PARTI
KOMUNIS MALAYA
Aku mengakui, sesunguh anggota-angota tentera anti
Jepun – Malayan People’s Anti – Japanese Army (MPAJA)
atau Tentera Anti-Jepun Rakyat Maslaya (TAJRM) dan Parti Komunis Malaya (PKM)
yang terdiri dari orang-orang China dan kaum-kaum lain tidak zalim seperti yang
dilaung-laungkan oleh penjajah Inggeris Jepun dan Amerika. Mereka hanya telah
membunuh orang-orang yang menentang mereka, menjadi tali barut Jepun dan
penjajah lain.
Sebenarnya yang telah melakukan
kezaliman kepada rakyat di seluruh Tanah Melayu, ialah askar-askar Jepun dan
orang-orang China tentera Guomindang ( Parti kebangsaan Rakyat
Cina) yang dipimpin oleh General Chiang Kai-Shek(Jiang Jie Shi:1887-11975) yang
telah diseludup masuk ke Tanah Melayu oleh Central Intelligence Agency (CIA)
melalui Siam dengan tujuan untuk memburuk-burukkan anggota – anggota Parti
Komunis Malaya (PKM) supaya orang-orang Melayu terutamanya, bencikan
orang-orang China dari parti tersebut.
Askar-askar Guomindang
(Kuomintang) itulah yang telah mempengaruhi orang-orang Cina supaya memusuhi
orang Melayu dan membunuh mereka. Perkara itu telah diketahui oleh pihak
British kemudiannya apabila seorang askar Guomindang telah dapat ditangkap di
Johor. Kerana kebanyakan ahli-ahli Parti Komunis Malaya terdiri daripada
pemuda-pemuda Cina pekebun sayur dan buruh lombong yang tidak berpelajaran,
maka mereka telah terepengaruh dengan propaganda orang-orang Guomindan untuk
membunuh orang-orang Melayu.
Abang saudaraku, Abdullah Kuak
telah dibunuh bersama dua orang lagi di Jirat Cina Lenggong. Adiknya Abdul
Rahman bersama isterinya, Aishah binti Haji Mohd.Zain telah diculik sekumpulan
orang-orang Cina dari rumah mereka di Kampung Ngor pada waktu malam dan
di bawah ke dalam banjaran gunung Bintang Hijau. Mayat mereka telah tidak
dijumpai.
MANGSA KEKEJAMAN
Orang-orang Cina askar Guomindang telah membunuh
lebih tiga ratus orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak di kampung Bekor,[1] Manong
dekat Kuala Kangsar. Sampai kini batu-batu nisan menandakan pusara-pusara
tempat bersemadinya mangsa-mangsa kekejaman orang-orang Cina itu masih
berceracak di bawah rumah – rumah dan di sekitar kampung tersebut.
’Orang Tionghua yang lari dari
Pusing (dekat Ipoh) itu telah membentuk kumpulan bersenjata dan mara menyerang
Bekor. Di Bekor, seorang anggota parti Melayu bernama Harun (nama samaran masa
itu, saya tak ingat nama rasminya) cuba menyekat orang Tionghua itu di kepala
sebuah jambatan. Beliau mendepa kedua-dua belah tangannya Sambil menyeru
kumpulan orang Tionghua itu supaya bersabar dan berhenti menyerang. Harun
berkata: ”Saya rela mati di sini jika kamu tak mahu mendengar.” Kumpulan orang
Tionghua itu terus merempuh masuk dan menetak beliau hingga mati. Harun adalah
kader Melayu PKM yang bertanggungjawab atas kerja massa di Bekor dan
kawasan-kawasan sekitarnya. Beliau dihormati oleh orang Melayu dan orang
Tiongkua di kawasan tersebut.
Selanjutnya kumpulan orang
Tionghua itu terus menyerang orang Melayu di Bekor, membakar masjid, rumah dan
harta benda. Saya berasa teramat sedih mendengar berita malang itu dan
terasa menyesal yang amat sangat kerana tidak dapat pergi ke Pusing
menyelesaikan hal itu seperti yang telah saya lakukan di Teluk Anson.
