. Apa nak buat, saya sampai di sini daripada Seremban selepas jam 8 malam... Makan malam di sebuah kedai kemudian mandi dan bersolat di masjid ini dan pada awalnya berfikir mahu berehat sahaja kerana badan kurang sihat, lagi penat akibat pengembaraan yang turut memerlukan banyak jalan kaki... Tetapi ternyata, saya tidak boleh duduk diam, lalu sanggup berjalan hampir jam 10 malam untuk mencari kawasan pertemuan sungai.

Di kawasan pertemuan itu, terjumpa 2 orang warga tempatan sedang memancing ikan. Kami pun berkenalan dan apabila mendapat tahu saya berminat tentang sejarah tempatan, seorang daripada mereka telah menalifon ketua kampung agar datang ke situ lalu membuka cerita!

Banyak juga cerita yang saya dapat, cerita yang menunjukkan sejarah Negeri Sembilan yang jauh lebih awal daripada diketahui umum... Kerana umum sering disogokkan dengan sejarah berkaitan Adat Minang dan Pagar-Ruyung akibat kerabat diraja yang memerintah berasal daripada Tanah Minang sejak abad ke 18 Masihi... Sedangkan menurutnya, cerita Datuk Sempedang dan orang-orang daripada Pasai berlaku sekitar abad ke 10 hingga 12 Masihi, sekurang-kurangnya 600 tahun lebih awal daripada penglibatan Pagar Ruyung di sini!

Pada malam itu juga, sekitar jam 1 pagi, pada malam Jumaat, saya berjalan seorang diri melepasi Istana Serting untuk masuk ke kawasan perumahan bersebelahan semata-mata untuk melihat Sungai Serting! Di hadapan istana, terdapat sebuah tanah perkuburan yang sederhana besar. Selepas melihat Sungai Serting, sekali lagi saya berjalan melepasi tanah perkuburan untuk melihat apa yang ada di jalan menghala ke Batu Kikir... Setelah puas berjalan, adalah juga 1-2 km melepasi istana, saya berpatah-balik untuk kembali ke masjid melalui tanah perkuburan...

Sebaik mendekati tanah perkuburan, saya ternampak seorang lelaki berseluar jingga (dalam cahaya samar-samar lampu di jalanan, saya rasa seluarnya berwarna jingga) tanpa baju duduk seorang diri di pondok hadapan tanah perkuburan... Tersentak juga saya tetapi saya menolak tepi apa-apa rasa yang bukan-bukan... Kalau bukan manusia pun, saya bukannya hendak mengacau atau mencari gaduh... Maka itu sebaik sahaja sampai ke pondok, saya pun memberikan salam...


Sungai Jempol boleh kelihatan terang daripada tepian kawasan dalam masjid...

Saya memberikan salam kepada lelaki berseluar jingga tanpa baju yang duduk di dalam pondok tanpa dinding di hadapan tanah perkuburan... Lelaki itu tidak menjawab, sekadar memandang saya dengan muka yang kurang senang... Kemudian dia bercakap seorang diri dalam satu bahasa yang saya langsung tidak faham... Orang gila ke hapa dia ni? Ah... Biarkanlah, asalkan bahagia...

Saya pun meneruskan perjalanan ke masjid. Kita lupakan seketika tentang lelaki ini, kita sambung kembali kepada cerita mimpi yang berlaku lebih 10 tahun lalu...



Daripada tepian masjid, ingin sahaja saya menyusuri Sungai Jempol terus sehingga ke mana-mana tempat yang patut. Tetapi jalan terdekat sungai di belakang masjid terhalang kerana di pagari kawasan tanah orang. Terpaksalah saya lalu jalan terdekat yang tidak ditutup iaitu melalui kawasan perumahan di belakang masjid ini...


Kemudian baru saya berjalan kembali menghampiri sungai, masuk pula ke kawasan kampung ini...

Oh, tentang mimpi... Tadi saya telah memberitahu bahawa dalam mimpi itu, saya telah menyusuri Sungai Muar sehingga sampai ke bahagian hulu yang berjeram. Aliran sungai semakin mengecil tetapi cukup luas untuk sebuah kapal kecil lalu... Sampan masuk ke kawasan hutan yang semakin menebal... Tiba-tiba terasa ia ditarik laju menaiki kawasan tanah yang sedikit meninggi... Ah... Apa ini?


Inilah kawasan perkuburan yang diceritakan tadi... Kelihatan di latar-belakang ialah pagar putih panjang menandakan kawasan Istana Serting milik kerabat diraja Negeri Sembilan, istana yang dahulunya digunakan Raja Muda sebelum dilantik sebagai Yam Tuan untuk memerintah negeri, kini cuma berperanan sebagai istana hinggap kerabat diraja sahaja!



Saya terus berjalan melepasi kawasan kampung di kiri dan tanah perkuburan di kanan... Kelihatan satu sudut pagar istana bertemu dengan kawasan ladang kelapa sawit. Timbul rasa hati bahawa Jalan Penarikan itu melalui kawasan di tepian pagar bersebelahan ladang ini. Tetapi kelihatan jalan di hadapan sana sangat bersemak apabila dilihat lebih dekat... Lalu saya membuat keputusan mengambil jalan tar ke kiri iaitu jalan ke Batu Kikir... Untuk memastikan di manakah sebenarnya kedudukan Jalan Penarikan yang menyambungkan Sungai Jempol ( ada dalam 50 meter di kiri gambar) dengan Sungai Serting yang saya tahu terletak di belakang istana ini...



