Friday, November 20, 2015

Jihad 4 [Perang Sungai Manik ]

Posted on 29/02/2012by admin.upbb
Sudah seminggu berlalu, mujurlah tidak ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku di Bendang DO. Pun begitu, keluarga Banjar yang berada di situ masih curiga kerana maklum sajalah janji komunis tak boleh dipercaya. Dalam diam, kerabat PKM sudah membina sebuah markas kecil kira-kira satu kilometer dari Bendang DO dengan tujuan mengawasi dan berkempen kononya tak siapa pun yang boleh memerdekakan Tanah Melayu selain dari PKM.
Ramai jugalah orang Melayu dan Banjar yang mula terpengaruh diresapi dakyah komunis hingga ada yang sanggup menyertai kumpulan bersenjata, manakala yang penakut atau berani-berani lalat pula memadailah sekadar menjadi mata dan telinga mereka.
Markas PKM di Bendang DO tak mendapat sambutan langsung. Perjuangan apa gerangan kalau caranya lebih teruk dari pemerintahan Jepun. Begitulah agaknya tanggapan warga Banjar seluruh Bendang DO – geram benar gamaknya.
Ketua komunis di markas besar Sungai Tungko mula gelisah kerana kempen merekadipahawai (dipandang sepi) oleh warga Banjar di Bendang DO yang masih keras hati. Akhirnya gerombolan PKM terpaksa membuat percaturan lain…menimbulkan masalah saban hari; tak cukup dengan makanan, harta benda orang kampung dirampas, tanamantakundangsai (musnah) diinjak dilenyek. Namun tidak juga membawa hasil yang diharapkan malah semakin menambah barau (marak) api kemarahan warga Banjar.
Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang orang kuat komunis mengeluarkan perintah dan amaran terakhir; kalau tak sanggup melihat Bendang DO menjadi padang halilintar, dalam masa seminggu warga Banjar diarah mengumpulkan kaum perempuan yang masih muda, tak kiralah anak dara atau isteri orang. Sudah lama benar gerangan si kulup ini menagih kaum perempuan, dan kalau itulah caranya, bagaimana gerangan dapat menentang British kelak!
Begitulah, satu perintah, satu tagihan, yang menyusahkan warga Banjar Bendang DO. Ke mana hendak mengadu kerana dalam keadaan darurat begini, Penghulu tak ada, Ketua Kampung pun tak ada. Bagaimana ye!
Haji Bakri, Banjar dari suku kaum Rantau baandah (berhijrah) dari Kalimantan ke Sapat, Sumatera. Dari Sapat berhijrah pula ke Batu Pahat, Johor, dan bertemu jodoh di sana.
Isteri tua bangaran (bernama) Patmah binti Hj Hassan dan dikurniakan dua orang anak – Zainab dan Abdul Majid. Isteri muda bernama Samiah binti Hj Abdul Jalil dan dikurniakan tiga orang anak – Abdul Kadir, Abdul Hamid dan Siti Sarah.
                        
