Friday, November 20, 2015

Jihad 10 [Perang Sungai Manik]

PEGAWAI POLIS: BEKAS ANGGOTA PKS


Pada petang 11 November 1975, aku telah bertemu dan bercakap dengan Ketua Polis Kontinjen Negeri Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong, di Ipoh Club. Percakapan kami  mengenai pergolakan politik di negeri Perak, ancaman pengganas komunis masih berlarutan, pembangunan rakyat dan beberapa perkara yang menyeronokkan. Khoo telah meminta semua percakapan kami itu di ’off the record’kan kerana sebab-sebab tertentu.
Antara pendapat-pendapat  Khoo Chong Kong yang masih aku ingat, ialah:
          + Mengenai perpaduan rakyat; selagi orang-orang bukan Melayu tidak ikhlas
             menerima bahasa Melayu sebahagian bahasa mereka dan mereka masih ada
             sentimen mahu menegakakan bahasa mereka, maka selama itulah perpaduan   
             tidak akan tercapai dengan  sempurna.
+  Agama Islam mestilah diterima sebgai agama negara, dan hukum-hukumnya
   dipraktikkan sebagai undang-undang dan perkemaskan perlembagaan
   mengenai agama Islam. Pemahaman mengenai Islam agama rasmi negara
   hendaklah diberi fahaman  kepada  semua rakyat bukan Islam, supaya
    perpaduan antara rakyat yang sedia ada akan bertambah kukuh. 
+   Tidak ada cara yang lebih baik yang berkesan untuk membanteras fahaman komunis, melainkan dengan Islam dan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat luar bandar dan pinggir bandar.
+   Kerajaan Pusat dan semua Kerajaan Negeri akan tidak selamat, mungkin akan muflis kalau dibiarkan amalan rasuah berleluasa di kalangan para pegawai, kakitangan kerajaan dan mereka yang  berkecimpung dalam arena politik.
+  Untuk meninggikan moral semua rakyat, kerajaan mestilah mengawal atau menghalang kemasukan segala macam unsur menolak ketuhanan dan kebudayaan kuning menerusi filem, televisyen dan media cetak.
Hanya berselang sehari semalam, iaitu pada waktu lepas makan tengah hari pada 13 November 1975, Khoo Chong Kong telah mati ditembak oleh dua orang pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menunggang motosikal, di garisan lampu isyarat simpang Fair Park dengan Jalan Anderson, dalam Bandar Ipoh. Turut terbunuh, pengiringnya, Sarjan Yeung Peng Chong dan pemandu keretanya.[1](Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia.)
Sebelum berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, Khoo Chong Kong adalah bekas aktivis Parti Komunis Sarawak (PKS). Sebelum menyertai pasukan polis, dia telah menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Keberanian dan kebodohan seseorang ada kalannya memberi guna kepadanya. Begitu jugalah aku dengan keberanian dan kebodohanku. Aku ditakdirkan Allah tidak mengalami sebarang kejadian buruk di negara orang, maka hidup hingga kini. Tetapi aku bangga, kerana langkah berani dan bodohku itu telah menjadi catatan manis dalan ’sejarah hidup’ku.
Pada penghujung bulan 12 Jun  1975, dengan tidak memberitahu keluargaku, aku telah mengikuti enam orang pegawai tentera Amerika Syarikat dalam sebuah kapal terbang Tentera Udara – US Air Force yang telah terbang dari Lapangan Terbang Tentera Udara, Matang Kuching, Pulau Pinang,  ke Vietnam Selatan.
Turut bersama kami dalam kapal terbang itu, dua orang Melayu peniaga ikan sepat kering dari daerah Kerian, Perak, Tarmizi dan Zainuddin. Mereka membawa ikan sepat kering ke Vietnam Selatan.
Aku telah pergi ke Vietnam Selatan setelah aku bercakap dengan seorang Pegawai Tentera Amerika, di Ipoh pada 8 Jun 1975. Dia fasih bercakap bahasa Indonesia. Dalam percakapan itu, aku telah mengecam tindakan pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat yang telah menghantar 400,000 anggota tenteranya ke Vietnam Selatan semata-mata untuk membunuh umat manusia di sana. Kebanyakan anggota tentera itu terdiri dari pemuda-pemuda lepasan institusi-institusi pengajian tinggi di sana.