Saya berjalan menghala ke Batu Kikir sehingga melepasi sekolah ini malah ke hadapan lagi. Hampir 2km meninggalkan Istana Serting tadi, baru saya terjumpa orang tempatan yang dapat memberikan kepastian... Katanya, memang Jalan Penarikan itu terletak di tepian istana tadi...

Allah! Berpatah-baliklah saya dalam kepanasan terik masa itu, rasanya hampir jam 10 pagi ketika matahari semakin naik... Pergi balik ke Istana sahaja sudah hampir 4km... Belum dicampur berjalan kaki daripada masjid ke pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol tadi kemudian kembali ke masjid hingga sampai ke istana... Rasanya ada 3km juga!

Jadi sampai peringkat ini, saya sudah berjalan kaki hampir 7km pagi itu sahaja... Sedangkan saya masih lagi belum bertemu tempat yang paling dekat untuk ke Sungai Serting daripada Sungai Jempol dan saya tahu, nak tak nak, saya terpaksa melalui kawasan hutan belukar tebal nanti!


Lalu masuklah saya ke kawasan ladang kelapa sawit di tepian Istana Serting... Kawasan terang di latar-belakang adalah kawasan istana! Kelihatan juga beberapa buah kubur lama dalam gambar ini... Ceritanya telah saya letak semalam di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Kubur-kubur di Jalan Penarikan (graves at the Portage Route)...


Beginilah keadaan belukar selepas melepasi ladang kelapa sawit tadi... Terpaksa saya redah begitu sahaja walaupun setakat memakai t-shirtburuk dengan seluar cerut putih nipis dan selipar yang elok sedikit daripada selipar Jepun... Hampir terasa mahu mengalah sahaja apabila melihat keadaan ini sedangkan saya tak pasti dan tak boleh nampak di manakah letak duduknya Sungai Serting... Tetapi kalau mengalah, saya juga yang akan termenung panjang dan terkilan nanti... Kata orang, alang-alang menyeluk pekasam...


Alhamdulillah... Walaupun tak tahu arah, dengan berpedomankan panahan cahaya matahari pagi yang tentunya datang daripada arah timur bercampur gerak hati, barulah saya terjumpa dengan Sungai Serting... Jika malam sebelum itu, malam Jumaat, saya melihat sungai ini daripada pinggiran kawasan perumahan di timur Istana Serting, kali ini saya melihatnya daripada sebelah barat kawasan istana juga, kawasan yang lebih hampir dengan Sungai Jempol...

Maka di sinilah sebenarnya paling sesuai menyambung cerita tentang mimpi menyusuri sungai serupa Sungai Muar yang berlaku lebih 10 tahun lalu. Tadi, saya telah memberitahu bagaimana tiba-tiba, apabila sudah sampai ke satu bahagian ulu Sungai Muar yang berjeram, sampan saya tiba-tiba ditarik menaiki darat... Tentunya dalam perkiraan biasa naik ke hulu, mungkin ke bukit... Tetapi sampai satu ketika, tiba-tiba sampan itu boleh pula masuk ke sebuah sungai kecil lain yang kemudian semakin membesar... Apahal?


Daripada pinggiran Sungai Serting tadi, saya cuba mencari kembali jalan melalui ladang kelapa sawit di tepian istana tadi... Allah! Saya sudah betul-betul hilang arah lalu tersesat! Pedoman yang saya dapat cuma menghala ke arah matahari iaitu Timur... Setelah berjalan beberapa ketika, terjumpa pula aliran air mati ini...

Saya sudah keliru, apakah ini aliran Sungai Serting juga? Bagaimana ini sedangkan aliran di sini mati sedangkan sungai yang kelihatan tadi nampak nyata arusnya bergerak walaupun tidak berapa deras...
Saya berpatah balik jalan yang disusuri sejurus sebelum itu lalu bertemu kembali dengan aliran Sungai Serting yang ternyata mengalir elok... Warna airnya pun lain... Jadi "sungai" apa tadi? Saya pergi balik untuk bertemu aliran air mati tadi...

Ah! Baru saya teringat... Ada diceritakan, sekitar abad ke 15 Masihi dahulu, satu angkatan perang Siam pernah cuba menyerang Melaka melalui Jalan Penarikan... Untuk memudahkan lagi kapal-kapal mereka lalu, angkatan perang ini telah menggali sebuah terusan... Ah... Inilah sebabnya wujud aliran air mati ini...



Saya menyusuri aliran air mati tadi untuk beberapa ketika... Panjang juga, rasanya hampir 100 meter melalui kawasan hutan belukar semak-samun sehingga sampai ke kawasan belakang istana... Ah... Sekarang baru saya sedar... Baru saya tahu kenapa agak susah untuk menyusuri laluan sebenar Jalan Penarikan... Manakan tidak, sebahagiannya sudah ditutup akibat didirikan Istana Serting ini!

Apabila diingat kembali laluan yang termaktub dalam peta juga rajah-rajah berkaitan, ternyata laluan darat yang menghubungkan Sungai Jempol dengan Sungai Serting ini begitu lurus... Lurus kerana kawasan sekitar adalah landai tanpa penghalang (kecuali Istana Serting yang dibina sekitar zaman moden juga) dan tentunya laluan lurus itu adalah laluan yang terdekat... Maka sekarang saya harus mencari jalan untuk mengekori pinggiran kawasan istana sehingga sampai ke ladang kelapa sawit... Tetapi laluan air mati binaan tentera Siam ini menghalang...

