Saturday, September 5, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ Siri 11 ]

Tanggal 5 hb.September ,2015.

Jejak kasih dari Gombak ke Kampung Sungai  Batang,Selekoh,Perak

Alhamdulilah ...pencarian '' Jejak Kasih '' mencari
keturunan sebelah Apak...InsyaALLAH  akan kami
teruskan...Seperti ade petanda baru...Kami adikberadik
dapat jemputan kahwin di Kampung Sungai  Batang,
Selekoh,Bagan Datoh ,Perak...Jemputan dari Mak Siti
Hajah Aisyah bt Hj.Ahmad [ Anak sulong Tok Long].


Perancangan dibuat ,berkumpul di Sabak Bernam ,rumah
Abang Lan..klu boleh nak kumpul semua...Yop mie dan
Nyah setuju hadir termasuk  Aku,Yong dan Abang Lan...
Abang Lim tak dapat hadir...Jam 11.30 pagi kami semua
sampai Sabak Bernam...lepas makan minum...kami bertolak
ke Selekoh...Aku jadi pemandu arah..


Jangkanye dalam 30 minit boleh sampai...[ 30 km ]..Cuaca
agak mendung...hujan mula turun lebat...Sepanjang perjalanan
hujan..mungkin hujan rahmat ni sangka ku..Akhirnye kami
sampai kat rumah pengantin tu [Kg.Sungai Batang ].Suasana
memang ramai jemputan...tapi yang paling menarik kebanyakan
yang hadir berbangsa jawa...memang betul kata Pak Alang
keturunan ni berasal dan berbangsa jawa ...Semangat'' Merewang''
iaitu gotong royong mereka memang patut di puji...

Kat Majlis ni kami dapat berjumpa dan mengenali adikberadik
Mak cik Siti Aisyah ni...[ 6 beradik ]

1]Hajah Aisyah bt Haji Ahmad
2]Nordin bin Haji Ahmad
3]Saharuddin bin Haji Ahmad
4]Yahya bin Haji Ahmad
5]Zakaria bin Haji Ahmad
6]Fadhil bin Haji Ahmad








JEJAK KASIH  KE KG. TELUK BULOH ,PERAK

Lokasi : Kediaman TOK ANJANG [ Hashim bin Saman]Masa  :  3.00 ptg.Pertalian : Anak Moyang Saman beristeri Zaleha

Sebaik selesai hadiri majlis perkahwinan anak Mak Long Aisyah,Kami meneruskan jejak kasih ni....Abang Lan jadi ketua pandu...Kami berkonvoi  tiga kereta semuanya....Hujan turun lebat sungguh.Agaknye hujan rahmat ni bisik aku kat isteri...Menurut Abang Lan,Tok Anjang Hashim ni tinggal di kampung Teluk Buloh....masihdikawasan negeri Perak...Ni kira kampung tradisi ni...Tepat pukul 3.00 ptg. kami sampai ke lokasi yang dicari..





























Masa sessi bersurih [ suaikenal ]Tok Anjang  Hashim bin Saman ni ade
bercerita pasal diri dia dan keluarga.Klu ikut, dia anak Moyang Saman
yang ke 9 [ dari 11 beradik /6 anak Moyang Menit,5 Moyang Zaleha ].
Moyang Saman ade 2 isteri .Lepas Moyang Menit meninggal [ isteri 1],
Moyang berkahwin dengan Moyang Zaleha .Tok Anjang adelah anak
dengan Moyang Zaleha.

Zaman kecilnye hidup di kampung.Moyang Saman ayahnye seorang
pekebun kelapa dan buah -buahan serta sayuran.1934 MALAYA masih
dijajah Kuasa British...Hidup bawah penjajah memang banyak masalah
menurut Tok Anjang.Sempat bersekolah di Sek.Keb Simpang Empat...


Pada tahun 1942 Jepun menakluki Malaya secara keseluruhannye..
Masa ni usia nye  8 Tahun .Pemerintahan 3 Tahun 6 bulan Jepun
penuh dengan kekejaman dan penindasan ..Moyang Saman terpaksa
membesar mereka dengan suasana yang serba sederhana.


Zaman remaja nye dihabiskan disekitar daerah ini [ Simpang Empat /
Bagan Datoh dan Sabak Bernam ].Memilih untuk bekerja dikampung .
Menamatkan usia bujang nye pada usia 30 tahun [ 1964 ]dan
berkahwain dengan pilihan orang tuanye. 


Biodata Tok Anjang Hashim bin Saman                                                                                                
1]lahir 1934 ,di Kampung Teluk Buloh,Perak
2]Berusia 81 tahun [ 2015 ].
3]Sewaktu pemerintahan Jepun Awal [ 1942 usia 8 tahun].
4]Sewaktu pemerintahan Jepun Akhir [ 1945 usia 11 tahun].  