Pegawai tentera itu rasa tercabar, apabila aku berkata kepadanya, Amerika mempunyai tujuan menjajah, bukan untuk mewujud keamanan dunia dan Amerika tidak akan mencapai kemenangan dengan gerila-gerila komunis, kerana penganut-penganut komunisme lebih tegar dari mereka yang menganut kapitalisme.
Pegawai tentera Amerika itu telah menjemput aku ke Vietnam Selatan. Dia mahu aku melihat sendiri akan kejayaan tentera-tentera Amerika memerangi gerila-gerila Viatcong. Aku setuju pergi ke Vietnam sebagai ’pemerhati perang’.
Aku telah pergi ke Vistnam Selatan dengan tidak ada sebarang jaminan keselamatan atas diriku dan tidak ada insuran untuk membayar pampasan kepada warisku jika aku terbunuh di sana. Hanya berharapkan kepada pihak tentera Amerika Syarikat yang akan menguruskan mayatku, sekiranya aku terbunuh di sana, dan membayar sagu hati kepada keluargaku.
Hingga aku menulis buku ini, isteri dan anak-anakku tidak mengetahui aku telah pergi ke Vietnan, kerana aku telah merahsiakan sebelum aku pergi dan setelah aku pulang dari sana.
Di Vietnam Selatan, aku bersama tiga orang wartawan yang datang ke sana, seorang dari Indonesia, seorang dari Filipina dan seorang lagi dari Thailand tinggal dalam khemah tentera, di Bandar Saigon( Ho Chi Minh). Kami tidak mengikuti oprasi tentera seperti warrtawan-wartawan perang di sana.
Selama tiga hari kami di sana, kami telah dibawa dengan helikopter ke khemah tentera Amerika di Quy Nhon dan Cam Ranh. Dalam khemah-khemah tentera itu kami telah diterangkan oleh pegawai-pegawai tentera Amerika mengenai kejayaan semua oprasi tentera Amerika di sana. Mereka mencapai kejayaan besas memerangi gerila-gerila Vietcong. Sebagai biasa pegawai-pegawai tentera itu telah memuji negara mereka yang mengajar manusia hidup secara demoakrasi dan berpeikemanusiaan.
Selama berada di Vietnam, aku telah sarat dengan propaganda Amerika. Tetapi aku tidak mengubah pandanganku, bahawa Amerika Syarikat tidak mempunyai belas kasihan kepada umat manusia dan lebih mementingkan diri mereka sendiri. Mereka ketawa dengan kekayaan atas timbunan manusia yang telah mati.
Sehari sebelum pulang ke tanahair, kami telah dibawa melawat ke khemah tentera Amerika di bandar Saigon. Seorang jururawat (perempuan) Vietnam yang fasih berbahasa Melayu, pada waktu bercakap denganku, dia berharap perang Vietnam segera tamat kerana dia terpaksa merawat manusia-manusia yang mati dan cedera telah menimbulkan kesan buruk dalam dirinya.
”Mereka (tentera Amerika) tidak ada belas kasihan, perempuan, orang tua dan kanak-kanak mereka bunuh,”katanya.
”Mereka menuduh pihak Vietcong pengganas dan zalim, tetapi merekalah penjahat dan paling zalim,”tambahnya.
Janji Allah; ajal manusia di tangan-Nya. Tiada makhluk yang boleh mendahului atau mengakhiri waktu mati atau ajal. Aku telah mengalami ’belum ajal berpantang mati’, iaitu, pada malam meraikan aku dan beberapa orang wartawan-wartawan dari Indonesia, Thailand, India, Australia dan Filipina yang akan meninggalkan Vietnam Selatan dan pulang ke negara masing-masing.
Aku bersama bersama dua orang wartawan lagi, telah terlewat keluar dari khemah tentera tempat kami tinggal itu, kerana sebelah kasutku telah dilarikan oleh seekor anjing renek – anjing kecil dan berbulu lebat -, ke tepi pagar kira-kira 300 meter dari khemah tempat aku tinggal. Setelah kasut aku itu dijumpai oleh seorang askar Amerika(kulit hitam), maka kami telah menaiki sebuah kenderaan tentara dan pergi ke tempat jamuan itu. Tiba-tiba suara dari telefon pegawai tentera yang duduk di bangku hadapan memberitahu tempat jamuan itu telah kena bom. Kami tidak pergi ke sana.