Hj Abdul Kadir anak lelaki Hj Bakri dengan isteri muda memakai menggayakan jubah peninggalan arwah bapanya
Haji Bakri lemah lembut orangnya, sentiasa merendah diri matan (hinggakan) tak ramai yang tahu tentang ketinggian ilmunya – dunia dan akhirat. Setelah mendengar khabar tentang warga Banjar ramai menetap di Sungai Manik, beliau berhijrah ke sini sebelum Jepun memerintah Malaya. Dialah yang banyak mengajar agama dan membetulkan akidah warga Banjar di Sungai Manik. Lantaran itu dia diberi gelaran Patuan Guru (Tuan Guru)
“Amun sawat batagihan ka bibinian pulang matan talalo-lalo banar am bubuhan si haram jadah nia,” ujar hidin hudah bamula pina garigitan.
“Kalau sampai menagih perempuan, itu sudah benar-benar melampau” ujar Tuan Guru yang sudah mula rasa garigitan (geram).
“Cakada lain parang bungkol pang satronya si haram jadah ai”. Garunum hidin pina habang miar hudah muha tanda barau.
“Tak ada lain melainkan parang bungkol lawannya si haram jadah ni,” bebel Tuan Guru yang sudah habang miar (merah padam) muka kerana marah.
Tuan Guru Haji Bakri membuat pakatan sulit dengan warga Banjar Bendang DO yang bersetuju untuk menentang komunis.
Sebagai permulaan, lapan orang bibinian (perempuan) berjaya dikumpulkan, tapi kemudiannya hanya lima orang yang setuju, itu pun setelah jenuh memujuk. Memang benar pun, siapa yang rigi (sudi) dijadikan hulun (hamba) seks kepada pengganas komunis yang tak tau bahasa tu.
“Cakada nang kami bungol manjulung budas kanu bubuhan ninto kakanakan barataan ai, agar umpan satumat banarai,” ujar Patuan Guru Hj Bakri manahapi.
“Bukan kami bodoh manjulung (menghulur) budas (bulat-bulat) warga yang masih sunti melainkan ada helah, untuk dibuat umpan sementara” Tuan Guru manahapi (memberi kepastian).
Tempoh yang diberikan PKM hanya tinggal tiga hari saja lagi. Warga Banjar papasingnya(masing-masing) sibuk mangilir (mengasah) parang bungkol yang beranika gelaran. Tajamnya si Kandal Larap boleh dijadikan pisau cukur untuk membotakkan kepala. Ketika itulah dapat dilihat pelbagai ilmu dan amalan orang Banjar. Ada yang berendam semalaman dalam perigi buruk, ada yang berwirid siang malam tanpa henti, mandi buluh dan bermacam lagi petua. Betapa tidak, perjuangan antara hidup dan mati bukan boleh diambil mudah.
Rumah Tuan Guru Hj Bakri bersebelahan surau Parit 8, malaran (boleh tahan) jugaganalnya (besarnya). Diperbuat dari kayu harat (baik) zaman British – kukuh dan padu. Dalam rumah itulah warga Banjar mengatur strategi untuk berdepan dengan pengganas komunis. Carirapan (berkilau-kilauan) mata parang bungkol pesaka padatuan (moyang) yang dibawa dari kampung halaman di negeri Banjar, dan kebanyakannya sudah pernah dibasahi darah tentera Belanda. Memang sudah terbukti kehebatan parang-parang tersebut ketika digunakan memerangi penjajah di Kalimantan dulu. Pada masa itulahtaungkai (terkeluar) nama atau gelaran yang tak pernah didengar sebelumnya.
Ketika itu, Tuan Guru Haji Bakri tak ada anak lelaki dewasa di Sungai Manik, yang ada hanya seorang cucu lelaki yang masih remaja berusia awal 20an. Acil, nama cucu kesayangannya. Macalnya (nakalnya) boleh tahan juga, tak jauh bezanya dengan anak-anak hari ini. Marga (disebabkan) kenakalan itulah, Tuan Guru Haji Bakri segera menurunkan ilmu kepada cucunya. Maka semakin bertambahlah kejaguhan si teruna ini.
“Nah, buat genggaman mu,” Tuan Guru Haji Bakri menghulur parang bungkol si “Mandam Layu” kepada cucunya. Fuh, cantik sungguh; hulunya diukir dari akar haur(buluh) betung, rumbai perca kain merah di hujung menambah keampuhann bila dipandang. Apa lagi, lihum bapair (senyum meleret) si Utoh Acil menerimanya.
Ranai guraknyap (sunyi sepi) seluruh Bendang DO kerana setiap buah rumah telah dikosongkan, penghuninya berpindah ke ruamah Tuan Guru – markas warga Banjar di Parit 8.
“Mudahanai kita barataan dilindungi Allah ……..Allahuakbar,” ujar Patuan GuruHj.Bakri wayah malapasakan bubuhan Banjar nang mamulae bagarak tangah malam cagar mamaraki markas PKM di muhara Bandang DO.
“Mudah-mudahan kita semua dilindungi Allah…Allahuakbar” ujar Tuan Guru Haji Bakri ketika melepaskan warga Banjar memulakan gerak menghampiri markas PKM di muara Bendang DO tengah malam itu.
Mereka bergerak persis Ninja. Yang masih tinggal bersama Tuan Guru ialah Emoh, Acil, Sukri, Sabran, Ali dan Amat Tuban. Tak ikut serta bukan bererti penakut tapi ada rencana dan perkiraan tersendiri.