Seketika itu, timbul rasa, susur balik laluan air mati ini hingga kembali ke Sungai Serting... Baru saya sedar, laluan yang sebenarnya tidak siap (kerana ramai tentera Siam kemudian mati diserang penyakit) ini di bina menghala ke Sungai Serting tetapi belum sampai, sekitar 10-15 kaki sahaja baru sampai ke sungai... Jika tanah 10-15 kaki ini dikorek, nescaya melimpahlah air Sungai Serting yang berwarna tohor ke dalamnya... Tidaklah lagi laluan air ini berwarna sedikit jernih dan tidaklah ia mati begini... Ini bermakna, dahulu, laluan ini dikorek dalam keadaan kering... Air yang ada di dalamnya kini sebenarnya adalah air hujan, bukan air Sungai Serting...

Oh... Rasanya bab mimpi lebih 10 tahun lalu itu boleh ditamatkan teruslah... Setelah sampan ditarik naik ke darat kemudian masuk ke sungai balik, ternyata aliran sungai semakin melebar hingga sampai ke sebuah kuala yang luas... Bertahun kemudian, baru saya tahu tentang kewujudan Jalan Penarikan. Baru ternampak kaitan dengan mimpi tersebut yang menunjukkan, bahawa saya telah melalui Sungai Muar hingga ke hulu, sampai ke satu bahagian ditarik menaiki daratan kemudian masuk ke sebuah sungai kecil membawa ke sebuah sungai besar yang menepati ciri-ciri Sungai Pahang...



Apapun, Alhamdulillah, saya dapat menemui kembali kawasan ladang kelapa sawit dan keluar dengan selamat. Tetapi seluar putih saya yang nipis kotor teruk akibat palitan tanah di beberapa tempat selain bekas-bekas dedaunan dan duri-duri yang tersangkut... Dan saya turut mendapat"souvenir" atau "buah-tangan" lain, 2 ekor lintah yang kelihatan begitu enak menghisap darah daripada jari kaki saya!

Dua ekor lintah itu saya buang dengan menghalakan api lighter ke badannya... Walaupun sudah hampir 2 tahun berhenti merokok, saya ada menyimpan lighter sebagai satu barang keperluan, sekurang-kurangnya untuk menyalakan ubat nyamuk jika perlu... Saya jarang membawa ubat nyamuk tetapi ada masanya kena beli juga kerana tak tahan gigitan nyamuk ketika tidur di sesetengah masjid ataupun pondok tepian jalan...

Adapun membuang lintah dengan cara begitu lebih elok daripada mencabutnya terus... Kerana kalau dicabut, akan tertinggal bahagian seperti gigi di dalam urat darah kita... Takut jadi berkudis pula... Satu lagi cara ialah membiarkan sahaja lintah-lintah ini menghisap darah sehingga kenyang... Kemudian ia akan tanggal sendiri tanpa perlu dipaksa...

Saya selalu juga membiarkan kerana tahu binatang ini cuma menyedut darah kotor sahaja... Tetapi ketika itu, saya mahu singgah ke perpustakaan desa bersebelahan kawasan perkuburan... Rasa tak eloklah masuk ke dalam dengan lintah-lintah gemuk ini kelihatan... Nanti takut pula anak dara yang dok sengsorang menjaga perpustakaan itu... Dah lah tadi dia tengok rupa saya pelik dengan seluar putih penuh kekotoran sibuk dok cucuh api ke kaki... Gilo ke hapa? Daripada jauh, bukan dia nampak pun lintah-lintah ini....

Selesai membuang 2 ekor lintah itu, saya menyingsingkan seluar untuk membasuh kaki. Ternyata, terdapat 4 ekor lagi lintah (lintah ya,confirm... Bukan pacat yang jauh lebih kecil)... Jenuh juga nak dapatkanangle mencucuh api yang sesuai agar kulit saya tidak terbakar. Itupun selepas dapat mencabut kesemuanya, darah keluar meleleh-leleh daripada setiap gigitan... Hampir kelihatan seperti luka orang accident kereta atau jatuh motor sehingga anak dara yang menjaga perpustakaan sanggup memberikan sepasang selipar kain (seperti yang biasa terdapat di hotel-hotel besar) untuk dipakai di dalam perpustakaan... Agar darah tidak jatuh menitik ke lantai...


Dan Alhamdulillah, selesailah lawatan pertama saya seumur hidup ke Jalan Penarikan... Berdasarkan pedoman perjalanan yang ditunjukkan oleh mimpi lebih 10 tahun lalu juga aliran sungai-sungai di Jalan Penarikan itu sendiri, sudah semestinya seterusnya saya harus ke Pahang... Ke bandar diraja Pekan kerana di sanalah terletaknya kuala Sungai Pahang! Lagipun memang pengembaraan saya yang terbaru ini ialah untuk ke Pantai Timur... Bandar Pekan itu sendiri terletak di Pantai Timur... Daripada sana, bolehlah saya naik ke Kuantan lalu ke Terengganu juga ke Kelantan... Serupa juga dengan perjalanan orang dahulukala melalui Jalan Penarikan untuk ke Pantai Timur!