Kami mendapat khabar kemudiannya, lebih dua lima orang pegawai tentera Amerika Syarikat dan Australia bersama beberapa perempuan – penari dan pelacur Vietnam telah terbunuh dan ramai yang telah cedera. Kejadian itu telah berlaku kerana sebutir bom Molotove coctail yang terpasang pada badan salah seorang perempuan lacur  yang menjadi agen gerila Vietcong meletup.
Allah Maha Kuasa, disebabkan anjing telah melarikan kasutku, kami lewat datang ke tempat jamuan itu. Kalau tidak disebabkan anjing itu, kami telah lebih awal tiba ke sana. Mungkin aku dan wartawan-wartawan lain terbunuh di sana.
Aku telah dihantar pulang ke Lapangan Tebang Tentera Udara Matang Kucing, Pulau Pinang, pada hari yang keempat.
Aku tidak menulis rencana mengenai lawatanku ke Vietnam kerana sebab-sebab tertentu. Sebagai kenang-kenangan ’kebodohanku’, aku telah menulis sebuah novel berjudul ’Detik-Detik Perpisahan’. Novel itu telah diterbitkan Penerbit Tra-Tra, Petaling Jaya pada tahun 1987.*

*  Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh,(belum terbit),
    oleh: Mokhtar Petah.


[1] Far EasternEconimic Review, 11 April 1977.
     Mohd.Reduan Haji Asli, 1993, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia,Kuala Lumpur,
     Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.137.


Jihad 9 [Perang Sungai Manik ]

                                  PARTI KOMUNIS MALAYA

Aku mengakui, sesunguh anggota-angota tentera anti Jepun – Malayan People’s Anti – Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti-Jepun Rakyat Maslaya (TAJRM) dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang terdiri dari orang-orang China dan kaum-kaum lain tidak zalim seperti yang dilaung-laungkan oleh penjajah Inggeris Jepun dan Amerika. Mereka hanya telah membunuh orang-orang yang menentang mereka, menjadi tali barut Jepun dan penjajah lain.
Sebenarnya yang telah melakukan kezaliman kepada rakyat di seluruh Tanah Melayu, ialah askar-askar Jepun dan orang-orang  China tentera  Guomindang ( Parti kebangsaan Rakyat Cina) yang dipimpin oleh General Chiang Kai-Shek(Jiang Jie Shi:1887-11975) yang telah diseludup masuk ke Tanah Melayu oleh Central Intelligence Agency (CIA) melalui Siam dengan tujuan untuk memburuk-burukkan anggota – anggota Parti Komunis Malaya (PKM)  supaya orang-orang Melayu terutamanya, bencikan orang-orang China dari parti tersebut.
Askar-askar Guomindang (Kuomintang) itulah yang telah mempengaruhi orang-orang Cina supaya memusuhi orang Melayu dan membunuh mereka. Perkara itu telah diketahui oleh pihak British kemudiannya apabila seorang askar Guomindang telah dapat ditangkap di Johor. Kerana kebanyakan ahli-ahli Parti Komunis Malaya terdiri daripada pemuda-pemuda Cina pekebun sayur dan buruh lombong yang tidak berpelajaran, maka mereka telah terepengaruh dengan propaganda orang-orang Guomindan untuk membunuh orang-orang Melayu.
Abang saudaraku, Abdullah Kuak telah dibunuh bersama dua orang lagi di Jirat Cina Lenggong. Adiknya Abdul Rahman bersama isterinya, Aishah binti Haji Mohd.Zain telah diculik sekumpulan orang-orang Cina dari rumah mereka di Kampung  Ngor pada waktu malam dan di bawah ke dalam banjaran gunung Bintang Hijau. Mayat mereka telah tidak dijumpai.
MANGSA KEKEJAMAN
Orang-orang Cina askar Guomindang  telah membunuh lebih tiga ratus orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak di kampung Bekor,[1] Manong dekat Kuala Kangsar. Sampai kini batu-batu nisan menandakan pusara-pusara tempat bersemadinya mangsa-mangsa kekejaman orang-orang Cina itu masih berceracak di bawah rumah – rumah dan di sekitar kampung tersebut.