Jihad 3 [Perang Sungai Manik ]

Posted on 27/02/2012by admin.upbb
Selepas solat Zohor tengahari itu, kelopak mata Utoh Putih terasa berat kerana tak tidur semalaman. Anak bungsunya sudah marinuk (merengkok) terlena di tepi lulungkang(jendela) anjung rumah. Hembusan bayu Bendang DO terasa dingin. Tak lama setelah Utoh Putih merebahkan badan di sebelah anaknya, dia pun turut terlena.
Hari semakin menghampiri petang. Entah kenapa gerangan hari ini Bendang DO sunyi sepi. Tak seorang pun yang kelihatan gagaliwalak (mundar mandir) di luar rumah seperti hari-hari biasa. Agaknya mereka sengaja mendiamkan diri dalam rumah, masih terkejut dengan kematian Mail Rudo dan kata-dua komunis, atau sedang menghitung hari kerana tempoh seminggu yang diberikan PKM semakin hampir.
Tanpa disedari enam ikung (orang) komunis sedang karayapan (merayap) mamaraki(menghampiri) rumah Utoh Putih. Kabujuran (kebetulan) pula, isteri dan anak sulungnya tidak ada di rumah kerana pergi maunjun (mengail) ikan puyu bersama kawan-kawan. Dengan menatang raifel MK5, gerombolan komunis terjingkit-jingkit menjenguk setiap jendela rumah. Sebaik terpandang Utoh Putih yang sedang lena, tanpa membuang masapalumpongan (muncung) MK5 diacukan ke kepala dari luar jendela.
“Dahui…dahui…dahui…” tiga kali muncung raifel memuntahkan pilur (peluru). Kerana sudah sampai waktunya – sampai ajal – kekebalan Utoh Putih berakhir. Tak sedikit pun yang tinggal. Mangarabuak (menggelegak) darah dalam jantung keluar menerusi ruang-ruang terbuka di kepala. Mujur juga anak kecilnya tidak diapa-apakan. Kuciak papar(menjerit sakan) si anak yangt terkejut, bakayukut (merangkak) mendakap bapanya yang sudah tidak bernyawa lagi.
Galahakan (berdekah-dekah) ketawa gerombolan komunis kerana puas dapat membalas kematian Mail Rudo. Selepas itu mereka terus balik meninggalkan Pekan Rabu, Bendang DO menghala ke Sungai Tungko.
Si Emoh yang sedang dalam perjalanan menghala ke Bendang DO manggisit (hampir)terserempak dengan kumpulan PKM yang masih terbahak-bahak kegembiraan. Mujur juga dia ternampak mereka lebih dahulu, lantas melompat manyungkupakan(menyembunyikan) diri ke padang tagah (dalam semak). Parang bungkol yang bergelar “si Buruk” sedia tergenggam di tangan. Andai ketemuan, tak taulah apa yang akan terjadi. Mujur juga dia masih lagi dilindungi Allah, dan tak seorang pun ahli komunis tersebut dapat melihatnya.
Barubuian (bercucuran) air mata Emoh terkenang sahabatnya si Utoh Putih. “Mungkin dah tak ada lagi saudaraku ini” bisik hati kecilnya. Belum pun jauh kumpulan komunis itu berlalu, Emoh bingkas dan bukah mancicing (pantas berlari) maranduk (meredah) pinggir bendang menghala ke rumah Utoh Putih yang sudah mula barumbung (ramai) orang.
“Ayuha, pergilah dulu wahai saudaraku kerana bila sudah sampai masanya, tidak siapa dapat menghalang” bisik Emoh ketika terpandang jenazah si Utoh Putih. Barataan(semuanya) warga Banjar di Bendang DO batarukuian (sepakat) untuk menyempurnakan jenazah petang itu juga. Dalam keadaan serba kekurangan kerana darurat, pengkebumian berlarutan sampai ke malam.
Han napa tia bujur, “amun muntung guri wadi hingkat disumpali dipisiti. Muntung manusia siapang nang hingkat manduga”, tantu banar ah hudah ada nang anju ataran, tida di manang bubuhan PKM tutih tahu pada si Utoh Putih nang ampunya angkara!
Betapa benarnya kata-kata “kalau mulut tempayan pekasam boleh disumpali (disumbat)dipisiti (ketat), mulut manusia siapa yang dapat menduga”. Tentu ada yang anju ataran(celupar) kalau tidak masakan PKM tahu Utoh Putih yang empunya angkara.
Mangkining (mengerlit) kilauan parang bungkol si Kandal Larap yang sudah tidakbapagustian (bertuan) tersangkut di tawing (dinding). Sambil mengusap mata parang bungkol peninggalan sahabat karibnya, hati Emoh berkata “Satu ketika nanti akan ku mandikan si Kandal Larap dengan darah seteru haram jadah…”
Parang Bungkul si “Burok” pusaka peninggalan Emoh yang tersimpan rapi dalam jagaan empunya cerita