5]Pernah bersekolah di Sek.Keb Melayu Simpang Empat,Perak 

6]Memilih untuk bekerja dikampung.

7]Menamat usia bujang pada 1964.

8]Berkahwin Siti Tumirah bt.Mohamad [Ayahnye berasal dari BatuPahat.

9]Siti Tumirah [ Tok Anjang ]lahir 1952.Sekarang berusia 63 tahun [2015].

10]Dikurniakan 4 cahayamata

     i]Norhakimah [1970]

    ii]Norazli

   iii]Norazimah

  iv]Nurul                                                                                                  




   Lokasi: Kampung Kota,Perak

 Menurut Tok Anjang,Kampung ni tak jauh dari  Kampung Teluk Buloh .
[Jarak 1.5 km je ].Bila aku bertanya kenapa dipanggil Kampung Kota...
katanye dulu kampung ni jadi pusat pemerintahan Raja Hitam.
.Dulukala selalu ade perang saudara merebut kuasa dan daerah,
jadi Raja Hitam memerintah rakyat jelata membina kota [ kubu ]      
untuk bertahan dari musuh mereka.Panjang ceritanye kata Tok Anjang..

Sabak Bernam nie merupakan satu daerah dalam negeri Selangor yang bersempadan dengan Negeri Perak yang dipisahkan oleh Sungai. Sabak Bernam dan Ulu Bernam adalah dua tempat yang berbeza tau? Mengikut sejarahnya nama Sabak Bernam ini diambil sempena dari enam orang yang bersahabat yang mula-mula meneroka kawasan ini.  Sahabat-sahabat ini terdiri daripada lima lelaki dan seorang perempuan.

Pada mulanya mereka menghadapi berbagai kesukaran ketika mudik dihulu Sungai Bernam kerana tanah dikiri dan kanan sungai sentiasa dinaiki air kecuali disatu kawasan tinggi yang berbusut.  Mereka telah ke kawasan berkenaan dan mendirikan pondok serta memasak menggunakan tungku yang diperbuat dari tanah liat dan mempunyai lubang ditengahnya untuk dimasukkan kayu api. Kawasan penempatan mereka ini di Kuala Sungai Bernam yang sekarang dikenali sebagai Sungai Lang. Dapur itu  bolehlah dikatakan seperti dapur orang memasak nira kelapa untuk membuat gula kelapa/gula. Dapur ini ketika itu dikenali sebagai Sabak. Itulah sebabnya nama kawasan berkenaan dinamakan Sabak Bernam iaitu dapur yang dipunyai oleh sahabat berenam ini.
Mengikut ceritanya selepas enam sahabat ini meninggal dunia, datanglah seorang bernama Raja Unos ke kawasan ini dan memerintah Sabak Bernam bersama Raja Ali serta membina sebuah kota di Seberang Perak iaitu Kampung Kota, Hutan Melintang, Perak. 
Raja yang memerintah ini bertaraf Sultan dan mempunyai lima orang putera iaitu Raja Hitam, Raja Indot, Raja Mat Aris, Raja Abidin dan Raja Nordin.  Selepas Raja Unos mangkat, ianya digantikan oleh Raja Mat Aris yang bersemayam di Kampung Kota manakala Raja Hitam memerintah Sabak Bernam dan melantik Raja Indut sebagai hakim dan  mendirikan Istana di Sabak Bernam. 

Istana itu didirikan berhampiran kawasan Muzium Pertanian Sabak Bernam sekarang iaitu berhadapan dengan Sungai.  Dahulu kawasan ini didirikan rumah Pegawai Daerah Sabak Bernam tetapi telah diruntuhkan dan menjadi kawasan lapang sekarang. Kemudiannya datang seorang inggeris bernama Tuan Rogers mengarahkan agar Raja Hitam menyerahkan kuasanya ke Selangor dan telah mendapat tentangan dari Raja Hitam tetapi akhirnya Raja Hitam terpaksa akur dengan kehendak Tuan Rogers dan Sabak Bernam menjadi jajahan dalam negeri Selangor hingga hari ini.Tanah Perkuburan Diraja Kampung Kota dan di kawasan perkuburan ini jugalah terletaknya Makam Raja Hitam dan kerabat-kerabatnya.

Mana-mana keturunan Raja Hitam di Sabak Bernam yang meninggal dunia akan dimakamkan ditanah perkuburan ini begitu juga sesetengah keturunan  Syed di Sabak Bernam dan penduduk sekitar Kampung Kota juga dikebumikan di sini.ALFATIHAH  buat Almarhum Raja Hitam serta penghuni Tanah Perkuburan Diraja Kampung Kota semuga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.






