’Orang Tionghua yang lari dari Pusing (dekat Ipoh) itu telah membentuk kumpulan bersenjata dan mara menyerang Bekor. Di Bekor, seorang anggota parti Melayu bernama Harun (nama samaran masa itu, saya tak ingat nama rasminya) cuba menyekat orang Tionghua itu di kepala sebuah jambatan. Beliau mendepa kedua-dua belah tangannya Sambil menyeru kumpulan orang Tionghua itu supaya bersabar dan berhenti menyerang. Harun berkata: ”Saya rela mati di sini jika kamu tak mahu mendengar.” Kumpulan orang Tionghua itu terus merempuh masuk dan menetak beliau hingga mati. Harun adalah kader Melayu PKM yang bertanggungjawab atas kerja massa di Bekor dan kawasan-kawasan sekitarnya. Beliau dihormati oleh orang Melayu dan orang Tiongkua di kawasan tersebut.
Selanjutnya kumpulan orang Tionghua itu terus menyerang orang Melayu di Bekor, membakar masjid, rumah dan harta benda. Saya berasa teramat  sedih mendengar berita malang itu dan terasa menyesal yang amat sangat kerana tidak dapat pergi ke Pusing menyelesaikan hal itu seperti yang telah saya lakukan di Teluk Anson.
Selepas tragedi itu, Dr Burhanuddin Al – Helmy dan beberapa pemimpin PKMM pergi ke situ untuk memberi penerangan kepada orang ramai. Yang peliknya, mengikut Dr Burhnuddin Al – Helmy, tidak ada pasukan parang panjang di Bekor. Rupa-rupanya pasukan parang panjang yang dimaksudkan itu adalah sejumlah anggota Pasukan Force 136bersama beberapa orang lain melakukan pembunuhan ke atas orang-orang Tionghua. Dengan itu kami mendapati bahawa peristiwa itu adalah sengaja dilakukan oleh penjajah British.’ [2]
KUMPULAN ORANG MELAYU
Orang-orang Cina dari Kuomindang juga telah membunuh ramai orang-orang Melayu dalam kawasan Sungai Manik dekat Teluk Anson, Perak dan di Batu Pahat, Johor.
Kerana orang-orang Melayu tidak tahan lagi menderita dibunuh dan disiksa oleh orang-orang Cina, maka wujudlah beberapa kumpulan orang Melayu yang diketuai oleh beberapa orang Sheikh parang panjang di beberapa tempat, di Tanah Melayu. Di antara mereka itu  Sheikh Othman - cincin tembaga (Taiping), Sheikh Idris – tangkal kulit kambing putih (Kuala Kangsar), Tok Janggut – ilmu ratib dan senjata ghaib (Tanjung Rambai, Grik) dan Kiyai Salleh – mandi minyak, Batu Pahat.
Pada masa parang panjang aku masih belum remaja, tetapi aku telah turut belajar ilmu tersebut, iaitu ilmu menghadang musuh, ilmu kebal, ilmu ghaib dan sebagainya. Semua ilmu itu diamalkan dengan cara wirid nama-nama Allah, ayat-ayat Quran. Aku telah tiga kali mandi minyak panas (minyak panas menjadi dingin waktu kami memasukkan tanganku ke dalam minyak yang mengelegak dalam kawah). Aku juga pernah diuji, iaitu ditembak dengan senapang dan pisatul pada belakangku, tetapi dengan kuasa Allah kulit tubuhku tidak tembuk atau tercalar.
Bapaku adalah salah seorang dari pembantu-pembantu para sheikh parang panjang itu. Dia boleh mengeluarkan beratus-ratus bentuk cincin tembaga dari sebuku keminyan sebesar kepala lutut orang dewasa. Cincin-cincin itu kemudiannya dipakai oleh mereka yang mengamalkan ilmu parang panjang tersebut..