Di atas ialah gambar stesyen bas di Bahau, sekitar 3-4 ke timur Jalan Penarikan tadi. Daripada situ, saya boleh mendapatkan bas ke bandar Muadzam Shah di wilayah tengah Pahang... Oh... Sekarang baru boleh disebut dan ditutup tentang lelaki berseluar jingga tanpa baju yang duduk di pondok di tanah perkuburan di hadapan Istana Serting tadi...

Adapun selepas berehat sebentar membaca suratkhabar di perpustakaan, saya telah membuat satu "survey" sehingga terjumpa kembali aliran Sungai Jempol di sebuah kawasan ladang kelapa sawit lain yang terletak di belakang kawasan kampung yang disebut di atas tadi... Baru saya sedar Jalan Penarikan itu memotong daripada kawasan kampung, lalu di tepian tanah perkuburan menghala ke kawasan sempadan istana dengan ladang kelapa sawit di seberang jalan ke Batu Kikir sebelum masuk ke kawasan istana... Makanya, mungkin ada tentera Siam yang mahu menyerang Melaka telah mati di kawasan perkuburan ini?

Beberapa hari kemudian, baru timbul satu rasa... Seorang lelaki berseluar jingga tidak memakai baju duduk seorang diri di sebuah pondok di tepian tanah perkuburan pada malam Jumaat hampir jam 2 pagi... Gayanya tidak senang dan seolah tidak faham apabila saya memberikan salam... Sebaliknya bercakap seorang diri, hampir menyumpah-nyumpah dalam satu bahasa yang tidak saya fahami... Timbul satu rasa, apakah dia ini salah seorang tentera Siam yang terkorban? Terkorban dalan usaha mahu menyerang Melaka lebih 500 tahun lalu? Sekian! :]



5 comments:

Anonymous said...
Salam Tuan MS,

Hemm...Mengikut tarikh dikubur "Antu" siam tu...hehe...ala, yang tuan jumpa malam tu ler...hehe...ada tarikh 1265 pada batu nesan kuburnya(mengikut dlm bahau.com.my) tarikh tu adalah tarikh mati nya antu siam tu. Dan tarikh tu tidak mungkin tarikh masehi. Mereka nyatakan tarikh tu adalah mengikut sistem atau tarikh kalender SIAM.

Saya sudah menyemak dalam sistem kalendar tersebut dan perbezaan adalah sebanyak 543 tahun antara kalendar SIAM dengan MASEHI. Kalender SIAM lebih 543 tahun dari tarikh masehi.

Ini bermakna, kalau mengikut tarikh pada batu nesan antu siam tu, Laluan Penarikan telah digunakan, kisah Panglima dan Ulamak Sha Pedang, kisah Siam menyerang Melaka dan kedatangan Mubaligh ISLAM telah berlaku pada sperti berikut;

Tarikh Pada Batu nesan 1265 - Perbezaan tahun 543 = TAHUN MASEHI 722.

Sekian..adanya, maaf kalau khilaf.

Merbawi
Anonymous said...
Salam Tuan MS,

Maaf..nak tambah sikit.

Perbezaan tahun antara kelendar ISLAM dan MASEHI ialah lebih kurang 579 tahun. Kalendar MASEHI lebih cepat sebanyak 579 tahun.

Ini bermakna, kalau semua sejarah diatas berlaku dalam tahun 722 Masehi, kiraanya seperti berikut;

Sejarah berlaku 722M - perbezaan tahun dengan kalendar Islam 579 tahun = 143H .

Ini bermakna ISLAM telah sampai ke Nusantara tidak lama setelah kewafatan Rasullullah. Mungkin antara 70 - 100 setelah kewafatanya.

Maaf kalau silap. Hanya pendapat saya.

Merbawi
Radzi Sapiee said...
Wassalam Merbawi... Tak tahu le bagaimana sebenarnya beza tarikh kalendar Siam ni dengan Masihi ataupun Hijrah. Apapun, kita membuat andaian bahawa kubur Siam itu milik seorang anggota tentera mereka yang meninggal dunia ketika hendak menyerang Melaka... Kalau ini benar maka sepatutnya ia berlaku abad ke 15 Masihi atau tahun 1400an berdasarkan cerita-cerita tentang cubaan Siam menyerang Melaka, rasanya 3 x semuanya....
Satu kemungkinan lain adalah kubur bertarikh Siam itu milik orang Siam yang telah datang lebih dahulu daripada kemunculan kerajaan Melaka. Tetapi disebabkan di Jalan Penarikan juga terdapat ramai orang Siam yang meninggal dunia ketika mahu membuat serangan ke atas Melaka, jadi mungkin kita tercammpur-aduk kubur yang telah wujud lebih dahulu dengan kubur yang wujud kemudian. Walahualam....

p/s: Bab Islam sampai ke Nusantara sejak zaman sahabat, paling lambat pun pada zaman Bani Umaiyah telah diketahui ramai orang. Saya lupa detailnya... Tapi diketahui di Barus dalam pantai Barat Aceh, ada makam lama yang tarikh hijrahnya 43 H atau lebih kurang begitu!
Cuma ia tidak dianggap sebagai bukti Islam sampai ke Nusantara kerana boleh dikatakan seorang pedagang Islam yang dalam perjalanan ke tempat lain telah singgah di Nusantara lalu meninggal di sana. Sebenarnya ada banyak lagi bahan bukti lain yang menunjukkan orang Islam telah sampai di Nusantara ini awal dahulu tetapi mungkin sebagai komuniti kecil, bukan berkerajaan...
Rock Kapak said...
Info yang menarik!! Kalau benar la kiraan Merbawi tuh sejarah negara nie boleh digali dengan lebih mendalam. Kekadang terpikir adakah sebelum Melaka takde kehidupan die semenanjung nie? Masalahnye org kite tak suke simpan rekod, tak suke mencatit sebab tuh sejarah akan lenyap apabila satu generasi berlalu pergi dan generasi baru terpaksa menulis semula sejarah baru setakat yang ada pada generasinya saje.