Monday, August 31, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ Siri 10 ]

Tanggal 31hb.Ogos,2015

Pagi Isnin ni ...Cuti hari Kemerdekaan Malaysia yang ke
58 tahun...Abang Lan dan Abang Lim lahir tahun ni.....
seingat aku 25 / 10 /1957...Tahun ni kira dah 58 tahun usia
mereka berdua [kembar seiras ].


Aku dah dapat berita dari Abang Lan...katanye dia dan ustaq
Suradi dah jumpa Ustazah Kamariah...Memang salasiah tu
ade kaitan dengan keturunan '' Moyang Saman bin Hj.Fatah''.
Melalui salahsiah tulisan jawi jurai keturunan ni memang
berkait antara satu dengan yang lain.


Ni Info yang aku perolehi dari abang Lan tempohari :
1]Ustazah Kamariah bersepupu [ 3 pupu ]dengan Aruah Apak.
2]Haji Fatah punyai seorang abang  bernama Selamat,mereka
  seibu sebapa.
3]Anak Selamat bernama Sapiah,Anak Hj.Fatah bernama Saman.
4]Sapiah kahwin dapat Basuni,Saman kahwin dapat Suliman.
5]Basuni ni ,bapa kepada Ustazah Kamariah,Sementara Suliman
  pula bapa kepada ayah aku [Sitan bin Suliman ]
6]Jadinye Ustazah Kamariaah ni sepupu Apak, Kira dia dengan
  kami adikberadik pangkat '' Mak Sepupu ''...
Abang Halim 
Abang Lan / Cikgu Halib


Aku betul -betul berterimakasih usaha Abang lan,Pak Alang dan
Pak Andak ni...sikit demi sedikit salasilah keturunan ni dah mula
terungkai....Tanpa mereka mungkin susah rasanya...mungkin ade
hikmah jugak agaknye Abang lan ni dibesorkan di Sabak Bernam.
Abang lan jadi penyambung antara kami dengan sedara apak di sana.
Aku rasa setakat ni dah hampir 8 generasi yang dah dapat kami trace..


Alhamdulillah...ALLAH Maha KAYA....


Sunday, August 23, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ Siri 9 ]

Tanggal 23 hb.Ogos 2015

Dah hampir seminggu ,selepas berjumpa sedara -sedara
Apak yang masih ade di Sabak Bernam...Aku teringat
kata -kata Pak Alang [ Ustaq Suradi Sidam]..''.ade sorang
ustazah di Sabak Bernam ade menyimpan nama salasilah
keturunan Tok Saman ni "..


''Hubung kait tu...kena jumpa Ustazah Kamariah ni...''kata
Pak Alang.Lagi satu Pak Alang ade dapat petanda mimpi..
Dalam mimpinye..datang sorang lelaki Alim...kata lelaki tu
''Cari keturunan keluarga kamu,mereka [ keturunan] berasal
dari golongan yang baik -baik ,maka carilah keturunan kamu".


Abang Halim pun ade mengalami petanda macam ni...katanye
sebelum bulan puasa tahun ni ,masa waktu rehat kat UTM
jalan Gurney,Kuala Lumpur muncul seorang lelaki Alim dan
bersalam dengan dia...lepas seketika lelaki tu kata kat Abang
Lim '' Keturunan Bapa kamu dari orang baik -baik,cari lah
keturunan kamu tu.''....Lepas tu lelaki tu hilangkan diri..
Kisah petanda abang lim ni ,aku dah bagitau kat Pak Alang..
Dia pun terkejut...sebab jalan cerita nye sama....cuba beza dia
mengalami dalam ''Mimpi''..,manakala abang lim ''Realiti ''..
Mungkin ade yang tersurat dalam kisah yang mereka berdua
alami....

Suliman bin  Saman /Tok Riman [1908 - 1978]
Haji Ahmad bin Saman/Tok Long [1924 -2015 ]
Sitan bin Sulaiman /Apak [1943 -2007]
Mohd .Suradi bin Sidam/Pak Alang [ 1945 -kini ]
Halim bin Stan [1957 - kini ]

Menurut abang lim,orang alim tu...perwatakannye...
1]Struktur badannye sederhana tinggi.
2]Wajah nye muda [ Anggaran bawah 50an]
3]Tubuh badan berisi...
4]Ade misai...
5]Berjanggut....
6]Nampak Warak Orangnye..
7]Tidak Bersongkok / Berserban...
8]Mesej sama ''cari keturunan kamu,orang baik -baik''


Menurut Pak Alang dalam mimpinye...
1]Wajah lelaki tu samar -samar
2]Berbaju putih.
3]Muka putih berbentuk panjang..
4]Bersongkok Hitam...
5]Mesej sama ''cari keturunan kamu,orang baik -baik ''


Segala yang terjadi...ade hikmah nye..InsyaAllah...jawapannye pasti muncul...Hanya Allah swt sahaja mengetahui...