MENGGANGGU GADIS MELAYU
Pada satu hari bapaku dengan berpakaian seluar dari kain khaki, kemeja putih dan baju kot (over coat) dari kain khaki juga telah pergi ke bandar Kuala Kangar kerana urusan seorang penduduk kampungnya. Pada waktu dia hendak pulang, setibanya di stesen bas bandar itu, telah berlaku satu kejadian seorang anggota mata-mata gelap, seorang lelaki Cina mengganggu seorang gadis Melayu. Ayahku telah memarahinya. Kerana bapaku telah mengganggunya, maka mata-mata gelap itu dengan marah dia telah menerkam bapaku dan cuba hendak menumbuknya dengan cara kuntau Cina, tetapi bapaku telah mengelak. Setelah beberapa kali mata-mata gelap itu hendak menumbuk dan menendangnya, bapaku telah melepaskan penumbuknya ke muka mata-mata gelap itu. Dia telah mengundur beberapa langkah ke belakang dan telah menembak dua das ke dada bapaku dengan pistol automatiknya. Baju kot (over coat) dan baju kemeja di badan bapaku telah berlubang-lubang pada bahagian dadanya kerana ditembuskan oleh peluru-peluru pistol itu, tetapi kulit dada bapaku tidak luka sedikit pun.
Pada satu malam, bapaku bersama enam orang rakannya yang mengamalkan ilmu parang panjang telah berjaya membunuh – dengan memancung leher -, dua belas orang lelaki Cina ahli Parti Komunis Malaya (PKM) atau orang-orang Kuomintang yang sedang berkhemah di satu tempat, di tepi Sungai Perak.
Bapaku telah diberitahu oleh seorang penduduk di tepi Sungai Perak, bahawa ahli-ahli Parti Komunis Malaya (PKM) itu telah menyamun tiga kekuarga di sana. Mereka telah merampas wang dan barang-barang kemas. Khabar yang tidak jelas, kononnya pengganas-pengganas itu telah merogol dua orang perempuan muda dari keluarga-keluarga yang telah menjadi mangsa samun mereka.
Bapaku dan rakan-rakannya telah menyerang pengganas-pengganas itu. Kemudian mereka telah mencampakkan semua mayat tersebut bersama senjata-senjata mereka ke dalam Sungai Perak.[3]
MEMPERKECILKAN BAHASA MELAYU
Di kalangan orang-orang Melayu sendiri sebenarnya kecurigaan terhadap kaum Cina sudah wujud sejak bermulanya gerakan komunis dan PKM. Penolakan orang-orang Melayu terhadap PKM banyak bertolak daripada ideologinya sendiri yang bersifat atheisme atau anti –Tuhan. Oleh kerana PKM itu sendiri sehingga tahun 1941 di anggotai oleh kaum Cina, maka dengan sendirinya dianggap yang kaum Cina itu sinonim dengan Komunis. Dengan itu bilamana tertubuhnya MPAJA, dengan sendirinya sikap anti – Komunis itu menjadi sikap anti –Cina.
Kemuncak dari konflik perkauman ini berlaku sebaik sahaja tamat peperangan dan penyerahan tentera Jepun pada tahun 1945. Sejak dari masa penyerahan ini sehingga kedatangan British Military Administration (BMA), iaitu tempoh kekosongan kuasa selama dua tiga minggu, berlakulah apa yang disebut sebagai ’reign of terror’, iaitu pemerintahan kejam oleh gerila MPAJA atau Bintang Tiga. Pada masa inilah berkuasanya pistol dan pisau yang menjadi mangsanya, ialah orang-orang Melayu.’[4]
Pada waktu aku menulis buku ini, aku masih berpegang kuat pada keyakinanku, bahawa tidak dapat dielakkan akan berlaku perkelahian antara kaum pada masa akan datang sekiranya antara penduduk-penduduk yang berbagai kaum di negara ini masih ada sikap merebut atau memonopoli habuan dalam ekonomi, tipu daya ke atas orang-orang Melayu, memandang rendah kepada anak watan, menghina atau mempersendakan agama Islam, menuntut hak penggunaan bahasa mereka dan menolak atau memperkecilkan bahasa Melayu.
Kita tidak menolak akan jatuh dan bangun sesuatu bangsa di dunia yang mungkin berlaku pada hari- hari mendatang atau beberapa tahun di muka. Mungkin orang-orang pendatang di negara ini berjaya memperkotak-katikkan bangsa Melayu kerana mereka serba mampu, tetapi tindakan itu mengundang kebangkitan dari generasi baru bangsa Melayu yang bepegang kepada agama Islam terutama ’akidah dan jihad’ yang akan memusnahkan kemungkaran mereka itu dan membangun semula bangsa Melayu dan agama Islam.