Harap blog nie akan jadi rujukan kepada generasi2 akan dtg :)
amir said...
rasanya 200thn sebelum adanya melaka,kampung kuala(jambu8) sudah pun ada..berhampiran makam datuk panglima hitam(sempedang) ada beberapa lg kubur lama yg tidak bertanda..
























Perjalanan ke Selatan [ laluan sungai Pahang,Melaka,N9,Johor]

Sistem Perhubungan Awal Di Negeri Pahang[sunting | sunting sumber]

Pada zaman dahulu di Negeri Pahang Darul Makmur sungai-sungai seperti Sungai Pahang, Sungai Kuantan, Sungai Bebar, Sungai Rompin, Sungai Endau, Sungai Tembeling,Sungai Jelai, Sungai Semantan dan cawangan-cawangan sungai itu serta beberapa buah sungai kecil yang lain telah digunakan sebagai jalan perhubungan. Begitu juga perhubungan antara Negeri Pahang Darul Makmur dan negeri-negeri lain di sekitarnya. Orang yang hendak pergi ke Kelantan ikut Sungai Tanum anak Sungai Jelai atau ikutSungai Sat dan Sungai Sepia, kedua-duanya anak Sungai Tembeling. Sungai Sepia itu boleh juga digunakan jika hendak pergi ke Negeri Terengganu. Perhubungan dengan Negeri Perak dihubungi oleh jalan-jalan yang lebih sukar iaitu ikut Sungai Bertam dan Sungai Lipis. Kedua-duanya adalah anak Sungai Jelai. Perhubungan dengan Negeri Selangor pula melalui Sungai Semantan dan cawangannya.
Jalan yang utama digunakan oleh orang pada zaman dahulu ialah jalan yang menghubungkan Negeri Pahang Darul Makmur dengan daerah-daerah di Hulu Muar dan Negeri Melaka. Jalan ini dari Negeri Pahang Darul Makmur ikut (mudik) Sungai Pahang; kemudian masuk ke sebuah anak Sungai Pahang yang bernama Sungai Bera, selepas itu ikut pula sebuah anak Sungai Bera bernama Sungai Serting. Pada suatu tempat di hulu Sungai Serting, naik ke darat sejauh tiga ratus ela, masuk pula Sungai Jempol, menghilir Sungai Jempol dan masuk ke Sungai Muar. Dari Muar bolehlah pergi ke Melaka dan tempat-tempat lain di barat Semenanjung Malaysia. Jalan inilah yang telah diikuti oleh Sultan Mahmud Shah Melaka dan putera baginda Sultan Ahmad setelah ia dikalahkan oleh orang-orang Portugis di Pagoh dan Bentayan (Kuala Muar) pada akhir tahun 1511. Jalan ini juga yang digunakan oleh Sultan Ali (putera Sultan Husain Shah Singapura) dari Kampung Umbai, Melaka yang pergi berjumpa Bendahara Wan Ahmad di Pahang (Pekan) pada tahun 1863.
Manuel Godinho de Erédia, seorang pengarang dan pegawai Portugis di Melaka (tahun 1613) menyatakan: "Dari Melaka jalan menempuh Penarikan itu boleh sampai ke Pahang(dan sebaliknya), hanya enam hari perjalanan".
Perahu jalak telah digunakan bukan sahaja membawa kargo dan barang-barang tetapi juga untuk membawa penumpang. Jalak boleh memuatkan dua belas penumpang dan lebih kurang 15 tan kargo. Dari Kuantan ke Kuala Pahang sewa yang dikenakan untuk satu perjalanan ialah $25.00. Syarikat Lombong Bijih Timah Sungai Lembing (PCCL) telah memulakan perkhidmatan harian antara bandar Kuantan dan Pasir Kemudi. Dari Pasir Kemudi penumpang dan kargo dibawa dengan keretapi ke Sungai Lembing.
Sebelum siap jalanraya dari Jerantut ke Kuantan, pegawai di Ulu Pahang yang hendak ke Kuantan akan menggunakan perahu atau rakit menghilir Sungai Pahang atau untuk pergi ke Pekan.
Setelah beberapa tahun kerajaan Inggeris mentadbir Pahang, usaha membina jalanraya pun dimulakan. Pada penghujung tahun 1910 jalan sepanjang 18 batu dari Kuantan menuju Ulu Pahang siap dibuka kepada orang ramai. Feri mula dibuka dan digunakan oleh orang ramai pada 5 September 1910 di Kuantan. Dalam tahun 1918 jalan raya Jerantut-Kuantan dapat dihubung terus ke Kuala Lipis. Hujung tahun 1933, jalan raya dari Pekan ke Kuantan dibuka dengan rasminya. Kemudahan perhubungan negeri ini terus maju dengan banyaknya pembinaan jalan raya, jambatan dan lapangan terbang serta pelabuhan. Kesemuanya ini dapat memendek dan memudahkan perjalanan serta perhubungan antara satu tempat dengan satu tempat di Negeri Pahang Darul Makmur di Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura di sebelah selatan dan Thailand di sebelah utara.