Sunday, August 16, 2015

Mencari Jurai Keluarga Sebelah Apak [ siri 8 ]

Tanggal 16 hb.Ogos ,2015 hari Ahad....

Aku ,Mar,Yong dan Abang mie serta anak sedara Aiman..Pagi ni aku bertolak awal ,terus ke Kundang jemput Yongdan family ...Kami pakat pergi satu kereta je...Jam tepat 9.30 pagi...kami bertolak dan jangka sampai rumah AbangLan [ Sabak Bernam ]11.00 pagi...

Minggu sebelumnye dah bincang...misi jejak kasih ni nak mintak Abang Lan jadi ketua rombongan...lagi pun dia tau selok belok jalan dan rumah -rumah sedara apak kat sini.

Aku respect kat abang aku ni...memang betul -betul terbaik..
Lepas makan ringan [ kak limah masak mee goreng] kamibertolak ...2 kereta ,mak ikut sekali sebab mak memang ade kat sabak bulan ni....Harap memori mak dapat membantu kami..dalam proses jejak sedara sebelah aruah apak...


Rumah Mak Lung Sharfah bt.Zainudin

 Lokasi : Parit 13 Sungai Panjang ,Sabak Bernam ,Selangor                                                        Masa    : 11.30 pagi  hingga 12.45 thg hari

Mak lung Sharfah ...masih ceria di usia 80 Tahun


Gambar kenalan beramai -ramai tepi sebelah kanan
Abang  Mat Kamal 



Sama - sama berusia.


Aku menunjuk gambar Aruah Tok Riman dan Tok  Lebar
kat mak lung...masih ingat lagi katanya...


Mak lung Sharfah,Mak dan Yong Midah

sessi temuduga...dengan abang Mat KAMAL

Bersama Abang Lan 

Di usia emas Mak dan Mak Lung


Rumah Mak Uda Salasiah binti Zainudin

Lokasi : Tanjung Ketum, Jalan Sepintas,Sabak Bernam,Selangor                                              Masa   :  1.00 hingga 2.00 petang






Pak Uda Haji Daud

Mak Uda Hajjah Salasiah




Pak Uda Haji Daud dengan ternakan Ayam Kampungnye....Aiman pun teruja..




 Rumah Allahyarham Tok Lung Ahmad bin Saman


Lokasi : Jalan Batu 40,Sabak Bernam,Selangor.                                                                        Masa   : 3.00 hingga 4.30 petang

Selepas makan tengahari kat pekan Sabak Bernam ,Abang Lan menrancang untuk meneruskan program jejak kasih ni ke dua lagi rumah ....kami meneruskan perjalanan            ke Batu 40 [ Sebelah Kampung Haji Nekmat ] dekat dengan rumah Atuk Riman ...


Rumah kampung lama..masih tegap dan kukuh
kata mak lung kayu kayan dari pahang



Allahyarham Tok Lung Ahmad bin Saman 


Mak lung Siti Mastura [ isteri ke 3 ]







Foto keluarga sewaktu usia Tok Lung 89 tahun,meninggal 09.06.2015 [ usia 91 tahun ]

Foto keluarga jejak kasih

Abang Lan ,Kak Limah dan Yong Midah

Aku sedang mencatit salasiah keluarga


Rumah Pak Lang Ustaz Suradi Kidam dan Pak Andak Esham

Lokasi: Kampung Batu 7 3/4 ,Sungai Besar,Selangor

Masa :   4.30 hingga 7.00 petang

Mereka berdua ni adalah anak lelaki kepada Allahyarham Tok Ngah
Sidam bin Saman [ Adik kepada Tok Suliman ].Tinggal berdekatan je.
Nasib kami baik kedua -duanye ade dirumah...Pak Lang Suradi ni
ustaz manakala Pak Ngah Ehsam ni bilal masjid Sungai Pelong,Sungai
Buloh....kira dah dekat kundang rumah Yong Midah....

Pak Alang Ustaz Suradi bin Suradi

Pak Andak  Ehsam bin Sidam


Sessi perbincangan



Foto jejak kasih




 Alhamdulilah.....Berkat usaha dan kesabaran serta kesepakatan kami akhirnya
dapat bertemu sedara sebelah aruah apak....Hari ni saja kami dah dapat jejak 5
buah rumah dan 5 jurai keluarga....Tepat pukul 7 .00 petang kami bersurai....