Jika di kalangan orang-orang keturunan pendatang di negara ini ada nafsu untuk melakukan sepereti di atas, maka berertilah mereka itu seperti orang-orang mengali kubur untuk diri mereka sendri sahaja.
Pada masa silam, penjajah-penjajah British, Amerika, Jerman, Belanda dan bangsa-bangsa lain telah menjajah dan menindas bangsa-bangsa di sekluruh dunia, tetapi sekarang bangsa-bangsa yang tertindas itu telah bangun sebagai manusia-manusia yang bebas dalam negara mereka yang merdeka.
Semua kaum di negara ini akan dapat hidup aman damai, sekiranya orang-orang Islam berpegang kepada doktrin dari Allah dalam al Quran, iaitu, ’...hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.’[5] Kaum-kaum lain pula tidak bermain dengan sentimen perkauman, bahasa, politik dan agama dan bernafsu untuk merampas hak atau menjajah atau tidak bersikap ’telunjuk lurus kelingking berkait.*

* Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh (belum terbit), oleh: Mokhtar Petah)


[1]  Wartawan, Allahyarham Ahmad bin Arif telah menulis dan menerbitkan sebuah novel
    mengenai tragedi di Kampung Bekor yang berjudul ’ Air Mata Mengalir Di Kampung Bekor’ pada
     tahun 1950-an.
[2] Abdullah C.D., 2005, Memoir Abdullah C.D. Zaman Pergerakan Sehingga 1948, Petaling Jaya,
   Strategi Imformation Research Development, hlm:115.
[3] Cerita dari bapaku kepadaku setelah beberapa hari berlaku kejadian itu.
[4]  Abdullh bin Haji Abdul Rahman, 1994, Gerakan Anti Penjajahan 1511 – 1950, Kuala Lumpur,
    Penerbitan Tinta Sdn Bhd.,  hlm. 111.
[5] Quran – Ali Imran:112


Jihad 8 [ Perang Sungai Manik ]

Posted on 04/03/2012by admin.upbb
Peperangan di Balun Bidai melahirkan seorang lagi wira Banjar bernama Mawi, pemilik parang bungkol bergelar si Kajang Rungkup. Kalau berhadapan musuh, dia tidak teragak-agak untuk menerkam (marungkup) dan menyembelih, seperti menyembelih leher lembu. Yang menghairankan, musuh yang sudah kena terkam langsung jadi lemah tak bermaya untuk melawan. Itulah keajaiban parang bungkol si Kajang Rungkup.
Setelah berakhir perang di Balun Bidai, Acil diberi gelaran “Acil Wani” (Acil Berani). Sebut saja nama Acil, seluruh warga Banjar kenal padanya.
Bela (haragu) bukan sebarang bela, bela ada muslihat (sipatan). Warga Cina yang ramai bermastautin disetiap pelosok Kampung Gajah sudah mula mencebik (kulibian) bila bertemu orang Melayu.
“Wahai kaumku, perang sabil saja diolah (dipiulah) oleh orang Melayu yang banyak menjurus kepada perkauman. Mereka merancang untuk menghapuskan bangsa Cina seluruh Tanah Melayu, itulah tujuan sebenarnya. Tergamakkah (purunkah) tuan-tuan membiarkan bangsa sendiri hancur lebur dipijak-pijak (dilincai) orang Melayu? Tentunya kalian tak sanggup. Nah apa lagi yang ditunggu, jom kita bersatu, kita tentang sampai ketitisan darah terakhir!” begitulah bunyinya kempen PKM setiap kali bertemu orang Cina di Kampung Gajah. Mereka yang sudah rasa terhutang budi kerana selama ini dilindungi, dijaga sebaiknya oleh PKM akhirnya bersetuju berjuang demi bangsa dan agama mereka.
Orang Cina tak dapat melihat muslihat disebalik kemanisan kata-kata PKM – memperbodoh (mawalohi) orang Cina untuk kepentingan sendiri dengan melagakan(menyaung) Cina dan Melayu. Betapa tidak, sudah banyak pengganas komunis kecundang di tangan pejuang Banjar.