Perjalanan ke Wilayah Selatan [ Johor,Melaka ,N9 ]

Tanggal 7 Jun,2015, Ahad [ 20 Syaaban 1436H ].


Kami memulakan perjalanan menuju ke Wilayah Selatan ,seawal jam 9.00 pagi
bertolak dari  Greenwood,Gombak.Tujuan perjalanan ini menziarahi abang sulong
diSkudai ,Johor Darul Tadzim.Ibu dan 5 ahli keluarga ku turut serta.Perjalanan ku
jangka 3.5 hingga 4 jam bergantung pada keadaan trafik.  Laluan Highway Duke  -
Ampang - masuk MMR2 - Masuk persimpangan Seremban / Bukit Jalil - Sg.Besi.
Jalan pagi ni nampak '' smooth '' , lepas lalu Tol Sg.Besi aku terus pandu masuk
Highway Plus menuju ke Selatan.


Sepanjang perjalanan ,beberapa kawasan dan daerah ku lalui ,cuma kali ni,lalu higway,
jadi tak sempat nak teroka kawasan -kawasan ni yang punya kisah dan cerita tersendiri.

'' Aku yang memang suka sejarah,...''


Ni nama- nama  bandar,tempat ,daerah dan negeri yang aku maksudkan.

Selangor Darul Ehsan

Batu caves ...,Ampang...,Sungai Besi,...Bangi....Kajang

Negeri Sembilan Darul Khusus

Nilai,...Seremban....Port Dickson...Lukut ...Senawang....Kuala Pilah...

Melaka Bandaraya Besejarah

Ayer Keroh...Bandar Hilir...Simpang Ampat....Jasin...Umbai...Telok Mas...

Johor Darul Tadzim

Tangkak...Muar..Bandar Maharani...Ayer Itam...Batu Pahat...Pagoh...Skudai...
Kota Tinggi ...Johor Bharu...

Perjalanan dari gombak ke Pagoh masanya lebih kurang  2.5 jam ,Lepas bincang
dengan isteri ,kami ambik keputusan berhenti rehat kat R & R Pagoh...jam tepat kul
11.30 pagi...bagi mak n anak / isteri rehat ..Kami jamu selera makan/minum  ringan je,
[air hot /cool,nasi lemak n pau panas]...


12.00 tghari..kami mula gerak semula..
Sebaik masuk highway semula ,hujan turun lebat..aku pandu slow je la...
Lepas Pagoh kena tempoh Air Itam n  Machap n tol Skudai ...


1.30 ptg kami sampai ke destinasi...Taman Seri Skudai,Johor..


Harapan dan niat mengikat SIRATULRAHIM....
Seperti biasa adat melayu ...tetamu di raikan..salam dan pelukan ibu n anak,
adikberadik ,ipar duai,anak saudara..bersalaman..
Bualan bicara diteruskan....Juadah tengahari dijamah sekeluarga...
Solat QASAR ....Zohor n Asar disatukan...


Tepat pukul 3.00 ptg.kami mohon diri untuk meneruskan perjlanan ke Melaka..

LIMASTIGA ,UMBAI .....DESTINASI SETERUSNYA.....



 

Friday, May 29, 2015

Sabak Bernam kisah yang dilupakan.



SEJARAH RINGKAS DAERAH SABAK BERNAM

Mengikut apa yang telah dapat dikumpulkan daripada orang-orang tua di Sabak Bernam, bahawa nama Sabak Bernam ini adalah berpunca dari perkataan 'Sahabat Berenam'. Menurut ceritanya, adalah diketahui bahawa terdapat seramai enam (6) orang yang bersaudara telah mudik ke hulu Sungai Bernam dan mereka dapati ada sebatang kayu yang tumbang dan menghalang laluan sungai. Mereka telah bertindak memotong kayu tersebut dan meneruskan perjalanan ke hulu sungai. Sungguhpun kesahihan cerita ini tidak dapat dibuktikan, namun terdapat sedikit sebanyak bukti yang berkaitan dengan Sahabat Berenam ini iaitu kubur-kubur mereka dikatakan masih boleh dijumpai hingga hari ini, iaitu di kawasan yang dikenali sebagai keramat-keramat berikut :
  1. Keramat Pantai Landu;
  2. Keramat Kemboja; 
  3. Keramat Lubuk Pusing;
  4. Keramat Sepong;
  5. Keramat Kanji; dan
  6. Keramat Teluk Rubiah.
Kesemua mereka dipercayai meninggal dunia di tempat yang berbeza dalam Daerah Sabak Bernam. Ada pendapat mengatakan, setiap  seorang daripada mereka meninggal dunia di Ulu Bernam, Pantai Landu, Seberang Kota, Sungai Langatau Tanjung Medan, Keranji dan Pantai Kampung Kemboja. Sebab kedatangan mereka pula tidak diketahui. Seorang daripada mereka yang tiba di Keranji telah dianggap pahlawan oleh penduduk kampung itu kerana membantu penduduk menentang orang-orang Aceh yang datang menyerang Keranji.