Thursday, November 5, 2015

Jihad 2 [ Perang Sg.Manik]

Posted on 26/02/2012by admin.upbb
Markas PKM di Sungai Tungko gempar mendapat berita tentang pembunuhan Mail Rudo. Dengan bersenjatakan raifel MK5, berduyun-duyun gerombolan komunis yang diketuai orang kanan mereka si Ah Pau bergegas menghala ke Bendang DO, Parit 6, Sungai Manik.
“Ai yaa…kaki tangan semua kasi potong habit ka…manyak cilaka itu olang.” bebel si Ah Pau apabila terpandang mayat Mail Rudo yang masih tabirangkang (terkangkang) di atas titi. Tak seorang pun keluarga Banjar di Bendang DO yang berani tampil menunjukkan muka. Mereka hanya menyaksikan dari jendela rumah masing-masing.
Hari semakin larut petang, gerombolan komunis masih riuh berbincang sesama sendiri. Entah apa yang mereka bincangkan tak seorang pun penduduk kampung yang mengerti. Sejurus kemudian, kumpulan komunis itu pergi dari rumah ke rumah manggandah(mengetuk kuat) dinding mengarahkan orang kampung, tua dan muda, berkumpul di hadapan Pekan Rabu.
Seorang demi seorang di soal siasat termasuklah Utoh Putih. Namun, keluarga Banjar sepakat berpura-pura tak kenal siapa yang membunuh Mail Rudo. Akhirnya kepala komunis, si Ah Pau memberi kata dua: Kalau pembunuh Mail Rudo tidak ditangkap, Bendang DO akan jadi padang jarak padang tekukur.
Mayat Mail Rudo ditayut (diikat) dengan tali dan dikandar (galas) dengan kayu panjang untuk dibawa pergi. Rasa maras (kesian) pun ada melihat cara mayat diperlakukan – tak ubah seperti mengandar hasil buruan babi hutan. Tak siapa yang tau ke mana mayat itu dibawa, ditanam atau dibuang ke Sungai Perak. Kalau dibuang ke sungai pastinya ternganga luas mulut sang kuradal (buaya) mendapat habuan petang.
Warga Banjar sepakat meminta Utoh Putih membawa isteri dan anak-anak meninggalkan Bendang DO dengan segera. Maklum sajalah, muntung guri (mulut tempayan) bolehdipisiti (ditutup rapat), mulut manusia siapalah tau. Tapi apa pula kata empunya diri…!
“Cakada (tidak) saudaraku. Untuk apa kalau aku seorang saja yang maharagu (menjaga) anak dan isteri sedangkan kalian sabarataan (semua) terpaksa menanggung derita…aku tak akan meninggalkan kampung ini. Tidak, tidak sekali-kali, apa nak jadi, jadilah.” jenuh penduduk kampung memujuk namun Utoh Putih tetap dengan pendiriannya.
Sudah tiga hari berlalu, Emoh sahabat karib Utoh Putih yang baru dapat berita segeramangunyur (menonong) meninggalkan Balun Bidai menyeberang Sungai Kinta menuju ke Bendang DO untuk menemui sahabat karibnya, kawan sehati, seperguruan dan samajuhara (jaguh). Persahabatan mereka lebih akrab dari hubungan adik-beradik, dan tentunya Emoh tak akan mahijaakan (membiarkan) sahabatnya keseorangan dalam keadaan sedemikian.
“Pariannya diako madam maninggalakan Bandang DO nih …….. Tia mati jua magun Moh ai……….ajal wan maut bacara hudah di tantuakan, siapang nang kawa mahalang.” surung pandiran Utoh Putih nang hanyar haja imbah bamakanan di rumah hidin malam tutih.
“Pariannya (andainya) aku madam (berhijrah) meninggalkan Bendang DO, mati juga akhirnya, ajal maut sudah ditentukan, tak siapa kawa (boleh) menghalang.” Utoh Putih memulakan perbualan setelah selesai makan malam itu.
“Ai, jangan begitu, apa pangrasa (resa) kau ‘Toh?” tanya Emoh yang mula rasa tak sedap hati.