Orang Cina mula menghimpunkan serba serbi (sarabanya) keperluan – parang besar, parang bengkok, kayu pengandar tempinis seadanya dengan tujuan untuk berperang. Sekiranya terserempak dengan orang Melayu, tak kira kecil atau besar bakal habislah mereka kerjakan.
Pertemuan secara berdepan antara pejuang Sabilullah dengan orang Cina dan pengganas komunis di pinggir Kampung Sungai Galah tak kurang jua sengitnya dibandingkan dengan yang sebelumnya. Lenguh dan kebas (katuran) tangan warga Banjar kerana terlalu pantas(ancap) mengayun (mailai) parang bungkol. Baju dan seluar basah kuyup (jimus) dengan darah. Mayat musuh bergelimpangan di sana sini, namun jumlah mereka masih belum berkurangan (rawak), malah semakin ramai (manjarau).
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!” jerit si Acil tiga kali sebagai isyarat supaya berundur seketika untuk menghilangkan penat dan membuat strategi lain. Melihat pejuang Sabilullah mula berundur, warga Cina riuh mangajuk (mauyati) zikir Lailahailallah.
“Lailahailalit…Malayu kasi habit!!!” mereka merasakan sudah beroleh kemenangan.
Mendengar zikir dipermainkan, Mawi si Kajang Rungkup hilang sabar. Serta merta dia berpatah balik mengejar musuh. Sayang, hajatnya untuk menerkam tak kesampaian. Bertalu-talu peluru Bren Gun komunis hinggap ke badan. Huyung hayang (tajumpipir)Mawi lalu rebah.
“Habislah Mawi!!!” semua warga Banjar yang melihat terasa sedih.
Tak sampai 10 minit berselang, Mawi yang bergolek kesakitan (bapangsar) di atas tanah bingkas bangun.
“Mati aku, mati aku, mati aku!” ujar Mawi yang berlari anak (bukah maanak) balik ke kumpulan, sambil mengibas (bakipuh) membuang peluru yang sudah leper yang melekat(marikit) penuh (papak) seluruh badan. Mawi yang disangka sudah mati rupanya masih(magunai) hidup.
“Bah rasa berbahang (mambarangat) Cil ai…hampir (manggisit) terbakar (mandah) aku abang (kakak) Emoh ai!” ujar Mawi mengadu. Khalifah Acil ketawa terbahak-bahak, tak dapat menahan kelucuan teringat karenah Mawi.
Senyum meleret (lihum bapair) si Emoh sambil mengipas Mawi yang sedang kepanasan, tapi masih lagi boleh bergurau (bahuhulut). Begitulah karenah orang Banjar.
Mawi, kalau belum sampai ajal sememangnya kebal. Bukan sekali dua dia bakipuh begini.
Masa bertugas sebagai Home Guard mengiringi tuan lombong orang Inggeris Changkat Tin, dia pernah diserang hendap oleh Bintang Tiga ketika sedang menaiki Loko (keretapi kecil pengangkut bijih timah). Terpandang tuan orang Inggeris yang sudah mati terkena tembakan, Mawi melepaskan raifel di tangan lalu mengejar komunis dengan parang bungkol. 5 orang pengganas maut (jingkar) ditetak dengan Kajang Rungkup. Entahlah, adakah anak-anaknya yang mewarisi ilmu si bapa!
Hari semakin lewat (landung), para pejuang Sabilullah terpaksa meninggalkan medan perjuangan kerana masa dan ketika untuk berhenti sudah pun tiba. Musuh masih riuh berteriak (karahongan) mengajak berlawan tanda tak puas hati, tapi setelah tak dilayan, mereka pun senyap. Mawi yang masih sakit seluruh badan (ringkutan saawakan) ditandu balik.
Sementara itu, orang Melayu dari Kampung Gajah berduyun-duyun datang menemui Tuan Guru Haji Bakri di surau Changkat Bayas. Tak sampai sepuluh orang yang sempat(sawat) memperoleh selendang merah kerana itu sajalah baki yang ada. Walau bagaimana pun, semuanya diberi minum air jampi penaik semangat (banyu garangsang) dan diberi amanat – kalau boleh, hapuskan saki baki dan zuriat komunis di Kampung Gajah.