Menurut cerita yang lain pula, nama Sabak Bernam diperolehi daripada satu peristiwa iaitu pada tahun 1880, terdapat seramai enam(6) orang iaitu terdiri daripada bekas pembesar Aceh dan Sumatera yang telah meninggalkan negeri masing-masing dan datang ke Tanah Melayu ini. Mereka berenam yang merupakan golongan pembesar dan bangsawan dikatakan melarikan diri akibat peperangan yang berlaku  di negara mereka. Mereka telah berpakat mengharungi Selat Melaka dan masuk ke kuala sebuah sungai,yang mana sebelum itu sungai tersebut masih belum ada namanya yang diketahui. Sungai ini kemudiannya dinamakan Sungai Bernam mangambil sempena jumlah enam (6) orang ketua yang menyertai pelayaran tersebut.

Mereka kemudiannya telah mudik ke hulu sungai tersebut. Dalam perjalanan untuk bermalam, mereka telah berjumpa dengan satu tempat yang sedikit tinggi seperti busut, maka disitulah mereka membuat pondok untuk berteduh. Untuk memasak makanan, mereka telah menebuk tanah untuk dijadikan sebagai tungku dapur. Maka dapur daripada tanah itulah dipanggil sebagai 'Sabak' mengikut bahasa mereka.

Oleh yang demikian, mengambil sempena peristiwa memasak makanan dengan dapur yang diperbuat daripada tanah itu, maka kawasan itu diberi nama 'Sabak' dan kerana mereka pula ada berenam orang, sungai yang menjadi laluan tersebut dinamakan 'Sungai Bernam' dan tempat mereka tinggal pula dinamakan 'Sabak Bernam'. Menurut cerita lagi, mereka yang berenam itu terdiri daripada:

 (i)   Tuan Syed Ahmad;
 (ii)  Tuan Sharifah Intan/Mastura;
 (iii)  Tuan Sharifah Robiah;
 (iv)  Tuan Haji Salim;
 (v)   Datuk Dalang; dan
 (vi)  Datuk Menteri.

Menurut sejarah orang dahulu pula, Sabak Bernam dikatakan telah wujud sejak tahun 1720 yang mana di masa itu Sabak Bernam berada dibawah pemerintahan Raja Muda Perak yang bergalar Raja Inu. Semasa itu, Putera Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor yang kedua dan memerintah dari tahun 1778 hingga 1826, yang bernama Raja Onus bersama kaum keluarga dan isterinya telah berpindah ke Sabak Bernam dengan seorang sahabat karibnya bernama Haji Ali yang juga membawa keluarga dan isterinya. Raja Onus telah memilih tempat tinggal di tebing Sungai Bernam iaitu di sebelah Negeri Selangor. Raja Onus mempunyai putera seramai lima (5) orang iaitu Raja Hitam, Raja Indut, Raja Mat Aris, Raja Abidin dan Raja Nordin.

Apabila Raja Onus meninggal dunia, maka puteranya yang sulung iaitu Raja Hitam dengan dipersetujui oleh semua saudaranya telah menggantikan tempat Raja Onus. Beliau telah memilih tempat tinggalnya di sebelah Negeri Selangor dan mendirikan kota yang dikenali dengan nama Kota Raja Hitam. Tempat tersebut pernah dikenali juga dengan nama Istana Hinggap Sultan Selangor.

Raja Hitam telah beristerikan seorang wanita bernama Dasimah dan mereka mendapat beberapa orang putera dan puteri iaitu Raja Tahir, Raja Ja'afar, Raja Nuteh, Raja Chik dan Raja Enson. Raja Tahir, Raja Ja'afar dan Raja Chik telah meninggalkan beberapa orang anak laki-laki dan perempuan.

Apabila Raja Hitam menggantikan Raja Onus, maka Raja Hitam telah melantik saudaranya Raja Indut menjadi Majistret untuk membicarakan jika ada kes-kes untuk dibicarakan. Semasa pentadbiran Raja Hitam, Residen British Negeri Selangor telah beberapa kali memujuk Raja Hitam agar bersetuju supaya Sabak Bernam diletakkan di bawah pentadbiran Inggeris di Negeri Selangor, tetapi permintaan ini telah ditolak oleh Raja Hitam.

Pihak Inggeris tidak berputus asa dan telah menghantar pegawainya bernama Mr. Roger bagi memujuk Raja Hitam dengan memberikan janji-janji untuk kebaikan anak cucu Raja Hitam pada masa akan datang. Akhirnya Raja Hitam telah berunding dengan saudara-saudaranya dan telah bersetuju meletakkan Sabak Bernam di bawah tadbiran Inggeris di Negeri Selangor. Residen British Selangor telah memberikan surat bercap mohor yang memberi jaminan kepada semua waris Raja Hitam.

Setelah Sabak Bernam diletakkan di bawah tadbiran Negeri Selangor, pada tahun 1876, dalam surat bertarikh 13 haribulan Ogos, Residen British Selangor Bernama Kapten Bloomfield Douglas telah menulis surat kepada Raja Hitam yang berbunyi seperti berikut:

 "Surat daripada Kapten Bloomfield Douglas Residen British Negeri Selangor kepada Raja Hitam ibni Al-Mahrum Raja Yunus di Sabak Bernam bertarikh pada 13 haribulan Ogos 1876 mengenai peraturan baru untuk mengadakan pegawai orang putih Edward Neubroner memengang jawatan Collector of Land Revenue (Pemungut Hasil) Magistrate Police Sabak Bernam."