“Kada ah….. kaluko ai,” jawab hidin handap.
“Tak lah, manalah tau,” jawabnya ringkas.
Walau dimapa gin si Emoh magun ham asa balisah napang pinda lain banar parangai sahabat hidin nang sasain ambak bilang banyak mainggihakan pada malilit pandiran. Sarajin amun lawas kada badapatan kadamia cakada bakakaringan gusi palapauan tantan.
Walau bagaimana pun, Emoh masih rasa gelisah kerana lain benar kelakuan sahabatnya yang semakin ambak (pendiam) , lebih bersikap mengiakan dari merancakkan perbualan. Selalunya kalau lama tak berjumpa, tak kering gusi mereka berbual.
Malam semakin larut namun dua orang sahabat karib itu masih lagi belum tidur, masih ‘garunuman’ berbual.
“Moh, andainya ajalku sampai, jangan bersusah payah membawa mayatku ke Balun Bidai, kebumikan saja di sini. Tapi, jangan kau lupa membawa anak isteriku dan serahkan kepada keluarganya di sana. Sepanjang kita bersahabat, kalau ada terlebih terkurang, aku minta halal dunia akhirat. Engkau pula Moh, biarlah disederhanakan manjuhara(kejaguhan). Berhati-hatilah memilih kawan. Satu lagi…tapi jangan pula kau anggap aku menghalau…esok sebelum Zohor, aku minta kau segera beredar dari rumahku, ke mana yang kau nak tuju, aku tak batangatan (melarang). Tak ada apa-apalah, cuma aku rasa lebih selesa kalau bersendirian!”
Marigap (berderau darah) si Emoh mendengar kata-kata sahabatnya, lantas bangun mendakap Utoh Putih. Muntung bungkam (mulut terkunci) – tak sepatah kata pun yang terucap antara mereka kecuali barubuian (deraian) air mata mengenangkan nasib yang bakal menimpa. “Mungkin sudah sampai janji (ajal) saudaraku ini,” bisik hati kecil Emoh.
Mereka terus berbual sampai ke subuh.
Ari magun haja tatarauan, nang badua badangsanak hudaham tacugut di pinggir sumur pamandian.
Dalam remang (tatarauan) subuh, kedua sahabat sudah tacugut (tercegat) di tepi telaga mandi.
“Ayuha, duduklah ‘Toh…..Bismillahirahmanirahim…..” Emoh membaca ayat mandi suci sambil manguboiakan (menyiram) air memandikan sahabatnya si Utoh Putih hingga selesai.
Api di dapur barau (marak) dengan isteri Utoh Putih sibuk menyediakan sarapan pagi. Kesian si isteri kerana tak tau kisah dan hujung pangkal cerita. Pada pengamatannya, bermandi-mandian di subuh hari sudah jadi kelaziman dua orang pendekar tersebut.
Bandang DO hangat babandering mambari tanda pagi baugah tangahari sampai am hudah kutika badua badangsanak kana bapisah. Salah saikung tapaksa mamingkuti janji.
Panas semakin terik di Bendang DO sebagai tanda pagi sudah baugah (beralih) ke tengahari. Maka tibalah saatnya untuk kedua sahabat itu berpisah. Salah seorang terpaksamamingkuti (memegang) janji.
“Jangan lupa pesan guru kita wahai saudaraku, walau nyawa sudah berada di hujung, jangan sekali-kali kau lupa….” pesan Emoh kepada Utoh Putih. Kedua sahabat berpelukan untuk kali terakhir.
“(Barilaan) kita dunia akhirat.” dengan kata-kata itu, Emoh terus menonong meninggalkan sahabatnya si Utoh Putih tanpa menoleh lagi ke belakang. Ke mana gerangan tujuannya, tak siapa pun tahu.
NOTA KAKI:
Perkataan dan paragraph dalam warna biru adalah perkataan Banjar.

Maksud “Barilaan” ialah “Maaf zahir batin dan halalkan termakan terminum”