Memang menjadi, tak sia-sia pemberian Tuan Guru. Tak sempat menunggu esok sudah riuh dan gempar orang Melayu menyerang orang Cina di Kampung Gajah. Di mana saja terdapat kediaman mereka, habis dimusnahkan.
Orang Melayu di Kampung Gajah sudah jadi berani setelah menuntut ilmu orang Banjar – angkara Ali Amin yang memperdagangkan ilmu kepada orang Melayu.
Ali Amin…..kerana tak mahu bekerja seperti orang lain, bila tak berduit, ilmu dijualnya. Hampir tercetus pergaduhan dimarahi Acil dan Emoh. Oleh kerana malu, akhirnya dia meninggalkan Balun Bidai, dan terus hilang tanpa berita.
Sudah tiga hari para pejuang Sabilullah merehatkan badan. Esok pagi bakal bermula perjuangan baru – menyerang musuh di pinggir Kampung Sungai Galah. Menurut firasat Tuan Guru Hj Bakri, peperangan esok mungkin yang terakhir. Para pejuang memujuk Mawi supaya jangan turut serta kerana masih belum sihat sepenuhnya. Tapi orang yang keras hati sepertinya tak makan pujuk.
“Napa garang pamburisit banar ah diaku nia tih?” ujarnya mamburangsing.
“Kenapa gerangan, penakut benarkah aku ni?” ujarnya dengan nada marah.
Sepetang suntuk Mawi bersilat memantapkan langkah 12 (seni silat orang Banjar), dengan tujuan untuk menerkam bersungguh-sungguh agaknya. Serba salah (saraba ngalih),kalau ditinggal, mau saja menonong (mangunyur) mengikuti dari belakang (manunti)seorang diri. Selepas dibenarkan (diinggihakan) barulah dia senyap (ranai).
Zikir Lailahaillallah tak berhenti-henti, musuh yang sudah bersedia menanti begitu ramai.
“Fisabilullah Allahuakbar!!!” laung Khalifah Acil sambil berlari di hadapan menghampiri musuh. Kelentungan (kalintingan) senjata berlaga. Orang Cina pun apa kurangnya – bermacam kebolehan dan kemahiran dipamer dalam perjuangan penentuan antara hidup dan mati.
Sedang rancak bertarung, orang Cina terpinga-pinga kerana dengan tiba-tiba kelibat orang Banjar sudah tidak kelihatan. Pengganas komunis yang bijak bersembunyi di merata penjuru mula keluar dari tempat persembunyian untuk mengejar dan mencari pejuang-pejuang Banjar. Hilai ketawa mereka membayangkan seperti sudah mencapai kemenangan.
Namun, kegembiraan mereka cuma sementara. Sungguh tak disangka, tiba-tiba parang bungkol berterbangan sendirian macam air hujan menetak (manimpas), melibas(merawis) dan menikam (manyuduk) hingga tak dapat dielak. Banjir (baah) Kampung Sungai Galah dengan darah. Lintang pukang pengganas komunis lari menghala ke hutan Tambun. Tak boleh ditunggu (kada magan di hadang) lagi kerana lailahailait Cina sudah potong habit.
Bagaimana (dimapang) parang boleh terbang sendiri kalau tak ada kudrat dan iradat yang mengarahkan. Sebenarnya orang Banjar jua yang bersungguh-sungguh (bahimat)menetak (manimpasi), cumanya mereka tidak kelihatan kerana sudah berada di alimul(alam) ghaib.
Keberanian orang Banjar turut menaikkan semangat orang Melayu di merata tempat. Perkampungan Cina di sepanjang Sungai Perak dan Chenderong Balai ranap dibakar dik dendam orang Melayu yang sudah lama menderita ditindas komunis. Selepas itu barulah tentera upahan British bangsa Punjab tiba untuk mengamankan Sungai Manik dan Kampung Gajah.
Sejak itu, tidak ada lagi orang Cina di Kampung Gajah. Saki baki pengganas komunis yang masih hidup lari ke dalam hutan.
Tuan Guru Haji Bakri, 57 tahun kembali ke Rahmatullah di Mekah tanggal 26 September 1950. Jasadnya disemadikan di Perkuburan Ma’ala, Mekah.