Dengan penerimaan surat tersebut, maka kuasa pemerintahan Raja Hitam di Sabak Bernam telah berakhir. Semasa pemerintahan Edward Neubroner, beliau telah membina sebuah Pejabat Kerajaan dan sebuah balai polis yang dianggotai oleh seramai dua (2) orang mata-mata sahaja pada mulanya.

Setelah Sabak Bernam diletakkan di bawah tadbiran Negeri Selangor, maka mulalah bangsa-bangsa lain seperti Inggeris, Cina dan India berhijrah ke Sabak Bernam. Orang Inggeris telah membuka tanah untuk dijadikan ladang-ladang seperti Ladang Torkington, Ladang Rajah Hitam, Ladang Sungai Bernam dan Ladang Bagan Terap. Mereka menggunakan buruh dari kalangan orang India yang dibawa masuk dari India. Di kalangan orang Cina pula, mereka yang tinggal di pekan telah membuka perniagaan seperti kedai menjual minuman (kopi dan teh), dan ada juga yang menjalankan kerja menjual kain baju dan barang-barang runcit.Terdapat juga di kalangan mereka yang tinggal di kawasan pinggir sungai dan laut dan menjadi nelayan.

Pada asalnya, Daerah Sabak Bernam hanya meliputi kawasan dari bahagian utara yang bersempadan dengan Kampung Kota(Perak) hingga ke kawasan Sungai Nibung sahaja. Pada masa kini, kawasan yang diliputi ialah sehingga ke Sungai Burong, Sekinchan. Keluasan kawasan Daerah Sabak Bernam ialah 99,714 hektar.Pada masa lalu, Sabak Bernam hanya meliputi empat (4) sahaja tetap kini telah menjadi lima (5) mukim iaitu Mukim Sabak, Bagan Nahkoda Omar/Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Pancang Bedena dan Pasir Panjang.

Pusat pentadbiran daerah ini sejak tahun 1970 ialah di Sungai Besar. Di peringkat awal, Sabak Bernam merupakan daerah kecil kepada Dearah Kuala Selangor dan pusat pentadbirannya adalah bertempat di Mukim Sabak iaitu di kawasan Pekan Sabak Bernam hari ini. Perpindahan ibu pejabat pentadbiran daerah ke Sungai Besar adalah disebabkan kawasan Pekan Sabak Bernam yang lama sering dibanjiri air pasang dari Sungai Bernam. Ini disebabkan oleh kedudukan kawasan pekan yang berhampiran dengan sungai utama kawasan ini.

Semasa Sabak Bernam menjadi Daerah Kecil kepada Kuala Selangor, jarak daerah ini dari Kuala Selangor adalah sejauh 40 batu. Pada masa lalu, tiada kemudahan jalan perhubungan iaitu jalan raya di antara kedua-dua kawasan. Para penduduk hanya menggunakan jalan rentas (pintas) iaitu jalan darat yang dikenali sebagai jalan tanah bakar untuk tujuan perhubungan antara kawasan.

Disebabkan jauhnya ibu pejabat dearah di Kuala Selangor dengan Daerah Sabak Bernam, maka pada tahun 1954, penduduk Sabak Bernam dengan dipimpin oleh Yang Dipertua Persatuan Melayu Daerah Sabak Bernam telah mengadakan satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh semua ketua-ketua kaum bagi membincangkan kesulitan-kesulitan yang dialami oleh penduduk daerah ini yang tertinggal dalam pelbagai lapangan.

Akhirnya, mereka telah bersetuju untuk mengemukakan satu Memorandum dan menyampaikan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, memohon supaya Sabak Bernam dijadikan sebagai Daerah Ketujuh di Negeri Selangor. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Dato' Onn bin Ja'afar yang pada masa itu memegang jawatan berkaitan Hal Ehwal Dalam Negeri, dan turut dihadiri oleh Y.M. Raja Ayub bin Raja Haji Bot dan Mr. K.V. Thaver yang mana kedua-keduanya adalah ahli Legislative Council Negeri Selangor. Mesyuarat tersebut bertempat di bangunan Persatuan Melayu Daerah Sabak Bernam.

Dari segi pembangunan ekonomi, hampir 50 peratus tanah di daerah Sabak Bernam digunakan bagi tujuan pertanian iaitu tanaman kelapa, padi, kelapa sawit, koko, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tanaman utama yang menjadi sumber pendapatan ialah padi, kelapa dan koko.

Masyarakat di Sabak Bernam pula adalah terdiri daripada orang Melayu berketurunan suku Jawa, Banjar, Kampar dan Melayu Bugis. Mereka terdiri dari kalangan masyarakat Melayu yang mempunyai loghat dan adat yang berlainan. Jika diteliti, terdapat sedikit pengkhususan kawasan tempat tinggal di kalangan suku-suku yang berbeza. Contohnya seperti di Kampung Batu 40 dan Kampung Sungai Panjang, kebanyakan penduduknya adalah berketurunan Bugis dan Jawa. Pada masa lalu, terdapat kawasan yang dipanggil Kampung Sungai Bugis kerana ramai penduduk di daerah ini berketurunan Bugis.