Selepas tragedi itu, Dr
Burhanuddin Al – Helmy dan beberapa pemimpin PKMM pergi ke situ untuk memberi
penerangan kepada orang ramai. Yang peliknya, mengikut Dr Burhnuddin Al –
Helmy, tidak ada pasukan parang panjang di Bekor. Rupa-rupanya pasukan parang
panjang yang dimaksudkan itu adalah sejumlah anggota Pasukan Force 136bersama
beberapa orang lain melakukan pembunuhan ke atas orang-orang Tionghua. Dengan
itu kami mendapati bahawa peristiwa itu adalah sengaja dilakukan oleh penjajah
British.’ [2]
KUMPULAN ORANG MELAYU
Orang-orang Cina dari Kuomindang juga telah membunuh
ramai orang-orang Melayu dalam kawasan Sungai Manik dekat Teluk Anson, Perak
dan di Batu Pahat, Johor.
Kerana orang-orang Melayu tidak
tahan lagi menderita dibunuh dan disiksa oleh orang-orang Cina, maka wujudlah
beberapa kumpulan orang Melayu yang diketuai oleh beberapa orang Sheikh parang
panjang di beberapa tempat, di Tanah Melayu. Di antara mereka itu Sheikh
Othman - cincin tembaga (Taiping), Sheikh Idris – tangkal kulit kambing putih
(Kuala Kangsar), Tok Janggut – ilmu ratib dan senjata ghaib (Tanjung Rambai,
Grik) dan Kiyai Salleh – mandi minyak, Batu Pahat.
Pada masa parang panjang aku
masih belum remaja, tetapi aku telah turut belajar ilmu tersebut, iaitu ilmu
menghadang musuh, ilmu kebal, ilmu ghaib dan sebagainya. Semua ilmu itu
diamalkan dengan cara wirid nama-nama Allah, ayat-ayat Quran. Aku telah tiga
kali mandi minyak panas (minyak panas menjadi dingin waktu kami memasukkan
tanganku ke dalam minyak yang mengelegak dalam kawah). Aku juga pernah diuji,
iaitu ditembak dengan senapang dan pisatul pada belakangku, tetapi dengan kuasa
Allah kulit tubuhku tidak tembuk atau tercalar.
Bapaku adalah salah seorang dari
pembantu-pembantu para sheikh parang panjang itu. Dia boleh mengeluarkan
beratus-ratus bentuk cincin tembaga dari sebuku keminyan sebesar kepala lutut
orang dewasa. Cincin-cincin itu kemudiannya dipakai oleh mereka yang
mengamalkan ilmu parang panjang tersebut..
MENGGANGGU GADIS MELAYU
Pada satu hari bapaku dengan berpakaian seluar dari
kain khaki, kemeja putih dan baju kot (over coat) dari kain khaki juga
telah pergi ke bandar Kuala Kangar kerana urusan seorang penduduk kampungnya.
Pada waktu dia hendak pulang, setibanya di stesen bas bandar itu, telah berlaku
satu kejadian seorang anggota mata-mata gelap, seorang lelaki Cina mengganggu
seorang gadis Melayu. Ayahku telah memarahinya. Kerana bapaku telah
mengganggunya, maka mata-mata gelap itu dengan marah dia telah menerkam bapaku
dan cuba hendak menumbuknya dengan cara kuntau Cina, tetapi bapaku telah
mengelak. Setelah beberapa kali mata-mata gelap itu hendak menumbuk dan
menendangnya, bapaku telah melepaskan penumbuknya ke muka mata-mata gelap itu.
Dia telah mengundur beberapa langkah ke belakang dan telah menembak dua das ke
dada bapaku dengan pistol automatiknya. Baju kot (over coat) dan baju
kemeja di badan bapaku telah berlubang-lubang pada bahagian dadanya kerana
ditembuskan oleh peluru-peluru pistol itu, tetapi kulit dada bapaku tidak luka
sedikit pun.
Pada satu malam, bapaku bersama
enam orang rakannya yang mengamalkan ilmu parang panjang telah berjaya membunuh
– dengan memancung leher -, dua belas orang lelaki Cina ahli Parti Komunis
Malaya (PKM) atau orang-orang Kuomintang yang sedang berkhemah di satu tempat,
di tepi Sungai Perak.
Bapaku telah diberitahu oleh
seorang penduduk di tepi Sungai Perak, bahawa ahli-ahli Parti Komunis Malaya
(PKM) itu telah menyamun tiga kekuarga di sana. Mereka telah merampas wang dan
barang-barang kemas. Khabar yang tidak jelas, kononnya pengganas-pengganas itu
telah merogol dua orang perempuan muda dari keluarga-keluarga yang telah
menjadi mangsa samun mereka.
Bapaku dan rakan-rakannya telah
menyerang pengganas-pengganas itu. Kemudian mereka telah mencampakkan semua
mayat tersebut bersama senjata-senjata mereka ke dalam Sungai Perak.[3]
MEMPERKECILKAN BAHASA MELAYU
Di kalangan orang-orang Melayu sendiri sebenarnya
kecurigaan terhadap kaum Cina sudah wujud sejak bermulanya gerakan komunis dan
PKM. Penolakan orang-orang Melayu terhadap PKM banyak bertolak daripada
ideologinya sendiri yang bersifat atheisme atau anti –Tuhan. Oleh kerana PKM
itu sendiri sehingga tahun 1941 di anggotai oleh kaum Cina, maka dengan
sendirinya dianggap yang kaum Cina itu sinonim dengan Komunis. Dengan itu
bilamana tertubuhnya MPAJA, dengan sendirinya sikap anti – Komunis
itu menjadi sikap anti –Cina.
Kemuncak dari konflik perkauman
ini berlaku sebaik sahaja tamat peperangan dan penyerahan tentera Jepun pada
tahun 1945. Sejak dari masa penyerahan ini sehingga kedatangan British
Military Administration (BMA), iaitu tempoh kekosongan kuasa
selama dua tiga minggu, berlakulah apa yang disebut sebagai ’reign of
terror’, iaitu pemerintahan kejam oleh gerila MPAJA atau
Bintang Tiga. Pada masa inilah berkuasanya pistol dan pisau yang menjadi
mangsanya, ialah orang-orang Melayu.’[4]
Pada waktu aku menulis buku ini,
aku masih berpegang kuat pada keyakinanku, bahawa tidak dapat dielakkan akan
berlaku perkelahian antara kaum pada masa akan datang sekiranya antara
penduduk-penduduk yang berbagai kaum di negara ini masih ada sikap merebut atau
memonopoli habuan dalam ekonomi, tipu daya ke atas orang-orang Melayu,
memandang rendah kepada anak watan, menghina atau mempersendakan agama Islam,
menuntut hak penggunaan bahasa mereka dan menolak atau memperkecilkan bahasa
Melayu.
Kita tidak menolak akan jatuh dan
bangun sesuatu bangsa di dunia yang mungkin berlaku pada hari- hari mendatang
atau beberapa tahun di muka. Mungkin orang-orang pendatang di negara ini
berjaya memperkotak-katikkan bangsa Melayu kerana mereka serba mampu, tetapi
tindakan itu mengundang kebangkitan dari generasi baru bangsa Melayu yang
bepegang kepada agama Islam terutama ’akidah dan jihad’ yang akan
memusnahkan kemungkaran mereka itu dan membangun semula bangsa Melayu dan agama
Islam.
Jika di kalangan orang-orang
keturunan pendatang di negara ini ada nafsu untuk melakukan sepereti di atas,
maka berertilah mereka itu seperti orang-orang mengali kubur untuk diri mereka
sendri sahaja.
Pada masa silam,
penjajah-penjajah British, Amerika, Jerman, Belanda dan bangsa-bangsa lain
telah menjajah dan menindas bangsa-bangsa di sekluruh dunia, tetapi sekarang
bangsa-bangsa yang tertindas itu telah bangun sebagai manusia-manusia yang
bebas dalam negara mereka yang merdeka.
Semua kaum di negara ini akan
dapat hidup aman damai, sekiranya orang-orang Islam berpegang kepada doktrin
dari Allah dalam al Quran, iaitu, ’...hubungan dengan Allah dan
hubungan dengan manusia.’[5] Kaum-kaum
lain pula tidak bermain dengan sentimen perkauman, bahasa, politik dan agama
dan bernafsu untuk merampas hak atau menjajah atau tidak bersikap ’telunjuk
lurus kelingking berkait.*
* Dari manuskrip buku, Memoir, Patah
Sayap Bertongkatkan Paruh (belum terbit), oleh: Mokhtar Petah)
mengenai tragedi di Kampung Bekor yang berjudul ’ Air Mata Mengalir Di Kampung
Bekor’ pada
tahun 1950-an.
Strategi
Imformation Research Development, hlm:115.
Penerbitan Tinta Sdn Bhd., hlm. 111.